Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada kami kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada penyelaras
tercinta kami, PKPGB Mohd Shawaluddin bin Ami Nordin kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga
pengajar yang lain kerana telah memberikan kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini Terima kasih.

1
PENGENALAN

Resusitasi kardiopulmonari atau dalam Bahasa Inggeris, Cardiopulmonary resuscitation


(CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual
fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan
pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada
seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal,
sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada


kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan
dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh
membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau
menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan
pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan
pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan
membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya
adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh
menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan
resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung
(defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi
berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia
ventrikel tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh
mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih
peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

2
PENGENALAN CPR ORANG DEWASA

CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu bantuan penting dalam rantaian hidup
untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan
disebabkan kemalangan ataupun situasi yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Ianya
bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR
mempunyai 2 matlamat iaitu:-

 Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.


 Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.

CPR merupakan satu cara menyelamat yang mudah dimana ianya memerlukan peralatan
yang sangat minima. Cara yang mudah untuk memberi bantuan CPR adalah memberi tiupan ke
dalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara yang mengandungi oksigen ke dalam paru-
paru. Ini membolehkan oksigen diserap oleh salur darah.

3
PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM MELAKUKAN CPR

Danger

 Kawasan Persekitaran perlu dikenalpasti dan diperiksa tahap keselamatan Kawasan


tersebut.
 Gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada bahaya yang boleh mencederakan
diri kita sendiri dan juga mangsa. Mangsa perlu dibahawa ke tempat selamat yang rata
dan stabil untuk membuat CPR.

Respond

 Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahunya dan jeritkan "awak ok ke?"
 Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
 Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991).

4
A-airway (saluran pernafasan)

 Lakukan teknik 'angkat dagu dan dongak kepala' - buka salur nafas pesakit secara
mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan
yang satu lagi.
 Ini membolehkan saluran pernafasan mangsa dibuka
 Keluarkan sebarang benda asing yang menghalang saluran penafasan mangsa dengan
menggunakan jari telunjuk.

 L(LOOK) Melihat – Pergerakan turun naik dada


 L(LISTEN) Mendengar – Dengukuran mangsa
 F(FEEL) Merasa – Merasa haba hengbusan dari
mulut

5
B-breathing (pernafasan)

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, cara yang terbaik untuk memberi bantuan
pernafasan adalah melalui teknik mulut ke mulut. Untuk melakukan kaedah ini, cara dan langkah
perlulah dituruti dengan teliti.

Pertama sekali, gunakan ibu jari dan jari telunjuk sebelah tangan yang berada di dahi
mangsa, lalu picit atau cubit perlahan hidung mangsa hingga rapat. Sentiasa pastikan telapak
tangan berada dalam kedudukan yang sepatutnya agar kepala mangsa kekal terdongak. Manakala
kekalkan tangan yang lagi sebelah di bawah dagu mangsa sambil mendongakkannya ke atas.

Cara yang terbaik adalah seperti gambar di bawah:

Seterusnya, bersedia untuk memberi dua hembusan nafas penuh kepada mangsa. Pastikan
mulut anda dan mulut mangsa ditutup rapat tanpa tiada liang liang udara. Kemudian, berikan
hembusan pertama (dalam masa satu saat) dan perhatikan samada dada mangsa menaik.

Sekiranya dada mangsa menaik, teruskan dengan memberi hembusan nafas yang kedua.
Dan sekiranya tiada pergerakan pada dada mangsa, ulangi langkah sebelumnya (proses dongakan
dagu) dan berikan hembusan nafas yang kedua.

6
C-circulation (peredaran udara)

Setelah memberikan dua hembusan lengkap, cari denyutan nadi pada mangsa untuk lihat
jika jantung mangsa masih berdenyut atau tidak. Untuk mencari denyutan nadi mangsa, cari
halkum si mangsa dan letakkan jari padanya. Kemudian, larikan jari anda sepanjang leher itu
sehingga terasa denyutan nadi mangsa.

Jika denyutan nadi mangsa tidak dijumpai, lakukan semula bantuan pernafasan. Selain
itu, kita boleh memberikan artificial circulation.

