Anda di halaman 1dari 3

a.

Latarbelakang masalah :
Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesananperbincangan ini
boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalahberkenaan dan pentingnya untuk
diteliti dan didalami.
b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian:
Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yangakan dikaji
atau juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. ladinyatakan dalam
bentuk penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjaditumpuan kajian
. Objektif Kajian:
Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yangdiharap akan dapat
dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas,rasional, serta relevan dengan
masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampudicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh
diukur.
d. Persoalan Kajian
Daripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian.Soalan kajian
perlu jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.
e. Hipotesis kajian (Jika Perlu):
Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yangdikaji atau
tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.
f. Kepentingan kajian
:Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akandilaksanakan
terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasantentang sesuatu hukum,
memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatufahaman atau seumpamanya. Juga
kepentingan dan sumbangannya dalammenyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
dan negara.
g. Skop kajian / Batasan Kajian:
Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagimempastikan
penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagaipenyelidik perlu menjelaskan
batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampelkajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop
metodologi kajian dan sebagainya.
h. Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yangmenerangkan secara
ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian danperingkat-peringkat atau fasa-fasa
dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atasmana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri
berasaskan kajian-kajian terdahulu.Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada
kajian akan dilaksanakan.

4
i. Definisi Istilah / Definisi Operasional
:Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskandefinisinya
agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yangdijalankan. Dalam bahagian ini,
definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkajiperlu menetapkan definisi khusus dalam
kajian tersebut.Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post
yangseterusnya, saya akan kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab
Sebelum menentukan objektif dan soalan penyelidikan yang dimasukkan dalam bab pengenalan,
pastikan bahawa penyelidik telah selesai menulis pernyataan masalah penyelidikan, kepentingan
penyelidikan dan mentakrifkan sekurang-kurangnya satu pemboleh bersandar (populasi yang
dikaji), serta pemboleh ubah bebas (data yang hendak dikumpul). Buat semakan semula supaya
setiap komponen itu sejajar (align) antara satu dengan lain. Seterusnya, penyelidik muda
tingkatan enam diingatkan supaya mengehadkan bilangan obkektif dan soalan penyelidikan ,
masing-masing setakat dua sahaja.

Objektif Penyelidikan

Secara ringkas, objektif penyelidikan ialah pernyataan tentang hasil penyelidikan yang hendak
dicapai, dicerap dan diukur. Kebiasaannya objektif disusun berdasarkan langkah demi langkah.
Misalnya objektif pertama dimulai dengan perkataan "mengenal pasti" (satu pemboleh ubah,
univariat), dan diikuti dengan "mengukur" atau "menguji" hubungan dua pemboleh ubah
(bivariat).

Objektif penyelidikan memberi fokus terhadap pemboleh ubah yang hendak diperoleh datanya.
Maka, penyelidik perlulah merujuk kembali tajuk dan pernyataan masalah penyelidikan.
Penulisan objektif dianggap mustahak justeru setelah menyempurnakan penyelidikan, objektif
yang digariskan akan menjadi kayu ukur kejayaan sesuatu penyelidikan yang telah dilaksanakan.

Antara ciri penting objektif ialah khusus, lengkap dan ringkas. Objektif juga dipersembahkan
dalam bentuk ayat penyata. Contohnya:

1 Untuk mengenal pasti tahap penggunaan buku teks dalam kalangan pelajar prauniversiti;

2 Untuk meninjau persepsi tentang ketiadaan skim pinjaman buku teks kepada pelajar
prauniversiti.

Sesungguhnya objektif ialah penentu hala tuju penyelidikan. Sama halnya seolah-olah
seseorang yang hendak menetapkan destinasi perjalanannya sendiri. Tanpa hala tuju yang jelas,
khusus, dan lengkap, seseorang penyelidik umpama pengembara mimpi, layang-layang terputus
talinya, atau puntung kayu yang hanyut dibawa arus.

Soalan Penyelidikan

Soalan penyelidikan ialah perincian kepada pernyataan masalah penyelidikan, iaitu bahagian
permulaan bab 1. Soalan penyelidikan dianggap sebagai inti pati (sebab utama) pemilihan
kaedah penyelidikan dan pembinaan instrumen penyelidikan. Dalam kata lain, jawapan kepada
masalah penyelidikan sangat bergantung kepada pemboleh ubah yang disebut dalam soalan
penyelidikan.

Penulisan soalan kajian menjadi lebih mudah sesudah objektif penyelidikan ditetapkan terlebih
dahulu. Secara lebih jelas, soalan penyelidikan ialah pindahan bentuk objektif penyelidikan
kepada ayat soalan. Jika contoh objektif sebelum ini digunakan, maka soalan penyelidikan akan
berbunyi:

1 Apakah tahap penggunaan buku teks dalam kalangan pelajar prauniversiti?;

2 Adakah ketiadaan skim pinjaman buku teks mempengaruhi pembelajaran pelajar


prauniversiti?

Soalan penyelidikan berbunyi bagaimanakah, atau mengapakah sebaik-baiknya dielakkan oleh


penyelidik muda tingkatan 6 justeru proses kutipan data dan analisis data akan menjadi rumit.
Sepertimana yang ditekankan sebelum ini bahawa sebagai permulaan, penyelidik muda
disarankan melaksanakan penyelidikan tinjauan. Instrumen hanya perlu ditadbir sekali sahaja.

Mengakhiri Bab Pengenalan

Masukkan penjelasan ringkas tentang kaedah penyelidikan yang dipilih (tinjauan), sampel, dan
persembahan dapatan penyelidikan. Selain itu nyatakan batasan penyelidikan yang merujuk
kepada kekurangan yang dihadapi sepanjang melaksanakan penyelidikan. Maknanya penyelidik
hendak memberi sempadan kepada generalisasi yang boleh dibuat kepada populasi dan
seterusnya dunia luar.

Contoh: Penyelidikan tinjauan soal selidik ini mungkin perlu disokong oleh kaedah temu bual
bersemuka supaya dapatan penyelidikan dapat digeneralisasikan kepada populasi dan dunia luar
yang lebih luas.

Anda mungkin juga menyukai