Anda di halaman 1dari 6

(Teks ucapan Rektor IPGM Dr.

Rusmini bt Ku Ahmad)
TEKS UCAPAN PERASMIAN
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN PERTANDINGAN
INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN (NCERiC)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang berusaha,
Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,

Yang berusaha,
Dr Hjh. Narita binti Mohd Noor
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Yang berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Unit Institut Pendidikan


Guru Kampus Kota Bharu,

Para pensyarah serta para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu,
Yang berbahagia barisan perucap utama:
Prof Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS

Prof Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya


Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia,
Universiti Sains Malaysia.

Prof Dato’ Wan Ahmad Sabri Wan Yusof


TNC Akademik & hal Ehwal Pelajar
Universiti Sultan Azlan Shah.

Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin


Pengarah Pusat Komuniti dan Kelestarian
(UMCares).

Seterusnya para pembentang dan peserta Seminar Penyelidikan


Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan (NCERiC)
tahun 2021.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu


Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita semua dapat hadir dalam Majlis
Perasmian Seminar NCERiC 2021. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada IPG Kampus Kota Bharu bawah pimpinan Tuan Haji Mohd Rasid
bin Chik kerana berjaya merancang dan menyelaras seminar ini dengan
jayanya.
Tidak lupa juga kepada semua AJK dan Ketua Jabatan yang menjadi
penyelaras tugas masing-masing dalam memastikan kerja buat seminar
menjadi kenyataan. Syabas dan tahniah untuk semua warga IPG KKB.

Para hadirin sekalian,

Seminar NCERiC ini merupakan satu platform untuk mengenengahkan


kegiatan dan sumbangan para pendidik yang terdiri daripada pensyarah
dan pelajar di IPG dan IPT, serta guru-guru peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah yang terlibat secara aktif dalam bidang penyelidikan
dan inovasi. Semua warga pendidik sudah sedia maklum bahawa
matlamat pendidikan adalah untuk melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai matlamat
tersebut, antaranya adalah membudayakan penyelidikan dan inovasi.
Melalui kemahiran penulisan penyelidikan dan inovasi banyak penemuan
baharu dapat dihasilkan dari semasa ke semasa. Penganjuran seminar
penyelidikan dan pertandingan inovasi ini merupakan salah satu medan
para ilmuan dan para sarjana khususnya warga pendidik menyumbang
idea dari segi penyelidikan dan inovasi seterusnya menghasilkan
penerbitan jurnal yang berimpak tinggi.

Para hadirin yang dimuliakan,

Dalam menghadapi perkembangan arus pendidikan yang semakin hari


semakin mencabar, ditambah pula dengan penularan wabak Corona
Virus 19 atau COVID-19 memberi kesan kepada seluruh cara hidup
masyarakat untuk berubah kepada normal baharu. Segala aktiviti
dirancang dan dilaksanakan secara dalam talian telah menjadi perkara
baharu yang mesti diterima oleh semua orang tanpa kompromi. Hal ini
sama dengan Seminar NCERiC 2021 yang berlangsung secara virtual
tanpa melibatkan pertemuan secara fizikal.

Antara objektif seminar ini ialah:


i. Memperkasakan fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus dalam
merealisasikan aspirasi pembudayaan penyelidikan dan inovasi
dalam kalangan warganya.
ii. Berkongsi pengalaman dan penerokaan dapatan kajian terkini dalam
pelbagai sub-bidang pendidikan melalui penganjuran seminar.
iii. Meningkatkan sumber rujukan keilmuan dalam bidang pendidikan
pada peringkat global.
iv. Menyebarluaskan penemuan amalan terbaik dan inovasi dalam
bidang pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sukacita saya dimaklumkan bahawa terdapat 58 kertas penyelidikan dan


85 inovasi yang akan dibentangkan dalam seminar kali ini. Penyelidikan
dan inovasi ini datang daripada pelbagai institusi pendidikan seperti IPG,
IPT, serta dari sekolah rendah dan menengah. Penyertaan yang
memberangsangkan ini menunjukkan kepekaan dan kebersamaan para
pendidik dalam meneroka ilmu serta menghasilkan sesuatu yang baharu
dalam gelombang pendidikan yang semakin bergerak pantas.
Harapan saya agar bidang penyelidikan dan inovasi dimartabatkan
sebagai budaya intelektual yang mantap demi penambahbaikan sistem
pendidikan di negara ini. Sebagai warga pendidik, tuan-tuan dan puan-
puan tidak boleh lari daripada konsep penyelidikan dan inovasi. Sedar
atau tidak kita sebenarnya telahpun melaksanakan penyelidikan namun
dinyatakan dalam naskhah yang didokumenkan. Sebagai pendidik kita
sentiasa mencari sesuatu yang baharu untuk memudahkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk anak didik kita. Adalah
diharapkan penganjuran Seminar NCERiC 2021 dapat menyuntik motivasi
kepada semua warga pendidik untuk menghasilkan lebih banyak
penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi.

Para hadirin sekalian,

Saya berharap seminar ini dapat membentuk minda para pendidik


mahupun pelajar agar menjadikan budaya penyelidikan dan inovasi
sebagai budaya hidup yang baharu. Diharapkan seminar NCERiC ini
mampu memberi perangsang kepada semua warga pendidik amnya dan
khususnya warga IPG KKB untuk terus menyelidik dan menghasilkan
inovasi yang mampu diangkat hingga peringkat antarabangsa.

Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan rasa penuh


kesyukuran merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan dan
Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan (NCERiC)
IPG Kampus Kota Bharu tahun 2021.
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa
barakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai