Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala

Pilah

Aturcara Teks Catatan


Dari Nilai pergi ke Seremban,
Pembukaan
Terus pula ke Kuala Kepis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon kami mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbak berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana,
para peserta serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan


keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada
pagi ini iaitu Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah
Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020. Pada
kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato ini telah menerima


sebanyak 13 buah penyertaan dari sekolah-sekolah di daerah Kuala
Pilah.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan


pertandingan. Sebelum pertandingan bermula, dijemput ketua
hakim, Puan Norsyuhada binti Zulkifli untuk menyampaikan
taklimat pertandingan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ketua hakim atas taklimat sebentar


tadi.
Izinkan saya memperkenalkan panel hakim pertandingan kita pada Nama hakim;
Pertandingan hari ini.
Bermula
Yang pertama Puan Nor Zrah binti Ishak selaku pengerusi teknik
pertandingan, Puan Norsyuhada binti Zulkifli dari SK Seri Pilah
selaku ketua hakim, kedua Pn Kalliswarya a/p Subramaniam dari
SJKT Ladang Juasseh, dan ketiga Pn Nurul Syahirah Faten binti
Zolhaini dari SK Talang, Disebutkan juga hakim bagi pidato spontan,
iaitu En Muhammad Hairell bin Jamil dari SK Senibai, Puan
Elyssayee Lee Chin dari SJKC Chung Hua Tg Ipoh dan En
Muhammad Sufian bin Muda dari SK Sungai Dua.

Penjaga Masa ialah adik Nur Ainulhanani Jawidah dan Qirsya Mirza
serta adik Irfan Iqbal dan Ahmadinejad bagi pidato spontan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah


Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020 dimulakan dengan
penyampaian pidato Bahagian A. Untuk makluman semua peserta,
sebaik sahaja anda selesai menyampaikan pidato, anda dikehendaki
bergerak ke makmal komputer bagi pidato spontan.

Baiklah tanpa membuang masa, majlis dengan sukacita menjemput


peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan
saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya yang
bertajuk ___________________.

………………………………………………(tunggu sehingga pemidato


selesai)…………………………………

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua


untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan


pidatonya yang bertajuk ___________________.
…………………………………………..(ulang perkara yang sama
sehingga peserta ke-13)……………

Begitulah tadi berakhirnya Pertandingan Pidato Bahasa Melayu


Tahap 2 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun
2020. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung
semula pada jam 11 pagi bagi majlis penutup dan penyampaian
hadiah. Oleh itu, warga dewan diminta untuk berkumpul semula di
dalam dewan pada jam 10.45pg bagi majlis penutup. Terima kasih.

Majlis Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha


Penutup Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof
Timbalan PPD Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Diiringi dif – dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku.


*lagu

Hadirin dipersilakan duduk.

Bertongkat si buta di atas pematang,

Berenang si kelah di hujung muara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara;

Tradisi Melayu turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahi rahmanir rahim.

Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha
Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof
Timbalan PPD Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah

Yang Berusaha

Pn Hjh Fatimah bt Ab Kadir

Guru Besar SK Padang Lebar

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah


Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020.
Guru besar-guru besar sekolah –sekolah daerah Kuala Pilah, Guru-
guru Penolong Kanan, guru-guru pengiring ,peserta-peserta dan
murid-murid yang di hormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutup Pertandingan Pidato Bahasa


Melayu Daerah Kuala PIlah bagi Tahun 2020.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan aqliah sk
padang lebar bagi majlis penutup pertandingan pidato bahasa
melayu peringkat daerah kuala pilah pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput adik
Iqbal Hakim bin Mohsain untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Iqbal Hakim atas bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan majlis dengan mendengar rumusan pertandingan kita


pada hari ini. Untuk tujuan itu, majlis dengan sukacita menjemput
Puan Norsyuhada binti Zulkifli dari SK Seri Pilah selaku ketua hakim
untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato
Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala
Pilah Tahun 2020.. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Ketua Hakim atas


rumusan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kita buka tirai majlis kita pada hari ini dengan mendengar ucapan
alu-aluan daripada pengerusi jawatankuasa pengelola Pertandingan
Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah Peringkat Daerah
Kuala Pilah Tahun 2020.. Majlis dengan ini menjemput Puan
Fatimah bt Ab Kadir, Guru Besar SK Padang Lebar untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah atas ucapan yang


disampaikan.

Hadirin sekalian, kita teruskan lagi majlis dengan ucapan perasmian


penutup pertandingan pidato bahasa melayu peringkat daerah kuala
pilah tahun 2020. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik
Mohd Mulub bin Mohd Yusof, Timbalan PPD Pembangunan
Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah bagi
menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi majlis kita
pada hari ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof
atas kesudian merasmikan majlis penutup.

Maka dengan ini, rasmilah sudah Pertandingan Pidato Bahasa


Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah
Tahun 2020.

Hadirin sekalian,

Awan bersua citra berkisah,

Ukiran sukma kilauan kelisa,

Ucapan perasmi selesai sudah

Persembahan pelajar menyusul pula.

Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan menyaksikan


persembahan daripada pasukan Warisan Dirgahayu SK Padang
Lebar. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menghiburkan sebentar


tadi.

Majlis kita teruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata


dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh
hormat dan takzimnya mempersilakan Puan Fatimah Ab Kadir
selaku pengerusi jawatankuasa pengelola pertandingan bagi
menjemput dan mengiringi Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof,
Timbalan PPD Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Pilah untuk menyampaikan sijil dan cenderamata kepada
barisan panel hakim seterusnya hadiah kepada para pemenang.

Yang pertama dijemput Puan Nor Zrah binti Ishak selaku pengerusi
teknikal,

Puan Norsyuhada binti Zulkifli dari SK Seri Pilah selaku ketua hakim,

Pn Kalliswarya a/p Subramaniam dari SJKT Ladang Juasseh,


Pn Nurul Syahirah Faten binti Zolhaini dari SK Talang,

Hakim bagi pidato spontan,

En Muhammad Hairell bin Jamil dari SK Senibai,

Puan Elyssayee Lee Chin dari SJKC Chung Hua Tg Ipoh dan

En Muhammad Sufian bin Muda dari SK Sungai Dua

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada para hakim atas khidmat yang diberikan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada


pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah
Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020.

Pemenang tempat kelima jatuh kepada

Pemenang tempat keempat jatuh kepada

Pemenang tempat ketiga


…………………………………………………………………… dari
……………………………..

Naib johan dipersilakan


…………………………………………………………….. dari
…………………………………

Dan johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah


Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020. disandang
oleh adik ………………………………………………………. dari
…………………………. .

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.Pihak


majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd
Mulub atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah dan
cenderamata sebentar tadi.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebentar tadi, maka kita telah pun berada di
penghujung majlis. Majlis menjemput Puan Fatimah bt Ab Kadir bagi
menyampaikan penghargaan pihak sekolah kepada Encik Mohd
Mulub bin Mohd Yusof, Timbalan PPD Pembangunan Murid atas
kesudian menyempurnakan majlis pada hari ini. Terima kasih kami
ucapkan.
Hadirin sekalian,

Bunga dedap di atas para,


            anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
               jemari disusun maaf dipinta.

Kami bagi pihak pengelola, memohon ampun dan maaf seandainya


terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang pertandingan dan
majlis penutup ini berlangsung.

Di atas dahan burung tempua,


melihat rusa tepi perigi;
   salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima


kasih. Majlis dengan ini bersurai. Para tetamu dijemput untuk
menikmati jamuan yang disediakan di kantin sekolah. Juga
makluman kepada para guru pengiring, sijil penyertaan boleh
diambil di meja hadiah**. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai