Anda di halaman 1dari 2

VISI UTHM

( LAGU & LIRIK : HASHIM AHMAD)

Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat

MISI UTHM

Untuk melahirkan dan melatih ahli professional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan
berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu
serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

MOTO UTHM

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA


“ WITH WISDOM WE EXPLORE”

POLISI KUALITI

Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik
berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak
pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Puhak
pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan
mengekalkan system pengurusan yang berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan
MS ISO 9001 : 2000. Objektif kualiti Universiti di wujud, dilaksana, dipantau dan secara
berkala di kaji semula untuk menentukan pencapaian , kesesuaian serta dikemaskini bagi
merealisasikan visi dan misi universiti.
VISI FPTV

Menjadi pusat rujukan bertaraf dunia dlam bidang Pendidikan Teknikal bertunjangkan tauhid
ke arah mencapai wawasan Negara.

MISI FPTV

Melahirkan sumber manusia profesional bertaraf dunia dalam Pendidikan Teknikal untuk
mempelopori , mengembang dan mengaplikasikan ilmu dan teknologi terkini melalui
penyelidikan , pengajaran, dan pembelajaran bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

OBJEKTIF FPTV

 Mengendalikan program-program pengajian yang khusus dlam bidang Pendidikan


Teknikal dan Vokasional di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah.
 Menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang
Pendidikan Teknikal dan Vokasional
 Meningkatkan Profesionalisme staf dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
keperluan pembangunan sumber manusia Negara.
 Mempelopori kaedah dan menghasilkan bahan bagi peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
 Menawarkan kepakaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui
pusat kecemerlangan.
 Membantu institusi pendidikan dan latihan serta industri ke arah meningkatkan
profesionalisme sumber manusia.
 Memberi khidmat masyarakat ke arah menggalakkan pendidikan sepanjang hayat
dalam bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional
 Menerbitkan bahan ilmiah untuk meningkatkan profesionalisme Pendidikan
Teknikal dan Vokasional.

Anda mungkin juga menyukai