Anda di halaman 1dari 4

(Teks ucapan Pengarah)

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI AKADEMIA dan


PELANCARAN PROGRAM RENOVATIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang berusaha Dr. Hjh Narita bt Mohd Noor


Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu

Yang berusaha Dr. Hj Wan Anuar Wan Yaacob


Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Yang berusaha Dr. Che Othman Che Wil


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Yang dihormati semua pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru


Kampus Kota Bharu yang hadir dalam perhimpunan ini secara dalam
talian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu


Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita semua dapat hadir dalam Majlis
Perhimpunan Rasmi bulan Februari. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada jabatan yang bertugas Dr. Hj Wan Anuar Wan
Yaacob, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik kerana merancang dan
menjayakan program pada pagi ini.

Para hadirin sekalian,

Anugerah Akademia merupakan satu platform untuk menghargai kegiatan


dan sumbangan pensyarah yang terlibat secara aktif dalam bidang
penyelidikan, inovasi , konsultasi dan juga hubungan luar dan
antarabangsa. Semua warga pendidik sudah sedia maklum bahawa
matlamat pendidikan adalah melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai matlamat
tersebut antaranya adalah membudayakan penulisan, penyelidikan dan
inovasi. Melalui kemahiran penulisan, penyelidikan dan inovasi banyak
hasil dan penemuan baharu dapat dihasilkan dari semasa ke semasa.
Penganjuran Hari Akademia adalah satu cara menghargai para akademik
khususnya warga IPG Kampus Kota Bharu yang telah menyumbang idea
dari segi penyelidikan, inovasi dan penulisan serta penerbitan.

Para hadirin sekalian,

Dalam menghadapi perkembangan arus pendidikan yang semakin hari

semakin mencabar, ditambah lagi dengan penularan wabak Corona Virus

19 atau COVID-19, cara hidup masyarakat berubah kepada normal


baharu. Segala aktiviti dirancang dan dilaksanakan secara dalam talian

adalah sesuatu yang baharu yang mesti diterima oleh semua orang tanpa

kompromi. Hal yang sama dengan penyampaian Anugerah Akademia 2020

IPG Kampus Kota Bharu merupakan anugerah yang julung-julung kali

diadakan oleh Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPP1)

dalam membangunkan budaya penyelidikan yang kompetetif dan

berinovasi di IPG KKB sebagai peneraju penyelidikan serta meningkatkan

hasil penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif.

Antara objektif Hari Akademia ialah:

i. Mengenal pasti ikon penyelidikan, inovasi, penulisan dan khidmat


kepakaran yang melibatkan warga IPGKKB sepanjang tahun 2020.

ii. Memberi penghargaan kepada warga IPGKKB yang terlibat dalam


penyelidikan, inovasi, penulisan dan khidmat kepakaran warga IPGKKB
sepanjang tahun 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penyelidikan, inovasi, penulisan, penerbitan dan konsultasi dengan pihak


luar dan antarabangsa perlu kita angkat sebagai budaya intelektual yang
mantap demi memperbaik sistem pendidikan di negara ini. Sebagai warga
pendidik, tuan-tuan dan puan-puan tidak boleh lari daripada konsep
penyelidikan dan inovasi. Antara sedar atau tidak kita sebenarnya telahpun
melakukan penyelidikan cumanya tidak dinyatakan dalam bentuk atau
naskah yang didokumenkan. Memang sebagai pendidik kita akan sentiasa
mencari sesuatu yang baharu untuk memudahkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk anak didik kita. Adalah diharapkan agar
penganjuran Hari Anugerah Akademia 2021 akan memberi semangat dan
dorongan kepada semua warga IPGKKB untuk terus bersemangat
menghasilkan lebih banyak penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi.
Di samping itu, Hari Akademia ini juga akan menjadi platform untuk semua
warga IPGKKB untuk terus berkolaborasi dan memberi khidmat kepakaran
kepada semua warga pendidik di semua peringkat di seluruh negara.

Para hadirin sekalian,

Warga pendidik yang saya muliakan, Saya berharap program ini dapat
membentuk minda para pendidik mahupun pelajar agar mereka
menjadikan budaya penyelidikan serta budaya berinovasi sebagai budaya
hidup yang baharu. Diharapkan Anugerah Akademia ini dapat memberi
perangsang kepada semua warga IPG KKB untuk terus menyelidik dan
menghasilkan inovasi yang mampu diangkat hingga ke peringkat
antarabangsa.

Dengan kalimah Bismillahir RahmanirRahim saya dengan rasa penuh


kesyukuran merasmikan Hari Akademia dan Pelancaran Program
Renovational Peringkat IPG Kampus Kota Bharu tahun 2021.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa


barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai