Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Bual Bicara SLDN 2018 Kolej Vokasional Setapak

Tempat: Dewan PKE KVSKL


Tarikh : 16 Januari 2018
Masa : 9 Pagi
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia, Tuan Haji Shanusi B. Ahmad


Ketibaan Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran,
Tetamu Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Khas
Diiringi:
Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin
Pengarah Kolej Vokasional Setapak

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak

Aluan Pengerusi Yang Berbahagia, Tuan Haji Shanusi B. Ahmad


Majlis Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Para jemputan, tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin


yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Dimajlis yang permai ini, mari kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul untuk
menjayakan Majlis Bual Bicara SLDN 2018, Kolej
Vokasional Setapak.

Bacaan Doa Untuk memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini,
majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Abdul Rani B.
Mohamed Daud untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
------Bacaan Doa-------
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas
kesudian untuk memimpin bacaan doa itu tadi.

Ucapan Aluan Para hadirin,


Pengarah Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada
Pengarah Kolej Vokasional Setapak.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput,
Yang berusaha, En. Ruslan Bin Zainudin untuk
menyapaikan ucapan aluan.
Dipersilakan

----Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak,
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan aluan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Persembahan Sebelum sesi bual bicara santai dijalankan, para
Slide jemputan dan hadirin akan diperlihatkan dengan
persembahan Slide yang akan disampaikan oleh:

Yang Berusaha, Puan Hjh Nor A’idah Bt. Johari,


Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Setapak.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------- Persembahan Slide --------------------------

Terima kasih di ucapan kepada Puan Hjh Nor A’idah Bt.


Johari, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional
Setapak atas penyampaian persembahan slaid itu
sebentar tadi

Ucapan KPP Hadirin sekalian,


Dan sesi bual Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput,
bicara Yang Berbahagia, Tuan Haji Shanusi B. Ahmad
Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran,
Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya memulakan
sesi bual bicara SLDN 2018, Kolej Vokasional Setapak

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

----Ucapan---------

Jutaan terima kasih diucapakn kepada


Yang Berbahagia, Tuan Haji Shanusi B. Ahmad
Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran,
Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Atas kesudian untuk menyampaikan ucapan dan sesi


bual bicara itu sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Penutup
Kita telahpun berada di penghujung majlis. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada:

Yang Berbahagia, Tuan Haji Shanusi B. Ahmad


Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran,
Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak.

Para jemputan, tuan – tuan, puan – puan serta semua


pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak
langsung dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Salah dan silap harap diampuan. Sekian,


Wabilahitaufiq….

Anda mungkin juga menyukai