Anda di halaman 1dari 2

Semangat patriotisme perlu dijiwai. Ia bukan simbolik.

Nama: Muhammad Hariz bin Lokman.

No. matrik: CB170038

Seksyen: 15

Pensyarah: Dr. Lutfan bin Jaes

Patriotisme bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara


dan mpembela negara. Istilah patriostisme mula digunakan di Malaysia sekitar 1990-an dan
dikatakan berasal daripada beberapa bahasa asing seperti bahasa Latin iaitu (patriot) dan
Bahasa Perancis (patriote).

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi
bangsa dan negara. Setiap remaja haruslah menjiwai semangat patriotisme kerana ia
merupakan nilai murni yang harus ada pada setiap remaja masa kini. Dengan semagat
patriotism dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Nilai
patriotisme boleh dijadikan amalan dan pegangan serta disemai dalam segenap lapisan
masyarakat di Malaysia. Perkataan patriotisme sangat berkait rapat dengan nasionalisme.
Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat
dan menjana nilai-nilai positif patriotik dalam individu untuk mempertahankan semangat
nasionalisme.

Selain itu, semangat patriotisme merupakan elemen yang penting untuk membangun
dan mengekalkan kesejahteraan negara. Masyarakat masa kini seakan lupa memupuk semangat
patriotisme sebagai contoh masyarakat tidak mengambil berat tentang isu-isu semasa yang
menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.
Semangat patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan
kemerdekaan, membina nilai persefahaman dan penyatuan kaum. Ia juga menjadi pemacu
kepada kemajuan negara menjadi dan satu pelaburan strategik kearah keselamatan negara.
Semangat patriotisme perlu dijiwai untuk memastikan kesinambungan kedamaian dan
kebebasan sejak kemerdekaan. Ia juga dapat menghargai pejuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
seperti Tunku Abdul Rahman, Mat Salleh, Tok Janggut dan lain-lain lagi. Dengan semangat
patriotisme juga dapat memupuk jati diri dan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berkaliber. Setiap mahasiswa perlu melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan kerana
mahasiswa merupakan golongan masa depan untuk mentadbir negara.

Kesimpulannya, setiap golongan masyarakat perlu menghayati semangat patriotisme


kerana ia merupakan sikap yang harus ada untuk mencapai Transformasi Negara 2050.
Semoga semangat patriotisme dikalangan masyarakat dapat mengekalkankesejahteraan dan
kemakmuran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai