Anda di halaman 1dari 48

Pendidikan Muzik

Tahun 2
Pendidikan Muzik
Tahun 2
Bahagian
Pembangunan
Kurikulum
2019
Terbitan 2019

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
Rukun Negara....................................................................................................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan........................................................................................................................................ vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan............................................................................................................................................ vii
Kata Pengantar..................................................................................................................................................................... ix
Pendahuluan......................................................................................................................................................................... 1
Matlamat............................................................................................................................................................................... 2
Objektif.................................................................................................................................................................................. 2
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah.................................................................................................................. 3
Fokus.................................................................................................................................................................................... 4
Kemahiran Abad Ke-21......................................................................................................................................................... 6
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi............................................................................................................................................. 8
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran................................................................................................................................ 9
Elemen Merentas Kurikulum................................................................................................................................................. 11
Pentaksiran Bilik Darjah........................................................................................................................................................ 14
Organisasi Kandungan.......................................................................................................................................................... 18
Modul Bahasa Muzik..................................................................................................................................................... 19
Modul Kemahiran Muzik................................................................................................................................................ 20
Modul Kreativiti Muzik.................................................................................................................................................... 23
Modul Apresiasi Muzik................................................................................................................................................... 25
Projek Seni Muzik.......................................................................................................................................................... 27
Glosari.................................................................................................................................................................................. 29
Panel Penggubal.................................................................................................................................................................. 32
Penghargaan........................................................................................................................................................................ 33
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu
cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vi
i
KATA PENGANTAR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21
berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan
sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran
mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus
Standard Prestasi. kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran
Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang
Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum diperlukan dalam abad ke-21.
telah mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan
dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan
membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang


Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

ix
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PENDAHULUAN

DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik ialah dokumen yang Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhasrat untuk
memuatkan kandungan kurikulum mata pelajaran ini sebagai rujukan mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran abad ke-21. DSKP ini
kepada guru untuk mengajar. Matlamat dan objektif mata pelajaran ini menggariskan profil murid yang ingin dibentuk untuk mempersiapkan
dinyatakan dengan jelas sebagai garis panduan kepada guru tentang mereka mengharungi cabaran pada masa kini dan pada masa depan.
perkara yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan secara eksplisit
Bagi menterjemahkan matlamat dan objektif tersebut, kandungan dalam Standard Pembelajaran. Guru diharapkan dapat
DSKP diorganisasikan menerusi tiga lajur iaitu Standard Kandungan menterjemahkan kemahiran tersebut semasa menjalankan PdP.
(SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). SK Perenggan tentang perkara ini terdapat dalam DSKP dan boleh
menyatakan secara spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dijadikan rujukan guru untuk mendapatkan kefahaman berkaitan
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. SP pengaplikasian KBAT dalam PdP.
menggariskan penetapan kriteria pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap SK, manakala SPi merupakan suatu set PdP mata pelajaran Pendidikan Muzik menggalakkan murid untuk
kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu berfikir, berimaginasi dan membuat interpretasi. Kaedah pengajaran
murid kuasai. mata pelajaran ini haruslah dipelbagaikan untuk membantu murid
memahami dan menguasai sesuatu konsep dan kemahiran. Guru boleh
Kurikulum untuk semua mata pelajaran digubal berlandaskan merujuk cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam DSKP
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru boleh merujuk ini untuk mendapatkan idea bagi menentukan strategi yang sesuai
perenggan ini untuk memahami tentang insan yang ingin dilahirkan digunakan semasa menyampaikan kandungan DSKP kepada murid.
sebagaimana yang digambarkan dalam kerangka tersebut. Selain itu, guru juga digalakkan untuk menerapkan Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) semasa menjalankan PdP.

1
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

MATLAMAT OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

KSSR Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk KSSR Pendidikan Muzik Tahun 2 bertujuan untuk membolehkan
melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran asas dalam murid mencapai objektif berikut:
bidang muzik untuk membentuk insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan inovatif serta dapat menikmati nilai estetik muzik secara 1. Mengetahui dan memahami bahasa muzik.
intelektual. 2. Menyanyikan lagu dengan postur, sebutan dan pic yang betul
mengikut tempo.
3. Memainkan corak irama dan detik lagu mengikut tempo
OBJEKTIF UMUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH berdasarkan skor ikon.
4. Memainkan alat perkusi berdasarkan skor ikon.
KSSR Pendidikan Muzik bertujuan untuk membolehkan murid
5. Membuat pergerakan mengikut tempo berdasarkan muzik
mencapai objektif berikut:
yang didengar.
6. Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan
1. Mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran muzik.
pelbagai sumber.
2. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik
7. Mencipta corak irama mudah berdasarkan ikon.
menerusi aktiviti muzik. 8. Mengenal pasti muzik yang didengar.
3. Menghasilkan karya muzik dengan menggunakan
9. Membuat persembahan muzik.
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran muzik.
10. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
4. Membuat ulasan tentang muzik yang didengar.
5. Membuat persembahan muzik.
6. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.

2
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah dibina berasaskan enam tunjang, Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan,
Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif
Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang sebagaimana yang digambarkan seperti Rajah 1. Kurikulum
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran Pendidikan Muzik digubal berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSR.
kritis, kreatif dan inovatif.

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah

3
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

FOKUS Modul Bahasa Muzik

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi fokus kepada Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik
pembinaan insan berliterasi muzik menerusi aktiviti pengkaryaan, yang merangkumi aspek elemen muzik serta menulis dan membaca
persembahan dan pembudayaan muzik. Bagi mencapai hasrat ini, notasi muzik. Menerusi modul ini juga, murid dapat mengaplikasikan
Kurikulum Pendidikan Muzik digubal dengan berasaskan kerangka pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa aktiviti muzik
KSSR Pendidikan Muzik yang mengandungi empat modul kurikulum seperti bernyanyi, bergerak mengikut muzik, bermain alat muzik serta
seperti di Rajah 2. pengkaryaan muzik.

Modul Kemahiran Muzik

Murid memperoleh kemahiran muzik menerusi aktiviti bernyanyi,


bergerak mengikut muzik serta bermain alat muzik. Bagi aktiviti
bermain alat muzik, murid berpeluang untuk menguasai kemahiran
memainkan alat muzik perkusi dan rekoder. Alat muzik rekoder akan
diperkenalkan kepada murid mulai Tahun 3 sebagai asas kepada
mereka untuk mempelajari alat muzik berpic. Murid juga berpeluang
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik semasa
aktiviti PdP.

Rajah 2: Kerangka KSSR Pendidikan Muzik

4
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Modul Kreativiti Muzik Projek Seni Muzik

Murid menzahirkan idea kreatif dengan menghasilkan karya seperti Projek Seni Muzik merupakan aktiviti yang memberi fokus kepada
penciptaan corak irama, melodi dan pelbagai bunyi muzikal. Mereka persembahan muzik. Persembahan muzik merupakan gabungan aktiviti
berpeluang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman PdP yang telah dipelajari seperti nyanyian, gerakan, permainan alat
yang diperoleh dari pembelajaran bahasa muzik dan kemahiran muzik muzik serta penciptaan. Berlandaskan aktiviti PdP ini, murid akan
untuk berkarya. Seterusnya, mereka juga berpeluang untuk menjayakan Projek Seni Muzik berdasarkan sesuatu tajuk. Murid akan
mempersembahkan setiap hasil karya mereka semasa aktiviti bersama-sama rakan dan guru menjana idea bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. aktiviti yang dirancang.

Modul Apresiasi Muzik Projek Seni Muzik adalah projek berskala kecil yang dijalankan secara
berkumpulan dalam bilik darjah sebanyak dua kali setahun. Projek ini
Murid diberi peluang untuk menghayati dan menghargai pelbagai dijalankan pada hujung penggal pertama dan kedua. Contoh
karya muzik. Tumpuan PdP adalah kepada aktiviti mendengar karya pelaksanaan PdP Pendidikan Muzik bagi penggal pertama adalah
muzik secara aktif dan seterusnya memberi respon terhadap karya seperti di Jadual 1. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan
muzik tersebut secara lisan atau penulisan. berulang pada penggal kedua dengan tajuk yang lain. Guru juga
boleh menggunakan disiplin ilmu yang lain untuk disepadukan dengan
kemahiran muzik yang telah dipelajari dalam persembahan muzik.
Antara persembahan yang boleh dijalankan oleh murid ialah sketsa
muzikal, persembahan boneka dan nyanyian.

5
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Jadual 1: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran KEMAHIRAN ABAD KE- 21


Pendidikan Muzik Penggal Pertama Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada
Minggu: Aktiviti PdP kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan
Minggu 1 amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk
Minggu 2 melahirkan murid yang mempunyai ciri

Minggu 3 -ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti Jadual 2, supaya
berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam
Minggu 4
kurikulum Pendidikan Muzik juga turut menyumbang kepada
Minggu 5
Pengajaran dan Pembelajaran pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.
Minggu 6 Pendidikan Muzik
Minggu 7 Jadual 2: Profil Murid

Minggu 8
Minggu 9 PROFIL MURID PENERANGAN
Minggu 10
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi
Minggu 11 kesukaran, mengatasi cabaran dengan
kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati.
Minggu 12 Perancangan
Minggu 13 Projek Seni Muzik
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran,
Minggu 14 Berkomunikasi idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif
Persediaan secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai
Minggu 15 Projek Seni Muzik media dan teknologi.

Minggu 16 Persembahan Projek Seni Muzik

6
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PROFIL MURID PENERANGAN PROFIL MURID PENERANGAN

Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan,
inovatif; mampu untuk menangani masalah adil dan menghormati maruah individu,
yang kompleks dan membuat keputusan yang kumpulan dan komuniti. Mereka
beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran bertanggungjawab atas tindakan, akibat
dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka tindakan serta keputusan mereka.
menjana soalan dan bersifat terbuka kepada
perspektif, nilai dan tradisi individu dan Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan
masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan membentuk pemahaman yang luas dan
kreatif dalam menangani bidang pembelajaran seimbang merentasi pelbagai disiplin
yang baharu. pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan
dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu
Kerja Mereka boleh bekerjasama secara berkesan tempatan dan global.
Sepasukan dan harmoni dengan orang lain. Mereka memahami isu-isu etika/undang-
Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta undang berkaitan maklumat yang diperoleh.
menghormati dan menghargai sumbangan yang
diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan
memperoleh kemahiran interpersonal melalui Prihatin rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan
aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat
pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. kepada masyarakat dan memastikan kelestarian
alam sekitar.

Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,
Tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
baru. Mereka mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan
penyelidikan, serta menunjukkan sifat
berdikari dalam pembelajaran. Mereka
menikmati pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat secara berterusan.

7
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran
Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
pemikiran seperti Jadual 3.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
Jadual 3: Tahap Pemikiran Dalam KBAT sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti yang munasabah.
TAHAP
PENERANGAN
PEMIKIRAN
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan
nilai dalam situasi berlainan untuk untuk
melaksanakan sesuatu perkara. menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian tidak mengikut kelaziman.
kecil untuk memahami dengan lebih mendalam
serta hubung kait antara bahagian berkenaan.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah


yang kreatif dan inovatif.

8
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
dan berfokus untuk menyelesaikan masalah. Muzik adalah berlandaskan kepada aktiviti amali yang dilakukan
secara hands-on seperti dalam bidang nyanyian, gerakan dan bermain
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti alat muzik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah merangka pengajaran bagi mencapai standard pembelajaran yang
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti ditetapkan. Pendekatan tersebut merupakan strategi guru bagi
peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Antara pendekatan yang
menggalakkan murid berfikir. boleh digunakan dalam Pendidikan Muzik adalah seperti berikut:

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri


Suatu pendekatan yang akan menjadikan murid berdikari dalam
menimba ilmu. Pertanyaan dan pencarian jawapan terhadap perkara
yang dipelajari merupakan aspek utama dalam pendekatan ini. Dalam
konteks Pendidikan Muzik murid akan menimbulkan pelbagai soalan
contohnya, semasa mempelajari modul apresiasi seni. Antaranya,
“Mengapakah muzik ini kedengaran seperti muzik Timur Tengah?,”
“Apakah alat muzik yang digunakan dalam muzik ini?.” dan
sebagainya.

9
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Pendekatan Bertema
Guru membimbing murid untuk mencari jawapan kepada soalan Dalam pendekatan ini guru boleh merangka pengajaran dengan
-soalan mereka menerusi pelbagai sumber seperti internet dan kajian menggunakan pelbagai tema bagi membantu murid menguasai
lalu di perpustakaan. Murid akan kembali ke kelas dengan maklumat
ilmu dengan membuat perkaitan secara kontekstual terhadap tema
yang diperolehi untuk dikongsikan.
yang digunakan. Contoh tema yang boleh digunakan ialah
Irama di Sekeliling Ku dan Melodi Menceritakan Sesuatu.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah boleh dijalankan bagi
Pendekatan Antara Disiplin
menambah kefahaman murid tentang apa yang dipelajari dalam
Pendekatan ini membolehkan guru merangka pengajaran dengan
Pendidikan Muzik. Guru berperanan sebagai fasilitator kepada murid
menggabungkan pengajaran muzik dengan disiplin ilmu yang lain.
untuk membentuk suatu permasalahan atau isu. Seterusnya, guru
Sebagai contoh guru boleh mengajar nyanyian yang mempunyai lirik
memberikan tugasan kepada murid untuk mereka menyelesaikan
atau mesej yang positif seperti rasa cinta kepada ibu bapa, alam
permasalahan atau isu tersebut. Guru juga membimbing murid dari
sekitar, dan negara. Dengan ini, murid akan mendapat ilmu dan
aspek perkembangan pengetahuan dan kemahiran sosial dan akhir
kemahiran dalam bidang nyanyian dan pada masa yang sama dapat
sekali mentaksir apa yang telah dipelajari murid menerusi pengalaman
menerapkan mesej menerusi lagu yang dinyanyikan.
pembelajaran tersebut. Contoh persoalan atau isu ialah, “Adakah
muzik boleh menyatukan masyarakat?” atau “Mengapakah masyarakat
Terdapat banyak pendekatan yang boleh digunakan oleh guru sebagai
Baba Nyonya di Melaka boleh menyanyikan lagu Dondang Sayang
strategi dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Pendekatan yang
dan berpakaian kebaya?”
disebutkan di atas merupakan contoh pendekatan yang boleh
digunakan dalam Pendidikan Muzik. Perkara penting yang perlu
dilakukan oleh guru ialah memilih pendekatan yang sesuai mengikut
tajuk yang ingin diajar bagi memastikan keberkesanannya terhadap
pembelajaran murid.

10
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang 3. Nilai Murni
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen- elemen ini diterapkan supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.
bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.
hadapan. Elemen- elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
4. Sains dan Teknologi
1. Bahasa  Menambahkan minat terhadap Sains dan Teknologi dapat
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu meningkatkan literasi Sains serta Teknologi dalam kalangan
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. murid.
 Semasa pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran,  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta
aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan
perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea berkesan.
dan berkomunikasi secara berkesan.  Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran merangkumi empat perkara iaitu:
2. Kelestarian Alam Sekitar
i) Pengetahuan Sains dan Teknologi (fakta, prinsip,
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa
konsep yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi);
murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran
ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
semua mata pelajaran.
manipulatif tertentu);
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar
iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan,
dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam.
kejujuran, keselamatan); dan
iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran

11
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

5. Patriotisme 7. Keusahawanan
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran,  Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri
aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai kalangan murid.
semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam pengajaran dan
Malaysia. pembelajaran melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap
seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
6. Kreativiti dan Inovasi membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk pasaran.
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu
yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian,  Penerapan elemen TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
membaiki dan mempraktikkan idea. memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
memastikan pembangunan modal insan yang mampu  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi
menghadapi cabaran Abad 21. kreatif malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran.

12
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak 10. Pendidikan Kewangan
diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman  Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan membentuk
murid terhadap kandungan mata pelajaran. generasi masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan
kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan
9. Kelestarian Global yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid kewangan secara bertanggungjawab.
berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam PdP
persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang
elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti
Global dan Perpaduan. pengiraan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan
 Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain
bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan
tempatan, Negara dan global. dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi menyediakan
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat
mata pelajaran yang berkaitan. diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.

13
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan  Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang
maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dipelajari.
dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan bagi  Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan
membolehkan guru menentukan tahap penguasaan murid. pembelajaran.
 Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard
PBD boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP,  Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan
manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir sesuatu pengukuhan.
unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Guru perlulah
merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir, TAHAP PENGUASAAN UMUM
memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan yang diajar
berdasarkan DSKP. Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun
keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan secara hierarki. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan,
pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut: kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum. Jadual 4
 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, menunjukkan pernyataan Tahap Penguasaan Umum.
lisan dan penulisan.
 Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh
dilaksanakan oleh guru dan murid.

14
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Jadual 4: Penyataan Tahap Penguasaan Umum Guru boleh mencatat perkembangan murid di dalam buku rekod
mengajar, buku latihan, buku catatan, senarai semak, jadual atau lain-
Tahap Tafsiran lain yang sesuai. Perekodan tahap penguasaan dibuat ke dalam templat
Murid tahu perkara asas atau boleh
pelaporan yang disediakan setelah PdP bagi setiap bidang, tema,
1 melakukan kemahiran asas atau memberi
(Tahu) respons terhadap perkara yang asas. kemahiran atau kelompok Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran selesai dilaksanakan.

2 Murid menunjukkan kefahaman dengan


(Tahu dan faham) menjelaskan sesuatu perkara yang Standard Prestasi KSSR Pendidikan Muzik
dipelajari dalam bentuk komunikasi.

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk Standard Prestasi (SPi) KSSR Pendidikan Muzik diwujudkan sebagai
(Tahu, faham dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada rujukan untuk guru mentaksir tahap penguasaan murid dalam mata
boleh buat) suatu situasi.
pelajaran ini. Standard Prestasi ini mengandungi 6 Tahap Penguasaan
4 Murid menggunakan pengetahuan dan yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Tahap
(Tahu, faham dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
boleh buat dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara Penguasaan ini disusun secara hierarki bermula pada Tahap
beradab) analitik dan sistematik.
Penguasaan 1 yang menunjukkan penguasaan terendah sehingga
penguasaan tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6.
Murid menggunakan pengetahuan dan
5 melaksanakan sesuatu kemahiran pada
(Tahu, faham dan situasi baharu dengan mengikut prosedur
boleh buat dengan atau secara sistematik serta tekal dan
beradab terpuji) bersikap positif.

Murid berupaya menggunakan


6 pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(Tahu, faham dan untuk digunakan pada situasi baharu
boleh buat dengan secara sistematik, bersikap positif, kreatif
beradab mithali) dan inovatif dalam penghasilan idea
baharu serta boleh dicontohi.

15
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN Jadual 5: Tahap Penguasaan Keseluruhan Pendidikan Muzik

Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi setiap mata pelajaran perlu TAHAP


TAFSIRAN
PENGUASAAN
ditentukan pada setiap akhir tahun. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Guru perlu Mengetahui pengetahuan asas dan
1
kemahiran asas muzik.
mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua
aspek semasa proses pembelajaran. Guru hendaklah menggunakan Memahami pengetahuan asas dan
2
pertimbangan profesional dalam semua proses pentaksiran, khususnya kemahiran asas muzik.

dalam menentukan tahap penguasaan keseluruhan. Pertimbangan


Mengaplikasikan pengetahuan dan
profesional boleh dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman 3
kemahiran dalam aktiviti muzik.
guru, interaksi guru bersama murid, serta perbincangan bersama-
sama rakan sejawat. Menganalisis karya menggunakan
4
pengetahuan dan kemahiran muzik.

Tahap Penguasaan Keseluruhan KSSR Pendidikan Muzik digunakan Menilai karya menggunakan pengetahuan dan
5
untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan rubrik yang dijadikan kemahiran muzik.

sebagai panduan kepada guru untuk men- taksir prestasi murid seperti Menjana idea kreatif dalam pengkaryaan
6
dalam Jadual 5. muzik.

16
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Panduan Penilaian Projek Seni Muzik Jadual 6: Panduan Penilaian Projek Seni Muzik

Panduan Penilaian Projek Seni Muzik disediakan sebagai instrumen KRITERIA


ASPEK
kepada guru untuk menentukan pencapaian murid dalam aktiviti ini. YANG
Murid akan dinilai dari aspek pelibatan, kreativiti dan amalan nilai DINILAI CEMERLANG BAIK MEMUASKAN

murni. Kriteria pencapaian kepada setiap aspek ini dinyatakan sebagai


cemerlang, baik dan memuaskan seperti Jadual 6. Semua ahli Beberapa ahli Semua ahli
dalam dalam dalam
kumpulan kumpulan kumpulan
Dengan adanya Standard Prestasi Pendidikan Muzik dan Panduan memainkan memainkan kurang
peranan peranan memainkan
Penilaian Projek Seni Muzik ini, diharapkan guru dapat mentaksir PELIBATAN dengan dengan peranan
murid dengan penuh yakin, fleksibel, berakauntabiliti dan berintegriti. cemerlang cemerlang sebelum,
sebelum, sebelum, semasa dan
Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan pentaksiran semasa dan semasa dan selepas
selepas selepas persembahan
secara berkumpulan. Guru juga harus merekod pencapaian murid, persembahan persembahan muzik.
menganalisis tahap penguasaan tersebut serta membuat laporan dan muzik. muzik.
Menggunakan Menggunakan Kurang
tindakan susulan.
imaginasi yang imaginasi dan menggunakan
tinggi dan menterjemah- imaginasi dan
menterjemah- kan idea dalam menterjemah-
KREATIVITI kan idea persembahan kan idea dalam
secara kreatif muzik. persembahan
dalam muzik.
persembahan
muzik.
Semua ahli Beberapa ahli Semua ahli
dalam mempamerkan dalam
kumpulan amalan nilai kumpulan
mempamer- murni untuk kurang
AMALAN kan amalan menjayakan mempamerkan
NILAI nilai murni persembahan amalan nilai
MURNI untuk muzik. murni untuk
menjayakan menjayakan
persembahan persembahan
17 muzik. muzik.
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

ORGANISASI KANDUNGAN

KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik diorganisasikan berasaskan Jadual 8: Tafsiran Standard Kandungan, Standard
modul kurikulum dengan peratus pemberatan seperti Jadual 7. Pembelajaran dan Standard Prestasi

STANDARD STANDARD STANDARD


KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI
Jadual 7: Pemberatan Kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik
Penyataan spesifik Suatu penetapan Suatu set kriteria
PERATUS tentang perkara kriteria atau indikator umum yang
MODUL yang murid patut kualiti pembelajaran menunjukkan
PEMBERATAN
ketahui dan boleh dan pencapaian yang tahap-tahap
Bahasa Muzik 10% lakukan dalam boleh diukur bagi prestasi yang
suatu tempoh setiap standard perlu murid
Kemahiran Muzik 40% persekolahan kandungan. pamerkan sebagai
Kreativiti Muzik 40% merangkumi aspek tanda bahawa
pengetahuan, sesuatu perkara
Apresiasi Muzik 10% kemahiran dan itu telah dikuasai
nilai. murid.

Nota: Peruntukkan waktu bagi mata pelajaran ini ialah minimum 16


jam setahun.

Guru boleh menggabung kandungan antara modul ketika Terdapat satu lajur tambahan iaitu Catatan. Lajur ini mengandungi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap cadangan aktiviti dan nota panduan guru. Guru boleh melaksanakan
modul pula mempunyai tiga lajur utama iaitu aktiviti tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut
Kandungan, Standard Pembelajaran Standard kreativiti dan keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran.
seperti Jadual 8. dan Standard Prestasi

18
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

1.0 MODUL BAHASA MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

1.1.1 Elemen Muzik Murid boleh: Cadangan Aktiviti:


1. Mengenal dan membezakan tempo cepat dan  Mendengar dan membezakan tempo

lambat. cepat dan lambat menerusi pelbagai


aktiviti muzik.
2. Mengenal dan membezakan pergerakan melodi Contoh:
bertangga dan melodi mendatar.  bernyanyi, bergerak mengikut
muzik dan memainkan alat
3. Mengaplikasikan pemahaman berkaitan tempo perkusi
cepat dan lambat menerusi aktiviti muzik .  Mendengar dan menyanyikan
semula melodi bertangga dan
4. Mengaplikasikan pemahaman berkaitan melodi mendatar dengan sebutan
pergerakan melodi dalam aktiviti muzik. ‘la’.
 Mendengar dan membezakan
pergerakan melodi menerusi
pelbagai aktiviti muzik. Contoh:
 bernyanyi dan bergerak
mengikut muzik

19
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

2.0 MODUL KEMAHIRAN MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

2.1 Nyanyian Murid boleh: Cadangan Aktiviti:


1. Bernyanyi dengan postur yang betul.  Mengenal dan mengaplikasi postur
2. Bernyanyi dengan pic yang betul. duduk dan berdiri semasa aktiviti
3. Bernyanyi mengikut tempo. bernyanyi.
4. Bernyanyi dengan perubahan tempo.  Latihan mendengar dan mengajuk
pic.

2.2 Permainan Alat Perkusi 1. Memainkan alat perkusi mengikut tempo.  Mengenal ikon berdasarkan nilai

2. Memainkan alat perkusi mengikut detik lagu not.


Contoh:
berdasarkan skor ikon.
3. Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
berdasarkan skor ikon yang mewakili

nilai

 Latihan memainkan alat perkusi


berdasarkan skor ikon.
Contoh:

20
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

2.3 Bergerak Mengikut Muzik 1. Membuat pergerakan berdasarkan melodi dari Cadangan Aktiviti:
muzik yang didengar.  Meniru pergerakan berdasarkan
melodi dan tempo muzik. Contoh:
2. Membuat pergerakan berdasarkan tempo  berjalan
cepat dan lambat.  melompat
 berkawad
 Menggabungkan beberapa
pergerakan.
Contoh:
 berjalan ke kanan dan kiri,
berkawad ke hadapan dan ke
belakang serta berjalan
setempat
 Mengamalkan nilai murni semasa
aktiviti muzik seperti:
 bertanggungjawab
 bertoleransi
 menghormati ketua

21
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

STANDARD PRESTASI MODUL BAHASA MUZIK DAN KEMAHIRAN MUZIK

STANDARD PRESTASI

TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

 Mengenal elemen muzik dengan bimbingan.


1
 Mengajuk semula pic dan corak irama yang didengar serta meniru pergerakan dengan bimbingan.

 Memahami elemen muzik.


2
 Mengajuk semula melodi dan corak irama yang didengar serta meniru pergerakan.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik dalam aktiviti muzik.

Mempamerkan kemahiran permainan alat perkusi atau kemahiran nyanyian atau bergerak mengikut muzik dengan ketepatan
4
yang tinggi.

Mempamerkan kemahiran permainan alat perkusi atau kemahiran nyanyian atau bergerak mengikut muzik dengan ketepatan
5
yang tinggi secara konsisten.

6 Menghasilkan persembahan muzik secara kreatif, ekspresif, konsisten dan natural.

22
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

3.0 MODUL KREATIVITI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

3.1 Pengkaryaan Muzik Murid boleh: Cadangan Aktiviti:


 Meneroka pelbagai bunyi yang
1. Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan
boleh dihasilkan dari bahan yang
bahan improvisasi.
bukan alat muzik.
2. Mencipta corak irama mudah mengunakan ikon
Contoh bahan:
mewakili nilai  kotak, tin kosong, gelas berisi
air dan botol plastik
3. Memainkan hasil ciptaan sendiri
 Membuat interpretasi sendiri untuk
menghasilkan bunyi berdasarkan kad
ikon seperti berikut:

 Menyusun kad ikon dan


menghasilkan bunyi menggunakan
bahan improvisasi berdasarkan
susunan tersebut.
 Mengenal ikon yang mewakili

nilai
 Mempersembahkan hasil ciptaan.

23
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

STANDARD PRESTASI

TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1 Mengenal bunyi atau corak irama yang didengar.

2 Mengajuk bunyi atau corak irama yang didengar.

3 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik untuk menghasilkan bunyi dan corak irama mudah.

4 Menentukan medium yang sesuai untuk mencipta corak irama mudah.

5 Mengimprovisasi idea muzik dalam penciptaan corak irama mudah.

6 Mencipta dan mempersembahkan hasil ciptaan corak irama mudah.

24
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

4.0 MODUL APRESIASI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

4.1 Penghayatan Karya Muzik Murid boleh: Cadangan Aktiviti:


1. Membuat ulasan terhadap Muzik Masyarakat  Mendengar muzik secara aktif.
Malaysia yang didengar daripada aspek:  Berbincang dan bersoaljawab
(i) jenis muzik tentang muzik yang didengar.
(ii) masyarakat yang mengamalkan muzik Contoh:
tersebut Jenis Muzik : Muzik Tarian Singa
(iii) fungsi muzik Masyarakat yang : Kaum Cina
mengamalkan
muzik ini

Fungsi muzik : Muzik ini dimainkan untuk


mengiringi tarian singa

Jenis Muzik : Ensembel Kulintangan


Masyarakat yang : Kaum Bajau dan Kadazan
mengamalkan Dusun di Sabah
muzik ini

Fungsi muzik : Muzik ini dimainkan


sebagai hiburan.

Jenis Muzik : Ensembel Engkerumong


Masyarakat yang : Kaum Iban di Sarawak
mengamalkan
muzik ini

Fungsi muzik : Muzik ini dimainkan untuk


majlis tertentu.
Contoh:
 gawai
 mengiringi tarian
ngajat

25
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

STANDARD PRESTASI

TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1 Mengenal jenis muzik yang didengar.

2 Mengecam dan menyatakan jenis muzik.

3 Menjelaskan tentang muzik dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik.

4 Membuat ulasan muzik pilihan sendiri menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik dengan bimbingan.

5 Membuat ulasan muzik pilihan sendiri menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik.

6 Membuat perbandingan dua jenis muzik pilihan sendiri dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik.

26
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

5.0 PROJEK SENI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

5.1 Persembahan Muzik Murid boleh: Nota:


1. Merancang persembahan muzik.  Contoh aktiviti untuk persembahan:
2. Membuat persembahan muzik.  menyanyikan lagu-lagu yang

3. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik. telah dipelajari.


 mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari dalam
nyanyian, permainan alat perkusi
dan gerakan semasa persembahan.
 Contoh nilai murni dalam aktiviti
muzik:
 menghormati ketua kumpulan
dan rakan dalam kumpulan
 menjalankan peranan yang
diberikan sebelum, semasa dan
selepas persembahan seperti
penyanyi, pemuzik dan pelakon
 Projek Seni Muzik adalah projek
berskala kecil yang dijalankan secara
berkumpulan dalam bilik darjah
sebanyak dua kali setahun.

27
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Panduan Penilaian Projek Seni Muzik

ASPEK YANG KRITERIA


DINILAI
CEMERLANG BAIK MEMUASKAN

Semua ahli dalam kumpulan Beberapa ahli dalam kumpulan Semua ahli dalam kumpulan kurang
memainkan peranan dengan memainkan peranan dengan memainkan peranan sebelum, semasa
PELIBATAN
cemerlang sebelum, semasa dan cemerlang sebelum, semasa dan dan selepas persembahan muzik.
selepas persembahan muzik. selepas persembahan muzik.

Menggunakan imaginasi yang tinggi Menggunakan imaginasi dan Kurang menggunakan imaginasi dan
KREATIVITI dan menterjemahkan idea secara menterjemahkan idea dalam menterjemahkan idea dalam
kreatif dalam persembahan muzik. persembahan muzik. persembahan muzik.

Semua ahli dalam kumpulan Beberapa ahli dalam kumpulan Semua ahli dalam kumpulan kurang
AMALAN mempamerkan amalan nilai murni mempamerkan amalan nilai murni mempamerkan amalan nilai murni
NILAI MURNI untuk menjayakan persembahan untuk menjayakan persembahan untuk menjayakan persembahan
muzik. muzik. muzik.

28
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

GLOSARI

PERKATAAN PENERANGAN

Aktiviti muzik Aktiviti nyanyian, permainan alat muzik dan bergerak mengikut muzik.

Alat Perkusi Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi.
Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin.

Detik Tekanan atau bit berkala yang berulang dalam sesuatu muzik seperti detik pada jam.

Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.

Contoh irama:

Melodi Pergerakan bunyi bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah dengan bunyi
panjang dan pendek.

Contoh Melodi :

29
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

GLOSARI

PERKATAAN PENERANGAN

Melodi mendatar Aliran melodi yang tidak atau kurang melibatkan perubahan pic antara satu not ke satu not
berikutnya.

Contoh melodi mendatar:

Melodi bertangga Aliran melodi yang melibatkan perubahan pic yang berdekatan antara satu not dengan not
berikutnya, sama ada melodi menaik atau menurun.

Contoh melodi bertangga:

Muzik Malaysia / Muzik Muzik yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia.


Masyarakat Malaysia Contoh: Muzik masyarakat Cina, India serta Muzik etnik Sabah dan Sarawak.

Muzik yang berindentitikan masyarakat melayu di Malaysia.


Muzik Tradisional Malaysia
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit dan dikir barat.

Pic Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

30
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PERKATAAN PENERANGAN

Skor Ikon Notasi muzik yang menggunakan gambar untuk mewakili notasi standard.
Contoh Ikon:

Tempo Kelajuan sesuatu karya muzik.


Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Nota:
Setiap perkataan yang diberi penerangan maksudnya dalam glosari ini adalah tertakluk kepada konteks penggunaan perkataan tersebut dalam
dokumen ini sahaja

31
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PANEL PENGGUBAL

1. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

2. Bakhtiar bin Mohd Salleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

3. Faridah binti Ramly Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

4. Hazlifhadiahana binti Rosli Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

5. Siti Musfirah binti Md. Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

6. Mohd Fadil bin Musa IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

7. Abdul Halim bin Abdul Wahab SMK Perimbun, Cheras, Selangor

8. Amir Hamzah bin Nordin SMK Inderapura, Jerantut, Pahang

9. Elizabeth Rajam a/p Peter Devanayagam SK Kementah, Kuala Lumpur

10. Mahiran binti Man SK Sultan Hishamudin Alam Shah, Kuala Lumpur

11. Nurunnajwa binti Painoh SK Dengkil, Selangor

12. Tee Suat Ring SK Taman Klang Utama, kelang, Selangor

13 Parimala a/p Subramaniam SK Saujana, Kuala Lumpur

32
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah

Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah


(Dasar dan Sains & Teknologi)

Penasihat Editorial
Mohamed Zaki bin Abd. Ghani Ketua Sektor

Haji Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor

Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor

Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor

Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor

Fazlinah binti Said Ketua Sektor

Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor

Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor

Paizah binti Zakaria Ketua Sektor

Hajah Norashikin binti Hashim Ketua Sektor

33
KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Penyelaras Teknikal Penerbitan dan Spesifikasi


Saripah Faridah Binti Syed Khalid
Nur Fadia Binti Mohamed Radzuan
Mohamad Zaiful bin Zainal Abidin

Pereka Grafik
Siti Zulikha Binti Zelkepli

34
40

Anda mungkin juga menyukai