Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Mewujukan satu perkahwinan adalah satu langkah yang sangat dituntut oleh agama fitrah.

perkahwinan merupakan sebuah sunnah yang amat mulia yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul terdahulu serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka. Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya.oleh sebab itu,islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Ini tidaklah seperti sebahagiaan agama seperti kristian yang menggalakkan kerahiban dan pertapaan para sami dalam agama Buddha.malah,perkahwinan dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.dengan perkahwinan,jiwa-jiwa menjadi tenang,hati menjadi tenteram dan populasi masyarakat dapat berkembang.sekaligus,sebuah perkahwinan dapat mengelakkan berlakunya pelbagai bentuk gejala tidak sihat seperti perzinaan,hubungan homoseksual dan sebagainya. Ini kerana melihatkan fenomena yang banyak berlaku pada akhir-akhir ini di mana majlis-majlis perkahwinan rata-ratanya dimeriahkan dengan pelbagai adat-adat dan upacara-upacara tertentu yang meragukan serta mengarahkan kepada timbulnya beberapa persoalan di sudut agama. ini termasuklah pelbagai bentuk makanan yang dihias dengan pelbagai rupa seakanakan patung, upacara persandingan, aneka muzik, acara tari-menari dan nyanyi-nyanyian, upacara potong kek, adat menyarung cincin, upacara bergambar dan menggantung gambar, dan seumpamanya.

Definisi dari segi bahasa dan istilah Kata walimah ( )diambil dari kata asal walmun ( )yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam azZuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama ( )yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan (ketika pernikahan). Dan walimatul urus ( ) adalah sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin Ismail ashShanani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154) Menurut Imam Ibnu Qudamah dan Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Al-Walimah merujuk kepada istilah untuk makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada upacara (majlis) perkahwinan secara khusus. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486 Maktabah Syamilah. Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqhus Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-Arbaah, 3/182 Maktabah at-Tauqifiyyah, Cairo) Manakala sebahagian ulama dari kalangan mazhab Ahmad dan selainnya menyatakan,

walimah merujuk kepada segala bentuk makanan yang dihidangkan bagi meraikan kegembiraan yang berlangsung. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486) Dari penjelasan definisi ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan bagi meraikan pernikahan pasangan pengantin. Walimah berasal dari kata al walam, Yang semakna dengan arti al jamu, yakni berkumpul. Sedangkan nikah berasal dari kata nakaha, yang artinya menikah. Upacara nikah yang disebut walimah, merupakan ibadah yang disyariatkan agama islam . Adapun yang dikehendaki dengan pengertian walimah, adalah makanan yang dibuat untuk acara pernikahan. Imam syafii berpendapat bahwa lafal walimah menempati atas tiap-tiap undangan karena mendapat kebahagiaan. Bagi orang yang mampu, paling sedikit mengadakan walimah itu berupa satu ekor kambing, dan bagi yang tidak mampu, maka cukup sesuatu yang mudah .
Berkata Syaikh Abu Syujak:

walimah dalam perkawinan adalah sunnah, sedangkan menabulkannya adalah wajib Jadi, walimah adalah makanan dalam perkawinan, berasal dari kata walam, yaitu mengumpukan, kerana suami istri berkumpul. Imam Syafii dan sahabat-sahabatnya berkata walimah itu berlaku pada setiap undangan yang diadakan karena suatu kegembiraan yang terjadi, seperti nikah, khitan maupun yang lain . Perkataan adat atau amalan dapat diertikan sebagai tingkah laku seseorang yang terusmenerus dilakukan dengan cara tertentu dan diikuti oleh masyarakat luar dalam waktu yang lama.unsur-unsur terciptanya adat antaranya adanya tingkah laku seseorang,dilakukan terus menerus dan adanya dimensi waktu. Manakala perkataan Masyarakat dapat diertikan sebagai kumpulan beberapa individu kecil atau besar yang terikat oleh satuan, adat atau hukum khas dalam hidup bersama. Menurut J.L. Gillin dan J.P. Gillin mengatakan bahwa masyarakat adalah kelompok manusia yang tersebar dan memiliki kebiasaan, tradisi,sikap dan perasaan persatuan yang sama. R. Linton seorang ahli antropologi mengemukakan bahwa masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan bekerja sama, sehingga mereka itu dapat mengorganisasikan dirinya dan berfikir tentang dirinya sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas tertentu. "Al-Qur'an adalah kitab/buku pertama yang memperkenalkan hukum-hukum kemasyarakatan". Islam juga mengakui akan kelompok-kelompok manusia dan suku bangsa akibat pengaruh alam dan sosio-budaya. Dalam islam konsep masyarakat disebut "Ummat (masyarakat Islam) yang mempunyai arti sangat luas tanpa dibatasi oleh suku, ras, golongan, kedudukan dan pangkat, kecuali agama. Perbedaan antara mereka adalah tidak terletak pada kemanusiaannya, akan tetapi pada tingkat ketaqwaannya pada Tuhan".

Islam pula dari segi bahasa berasal dari kata aslama yang berakar dari kata salama dan dari kata asalnya,dapat dikaitkan dengan beberapa pengertian lain antaranya adalah 1. Berasal dari salm yang bererti damai. 2-berasal dari aslama yang bererti menyerah 3. Berasal dari kata istaslamamustaslimun iaitu penyerahan total kepada Allah. 4. Berasal dari kata saliim yang berarti bersih dan suci. 5. Berasal dari salam yang berarti selamat dan sejahtera. Adapun dari segi istilah, (ditinjau dari sisi subjek manusia terhadap dinul Islam), Islam adalah ketundukan seorang hamba kepada wahyu Ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAW guna dijadikan pedoman hidup dan juga sebagai hukum/ aturan Allah SWT yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaan dunia dan akhirat.

permasalahan 1 Membuka Aurat Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagianbahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis. Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada... (mahram mereka)... (Surah an-Nuur, 24: 31) 2 Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita Dari Abu Musa al-Asyary radhiyallahu anhu, dia berkata:

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam bersabda: Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786) Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir) Allah Subhanahu wa Taala berfirman: ... Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu. (Surah al-Ahzab, 33: 33) 3 Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wan ita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886) 4 Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889) Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanitawanita kafir. Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di

dalam golongan mereka. (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 184, Media Hidayah) Daripada Ibnu Umar, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Maratil Muslimah)

6 Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas... (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah) Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf. Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat. (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir) 7 Adat Bersanding dan Pelamin Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka. Menurut Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya? (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir) Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabu t dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah. (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)

9 Adat Merenjis Air Mawar Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bidah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan itiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya. 10 Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10 000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri. Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya. Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bidah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini. Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bidah, dan setiap bidah adalah sesat. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607) Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (maskahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan maskahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan... (Surah an-Nisaa, 4: 4) ... Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban... (Surah an-Nisaa, 4: 24) Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada Uqbah bin Amir radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya. (Hadis Riwayat Ahmad, no. 24595) Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadis. Umar al-Khaththab radhiyallahu anhu berkata: Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Munim Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba) Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan al-Quran, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari al-Quran, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.

11 Bersalaman Dengan Bukan Mahram Di dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa: Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (al-Albani, Silsilah Hadis ash-Shahihah, no: 225) Dan para ulama juga menetapkan serta menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah menyentuh wanita yang tidak halal baginya walau pun di dalam peristiwa baiah. Berkenaan perkara ini juga, telah jelas di dalam al-Quran bahawa Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan supaya kaum lelaki dan wanita yang beriman supaya tunduk dari memandang kaum berlainan jantina mereka, maka apatah lagi jika perbuatan bersalaman atau bersentuhan, sedangkan perbuatan pandang memandang sahaja pun sudah ditegah. 13 Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan Kugiran Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik... (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590) Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Masoud radhiyallahu anhu menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna. Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani ini telah ada terjemahannya. 14 Permainan Kuda Kepang Permainan kuda kepang adalah merupakan amalan yang bermula dari masyarakat kaum Jawa. Ia kini agak popular di beberapa kawasan seperti di di Johor dan Selangor. Ada pun sebenarnya, sebahagian amalan yang dilakukan di dalam permainan kuda kepang ini adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Ini adalah disebabkan di dalamnya mengandungi perbuatan berhubungan atau berunding (mengadakan perjanjian) dengan jin dan syaitan, selain pemujaan menggunakan ayam jantan dan asap kemenyan. Imam Abil Izz al-Hanafi rahimahullah berkata: Cara manusia dalam mengambil kesenangan dari golongan jin adalah dengan meminta

dipenuhi keperluan-keperluannya, dipenuhi kemahuannya, atau menerima berita-berita ghaib dari mereka, serta yang seumpamanya. Sedangkan cara jin mengambil kesempatan dari manusia adalah dengan pengagungan manusia terhadapnya, dengan permintaan tolong, dan permohonan keselamatan, serta ketundukan manusia kepadanya. (Abdul Akhir Hammad al Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 98, Pustaka at-Tibyan) Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surah al-Jin, 72: 6) Selain itu, permainan kuda kepang ini di dalamnya juga disertai dengan pelbagai bunyi-bunyian tertentu yang menjurus kepada muzik terlarang. 15 Bomoh Tolak Hujan Terdapat beberapa kelompok dari kalangan masyarakat Melayu yang begitu gemar mengambil atau mengupah bomoh-bomoh tertentu supaya menjampi bagi tujuan menahan hujan dari turun. Selain itu, khidmat bomoh juga turut digunakan bagi mengesan (meramal dengan ilmu ghaib) sama ada pada tarikh atau hari-hari tertentu yang tidak akan turun hujan. Ini dilakukan dengan harapan supaya tempat diadakan majlis walimah sentiasa cerah (tidak hujan), sekaligus menjadikan majlis berjalan lancar. Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri... (Surah al-Anam, 6: 59) Rasulullah Slallahu alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi) Imam ath-Thahawi rahimahullah berkata di dalam Kitab aqidahnya: Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahu pun tukang ramal (bomoh), demikian juga setiap mereka yang mengakui sesuatu yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma kaum muslimin. (Imam ath-Thahawi, Aqidah ath-Thahawiyah. Rujuk: Abdul Akhir Hammad alGhunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 90, Pustaka at-Tibyan) Berkenaan turunnya hujan, banyak hadis-hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam menyarankan kita supaya bersyukur di atas sebab turunnya hujan. Ini adalah sebagaimana di

dalam doa yang dicontohkan oleh beliau Shallallahu alaihi wa Sallam: Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman, dan binatang). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1032) Dan penjelasan Rasulullah sendiri sebagaimana berikut: Kita diberi hujan adalah kerana kurnia dan rahmat Allah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1038) Dan sekiranya kita memiliki rasa bimbang dan takut hujan tersebut memberikan gangguan atau sebarang kerosakan kepada kita, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam juga telah mengajarkan kepada kita bagaimanakah doa yang harus kita praktikkan. Dari Anas radhiyallahu anhu, beliau menjelaskan doa tersebut sebagaimana berikut: Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1013) Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah, 2: 186) Malah, berkenaan dengan hukum berjumpa dengan bomoh, pawang, atau pun dukun yang dikatakan mampu menolak hujan dan memiliki kelebihan ilmu ghaib tertentu ini, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada kita melalui sabdanya: Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)

Adab yang Harus Dijaga dalam Walimah

a. Mengundang orang yang shalih b. Mengundang orang-orang fakir dan kaya secara bersamaan, Rasulullah mengingatkan kita agar tidak meninggalkan orang-orang fakir dan hanya memenggil orang-orang kaya. Diriwayatkan dari abu hurairah RA, ia berkata (hidangan) walimah yang paling buruk adalah walimahan yang hanya mengundang orang kaya, sementara orang miskin tidak diundang. Barangsiapa tidak memenuhi undangan, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. (HR. Al Bukhari dan muslim) c. Hendaknya walimah dilaksanakan dalam tiga hari, setelah dhukhul (bercampur), kerana perbuatan inilah yang disabda dari Nabi SAW Dari Annas RA, ia bertutur, nabi menikahi shafiyah dan menjadikan pemerdekaannya sebagai maharnya dan mengadakan walimah selama tiga hari . d. Memenuhi undangan walimah, memenuhi undangan walimah hukumnya wajib, berdasarkan sabda Rasul SAW Apabila salah seorang dari kalian diundang ke walimah, maka hendaknya datang. (HR. Al Bukhari) e. Mendoakan kedua mempelai. Para tamu dianjurkan untuk memberikan ucapan selamat kepada kedua mempelai, hal ini berdasarkan keterangan hadist yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, apabila seseorang menikah, maka Rasulullah SAW mendoakan, Semoga Allah memberkahi milikmu, memberkahi dirimu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, dan Al baihaqi) f. Memenuhi undangan sekalipun sedang puasa. Apabila seseorang diundang menghadiri sebuah walimah sedangkan ia sedang berpuasa, maka ia wajib memenuhi undangan itu. Namun ia boleh memilih antara membatalkan atau meneruskan puasa . Dalam kitab Fathul Qorib dijelaskan bahwa mendatangi Walimatul Urusy adalah wajib, yakni fardu ain menurut pendapat yang lebih sah, kecuali bila ada udzur, yakni ada hal yang mencegah untuk mendatangi walimah . Orang yang diundang pada hari kedua disunnahkan memenuhi undangan tersebut, dan orang yang diundang pada hari ketiga lebih utama tidak memenuhi undangan tersebut. Jika seorang muslim diundang ke perayaan nikah orang kafir, ia tidak harus memenuhi undangan itu, sedangkan ada pendapat lain yang mengatakan harus memenuhi itu .

Macam-macam Halangan yang Membolehkan Tidak Memenuhi Undangan Walimah Adapun beberapa halangan yang membolehkan tidak memenuhi undangan walimah , dalam pandangan ulama yang mewajibkannya yakni:

a. Apabila undangan hanya dikhususkan bagi kaum hartawan, tidak mencakup kaum fakir miskin. Tentang ini pernah diriwayatkan sebuah hadist Nabi SAW, yang menyebutkan bahwa seburuk-buruk makanan adalah walimah yang mengutamakan kaum hartawan dan mengabaikan kaum fakir miskin. b. Apabila kedatangannya itu semata-mata karena menginginkan sesuatu dari si pengundang atau karena takut kepadanya, misalnya seorang pejabat Negara yang ditakuti atau yang diharapkan memenuhi kepentingannya yang tidak halal c. Apabila seseorang telah menerima undangan dari orang lain sebelumnya d. Apabila jarak menuju ketempat undangan terlalu jauh dan tidak ada kendaraan yang memadai, atau biaya yang harus dikeluarkan cukup memberatkan, atau perjalanan kesana amat melelahkan atau kurang aman e. Apabila ada halangan lain, misalnya sedang menderita sakit, atau menjaga keluarga yang sedang sakit, dan sebagainya .

Hal-hal yang Diperbolehkan Tidak Menghadiri Undangan Walimah

a. Jika ia diundang ke tempat di dalamnya disuguhkan dan digelar praktek kemungkaran seperti, minuman keras, music, dan sejenisnya b. Pengundang hanya khusus mengundang orang-orang kaya, dan meniadakan orang-orang miskin dalam daftar undangannya c. Pengundang termasuk orang yang tidak sungkan-sungkan untuk makan (makan yang haram), dan biasa berkubang dalam hal-hal yang syubhat d. Dan masih banyak lagi alasan-alasan syarI lainnya yang menggugurkan kewajiban menghadiri undangan Selain itu adapula alasan syari lain yang mengharuskan seseorang untuk tidak perlu menghadiri undangan tersebut, misalnya jika jamuan tersebut berisiko meninggalkan (terlambat) melaksanakan shalat Jumat, atau karena hujan deras, jalanan berlumpur, khawatir terhadap serangan musuh, khawatir karena keamanan harta, dan sebagainya .

Syarat-syarat Wajib Menghadiri Undangan

Al- Hafizh berkat dalam kitab Fathul Bari bahwa syarat undangan yang wajib didatangi ialah: a. Pengundang sudah mukhallaf, merdeka, dan sehat akal b. Undangan tidak hanya dikhususkan kepada orang kaya tanpa melibatkan orang miskin c. Tidak hanya tertuju kepada orang yang disenangidan orang yang dihormatinya d. Pengundang beragama islam. Dengan demikian menurut pendapat yang lebih kuat e. Khususnya hari pertama walimah. Demikian pendapat yang masyhur f. Belum didahului oleh undangan lain. Jika ada undangan lain sebelumnya, yang pertama wajib didahulukan g. Tidak ada kemungkaran dan perkara-perkara lain yang menghalangi kehadirannya h. Orang yang diundang tidak berhalangan jika orang yang diundang berhalangan atau tempatnya jauh sehingga menyusahkan, boleh tidak hadir .

Objektif
Dengan izin dari Allah Subhanahu wa Taala, tulisan ini cuba mengupas sebahagian daripada juzuk perkahwinan yang dimaksudkan. Tulisan ini bakal difokuskan kepada aspek perlaksanaan majlis perkahwinan atau disebut sebagai walimatul urus. topik ini dibincangkann adalah disebabkan melihat fenomena yang banyak berlaku pada akhir-akhir ini di mana majlis-majlis perkahwinan rata-ratanya dimeriahkan dengan pelbagai adat-adat dan upacara-upacara tertentu yang meragukan serta mengarahkan kepada timbulnya beberapa persoalan di sudut agama. Ia sekaligus memerlukan serta menuntut sebuah penilaian dan pencerahan ke atasnya dilakukan berpandukan kefahaman agama yang tepat. Lebih menyedihkan, adat-adat dan pelbagai upacara tersebut telah mula sebati dan popular di kalangan masyarakat umat Islam hari ini sedangkan ianya masih sangat memerlukan penilaian ilmiyah dari al-Quran, as-Sunnah dan manhaj ahlus sunnah wal-jamaah akan keharusannya. Maka di sini timbullah sebuah persoalan, iaitu sejauh manakah sebenarnya majlis perkahiwinan yang benar-benar dianjurkan oleh Syariat sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah yang sahih? Adakah majlis perkahwinan itu perlu diadakan dengan pelbagai aturcara seperti upacara sarung cincin, persandingan, iringan muzik, dan sesi mengambil gambar (photografi)? Selanjutnya, adakah bentuk-bentuk aturcara walimah seperti ini benar-benar menepati kehendak syariat dan merupakan suatu yang dibenarkan atau sebaliknya? Sekaligus, adakah tanpa semua upacara tersebut, majlis walimah menjadi hambar dan tidak absah? Atas sebab itulah, maka tulisan ini pun disusun. Dengan izin Allah tulisan ini cuba menyampaikan dan menggariskan bentuk-bentuk majlis perkahwinan (walimatul urus) yang bertepatan dengan agama kita yang suci lagi murni. Sekaligus melihat sejauh manakah kebanyakan majlis perkahwinan yang difahami oleh masyarakat kita hari ini yang sebenarnya telah banyak ditokok tambah dengan pelbagai bentuk amalan yang mungkar lagi bercanggah dengan syariat. Lebih parah, ia turut memberi kesukaran kepada kebanyakan pasangan yang ingin membina mahligai rumahtangga masing-masing kerana diikat dengan adat dan upacara tersebut. Dengan memahami yang mana satu adalah sunnah dan mana satu merupakan tokok tambah (bukan dari anjuran agama), dengan izin Allah ia bakal membantu kita semua membezakan di antara keduanya berdasarkan ilmu. Seterusnya kita akan berupaya menjadikan sebuah majlis perkahwinan kita, anak-anak kita, dan keluarga baru kita sebagai sebuah majlis yang berhak mendapat keberkahan dan redha dari Allah Subhanahu wa Taala dengan memisahkannya dari apa yang tidak disyariatkan (serta yang terlarang). Selain itu,tujuan penulisan ini adalah untuk mengetahui pengertian sebenar walimatul urus,mengetahui betapa pentingnya mengadakan walimatul urus,mengetahui adab yang harus dijaga dalam walimatulurus,mengetahui macam-macam halangan yang memperbolehkan tidak

menghadiri undangan walimatul urus,mengetahui dasar hokum walimatulurus,mengetahui halhal yang diperbolehkan tidak menghadiri walimatul urus,mengetahui syarat-syarat wajib menghindari walimatul urus dan mengetahui bagaimana hikmah-hikmah walimatul urus.

Anda mungkin juga menyukai