Anda di halaman 1dari 8

PENCEMARAN UDARA

SAINS TINGKATAN SATU

NAMA GURU : NAMA PELAJAR : TENGKU NURUL FITRAH BINTI TENGKU KAMARUL BAHARIN

DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahanbahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

CONTOH BAHAN PENCEMAR UDARA Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logamlogam lain.

SUMBER BAHAN PENCEMAR UDARA Sumber pencemar di udara dapat digolongkan menjadi 2 yaitu kegiatan yang bersifat alami (natural) dan kegiatan antropogenik. Contoh sumber alami adalah akibat letusan gunung berapi, kebakaran hutan, dekomposisi biotik, debu, spora tumbuhan, dan lain sebagainya. Sedangkan pencemaran antropogenik banyak dihasilkan dari aktivitas transportasi, industri, rokok, dari persampahan, baik akibat dekomposisi ataupun pembakaran .

A.Sumber Alami (Natural) 1. Akibat Letusan Gunung Berapi

Pencemar yang dikeluarkan oleh gunung berapi Salah satu gas pencemar yang di hasilkan oleh gunung berapi adalah SOx.

2. Akibat Kebakaran Hutan Ada beberapa bahan polutan dari pembakaran yang dapat mencemari udara, diantaranya adalah bahan polutan primer, seperti: hidrokarbon dan karbon oksida, karbon dioksida, senyawa sulphur oksida, senyawa nitrogen oksida dan nitrogen dioksida. Adapun polutan berbentuk partikel adalah asap berupa partikel karbon yang sangat halus bercampur dengan debu hasil dari proses pemecahan suatu bahan.

B.Sumber Antropogenik 1.Sumber antropogenik ini biasanya berhubungan dengan proses pembakaran berbagai jenis bahan bakar, diantaranya: 1. Sumber tidak bergerak (stationary source), termasuk asap dari industri manufaktur, hasil pembakaran insinerator, furnace, dan berbagai tipe peralatan pembakaran dengan bahan bakar; 2. Sumber bergerak (mobile source), termasuk kendaraan bermotor, pesawat, dan/atau kapal laut; 3. Asap dari penggunaan cat, hair spray, dan jenis pelarut lainnya; 4. Gas yang dihasilkan dariproses pembuangan akhir di TPA, yang umumnya adalah gas Metan. Gas metan ini memang tidak bersifat racun (toksik), tetapi gas ini termasuk gas yang mudah menyala (flammable) dan dapat membentuk senyawa yang bersifat eksplosive (mudah meledak) jika bereaksi dengan udara; 5. Militer, seperti senjata nuklir, gas beracun, senjata biologis, maupun roket.

KESAN PENCEMARAN UDARA KESIHATAN MANUSIA Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paruparu.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya. TUMBUHAN Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah. HAIWAN Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan

melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara. BAHAN Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara. PENYUSUTAN LAPISAN OZON Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. HUJAN ASID Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah. KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHALANG DAN MENGAWAL PENCEMARAN UDARA

Penampalan ozon Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja. Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undangundang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan. Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

CARA MENGEKALKAN UDARA SUPAYA BERSIH Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

1)Pengurangan di punca

Aktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses :

Guna semula Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna

Rawatan Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna

Pengubahsuaian produk Ubah komposisi produk, Ubah formula, Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya boleh diguna semula Pertukaran bahan Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci

Penukaran teknologi Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi

Perubahan prosedur Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan sisa, Kendalikan sisa dengan baik

2) Mengurangkan penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

3)Perundangan

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

4)Mengitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

MEMPRATIKKAN AMALAN YANG MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH 1. Membuat kempen bahayanya pencemaran udara 2. Mengurangkan perasapan kilang-kilang 3. Mengetatkan undang-undang dilarang merokok

Anda mungkin juga menyukai

  • Visi Dan Misi
    Visi Dan Misi
    Dokumen2 halaman
    Visi Dan Misi
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan CPR
    Isi Kandungan CPR
    Dokumen4 halaman
    Isi Kandungan CPR
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Soalan Objektif & Subjektif
    Soalan Objektif & Subjektif
    Dokumen15 halaman
    Soalan Objektif & Subjektif
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Tentatif Program
    Tentatif Program
    Dokumen2 halaman
    Tentatif Program
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • CPR
    CPR
    Dokumen11 halaman
    CPR
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    Dokumen2 halaman
    Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai 1
    تنكو احمد رمضان
    100% (1)
  • Pembersihan Air
    Pembersihan Air
    Dokumen11 halaman
    Pembersihan Air
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • TANDA Tajwid Asas
    TANDA Tajwid Asas
    Dokumen11 halaman
    TANDA Tajwid Asas
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat
  • Pai Report
    Pai Report
    Dokumen15 halaman
    Pai Report
    تنكو احمد رمضان
    Belum ada peringkat