 External Chest Compression

Untuk melakukan langkah ini pada mangsa, melutut bersebelahan dengan dada mangsa.
Letakkan kedua-dua belah tapak tangan anda pada dada mangsa. Untuk lagi tepat, posisi tangan
ialah pada bahagian bawah tulang rusuk mangsa. Silangkan jari anda untuk memudahkan proses
ini. Posisikan bahu anda selari pada sternum mangsa, dan tekan ke bawah sambil memastikan
tangan anda kekal lurus. Untuk mangsa dewasa, tekan hanya dalam 1 hingga ke 2 inci ke dalam
sahaja. Kemudian biarkan dada mangsa menaik kepada keadaan asal di antara setiap mampatan.
Kadar yang paling baik ialah 15 mampatan dada kepada 2 hembusan nafas.

7
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MELAKUKAN CPR

Tindakan ini dilakukan untuk :

1. Mangsa kemalangan
2. Mangsa lemas
3. Mangsa renjatan elektrik
4. Stroke
5. Serangan jantung
6. Berhenti bernafas

Cara-cara membuat bantuan pernafasan

Langkah pertama:

1. periksa keadaan mangsa tersebut dan lihat tindak balasnya. Sekiranya tiada tindak balas
yang diberikan serta anda mendapati pernafasannya terhenti, sila hubungi talian kecemasan.

Langkah kedua:

2. Dongakkan kepala mangsa dengan dongakkan dagunya ke atas.

Langkah ketiga:

3. Letakkan telinga anda pada mulut mangsa untuk memeriksa pernafasan mangsa. Sekiranya
tiada, berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali. (keluarkan sebarang benda asing di
dalam mjulut mangsa)

8
Langkah keempat:

4. Buka mulut mangsa dann kemudian picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui
mulut anda ke mjlut mangsa sehingga anda dapat melihat pergerakan dadanya. Berikan
bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan selama dua saat).

Langkah kelima:

5. Sekiranya mangsa masih lagi belum bernafas, batuk ataupun tidak bergerak, tekan dadanya
dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan ke atas tangan kiri anda dan
tekan dada mangsa sebanyka 15 kali. Dua kali hembusan diseratai dengan 15 kali tekanan
pada dada, dikira sebagai satu pusingan. Lakukan sebanyak dua pusingan.

*pastikan keddudukan yang ingin ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter daripada ulu
hati(hujung tulang dada dan diantara buah dada). pastikan tangan anda lurus dan beri
tekanan daripada tangan sahaja dan bukannya badan. Tekanan perlu dibuat dengan cepat
iaitu pada kadar 100 tekanan/seminit. Ini bermaksud lebih cepat daripada satu tekanan sesaat.

Langkah keenam:

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan pada dada sebanyak empat pusingan ataupun
sehingga bantuan sampai.

Langkah ketujuh:

7. Sekiranya mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi menbolehkan
mangsa untuk bernafas dengan lebih baik.

9
KESIMPULAN

Kesimpulannya CPR adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan
paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat
diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah
berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.

CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak,
sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak
dapat diselamatkan lagi.

Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2010), bagi mereka
yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah ‘Tekanan Dada’
sahaja, dan tidak perlu bimbang memikirkan atau melakukan pertolongan pernafasan.

Masih ramai di kalangan anggota masyarakat kita ini agak asing dengan CPR, dan bagi
mereka yang pernah belajar dan ada sedikit pengetahuan pun akan teragak-agak atau takut untuk
melakukan CPR kerana memikirkan perlunya bantuan pernafasan dilakukan. Oleh itu, dengan
sedikit perkongsian ilmu ini, LAKUKANLAH CPR dengan kaedah ‘HANDS-ONLY’ iaitu
‘TEKANAN DADA SAHAJA’ kerana ianya lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan.
Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan bekalan darah bagi mereka yang mengalami
serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti, dan ianya mungkin boleh
menyelamatkan nyawa mangsa.

10
RUJUKAN

1. http://laquezto.blogspot.my/2013/09/cara-melakukan-cpr-cardiopulmonary_11.html
2. http://www.ukm.my/sispa/aktiviti/cpr/
3. http://cpr.heart.org/AHAECC/CPRAndECC/Programs/HandsOnlyCPR/UCM_473
196_Hands-Only-CPR.jsp

11

Anda mungkin juga menyukai