Anda di halaman 1dari 4

Soalan PANEL 3: Sebelum ini telah dibincangkan mengenai majlis perkahwinan yang

dijalankan berdasarkan adat istiadat masyarakat Melayu Brunei, jadi bagaimanakah pula
perkahwinan yang sebenarnya digalakkan dari segi perspektif Islam.

 TAKRIF :

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak
pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh
Islam Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya
perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan Zina.

 DALIL : Firman Allah SWT,


"Dan kahwin orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak
(berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang
premepuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan
Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahi”
(surah an-Nur:ayat 32)

" Dan segala sesuatu yang Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan
kebesaran Allah”
(surah al-Zariya :ayat 49)

 HIKMAH PERKAHWINAN :
 cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran
sebagainya dpat dielakan.
 Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
 Memelihara kesucian diri
 Melaksanakan tuntutan syariat
 Menjaga keturunan
 Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat
bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa
akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi
kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan
pedoman kepada anak-anak
 Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
 Dapat mengeratkan silaturahim.
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

1. untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.

2. memlihara kesucian diri

3. melaksanakan tuntutan syariat

4. menjaga keturunan

5. sebagai media pendidikan : persekitran yang sihat dalam membesarkan kanak-kanak.

STRUKTUR DALAM ISLAM

Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk
melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang
merupakan adat masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Hukum peminangan adalah harus
dan bukanlah isteri orang, bukan mahram, tidak dalam idah, dll. Pemberian seperti cincin kepada
wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.

Nikah
Rukun Nikah:
 Pengantin lelaki
 Pengantin perempuan
 Wali
 Dua orang saksi
 Ijab dan Kabul(akad nikah)

Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi
isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa:
ayat 4.
"Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil,
teteapi sudah atai janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri”
(surah an-Nisa : ayat 4)
MAJLIS PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Pengenalan
Majlis perkahwinan lebih dikenali sebagai walimatulurus (bahasa Arab: ‫)وليمة‬. Walimah berasal
dari kata “Al Walam” yang bermakna Al Jamu’ (berkumpul). Sebahagian ulama berpendapat
bahawa hukum melaksanakannya adalah sunnah mu’akad berdasarkan hadis Rasulullah kepada
Abdurrahman bin Auf :

“Selenggarakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”.

Oleh yang demikian, sunat diadakan majlis perkahwinan ini dan wajib bagi yang menerima
jemputan. Ucapan akad nikah dan walimah merupakan acara ritual atau ibadah yang disyari’atkan
dalam Islam sehingga penyelenggaraannya harus tertib. Sebagaimana sebuah ibadah, seperti halnya
zakat, puasa, ibadah haji, dan sebagainya. Penyelenggaraan pernikahan telah diatur tata caranya
serta rukunnya dalam syari’at Islam sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Saw dan para
sahabat.
Sehubungan dengan walimah, adat kebiasaan masing-masing daerah dapat dipertahankan bahkan
dilestarikan sepanjang tidak menyalahi prinsip ajaran Islam. Dan apabila adat kebiasaan yang
berhubungan dengan walimah tersebut bertentangan dengan syari’at Islam, setuju atau tidak, harus
ditinggalkan

Walimatuluurus bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan


tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkara. Selain itu,
saudara maramaksiat
5. Tidak dapat dan
menyaksikan sendiri
khurafat seperti pernikahanupacara
mengadakan tersebut serta mendoakan
percampuran kebahagiaan
bukan mahram tanpa
batas, menyediakan minuman keras dan sebagainya. Hadis Rasulullah :

“Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah nyanyian dan pukulan rebana”

Dari mafhum hadis itu, maka kita perlu menepati kehendak sebenar syariat Islam apabila
memeriahkan kenduri kahwin dengan persembahan hiburan agar tidak tercemar dengan unsuh yang
ditegah agama dan melanggar ketertiban budaya orang Melayu.

Perkara-perkara yang tidak digariskan dalam Islam.

Perkara-perkara yang tidak digariskan dalam Islam lazimnya boleh kita lihat melalui adat
perkahwinan dalam konteks Brunei Darussalam sendiri. Antaranya adalah seperti adat menghantar
berian, adat berpacar dan berinai, adat pusing naga, adat berbasuh kaki (puak Tutong), adat mulih
tiga hari dan lain-lain lagi. Adat-adat yang dinyatakan ini adalah tidak dituntut dalam agama walau
bagaimanapun, ia merupakan manifestasi kepada budaya kita selama mana adat-adat tersebut
dijalankan atau dilangsungkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh yang demikian, adat pekahwinan Melayu telah disesuaikan dengan ajaran Islam. Contohnya
adat malam berbedak disesuaikan dengan majlis berzikir, adat majlis perkahwinan digandingkan
dengan nyanyian tausyeh dan pukulan rebana. Hal ini bertujuan untuk mendapat manfaat dan
rahmat dari Allah S.W.T.

Kesimpulan

Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam
bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari
dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Juga
tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama
lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat
melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti
aktiviti merenjis dan menepung tawar. Dengan itu, kita sebagai masyarakat yang berpegang kepada
konsep Melayu Islam Beraja perlulah peka terhadap mengendalikan majlis perkahwinan dengan
cara yang bersesuaian. Seperti Firman-Nya :

"Sesiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi”
petunjuk kepada jalan yang lurus”
)ali-Imran,ayat101 (

Anda mungkin juga menyukai