Anda di halaman 1dari 50

Pembuatan Perabot

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

Tingkatan 5
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

Tingkatan 5
Bahagian Pembangunan Kurikulum

November 2017
Terbitan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara.................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan..................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan......................................................................................................................... vii

Kata Pengantar ................................................................................................................................................. ix

Pendahuluan...................................................................................................................................................... 1

Matlamat ........................................................................................................................................................... 3

Objektif .............................................................................................................................................................. 3

Kemahiran Abad Ke-21...................................................................................................................................... 5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ............................................................................................................ 7

Elemen Merentas Kurikulum ............................................................................................................................. 10

Perincian DSK ................................................................................................................................................... 13

Panel Penggubal 33
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996


[PU(A)531/97]

vii
KATA PENGANTAR

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
kemahiran pada abad ke-21.
Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah
untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru
kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak
pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan
yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif
pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,
industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa,
pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme.
dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian
Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini
penghargaan dan ucapan terima kasih.
diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
pekerjaan.
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

ix
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

PENDAHULUAN Hasrat KPM ialah untuk mengarusperdanakan pendidikan


vokasional di peringkat sekolah sehingga 20 peratus pada
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu tahun 2020 supaya setanding dengan negara serantau dan
proses merekayasa (reengineering) untuk membina sistem negara maju yang telah memberikan penekanan kepada
pendidikan vokasional yang lebih dinamik bagi menyokong pendidikan vokasional sehingga menjadi pendidikan pilihan
kepada agenda transformasi negara ke arah negara (education of choice).
berpendapatan tinggi.
 Sistem pendidikan vokasional baharu digerakan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-
sumber manusia yang responsif kepada pelbagai 195 pada 20 Disember 2010 dan Mesyuarat JPP ke-196 pada
inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri 7 April 2011 memutuskan bahawa MPV akan dimansuhkan
bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang dan ditamatkan secara berperingkat-peringkat (soft-landing)
berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan dan digantikan dengan program Pendidikan Asas Vokasional
usahawan; (PAV). Walau bagaimanapun, YAB Timbalan Perdana Menteri
 Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan merangkap Menteri Pendidikan dalam Mesyuarat
berdaya saing memiliki kelayakan dan kemahiran yang Penyelesaian Masalah Pelan Pembangunan Pendidikan
diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima Malaysia (PPPM) 2015 – 2025 tahun 2013 telah memutuskan
oleh pasaran kerja. bahawa tiada peluasan bagi Program PAV.

Dasar Pendidikan Vokasional di Kementerian Pendidikan Kajian Pertengahan Tahun Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia (KPM) adalah untuk memberi akses, ekuiti dan (KPM) pada 14 Ogos 2014 bersetuju supaya KPM
pendidikan yang berkualiti kepada murid yang mempunyai melaksanakan penstrukturan semula dan menaik taraf MPV
kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang yang sedang beroperasi di sekolah menengah kebangsaan
Vokasional dengan tujuan mengurangkan kadar keciciran supaya diiktiraf sebagai pendidikan vokasional.
dalam kalangan murid.

1
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-


206 pada 11 Mac 2015 telah memutuskan bahawa PVMA
dilaksankan pada tahun 2015 dan diambil kira sebagai
enrolmen Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di
bawah Prestasi Pencapaian Utama KPM.

2
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

MATLAMAT
keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Matlamat PVMA adalah untuk menyediakan peluang kepada
murid lepasan PT3 menjadi modal insan berkemahiran bekerja
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Kurikulum PVMA adalah menggunakan konsep Kurikulum
Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang

OBJEKTIF semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA


kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria
Objektif PVMA adalah untuk menjadikan aliran pendidikan Pencapaian.
vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang
sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk Kurikulum Modular Berasaskan Standard
tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan
Kurikulum Pendidikan Vokasional Menengah Atas digubal
terutama dalam bidang kerja tangan. PVMA dilihat mampu
dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard
menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat
Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi
memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal
pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan
pasti perlu dikuasai oleh murid.
dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas
kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter
yang mantap. PVMA turut menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan
pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan
inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid
dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan
serta menerap dan mengembangkan kompetensi

3
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

Guru berlatarbelakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Perabot


Jadual 1: Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini
hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika
Kriteria Pencapaian. sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah
membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat
dilaksanakan sebaik mungkin.

STANDARD STANDARD KRITERIA


KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENCAPAIAN
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Penyataan Suatu penetapan Suatu set kriteria
spesifik tentang kriteria atau umum yang Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan
perkara yang indikator kualiti menunjukkan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini.
murid patut pembelajaran tahap-tahap Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai
ketahui dan dan pencapaian prestasi yang sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas
boleh lakukan yang boleh perlu murid kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
dalam suatu diukur bagi pamerkan dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan
tempoh setiap standard sebagai tanda di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu
persekolahan kandungan. bahawa sesuatu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta
merangkumi perkara itu telah keusahawanan dapat diaplikasikan.
aspek dikuasai murid
pengetahuan, (indicator of
kemahiran dan success)
nilai.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan untuk PVMA adalah


minimum 256 jam setahun.

4
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN
Satu daripada hasrat PVMA adalah untuk melahirkan murid
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif
yang mempunyai kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi dan inovatif; mampu untuk menangani
masalah yang kompleks dan membuat
fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
keputusan yang beretika. Mereka
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran berfikir tentang pembelajaran dan diri
mereka sebagai pelajar. Mereka
Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang
menjana soalan dan bersifat terbuka
mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti kepada perspektif, nilai dan tradisi
individu dan masyarakat lain. Mereka
dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global.
berkeyakinan dan kreatif dalam
Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum Pembuatan Perabot menangani bidang pembelajaran yang
baru
menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad 21 dalam
kalangan murid. Kerja Mereka boleh bekerjasama secara
Sepasukan berkesan dan harmoni dengan orang
lain. Mereka mengalas tanggungjawab
bersama serta menghormati dan
menghargai sumbangan yang diberikan
Jadual 2: Profil Murid oleh setiap ahli pasukan. Mereka
memperoleh kemahiran interpersonal
melalui aktiviti kolaboratif, dan ini
PROFIL MURID PENERANGAN menjadikan mereka pemimpin dan ahli
pasukan yang lebih baik.
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan
mengatasi kesukaran, mengatasi Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu
cabaran dengan kebijaksanaan, Tahu semula jadi untuk meneroka strategi
keyakinan, toleransi, dan empati. dan idea baru. Mereka mempelajari
kemahiran yang diperlukan untuk
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
fikiran, idea dan maklumat dengan serta menunjukkan sifat berdikari dalam
Berkomunikasi pembelajaran. Mereka menikmati
yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media pengalaman pembelajaran sepanjang
dan teknologi. hayat secara berterusan.

5
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

PROFIL MURID PENERANGAN

Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,


kesamarataan, adil dan menghormati
maruah individu, kumpulan dan
komuniti. Mereka bertanggungjawab
atas tindakan, akibat tindakan serta
keputusan mereka.

Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan


membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Mereka meneroka
pengetahuan dengan cekap dan
berkesan dalam konteks isu tempatan
dan global. Mereka memahami isu-isu
etika / undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.

Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas


Prihatin kasihan dan rasa hormat terhadap
keperluan dan perasaan orang lain.
Mereka komited untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan memastikan
kelestarian alam sekitar.

Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,


sokongan dan rasa hormat terhadap
negara.

6
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembelajaran Kolaboratif


Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). P&p menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Pendekatan ini boleh
Pembuatan Perabot akan menjadi lebih berkesan dengan dilaksanakan guru dengan memberi tugasan kepada kumpulan-
menggunakan strategi berikut: kumpulan yang telah dikenal pasti. Melalui Pembuatan Perabot
murid boleh bertukar pendapat atau idea semasa dalam aktiviti p&p
Pembelajaran Kendiri secara kumpulan. Semua ahli kumpulan akan menyumbang
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan
Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses menyelesaikan masalah bersama.
Kendiri (Self-Accessed), dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed)
Pembelajaran Berasaskan Projek
Strategi ini berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti
Melalui Pembuatan Perabot, strategi ini boleh dilaksanakan, bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan aktiviti
contohnya, dengan menggunakan peralatan, bahan dan teknologi pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang,
tertentu, murid boleh menentukan bentuk produk yang hendak mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan
dihasilkan mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek
sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur
membolehkan murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap yang menjurus kepada matlamat yang spesifik. Dalam Pembuatan
pembelajaran, lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard Perabot, murid beroleh pengetahuan dan kemahiran semasa
pembelajaran yang dihasratkan. proses menyediakan sesuatu projek. Mereka juga boleh meneroka
atau membuat kajian terhadap projek melalui pelbagai sumber
maklumat yang relevan.

7
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

Inkuiri
Pembelajaran berasaskan Inkuiri-Penemuan berlaku dalam mata untuk mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan
pelajaran Pembuatan Perabot apabila murid mengkaji sesuatu rakan bagi mencari penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah
masalah dari pelbagai sudut dan melaksanakan penyelesaian tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
secara satu demi satu dengan memecahkan masalah kepada panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu
beberapa masalah kecil. Hal ini dialami sewaktu murid masalah pada peringkat awal sesuatu projek.
melaksanakan sesuatu projek yang mempunyai beberapa sub
projek yang perlu dibuat sebelum menghimpunkan semua sub Pembelajaran Masteri
projek menjadi projek yang utama. Sesuatu masalah akan mudah Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan
dikesan dan dibaiki jika berlaku sesuatu kelemahan. Pengalaman pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam
ini membantu murid menangani masalah dan memahami keperluan sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi
mencerakin setiap masalah yang diterima. peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
Penyelesaian Masalah pembelajaran. Pengetahuan dan kefahaman terhadap sesuatu
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah konsep adalah sangat penting bagi memastikan sesuatu aktiviti
pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat yang hendak dilaksanakan itu dilaksanakan dengan betul. Pelbagai
menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri. sumber maklumat dapat membantu murid untuk menguasai
Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan sesuatu perkara itu terlebih dahulu, contohnya dengan melayari
murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah penyelesaian, Internet melalui laman web yang terpilih akan dapat membantu
melaksanakan operasi penyelesaian masalah dan menilai kaedah murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
penyelesaian masalah yang digunakan. Kaedah ini akan
melibatkan murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan
masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu projek
dengan menggunakan bahan yang sukar untuk diperolehi. Maka

8
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah di mana
murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep baru
secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi
lebih kreatif dan inovatif. Murid boleh mendapatkan data, maklumat
dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara itu untuk membina
pengetahuan atau konsep yang baru.

Pembelajaran Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui
penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid
secara aktif mencari dan mengakses maklumat untuk mencapai
objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal.
Penggunaan kompter dan akses Internet merupakan alat yang
paling berkesan dalam menterjemahkan konsep pembelajaran
penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan
pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid menganalisis
dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran
yang berbentuk penyelesaian masalah dan kajian masa depan.

9
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah  Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan

yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk

(p&p) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. menghargai alam.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan


kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan 3. Nilai Murni

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata

Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
mengamalkannya.

1. Bahasa  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,


kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
amalan dalam kehidupan harian.
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
 Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek
4. Sains Dan Teknologi
sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi
bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
dalam kalangan murid.

2. Kelestarian Alam Sekitar  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat


membantu serta menyumbang kepada
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua
mata pelajaran.  Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
merangkumi empat perkara iaitu:

10
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta,  Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
prinsip, konsep yang berkaitan dengan untuk memastikan pembangunan modal insan yang
sains dan teknologi). mampu menghadapi cabaran Abad 21.
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan  Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
kemahiran manipulatif tertentu). p&p.
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
keselamatan). 7. Keusahawanan
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P.  Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
5. Patriotisme sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata murid.
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
sebagai rakyat Malaysia. membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
6. Kreativiti Dan Inovasi
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau  Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
atau gabungan idea yang ada. pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui dipelajari.
ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong
murid menjadi kreatif malah menjadikan p&p lebih

11
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan 10. Pendidikan Kewangan


kualiti pembelajaran.  Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik membentuk generasi masa hadapan yang
yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang
kandungan mata pelajaran. beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
kewangan secara bertanggungjawab.
9. Kelestarian Global
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif p&p secara langsung ataupun secara sisipan.
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan
Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula
Perpaduan. diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas
 Elemen Kelestarian Global penting dalam kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
semasa di peringkat tempatan, Negara dan global. menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan
dalam mata pelajaran yang berkaitan. bermakna.

12
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.0 MEMBUAT 1.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 1.1.1 Mentafsir lukisan projek.
KEMASIAPAN 1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.
PERABOT 1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi
produk.
1.2 Memilih jenis kemasan. 1.2.1 Mengenal pasti produk untuk kerja kemasan
berdasarkan spesifikasi produk.
1.2.2 Memilih jenis kemasan yang sesuai berdasarkan
spesifikasi produk.
1.2.3 Mengamalkan kaedah penyimpanan dan
pengambilan produk menggunakan sistem
inventori.
1.2.4 Mengendalikan produk berdasarkan Standard
Operational Procedure (SOP).
1.3 Menyediakan proses kemasan. 1.3.1 Mengenal pasti jenis bahan dan kaedah
kemasiapan berdasarkan spesifikasi produk.
1.3.2 Menentukan nisbah campuran bahan kemasan.
1.3.3 Memilih dan mengenal pasti jenis bahan dan alatan
yang digunakan berdasarkan spesifikasi produk.
1.3.4 Mengenal pasti kaedah kemasiapan berdasarkan
spesifikasi produk.
1.3.5 Menentukan dan mengaplikasi proses penyediaan
permukaan.
1.3.6 Memilih bahan dan peralatan untuk penyediaan
permukaan produk berdasarkan spesifikasi.
1.3.7 Memeriksa permukaan kemasan untuk kerja
kemasan.

