Anda di halaman 1dari 11

PERATURAN LATIHAN MENGAJAR

1.0 PENGENALAN
Latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan pengetahuan ,
kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di dalam kelas dan
sekolah atau institusi pendidikan. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta permuafakatan antara Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia , sekolah, politeknik, kolej komuniti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

2.0 OBJEKTIF
Objektif Latihan Mengajar ini adalah seperti berikut:

i) Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran.


ii) Mengaplikasikan pelbagai strategi , kaedah, teknik dan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.
iii) Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
iv) Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
v) Memupuk sikap positif , meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai
profesionalisme keguruan.
vi) Memperkembang potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan
penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.
vii) Mengoptimumkan penggunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses
pengajaran dan pembelajaran.
viii) Menguasai kemahiran pemudahcaraan dan komunikasi.
ix) Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
3.0 PROSEDUR PELAKSANAAN

3.1 Syarat
Tertakluk kepada syarat pengajian dan Peraturan Akademik UTHM.
3.2 Penempatan
3.2.1 Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan antara UTHM dan
sekolah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri/ BPTV.
3.2.2 Penempatan guru pelatih adalah mengikut bidang pengkhususan ( opsyen)
pengajian di UTHM dan kesediaan sekolah.
3.2.3 Guru pelatih ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah ,
politeknik, kolej komuniti atau agensi-agensi lain yang berkaitan.
3.2.4 Guru pelatih juga boleh ditempatkan di mana-mana institusi pendidikan
yang berkaitan.

3.3 Tempoh
3.3.1 Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar adalah selama 12 atau 16
minggu
3.3.2 Sebarang tambahan lain adalah tertakluk kepada struktur kursus yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Akademik atau Senat dan Peraturan
Akademik UTHM.

3.4 Bilangan Waktu Mengajar


3.4.1 Bilangan waktu mengajar adalah 8 hingga 12 waktu seminggu
merangkumi mata pelajaran major / pengkhususan dan minor / elektif.
3.4.2 Syarat-syarat lain berkaitan dengan bilangan waktu mengajar adalah
mengikut keperluan kursus di UTHM.

3.5 Bimbingan
3.5.1 Bimbingan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing secara
berterusan mesti diamalkan sepanjang latihan mengajar meliputi
bimbingan pengetahuan kandungan pedagogi dan profesionalisme.
3.5.2 Guru pembimbing perlu merekod bimbingan yang diberikan.

3.6 Bilangan Penyeliaan


3.6.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan
klinikal
3.6.2 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
3.6.3 Bilangan penyeliaan minimum sepanjang tempoh LM yang di cadangkan
adalah seperti berikut:
i) Penyelia : 3 kali
ii) Pembimbing : 5 kali
3.6.4 Pihak UTHM berhak ,menentukan bilangan penyeliaan yang wajar
mengikut struktur atau peruntukan kursus di UTHM.
3.6.5 Penilaian bersama antara Penilai kedua dan Guru Pembimbing perlu bagi
kes-kes khas ( cemerlang atau gagal)

4.0 KRITERIA DAN KELAYAKAN

4.1 Penyelia
4.1.1 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan / dan telah mengikuti kursus /
latihan penyeliaan yang diperaku oleh UTHM.
4.1.2 Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun / dan
telah disahkan dalam jawatan.

4.2 Pembimbing
4.2.1 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan / dan telah mengikuti kursus/
latihan penyeliaan yang diperaku oleh UTHM
4.2.2 Mempunyai pengalaman mengajar bidang pengkhususan ( opsyen)
berkenaan sekurang-kurangnya 3 tahun / dan telah di sahkan dalam
jawatan serta telah mengikuti kursus/ latihan penyeliaan yang diperaku
oleh UTHM.
4.3 Penilai kedua
4.3.1 Terdiri daripada pensyarah yang dikenal pasti oleh JKLM dan dilantik
oleh UTHM

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

5.1 Guru Pelatih


5.1.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar
5.1.2 Memahami dan menghayati objektif latihan mengajar
5.1.3 Mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan , Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan
dan Standard Guru Malaysia.
5.1.4 Menghantar laporan kehadiran , jadual waktu, senarai tugas, takwim
sekolah/ institusi dan maklumat-maklumat lain kepada UTHM dalam
minggu pertama latihan mengajar.
5.1.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk
mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-
masing semasa latihan mengajar.
5.1.6 Membina hubungan profesional dan suasana mesra dengan pengurus dan
guru-guru dan staf sekolah atau institusi berkenaan.
5.1.7 Memetuhi dan mengamalkan etika kerja kementerian pelajaran Malaysia,
peraturan UTHM serta budaya dan peraturan sekolah/ institusi.
5.1.8 Hadir ke sekolah/ institusi sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.1.9 Merekod waktu/ mennandatangani borang/ buku kehadiran setiap hari
persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah/institusi.
5.1.10 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini yang di sahkan oleh pihak sekolah
/ institusi.
5.1.11 Membuat rancangan tahunan/semester, mingguan dan harian dalam buku
persediaan mengajar yang ditetapkan mengikut keperluan UTHM.
5.1.12 Membuat rancangan mengajar harian (RMH) yang lengkap mengikut
format yang ditentukan oleh UTHM sebelum melaksanakan pengajaran.
5.1.13 Menghantar buku rekod persediaan mengajar untuk semakan pengurus
sekolah/ institusi pada setiap minggu.
5.1.14 Melaksanakan pengajaran dengan mempelbagaikan strategi dan teknik
pengajaran.
5.1.15 Mengamalkan penulisan log dan jurnal mengikut keperluan UTHM.
5.1.16 Melengkapkan atau mengemaskinikan portfolio latihan mengajar
mengikut keperluan UTHM.
5.1.17 Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnyasatu
komponen kokurikulum.
5.1.18 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain yang di tentukan oleh
UTHM/ pengurus sekolah / institusi berkenaan.

5.2 Penyelia
5.2.1 Menerima perlantikan sebagai Pensyarah Penyelia
5.2.2 Menghadiri taklimat latihan mengajar dan latihan penyeliaan.
5.2.3 Berbincang dengan guru pelatih tentang urusan latihan mengajar.
5.2.4 Membuat lawatan ke sekolah / institusi, berjumpa dan berbincang dengan
pengurus sekolah / institusi dan guru pembimbing untuk menjalin
hubungan profesional
5.2.5 Merekod serta menyimpan dokumen bimbingan yang kemas kini.
5.2.6 Memantau kehadiran , prestasi dan disiplin guru pelatih sepanjang tempoh
latihan mengajar.
5.2.7 Memaklumkan dengan segera kes-kes khas yang memerlukan perhatian
dan tindakan UTHM , sekolah/institusi , PPD atau JPN/BPTV.
5.2.8 Menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih dan mencadangkan
penambahbaikan yang perlu.
5.2.9 Menyemak portfolio latihan mengajar guru pelatih.
5.2.10 Memastikan guru pelatih melaksanakan penulisan jurnal yang bersifat
reflektif dan kritis.
5.2.11 Melaksanakan penyeliaan berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.
5.2.12 Menyelia secara tersebar (daripada aspek masa , mata pelajaran dan kelas)
sepanjang tempoh latihan mengajar atau mengikut jadual penyeliaan yang
telah ditetapkan oleh UTHM.
5.2.13 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah yang baik.
5.2.14 Menilai prestasi latihan mengajar guru pelatih.
5.2.15 Mematuhi prosedur dan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak yang
mengurus atau ,menyelaras latihan mengajar di UTHM.

5.3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


5.3.1 Menentukan dasar pelaksanaan latihan mengajar di peringkat UTHM.
5.3.2 Mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkaitan bagi penempatan
guru pelatih.
5.3.3 Melaksanakan taklimat dan latihan untuk pensyarah penyelia dan guru
pembimbing.
5.3.4 Menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan mengajar dengan
kerjasama pihak sekolah/institusi berkenaan.
5.3.5 Menentukan dasar penyeliaan pengesahan ke atas guru pelatih yang
dicalonkan gagal atau cemerlang tertakluk kepada UTHM.
5.3.6 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan , melengkapkan tempoh
latihan mengajar, gagal, kes disiplin dan tatatertib dengan mengambil
tindakan sewajarnya.
5.3.7 Mengesahkan penyempurnaan dn keputusan latihan mengajar.

5.4 Pembimbing
5.4.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar / dan kursus/bengkel yang
dijalankan oleh UTHM.
5.4.2 Memahami dan menjalankan peranan guru pembimbing.
5.4.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang:-
i) Rancangan kerja tahunan /semester dan rancangan pengajaran
harian
ii) Sumber pengajaran dan pembelajaran
iii) Proses pengajaran dan pembelajaran
iv) Pengurusan bilik darjah/ makmal/bengkel
v) Pengajaran berpasangan
vi) Pengelolaan kokurikulum
vii) Hal-hal lain yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum.
5.4.4 Memberi peluang kepada guru pelatih memerhati pengajarannya.
5.4.5 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan profesionalisme
keguruan.
5.4.6 Menyemak dan memberi ulasan bertulis serta menandatangani buku
persediaan mengajar guru pelatih.
5.4.7 Menyelia pengajaran guru pelatih berasaskan prinsip-prinsip penyediaan
klinikal.
5.4.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang di kemas kini.
5.4.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah/institusi dan pensyarah penyelia
mengenai kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa.
5.4.10 Memantau dan memaklumkan masalah kehadiran serta disiplin guru
pelatih kepada pengurus sekolah/institusi dan pensyarah penyelia dengan
segera sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.4.11 Menyelia secara tersebar ( daripada aspek masa , mata pelajaran dan kelas)
sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.4.12 Menilai prestasi guru pelatih sepanjang latihan mengajar.

5.5 Pengurus sekolah / Institusi Pendidikan


5.5.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar yang di jalankan oleh puhak
UTHM.
5.5.2 Menubuhkan Jawatankuasa Latihan Mengajar peringkat sekolah / institusi.
5.5.3 Mengesahkan penempatan guru pelatih
5.5.4 Mencalonkan guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan bersesuaian serta memenuhi kriteria yang ditetapkan
oleh UTHM.
5.5.5 Memberi taklimat kepada guru pelatih tentang latar belakang sekolah /
institusi, skop tugasan guru, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum serta
maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
5.5.6 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah / institusi kepada guru pelatih.
5.5.7 Mengawasi disiplin guru pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka.
5.5.8 Melaporkan secara bertulis kepada pihak UTHM tentang masalah disiplin
, sahsiah, kehadiran , prestasi , tatatertib dan kebajikan guru pelatih.
5.5.9 Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan
mengajar guru pelatih.
5.5.10 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan berterusan kepada
guru pelatih.
5.5.11 Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan guru pelatih dan membuat
tindakan susulan.
5.5.12 Memastikan segala tindakan berkaitan bimbingan dan penyeliaan latihan
mengajar dilaksanakan dengan sempurna.
5.5.13 Memastikan guru pelatih dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum
sekolah/institusi.

5.6 Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Amalan Profesional


Keguruan Peringkat Negeri
5.6.1 Mengadakan mesyuarat penyelarasan perancangan latihan mengajar.
5.6.2 Memastikan semua jenis sekolah / institusi terlibat dan bekerjasama dalam
pelaksanaan latihan mengajar guru pelatih UTHM.
5.6.3 Memantau pelantikan guru pembimbing.
5.6.4 Memastikan pihak sekolah/institusi memberi kerjasama sepenuhnya
kepada pihak UTHM.
5.6.5 Memastikan wujud kerjasama , pemuafakatan dan hubungan profesional
antara jabatan pelajaran negeri, PPD, UTHM berhubung latihan mengajar.
5.6.6 Memastikan pengurus sekolah/institusi memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk guru pembimbing melaksanakan tugas membimbing.
5.6.7 Memastikan sekolah/institusi dan guru pembimbing yang menjayakan
program latihan mengajar di beri merit yang sewajarnya.
5.6.8 Memastikan kerjasama UTHM untuk mewujudkan pangkalan data guru
pembimbing dan sekolah/ institusi yang terlibat dalam pelaksanaan latihan
mengajar.
5.6.9 Memastikan kerjasama UTHM dalam menguruskan kursus bimbingan
kepada guru pembimbing.

6.0 KEHADIRAN LATIHAN MENGAJAR

6.1 Kehadiran guru pelatih dalam latihan mengajar adalah 100%.


6.2 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% adalah merujuk kepada dasar
dan dengan budi bicara UTHM.

7.0 PENANGGUHAN LATIHAN MENGAJAR

7.1 Penangguhan latihan mengajar tertakluk kepada dasar dan keputusan yang dibuat
oleh pihak UTHM.

8.0 SYARAT TAKSIRAN PRESTASI GURU PELATIH DALAM LATIHAN


MENGAJAR

8.1 Taksiran adalah secra holistik berdasarkan elemen utama penilaian bagi menentukan
prestasi guru pelatih.
8.2 Komponen penilaian prestasi guru pelatih dalam Latihan Mengajar dibuat berasaskan
kepada elemen-elemen seperti di dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Elemen Utama Penilaian Latihan Mengajar

BIL. ELEMEN UTAMA PENILAIAN RUJUKAN

a) Pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran

1. b) Perancangan dan pelaksanaan Pengajaran Buku Persediaan Mengajar,


Portfolio Latihan Mengajar ,
a) Penglibatan dalam kokurikulum
Instrumen bimbingan dan
2. b) Penglibatan aktiviti lain penilaian serta respon pihak

a) Pengurusan Rutin sekolah/institusi

3. b) Sahsiah dan Personaliti Guru Pelatih

8.3.1 Pemberatan untuk elemen penilaian Latihan Mengajar adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Wajaran Pemberatan Elemen Penilaian Latihan Mengajar

BIL. ELEMEN PENILAIAN PENILAI MARKAH PERATUS


(%)

a) Pengetahuan tentang
1. kandungan mata pelajaran Penyelia UTHM 80
80%
b) Perancangan dan Pembimbing 20
Pelaksanaan Pengajaran Sekolah/ Institusi

a) Penglibatan dalam 100 10%


2. kokurikulum Pembimbing
b) Penglibatan Aktiviti lain Sekolah/Institusi
a) Pengurusan Rutin Pembimbing 100 10%
3. b) Personaliti Guru Pelatih Sekolah/Institusi

JUMLAH 100%

8.5 Instrumen/criteria bagi elemen penilaian Laatihan Mengajar adalah tertakluk


kepada pihak UTHM

8.6 Syarat penentuan keputusan ‘LULUS’ Latihan Mengajar adalah tertakluk


kepada dasar dan pihak UTHM.

Anda mungkin juga menyukai

  • Visi Dan Misi
    Visi Dan Misi
    Dokumen2 halaman
    Visi Dan Misi
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan CPR
    Isi Kandungan CPR
    Dokumen4 halaman
    Isi Kandungan CPR
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Soalan Objektif & Subjektif
    Soalan Objektif & Subjektif
    Dokumen15 halaman
    Soalan Objektif & Subjektif
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Tentatif Program
    Tentatif Program
    Dokumen2 halaman
    Tentatif Program
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • CPR
    CPR
    Dokumen11 halaman
    CPR
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    Dokumen2 halaman
    Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    تنكو احمد رمضان
    100% (1)
  • Pembersihan Air
    Pembersihan Air
    Dokumen11 halaman
    Pembersihan Air
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • TANDA Tajwid Asas
    TANDA Tajwid Asas
    Dokumen11 halaman
    TANDA Tajwid Asas
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Pai Report
    Pai Report
    Dokumen15 halaman
    Pai Report
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat