Anda di halaman 1dari 19

http://www.scribd.

com/doc/3255766/Langkah-langkah-mengekalkan-perpaduan-dinegara

Langkah-langkah mengekalkan perpaduan di negara


Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak
untuk mengekalkankeharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang
aman dan damaidapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara
yangmengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta
tidak mudah ditakluki kuasa asing.Antara cara mengekalkan perpaduan dalam
sesebuah negara ialah denganmemupuk semangat partiotisme di kalangan
rakyatnya. Kita haruslah
berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia
dan menyayangi negara kita.Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan
pemimpin negara kita keranamereka yang berusaha mengekalka keamanan dan
kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah
senantiasa disokong, bukannyadikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti
Tunku Abdul Rahman yangmemainkan peranan yang penting dalam
memperjuangkan kemerdekaan negaraharuslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa
pejuang seperti mereka, negara kitamungkin masih di tangan penjajah asing.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata
negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia.
Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat
dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harusmembenarkan bendera
negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur
Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi didunia. Kita juga harus
berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,menghayati liriknya dan
menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita jugaharus menjaga
dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarahnegara kita
juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehikemerdekaan
tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.Seseorang rakyat haruslah sentiasa
bersifat setia dan sayang akannegaranya
. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatanyang tidak dapat dimaafkan.
Kita harus menjaga dan mempertahankan maruahdan bangsa negara dengan
bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa
dan negara serta caramengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman
dan harmoni, olehitu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia

Semangat kekitaan
juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat
kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur
dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar,
dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami
kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antaramasyarakat yang berbilang kaum
amat penting untuk mewujudkan keharmoniandan semangat berjuang untuk
negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.Kita harus sentiasa hormatmenghormati anta satu sama lain tanpa mengirakedudukan, bangsa atau agama.
Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan
kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotongroyong daapt memupuk semangat bermasyarakatantara kaum.
Sifat berdisiplin
juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturandan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak
sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kitaharuslah berkelakuan sopan
supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadapatau kurang ajar. Seseorang
rakyat juga haruslah mempertahankan sertamemjunjung Perlembagaan Negara
untuk mewujudkan keamanan dalam negara.Rakyat yang bersifat amanah dan jujur
kan dipercayai oleh orang lain dan inikan membawa perpaduan antara rakyat.
Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan
bersifat produktif
untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan
prestasiekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari
dalammengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada
setiapmasa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau
pembaharuandalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya
apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu
demimenghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk
memajukanekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi
apa juacabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan
dikalangan rakyat.Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam
sesebuah negarauntuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita
haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan
semua

http://perpaduan.blogspot.com/

pengenalan

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan


negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan
negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses
perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk
Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama
diperlukan untuk menjana kemajuan.

Dasar perpaduan
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan
supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam
mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui
dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.

Dasar dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan


1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasara pendidikan : system pendidikan yang berbeza
Punca masalah perpaduan1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan
dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negerinegeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan
pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan
pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan
Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah
kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan
berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan
vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempuyai sistem
pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman
penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan
pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan
sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua
kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan
wujud kesedaran berpolitik antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di
Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita
lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan
rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan
ekonomi. Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan
kaum sukar wujud suatu ketika dahulu

Dasar pendidikan penentu perpaduan kaum


Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan
kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan
British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini.
Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan
Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya
ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang
berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan
British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis
sekaligus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa
Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan
ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan
hubungan mereka.
2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan mengugat bahasa
ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah
vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan
kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira
kedua-dua laporan di atas. Walaubagaimanapun, ordina ini tak dapat dijalankan
kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman
komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopor penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan
telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem
persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Taib diperkenalkan yang menekankan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta
mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi
nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar
dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian
sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.

Bagaimana pendidikan dapat membentuk perpaduan


Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia
Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan
dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai
kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara
ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan
merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama
disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk
perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolahsekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini
& bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan
kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan
rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih
untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak
adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat
pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat
perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam
membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama

& tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.


5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini
menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat
membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan
manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr.
Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya
menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
Akta Bahasa Kebangsaan-perkara 152 Perlembaan Persekutuan Tanah Melayu
Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan &
menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan
di mahkamah pada 1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrwarna
Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum
masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian
kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Sukan alat Perpaduan
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis SukanSukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan
Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum &
hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah
menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu
padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat
pingat.

Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat
untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1Malaysiastrategibijakeratperpaduanka
um/Article/artikel
1Malaysia strategi bijak erat perpaduan kaum
2010/04/08 - 07:15:16 AM

SEKALI air berubah, sekali pasir berubah. Begitulah peribahasa Melayu yang
membayangkan betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama satu tahun
menempa kegemilangan demi kegemilangan. Bermula dengan konsep 1Malaysia,
beliau melonjakkan pemikiran rakyat betapa demi kelangsungan hidup negara
bangsa Malaysia - asas perpaduan tulen perlu di pupuk dan dibudayakan.
Konsep 1Malaysia memperihalkan jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan
berpaksikan perlembagaan, Rukun Negara dan prinsip penerimaan kepelbagaian

kaum dan memahami rentetan sejarah pembentukan negara Malaysia, maka tiada
usaha luar mahupun dalam yang boleh mengikis jati diri kita.
1Malaysia bukan retorik politik bahkan gagasan
mencerminkan satu realiti dan hakikat sejarah serta perkembangan politik negara.
Kita bersatu teguh di dalam konteks prinsip penerimaan, bahawa semua kaum
sebagai rakan setia, prinsip kenegaraan bertunjangkan semangat cintakan negara
yang diterapkan sejak Perdana Menteri pertama dan prinsip keadilan sosial di
kalangan kaum dari segi kebajikan dan aspek sosial yang penting.
Natijah yang dituntut daripada amalan kebersamaan bukan kesamarataan dalam
1Malaysia ialah rasa saling menghormati sesama kita bahawa segala tindakan kita
perlu mengutamakan kepentingan negara.
Nilai murni yang cuba diterapkan seperti kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
kesetiaan, pendidikan dan integriti perlu dilestarikan ke arah membina negara
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ia menuntut rakyat memahami warisan
sejarah dan budaya, sekali gus melonjakkan pemikiran dan perasaan kekitaan
bukan sebaliknya.
Malaysia memerlukan Wawasan 2020 direalisasikan segera jika negara ingin maju,
walaupun syarat utama pencapaiannya memerlukan pertumbuhan ekonomi
sebanyak 6.5 peratus setiap tahun.
Jika sejak suku tahun pertama 2010, ekonomi negara semakin pulih mencatatkan
pertumbuhan memberangsangkan, maka Najib sewajarnya disanjungi dan dipuji
kerana berjaya mengatasi kemelut kemelesetan ekonomi negara.
Ia sesuatu yang bukan mudah direalisasikan tanpa kepemimpinan bijak lagi
strategis dalam era globalisasi yang mengganas.
Justeru, ketika kecemerlangan kepemimpinan Najib, kita juga harus berwaspada
terhadap musuh dalam dan luar yang saban hari cuba mempengaruhi rakyat
dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat. Hanya
jauhari yang mengenal manikam .
Oleh itu, kita mesti bersyukur bilamana politik negara semakin stabil dan ekonomi
negara memberikan peluang untuk rakyat menikmati kemewahan yang sewajarnya
dengan memperlihatkan sikap positif bersama membantu melestarikan tindakan
proaktif Perdana Menteri yang di usahakan selama ini.
PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi USM,
Pulau Pinang.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/08/29/perpaduan-kaumjadikan-malaysia-berdaulat--pm/
Perpaduan Kaum Jadikan Malaysia Berdaulat PM
Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat
Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini
telah memberikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang
pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa
bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta
India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong
perjuangan komunis.
"Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita
dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala
negara bangkit daripada kesan penjajahan.
"Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara sendirian.
Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai
kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat
global," kata Najib dalam blog 1Malaysia beliau bertajuk "55 Tahun Pembangunan
Melalui Perpaduan" pada Rabu.
Beliau berkata: "Marilah kita meraikan hari Merdeka dengan memperingati jasa
pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara berdaulat seperti
hari ini."
"Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia
telah menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik,
fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus
mengekalkan semangat perpaduan," katanya sempena sambutan Merdeka Jumaat
ini.
Najib berkata menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah
membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan
lebih cerah.
"Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan dan
cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh banggakan.
Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada
pelbagai etnik untuk duduk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak
sambil menonton aksi atlet negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan atlet
negara," katanya.
Najib berkata pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan rakyat
berbangga mengenainya.
"Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala
kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang
semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal
dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare
tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni," katanya.

"Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-15
terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26
dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya
saing di dunia," katanya.
Perdana Menteri berkata kesemua kejayaan negara adalah hasil perjuangan para
pejuang kemerdekaan negara terdahulu dan "kita patut berterima kasih kepada
mereka".
"Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang
komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di
negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman
penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri
sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi
seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi," kata Najib.
Beliau berkata komoditi-komoditi itu menjadi sangat penting kepada perkembangan
industri eksport negara yang membolehkan kita melabur untuk pembangunan
infrastruktur serta industri.
"Pada tahun-tahun seterusnya, negara telah mengalami pembangunan pesat
daripada pekan-pekan kecil menjadi bandar-bandar besar, yang menempatkan ikon
pencakar langit dan bangunan yang menjadi lambang pencapaian kita," kata Najib.
Perdana Menteri berkata pada 1996, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa
dan dua tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula
mula menjadi ikon pencakar langit dalam negara.
"Dan lebih dari dua dekad selepas itu, bangunan yang menempatkan gedung beli
belah popular dan dikenali sebagai Suria KLCC itu masih merupakan menara
kembar paling tinggi di dunia," katanya.
Beliau berkata daripada bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang ada
hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan rakyat patut berbangga
dengan kejayaan yang telah dikecapi itu.
"Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi
keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik
kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam
talian atau sebaliknya," katanya.
Najib berkata apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ini diikuti juga dengan
keadaan sosial di samping kualiti pendidikan yang menjadi semakin baik dan mula
boleh dinikmati oleh setiap rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.

Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan pedalaman membolehkan


perniagaan dan penyediaan perkhidmatan berkembang dan rakyat tidak lagi perlu
berjalan jauh untuk membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk
menonton filem di pawagam, katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/5/19/mstar_berita/20110519170002
Perpaduan Kaum Penting Dalam Mencorak Budaya Bangsa
Diterbitkan: Khamis 19 Mei, 2011
JITRA: Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak adalah asas kepada perpaduan kaum di Malaysia dan merupakan gagasan
yang memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya Datuk Zainal
Abidin Borhan berkata konsep 1Malaysia adalah satu konsep yang sangat penting
kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan etnik.
"Sikap penerimaan iaitu menerima bahawa kita berbilang kaum, menerima
keunikan kaum-kaum lain, saling menghormati antara satu sama lain dan bukan
hanya sekadar bertoleransi adalah matlamat kita untuk menuju status negara maju
mengikut acuan kita sendiri," katanya dalam Bicara Eksekutif 'Intipati Gagasan
1Malaysia Dalam Mencorak Budaya Bangsa' yang dianjurkan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah di sini, Khamis.
Zainal Abidin berkata gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum dapat dilihat dengan
jelas di kedai-kedai mamak di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama menikmati makanan dan jika keadaan
itu boleh diterapkan di tempat-tempat lain, maka tidak mustahil apa yang
disasarkan selama ini akan tercapai.
"Melalui perpaduan kaum, kita juga perlu menerapkan budaya inovasi dalam
mengejar status negara maju. Kita perlu mengkomersialkan apa yang telah kita
lakukan selama ini.
"Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau telah
menghantar pelajar-pelajar cemerlang melajutkan pelajaran di Jepun dan hasilnya
sekarang kita mampu mengeluarkan kereta kita sendiri walaupun ia tidak sehebat

Honda dan Toyota, tetapi kita boleh bangga dengan inovasi yang kita hasilkan,"
katanya.
Beliau berkata rakyat perlu berubah jika mahu Malaysia terus ke hadapan.
"Jangan kerana tidak menyokong gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan, kita berpecah belah.
"Kita perlu lihat dari sudut perpaduan kaum barulah apa yang kita rancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya," katanya. BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RukunNegaraterasperpaduanMalaysia/A
rticle

Rukun Negara teras perpaduan Malaysia


2010/09/01 - 04:28:35 AM
KETIKA semua rakyat Malaysia pelbagai kaum sekali lagi merayakan Hari
Kemerdekaan ke-53, izinkan saya menekankan sekali lagi asas yang sudah
menyatukan kita bersama iaitu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
Rukun Negara diasaskan pada 1970 bertujuan mewujudkan satu persefahaman
yang minimum terhadap aspirasi nasional di kalangan pelbagai komuniti di Malaysia
tanpa mengira kaum atau daerah masing-masing.

elain daripada mencapai tahap perpaduan yang lebih tinggi, mengekalkan


demokrasi sebagai cara hidup, mewujudkan masyarakat yang adil, satu pendekatan
yang liberal terhadap budaya dan tradisi serta membangunkan masyarakat yang
progresif, berorientasikan sains dan teknologi moden.
Rukun Negara juga bertujuan dijadikan panduan negara berasaskan prinsip
Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran
Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Rukun Negara yang membolehkan Malaysia menyatupadukan rakyatnya berbilang
kaum dan agama serta menjadi prinsip asas kepada kenegaraan perlu disemaikan
di sanubari generasi muda kita yang akan menjadi pemimpin negara pada masa
akan datang.
Ia adalah panduan kita untuk membangun negara dan perlu dihormati serta
dihayati semua pihak. Ia juga wawasan yang dikongsi untuk perpaduan negara.
Prinsipnya perlu didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh leka dengan
kestabilan, keamanan dan keharmonian dicapai setakat ini.
Sebenarnya ramai yang mengambil mudah soal perpaduan. Ini adalah satu
perkembangan yang tidak sihat kerana dalam sesebuah masyarakat majmuk,
negara pelbagai kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, usaha berterusan perlu
dilakukan bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan.

Perpaduan adalah satu hadiah yang tidak ternilai dan simbol kemanusiaan kita. Ia
adalah asas kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara. Ia adalah
ikatan yang mengukuhkan kenegaraan kita.
Perpaduan perlu bermula dari setiap individu. Jika ada perpaduan dalam pemikiran
emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perilaku terhadap
orang lain.
Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia memperkukuhkan perpaduan.
Kita mesti memulakan bersuara dengan satu suara yang merangkumi semua rakyat
Malaysia pelbagai kaum. Kita semua menyumbang ke arah kestabilan dan
kemakmuran ekonomi negara ini. Marilah kita sama-sama mengukuhkan komitmen
untuk meningkatkan budaya keamanan, keharmonian dan perpaduan.
Marilah kita memelihara dan melindungi apa yang sudah kita capai setakat ini
dengan semangat persefahaman dan tolak ansur. Janganlah kita membenarkan
perkauman melampau dan fahaman ekstrem dalam bentuk apa pun, memecahbelahkan negara yang kita cintai kerana ini adalah tempat kita dilahirkan, tempat
kita tinggal dan bekerja dan akhirnya tempat kita akan disemadikan.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0822&sec=Rencana&pg=re_01.htm

ARKIB : 22/08/2010

Perpaduan bermula di sekolah


MINGGUAN: Kenapa kaum bukan Melayu masih menolak sekolah kebangsaan walaupun dari segi
rekod ia menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan?
MOHD PUAD: Mereka ini sering saja menggunakan alasan mempertahankan bahasa ibunda untuk
terus mengekalkan sekolah vernakular. Keyakinan mereka dengan adanya sekolah sebegini amalan
bahasa mereka tidak akan terhapus. Sedangkan itu bukanlah sesuatu yang tepat kerana jika dilihat
di sekolah kebangsaan sekarang sudah ada usaha untuk mengerakkan bahasa Mandarin dan Tamil
sebagai satu dari kaedah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan. Jika kita lihat di Singapura
satu ketika dahulu bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew pernah mencadangkan bahasa Inggeris
digunakan bagi menggantikan bahasa Mandarin di Universiti Nanyang. Alasannya mesti ada satu
bahasa yang boleh menyatupadukan penduduk Singapura. Kuan Yew memilih bahasa Inggeris untuk
dilihat neutral daripada memilih bahasa Mandarin atau bahasa Melayu yang boleh mengakibatkan
beliau dicap sebagai perkauman selain menimbulkan bantahan. Perkara ini mendapat bantahan
termasuklah dari Naib Canselor Universiti Nanyang sendiri yang kemudiannya bertanding dalam
pilihan raya namun kalah teruk.
Adakah ini menunjukkan sekolah kebangsaan yang bahasa Melayu sebagai pengantar boleh
menyatukan rakyat pelbagai kaum?
MOHD. PUAD: Apa yang mahu saya nyatakan disini adalah Kuan Yew juga melihat pentingnya soal
bahasa dalam usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu dalam konteks Malaysia
kita perlukan sekolah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sebab itu kita
ada sekolah kebangsaan. Sekolah ini adalah sekolah aliran utama namun kesilapan persepsi yang
berlaku di kalangan kaum bukan Melayu adalah sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk orang
Melayu. Sedangkan sekolah ini adalah untuk semua kaum.
Orang Melayu tidak ada sekolah. Mereka sendiri seperti kaum-kaum lain dan seperti yang termaktub
di dalam Perlembagaan, bahasa pengantar adalah bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan.
Persepsi ini yang harus diperbetulkan. Ada yang berpandangan jika kerajaan terlalu bertumpu
kepada sekolah kebangsaan ia seolah-olah dilihat cuba untuk menyisihkan atau tidak bersikap adil

kepada sekolah vernakular. Ini adalah cubaan untuk menutup ruang mereka mengamal bahasa
mereka sendiri. Oleh itu kaum bukan Melayu perlu menghayati saranan Timbalan Perdana Menteri
yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menganggap sekolah kebangsaan
sebagai sekolah untuk semua kaum. Maka kita masukkan nilai baru iaitu matapelajaran bahasa
Mandarin dan bahasa Tamil dan melibatkan kos yang besar kerana perlu menambah guru dan
sebagainya. Namun kerajaan melakukannya untuk memenuhi Dasar Pelajaran Kebangsaan kita iaitu
sekolah kebangsaan adalah sekolah utama. Disinilah perlunya pemimpin-pemimpin pelbagai kaum
memperjuangkan sekolah kebangsaan untuk semua dan bukan hanya tertumpu sekolah untuk kaum
sahaja. Mereka juga perlu bersuara dan menyokong sekolah kebangsaan kerana ia adalah sekolah
untuk semua.
Jadi benarlah sekolah kebangsaan sebagai medium perpaduan untuk semua kaum?
MOHD PUAD: Itu sudah tentu dan pemimpin-pemimpin bukan Melayu perlu keluar dari
kepompong perkauman. Kalau kita lihat di pedalaman, pelajar sekolah kebangsaan majoritinya
pribumi seperti Kadazan, Bidayuh, Iban dan pelbagai lagi. Mereka bukan pelajar Melayu. Sebab itu
kita harus perjuangkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah untuk semua kaum. Untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum kita perlu ada satu bahasa yang boleh menjadi
medium perpaduan. Maka bahasa Melayu boleh menjadi alat perpaduan dengan menjadi bahasa
pengantar di sekolah kebangsaan.
Tapi kerajaan berpegang kepada pendirian menyokong dan membantu sekolah-sekolah jenis
kebangsaan atau sekolah bantuan modal. Komitmen kerajaan adalah tidak akan menutup sekolahsekolah ini kecuali rakyat di negara ini yang mahu ia ditutup. Setakat ini kita tidak boleh
melaksanakan sekolah satu aliran, maksudnya menutup aliran lain kerana menghormati sensitiviti
yang berlaku di negara ini.
Apa pandangan Dr. tentang pemimpin bukan Melayu yang tidak berminat memperjuangkan sekolah
kebangsaan?
MOHD PUAD: Mereka ini terperangkap dalam persepsi yang tidak betul dan ia perlu diperbetulkan.
Pemimpin-pemimpin bukan Melayu mesti ada kejujuran politik dengan memahami sekolah
kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum dan ia bukan sekolah untuk orang Melayu. Ini
terbukti seperti di sekolah di kawasan pedalaman. Oleh itu kejujuran politik perlu bagi mereka
mempertahankan sekolah kebangsaan serta menyokong usaha untuk memperkasakan sekolah
kebangsaan. Jangan hanya bercakap tentang sekolah kita sahaja. Ini yang perlu diperbetulkan
kerana sekolah kebangsaan itu bermatlamat untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang
kaum. Menjadi keutamaan kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dan pemimpin
bukan Melayu tidak boleh mempertikaikan apabila kerajaan bertindak sedemikian. Ketika ini
mereka mendakwa kerajaan tidak seimbang dalam membantu sekolah vernakular. Sedangkan
mereka tahu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keutamaan memperkasa
sekolah kebangsaan seperti yang termaktub dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Oleh itu tidak timbul soal kerajaan pilih kasih dalam memberi bantuan kepada sekolah kebangsaan
dan menyangka kerajaan membantu sekolah Melayu. Itu adalah salah dan sekali lagi saya tegaskan
sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum. Yang penting kejujuran berpolitik. Dalam
hal ini kita tidak boleh mengatakan pemimpin-pemimpin bukan Melayu ini mempunyai persepsi

serong terhadap sekolah kebangsaan. Tapi mereka tidak peka tentang matlamat dan dasar kerajaan
yang perlu dipertahankan. Mereka juga dilihat tidak peka tentang masa depan generasi muda kerana
apa yang dilakukan kerajaan ini adalah dasar untuk semua kaum. Namun apa yang menjadi isu ialah
kebanyakan pemimpin menjadikan isu politik untuk meraih sokongan. Bagi mereka masyarakat
sensitif tentang isu pendidikan. Oleh itu jika isu pendidikan seperti ini dimainkan mereka akan
dianggap sebagai hero bagi kaum mereka. Ini sikap tidak bertanggungjawab terutama pembangkang
seperti DAP kerana mereka menggunakan isu pendidikan sebagai senjata untuk meraih sokongan.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di
http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0822&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3684Cn2lT
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai