Anda di halaman 1dari 4

Apa yang perlu ada dalam proposal Ph.

D
Terdapat beberapa item penting yang perlu ditekan dalam proposal Ph.D. Di antaranya
ialah;
1. Tajuk kajian; tajuk kajian perlulah ringkas dan 'terus' memberikan penjelasan maksud
kajian. Jika ramai yang tidak memahami tajuk yang dicadangkan, maka terdapat
masalah pada kajian. Pemilihan ayat perlulah mudah, ringkas dan tidak memberikan
maksud yang berlainan kepada pembaca.
2. Latarbelakang kajian; secara umum menerangkan bidang kajian bermula dari
perkembangan industri dunia, regional dan akhir Malaysia (jika kajian dijalankan di
Malaysia)
3. Isu kajian; Isu kajian adalah penting bagi membawa penilai mengetahui punca
masalah yang akan dibincangkan.
4. Permasalahan; Kaitkan dengan isu kajian. Dengan berbuat demikian, penilai akan
dapat memahami permasalahan kajian dengan jelas. Adalah baik jika diberikan
beberapa contoh permasalahan yang melibatkan kemerosotan keuntungan dalam return
on investment (ROI) dan kehilangan nyawa (mungkin, mengikut kesesuaian kajian).
5. Gaps of knowledge-Dari permasalahan yang timbul, cuba kaitkan dengan gaps of
knowledge. Penilai akan menekankan bahagian ini kerana Ph.D anda amat bergantung
kepada berapa kritikalnya gaps of knowledge yang akan anda kaji dan selesaikan.
6. Objektif kajian-Objektif kajian perlu diterangkan dengan secara umum dan
diperjelaskan dengan objektif secara specific. Objektif secara umum sebenarnya telah
digambarkan pada tajuk kajian anda. Penilai yang berpengalaman akan
membandingkan tajuk kajian dengan objektif kajian samada ianya sama atau
sebalaiknya.
7. Justifikasi kajian-bahagian ini menerangkan kenapa anda memilih sesuatu tajuk
berkenaan. Sebagai contoh; kenapa anda memilih untuk mengkaji intranet dan
bukannya internet. Penjelasan perlu disokong dengan beberapa kajian lampau.
8. Significance of study-Anda perlu menerangkan hasilkan ini akan memberikan faedah
kepada pentadbir, atau mana-mana decision makers.
9. Delimitation of study-dalam kata lain ianya merupakan skop kajian di mana anda
perlu membataskan kajian yang akan dijalankan bagi mencapai objektif kajian.
10. Kajian literatur-kajian literatur adalah perlu bagi membentuk theoretical
framwork kajian. Di akhir kajian literatur anda diperlukan untuk mengkritik pendapat
yang dicadangkan oleh kajian lampau. Dengan kritikan ini anda akan mencadangkan
satu model yang baru bagi mengatasi permasalahan yang timbul.
11. Research methodology-Bagaimana anda menjalankan kajian? Ini merupakan
persoalan utama dalam research methodology. Anda perlu menerangkan
secaradetail supaya penilai dapat memahami bagaimana kajian akan dijalankan. Jangan
lupa bincangkan theoretical framework/model yang akan digunakan
termasukhypotheses yang dicadangkan.
WallahuA'lam

Panduan Penulisan Proposal Tesis


Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar dalam Ijazah Tinggi atau postgraduate pasti buntu untuk
menulis proposal tesis. Di sini, saya ingin kongsikan bersama panduan penulisan proposal tesis..ia
hampir sama bagi universiti-universiti di Malaysia.
Panduan Penulisan Proposal Tesis (Kajian Kuantitatif)

Penulisan Proposal Tesis atau dikenali sebagai Cadangan penyelidikan yang dimaksudkan di sini
adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi pemilihan calon ijazah tinggi di univerisitiuniversiti dan juga dalam proses pengesahan bidang atau skop penyelidikan dalam pengajian ijazah
tinggi. Kita hendaklah mengemukakan cadangan penyelidikan / proposal penyelidikan ini dalam
bentuk yang berjilid dan kemas. Cadangan penyelidikan ini hendaklah menjelaskan elemen-elemen
berikut:
1. Bidang kajian:
Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan seperti bidang teknologi pendidikan,
bahasa arab, syariah, pendidikan Islam dan sebagainya.

2. Tajuk:
Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian. Hakikatnya,
dalam proses kita menulis tesis, tajuk yang kita tulis akan sering berubah. Tetapi, skop dan focus
kajian kita perlu jelas.

3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal Tesis


Dalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan tiga bab iaitu Bab 1: Pendahuluan, Bab 2 : Sorotan
Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian
Saya ingin kongsikan dahulu Bab 1 yang melibatkan tajuk-tajuk yang perlu dimasukkan dalam Bab 1.
Dalam Bab 1 PENDAHULUAN
Kemudian dimulakan dengan,
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10

Pengenalan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Skop Kajian
Kerangka Konseptual Kajian
Definisi Operasional
Kesimpulan

BAB 1 (Elemen-elemen dalam bab 1 yang perlu difahami dengan jelas) :


a. Latarbelakang masalah :
Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh
dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti
dan didalami.

b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian:


Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang akan dikaji atau
juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. la dinyatakan dalam bentuk
penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian.

c. Objektif Kajian:
Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat
dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah
yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.

d. Persoalan Kajian
Daripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian. Soalan kajian perlu
jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.

e. Hipotesis kajian (Jika Perlu):


Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang
cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.

f. Kepentingan kajian:
Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap
bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum,
memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga
kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan
negara.

g. Skop kajian / Batasan Kajian:


Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi mempastikan
penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan
batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop
metodologi kajian dan sebagainya.

h. Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas
bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian. Ia
juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajiankajian terdahulu. Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan.

i. Definisi Istilah / Definisi Operasional:


Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan definisinya agar
pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang dijalankan. Dalam bahagian ini, definisidefinisi umum diberikan, seterusnya pengkaji perlu menetapkan definisi khusus dalam kajian
tersebut.

Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post yang seterusnya, saya akan
kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab 3.

Anda mungkin juga menyukai