13
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.4 Melaksanakan kerja kemasan 1.4.1 Memilih dan melakukan kerja kemasiapan
menggunakan teknik menyapu, menggosok dan
menyembur pada permukaan berdasarkan
spesifikasi produk.
1.4.2 Melaksanakan kerja kemasiapan dengan kaedah
yang betul berdasarkan Standard Operational
Procedure (SOP).
1.4.3 Menentukan kaedah pengeringan dengan
menyusun, menggantung dan pemanasan ketuhar
(oven) dengan kaedah yang betul berdasarkan
Standard Operational Procedure (SOP).
1.4.4 Memindahkan produk yang dikemasiap ke ruang
pengeringan yang direka bentuk.

1.5 Mengesahkan keadaan produk 1.5.1 Memeriksa kecacatan produk kemasiapan


yang dikemasiap. mengikut garis panduan.
1.5.2 Membandingkan produk kemasiapan dengan
lukisan produk dan pencontoh.
1.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan
standard operational procedure (SOP).
1.5.4 Menyimpan produk kemasiapan dengan betul di
ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.
1.6 Menyediakan laporan aktiviti 1.6.1 Menyediakan laporan berdasarkan rekod arahan
kemasan. kerja, senarai semak dan kawalan mutu mengikut
format.
1.6.2 Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut
format yang betul merangkumi semua kerja yang
dilaksanakan dalam membuat kemasiapan.

14
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.0 MENGHASILKAN 2.1 Mengenal pasti keperluan 2.1.1 Mentafsir arahan kerja.
PERABOT PASANG kerja. 2.1.2 Mentafsir manual pemasangan berdasarkan
SIAP lukisan kerja.
2.1.3 Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh
berdasarkan spesifikasi produk.
2.2 Mengenalpasti pra 2.2.1 Memilih komponen pra pemasangan dan perabot
pemasangan komponen pasang siap mengikut senarai komponen.
perabot. 2.2.2 Mendapatkan komponen pra pemasangan dan
perabot pasang siap berdasarkan prosedur
penstoran atau sistem inventori.
2.3 Menghasilkan jig pemasangan 2.3.1 Menentukan jig pemasangan dan fixture
dan fixture. berdasarkan spesifikasi produk.
2.3.2 Menyediakan jig pemasangan dan fixture
berdasarkan spesifikasi produk.

2.4 Menghasilkan perabot pasang 2.4.1 Mengenal pasti jenis bahan pemasangan perabot
siap. pasang siap.
2.4.2 Mengenal pasti keperluan jenis bahan
pemasangan mengikut spesifikasi produk.
2.4.3 Menentukan jenis-jenis mesin dan peralatan
pemasangan berdasarkan spesifikasi produk.
2.4.4 Melaraskan mesin pemasangan mengikut ukuran
berdasarkan Standard Operational Procedure
(SOP).
2.4.5 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul
berdasarkan Standard Operational Procedure
(SOP).
2.4.6 Memasang perabot pasang siap mengikut
spesifikasi dan contoh berdasarkan lukisan produk
berdasarkan Standard Operational Procedure
(SOP).

15
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.4.7 Menguruskan tempat kerja dengan baik dan


kondusif berdasarkan amalan 5s.
2.5 Mengesahkan keadaan produk 2.5.1 Memeriksa kualiti, kecacatan dan keseragaman
siap. perabot pasang siap mengikut garis panduan.
2.5.2 Membandingkan perabot pasang siap dengan
lukisan produk dan pencontoh.
2.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan
Standard Operational Procedure (SOP)
2.5.4 Menyimpan produk perabot pasang siap dengan
betul di ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.
2.6 Melakukan kerja 2.6.1 Memilih bahan yang sesuai untuk pembungkusan
pembungkusan dan berdasarkan spesifikasi produk.
penyimpanan produk siap. 2.6.2 Mengenal pasti kaedah pembungkusan produk
siap dan membungkus menggunakan bahan
pembungkusan yang sesuai berdasarkan
spesifikasi produk.
2.6.3 Melabelkan pembungkus dengan maklumat yang
berkaitan dengan perabot.
2.6.4 Mengkelas dan menyimpan mengikut jenis dan
kaedah sesuai dan sistematik.
2.7 Menyedia laporan aktiviti 2.7.1 Mengesahkan aktiviti penghasilan perabot pasang
penghasilan perabot pasang siap berdasarkan arahan kerja atau spesifikasi
siap. produk dan arahan pemasangan.
2.7.2 Melengkapkan format merekod (arahan kerja,
senarai semak, borang QC, label palet)
berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP).

16
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.8 Mengenal pasti keadaan 2.8.1 Memeriksa kecacatan kandungan kelembapan dan
komponen kayu padu kuantiti kayu padu berlaminat.
berlaminat. 2.8.2 Mengawal kelembapan kayu dengan kaedah
pembungkusan.
2.8.3 Pengesahan Pengawal Kualiti berdasarkan
Standard Operation Procedure (SOP).
2.8.4 Menyimpan kayu padu berlaminat di tempat khas
berdasarkan prosedur penyimpanan.
2.9 Menyediakan laporan aktiviti 2.9.1 Melengkapkan senarai semak dan merekod
mengikut format berdasarkan spesifikasi produk.

17
TAHAP 2
18
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1. APLIKASI 1.1 Menggunakan 1.1.1 Mengenal pasti protokol komunikasi berdasarkan situasi di
KOMUNIKASI komunikasi dua hala. tempat kerja.
1.1.2 Mengenal pasti objektif maklumat berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.1.3 Mengenal pasti jenis-jenis maklumat berdasarkan situasi di
tempat kerja:
i. Kesesuaian maklumat
ii. Ketepatan maklumat
1.1.4 Mengenal pasti prinsip etika komunikasi berdasarkan situasi
di tempat kerja.
1.1.5 Menentukan objektif maklumat berdasarkan situasi di tempat
kerja.
1.1.6 Mengklasifikasikan jenis-jenis maklumat berdasarkan situasi
di tempat kerja.
1.1.7 Memastikan kesesuaian maklumat berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.1.8 Mengamalkan etika komunikasi berdasarkan situasi di tempat
kerja.

1.2 Menyebarkan maklumat 1.2.1 Mengenal pasti tujuan penyebaran maklumat berdasarkan
secara elektronik. situasi di tempat kerja.
1.2.2 Mengenal pasti prosedur dan proses penyebaran maklumat

19
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

berdasarkan situasi di tempat kerja.


1.2.3 Mengenal pasti penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Kebangsaan berdasarkan situasi di tempat kerja.
1.2.4 Mengenal pasti tatabahasa berdasarkan situasi di tempat
kerja.
1.2.5 Mengenal pasti perbendaharaan kata berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.2.6 Mengenal pasti kemahiran menulis berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.2.7 Mengenal pasti kegunaan komputer peribadi berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.2.8 Mengenal pasti pengetahuan e-mail berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.2.9 Mengenal pasti proses menghantar e-maklumat berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.2.10 Menyebarkan maklumat dengan cara yang betul berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.2.11 Menentukan prosedur maklumat berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.2.12 Memilih bahasa yang boleh diaplikasi berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.2.13 Memastikan kebolehan menggunakan tatabahasa dan
perbendaharaan kata berdasarkan situasi di tempat kerja.
1.2.14 Mengaplikasi kemahiran menulis laporan berdasarkan situasi

20
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

di tempat kerja.
1.2.15 Menyampaikan e-maklumat berdasarkan situasi di tempat
kerja.

1.3 Menyebarkan maklumat 1.3.1 Mengenal pasti tujuan penyebaran maklumat berdasarkan
secara manual. situasi di tempat kerja.
1.3.2 Mengenal pasti prosedur penyebaran maklumat
berdasarkan situasi di tempat kerja.
1.3.3 Mengenal pasti kemahiran menulis laporan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.3.4 Mengenal pasti kemahiran komunikasi berdasarkan situasi
di tempat kerja.
1.3.5 Mengenal pasti maklumat untuk penyebaran secara manual
berdasarkan situasi di tempat kerja.
1.3.6 Menentukan tujuan penyebaran maklumat berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.3.7 Mengaplikasi kemahiran menulis berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.3.8 Mempraktikkan kemahiran komunikasi berdasarkan situasi
di tempat kerja.

1.4 Menerapkan kerahsiaan 1.4.1 Mengenal pasti konsep kerahsiaan berdasarkan situasi di
maklumat. tempat kerja.
1.4.2 Mengenal pasti skop kerahsiaan berdasarkan situasi di

21
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

tempat kerja.
1.4.3 Mengenal pasti prosedur kerahsiaan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.4.4 Mengenal pasti tahap kejujuran dan integriti berdasarkan
situasi di tempat kerja.
1.4.5 Mengenal pasti kod kerahsiaan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.4.6 Memantau prosedur kerahsiaan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
1.4.7 Mengaplikasi amalan kod kerahsiaan berdasarkan
keperluan di tempat kerja.

2. TINGKAH LAKU 2.1 Mempamerkan 2.1.1 Mengenal pasti tugas di tempat kerja berdasarkan situasi
INTERPERSONAL tanggungjawab di kerja berdasarkan keperluan kerja.
tempat kerja. 2.1.2 Mengenal pasti indikator standard kerja berdasarkan situasi
kerja.
2.1.3 Mengenal pasti ketepatan masa berdasarkan situasi kerja.
i. Kehadiran
ii. Jadual kerja
iii. Keperluan kerja
2.1.4 Mengenal pasti kesedaran pemilikan berdasarkan situasi
kerja.
i. Tugas kerja
ii. Indikator / kualiti kerja

22
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2.1.5 Melaksanakan tugas dengan teliti berdasarkan situasi kerja.


2.1.6 Mengekalkan indikator standard kerja berdasarkan situasi
kerja.
2.1.7 Mematuhi keperluan ketepatan masa berdasarkan situasi
kerja.
2.1.8 Mengamalkan kesedaran pemilikan dalam indikator kerja
berdasarkan situasi kerja.

2.2 Menerapkan aplikasi 2.2.1 Mengenal pasti sasaran kerja berdasarkan situasi kerja.
kerja berpasukan. 2.2.2 Mengenal pasti teknik perbincangan yang berkesan
berdasarkan situasi kerja.
2.2.3 Mengenal pasti konsep kerja berpasukan berdasarkan
situasi kerja.
2.2.4 Mengenal pasti konsep kerja berpasukan berdasarkan
situasi kerja
2.2.5 Mengenal pasti kemahiran berkomunikasi berdasarkan
situasi kerja.
2.2.6 Mengenal pasti kemahiran perundingan berdasarkan situasi
kerja.
2.2.7 Menyampaikan sasaran kerja berdasarkan situasi kerja.
2.2.8 Mengaplikasikan teknik perbincangan yang berkesan
berdasarkan situasi kerja.
2.2.9 Mengaplikasikan konsep kerja berpasukan berdasarkan
situasi kerja.

23
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2.2.10 Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi berdasarkan


situasi kerja.
2.2.11 Merunding dengan berkesan berdasarkan situasi kerja.

2.3 Menerapkan inisiatif 2.3.1 Mengenal pasti jenis masalah berdasarkan situasi kerja.
kemahiran penyelesaian 2.3.2 Mengenal pasti teknik menyelesaikan masalah berdasarkan
masalah di tempat kerja. situasi kerja.
i. Kelebihan
ii. Kekurangan
iii. Tindakan menyelesaikan masalah yang sesuai.
2.3.3 Menyelesaikan masalah dengan tindakan yang sesuai
berdasarkan situasi kerja.

2.4 Mempamerkan 2.4.1 Mengenal pasti pencapaian kerja berdasarkan situasi kerja.
kesedaran prestasi i. Menyampaikan keperluan kerja
kerja. ii. Jangkaan kualiti kerja.
2.4.2 Mengenal pasti ruang penambahbaikan berdasarkan
situasi kerja.
2.4.3 Mengamalkan sasaran pencapaian kerja berdasarkan
situasi kerja.
2.4.4 Menyampaikan pemantauan kerja berdasarkan situasi
kerja.
2.4.5 Memastikan kualiti kerja dalam keperluan pelanggan yang
ditemui berdasarkan situasi kerja.

24
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

3. TINGKAH LAKU 3.1 Mempratikkan budaya 3.1.1 Mengenal pasti adat dan budaya tempatan berdasarkan
BUDAYA DI TEMPAT kerja. situasi kerja.
KERJA 3.1.2 Mengenal pasti agama / kepercayaan berdasarkan situasi
kerja.
3.1.3 Mengenal pasti isu-isu sensitif berdasarkan situasi kerja.
3.1.4 Mengenal pasti kemahiran sosial berdasarkan situasi kerja.
3.1.5 Mengenal pasti garis panduan sumber manusia
berdasarkan situasi kerja.
3.1.6 Mengenal pasti kemahiran komunikasi berdasarkan situasi
kerja.
3.1.7 Mengamalkan kemahiran interaksi sosial berdasarkan
situasi kerja.
3.1.8 Mematuhi garispanduan sumber manusia berdasarkan
situasi kerja.
3.1.9 Mengamalkan garis panduan sumber manusia berdasarkan
situasi kerja

3.2 Memberi respon pada 3.2.1 Mengenal pasti jenis situasi yang luar biasa berdasarkan
situasi luar biasa situasi kerja.
sewajarnya. 3.2.2 Mengenal pasti standard kualiti berdasarkan situasi kerja.
3.2.3 Mengenal pasti prosedur tindakan / tindak balas
berdasarkan situasi kerja.
3.2.4 Mengenal pasti kemahiran penyelesaian masalah
berdasarkan situasi kerja.

25
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

3.2.5 Mengenal pasti kemahiran komunikasi berdasarkan situasi


kerja.
3.2.6 Mengenal pasti prosedur laporan berdasarkan situasi kerja.
3.2.7 Mengenal pasti tahap kuasa / pihak berkuasa berdasarkan
situasi kerja.
3.2.8 Menentukan jenis situasi yang luar biasa berdasarkan
situasi kerja.
3.2.9 Mengekalkan standard kualiti berdasarkan situasi kerja.
3.2.10 Menentukan prosedur tindakan / tindak balas berdasarkan
situasi kerja
3.2.11 Mengamalkan kemahiran penyelesaian masalah
berdasarkan situasi kerja.
3.2.12 Mengamalkan kemahiran berkomuniksdi berdasarkan
situasi kerja.
3.2.13 Mengamalkan prosedur laporan berdasarkan situasi kerja.
3.2.14 Menentukan tahap kuasa / pihak berkuasa berdasarkan
situasi kerja.

3.3 Mempamerkan inisiatif 3.3.1 Mengenal pasti tugas dan tanggungjawab berdasarkan
dan fleksibiliti. situasi kerja.
3.3.2 Mengenal pasti prosedur standard operasi berdasarkan
situasi kerja.
3.3.3 Mengenal pasti konsep inisiatif dan fleksibel berdasarkan
situasi kerja.

26
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

3.3.4 Mengenal pasti petunjuk pencapaian kerja.


3.3.5 Mengenal pasti amalan kerja berdasarkan situasi kerja.
3.3.6 Mengenal pasti amalan berdasarkan situasi kerja.
3.3.7 Mentakrifkan tugas dan tanggungjawab berdasarkan situasi
kerja.
3.3.8 Mengamalkan prosedur standard operasi berdasarkan
situasi kerja.
3.3.9 Mengamalkan petunjuk pencapaian kerja berdasarkan
situasi kerja.
3.3.10 Mengamalkan amalan kerja berdasarkan situasi kerja.
3.3.11 Mengamalkan konsep inisiatif dan fleksibel berdasarkan
situasi kerja.

4. MENGAMALKAN 4.1 Mempamerkan 4.1.1 Mengenal pasti keperluan kesihatan di tempat kerja
KESIHATAN, pematuhan terhadap berdasarkan situasi di tempat kerja.
KESELAMATAN DAN kesihatan. 4.1.2 Mengenal pasti kesedaran kesihatan di tempat kerja
ADAPTASI ALAM berdasarkan situasi di tempat kerja.
SEKITAR 4.1.3 Mengenal pasti langkah-langkah penjagaan kesihatan yang
diperlukan berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.4 Mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku di tempat
kerja berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.5 Mengenal pasti prosedur kecemasan kesihatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.

27
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.1.6 Mengenal pasti perundangan OSH berdasarkan situasi di


tempat kerja.
i. Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
ii. Akta Kilang & Mesin 1967
iii. Melaksanakan kebajikan keselamatan & kesihatan
4.1.7 Mengenal pasti penilaian terhadap bahaya kesihatan
berdasarkan situasi di tempat kerja:
i. Penilaian bahaya (tindakan tidak selamat, keadaan tidak
selamat)
ii. Permit kerja (Industri berkenaan)
4.1.8 Mengenal pasti arahan kerja, prosedur operasi
keselamatan dan pelan tindak balas kecemasan (ERP-
Keselamatan kebakaran dll.) berdasarkan situasi di tempat
kerja.
4.1.9 Mengenal pasti peralatan perlindungan diri berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.1.10 Mengenal pasti operasi keselamatan mesin (Industri yang
berkenaan) berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.11 Melakukan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.12 Mengamalkan kesedaran kesihatan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.1.13 Mencadangkan langkah-langkah penjagaan kesihatan yang
diperlukan berdasarkan situasi di tempat kerja.

28
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.1.14 Melaporkan bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja


berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.15 Mematuhi prosedur kecemasan kesihatan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.1.16 Memantau tugas-tugas pekerja berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.1.17 Melakukan penilaian pemeriksaan bahaya kesihatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.18 Memohon permit kerja berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.19 Memantau arahan kerja, prosedur operasi keselamatan,
pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.1.20 Memantau pemakaian peralatan perlindungan diri
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.1.21 Memantau operasi keselamatan mesin berdasarkan situasi
di tempat kerja.
4.1.22 Menyertai mesyuarat toolbox berdasarkan situasi di tempat
kerja.

4.2 Mempamerkan 4.2.1 Mengenal pasti keperluan keselamatan berdasarkan situasi


pematuhan terhadap di tempat kerja.
keselamatan. 4.2.2 Mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.2.3 Mengenal pasti prosedur keselamatan kecemasan

29
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

berdasarkan situasi di tempat kerja.


4.2.4 Mengenal pasti prosedur pemindahan kecemasan
keselamatan berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.5 Mengenal pasti akta keselamatan, undang-undang &
peraturan berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.6 Mengenal pasti perundangan OSH berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.2.7 Mengenal pasti penilaian bahaya keselamatan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.2.8 Mengenal pasti arahan kerja, prosedur operasi
keselamatan dan pelan tindak balas kecemasan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.9 Mengenal pasti permohonan perlatan perlindungan diri
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.10 Mengenal pasti permohonan operasi keselamatan mesin
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.11 Mengenal pasti mesyuarat toolbox berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.2.12 Mengenal pasti keperluan pematuhan keselamatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.13 Memantau pematuhan keselamatan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.2.14 Memantau langkah-langkah penjagaan keselamatan yang
diperlukan di tempat kerja berdasarkan situasi di tempat

30
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

kerja.
4.2.15 Mengamalkan prosedur kecemasan keselamatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.16 Memantau prosedur pemindahan kecemasan keselamatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.17 Memantau tugas-tugas pekerja berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.2.18 Memantau penilaian bahaya keselamatan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.2.19 Memohon permit kerja berdasarkan situasi di tempat kerja
4.2.20 Memantau arahan kerja, prosedur operasi keselamatan dan
pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.2.21 Memantau pemakaian peralatan perlindungan diri
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.22 Memantau operasi keselamatan mesin berdasarkan situasi
di tempat kerja.
4.2.23 Menyertai mesyuarat toolbox berdasarkan situasi di tempat
kerja.

4.3 Mempamerkan 4.3.1 Mengenal pasti keadaan di tempat kerja berdasarkan


pematuhan alam sekitar. berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.2 Mengenal pasti kehendak persekitaran semulajadi
berdasarkan situasi di tempat kerja.

31
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.3.3 Mengenal pasti kesedaran persekitaran berdasarkan situasi


di tempat kerja.
4.3.4 Mengenal pasti kerperluan persekitaran berdasarkan situasi
di tempat kerja.
4.3.5 Mengenal pasti potensi bahayan persekitaran berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.3.6 Mengenal pasti prosedur tindak balas kecemasan
persekitaran berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.7 Mengenal pasti prosedur pemindahan berdasarkan situasi
di tempat kerja.
4.3.8 Mengenal pasti akta peraturan dan perundangan
persekitaran berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.9 Menilai keperluan persekitaran berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.3.10 Mematuhi keperluan persekitaran berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.3.11 Menguatkuasa keperluan persekitaran berjag-jaga
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.12 Melaporkan potensi bahaya persekitaran berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.3.13 Mengamalkan prosedur tindak balas kecemasan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.14 Mematuhi akta, peraturan dan perundangan persekitaran
berdasarkan situasi di tempat kerja.

32
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

PANEL PENGGUBAL

1 Norhashimah binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM


2 Suriani binti Ngatiman Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
3 Mohamad Zaidi bin Mohamed Endon Kolej Vokasional Klang, Selangor
4 Kamarulzaman bin Abdullah Kolej Vokasional Kluang, Kluang Johor
5 Che Mohd Supardi bin Ibrahim Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu
6 Mohamad Zulhilmi bin Abdul Wahab SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan
7 A Rahim bin Ariff SMK Jelai (F), Gemas Negeri Sembilan
8 Melissa binti Bahar SMK Jinjang, Kuala Lumpur
9 Mathew Dalb Anak Keby SMK Meradong, Bintagor Sarawak
10 Mohd Sukri bin Mat SMK Seri Mahawangsa, Jitra Kedah
11 Idris bin Osman SMK Simpang Kuala, Alor Setar Kedah
12 Muhammad Hairul bin Mat SMK Sungai Soi, Kuantan, Pahang
13 Nora binti Misgon SMK Tasek Permai, Ampang Selangor

TURUT MENYUMBANG
1 Zaili bin Ramli Institut Kemahiran MARA, Seri Manjung, Lumut, Perak
2 Amri bin Mustaffa Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC)

33
PVMA PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 5

PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Sariah binti Abd. Jalil - Pengarah
Shamsuri bin Sujak - Timbalan Pengarah
Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah
Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor, SPTV

Penasihat Editorial
Raudah binti Hj. Majid - Ketua Unit, ERT
Mahyudin bin Ahmad - Ketua Unit, UPERT
Ansori bin Ishak - Ketua Unit, UKA
Shamsuri bin Omar - Ketua Unit, UKM
Anuar bin Mohd Som - Ketua Unit, PKE

34

Anda mungkin juga menyukai