Anda di halaman 1dari 17

PERTOLANGAN

Definisi Pertolongan Cemas


CEMAS

Sistem Pernafasan Dan Peredaran


Darah
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Pendarahan Kecil

DEFINISI PERTOLONGAN
CEMAS
Rawatan pertama diberi kepada

pesakit/mangsa kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans /
pesakit mendapat rtawatan dari doktor.
Matlamat utama:
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah
buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor

SISTEM PERNAFASAN
Semasa kita bernafas, kita menyedut &
menghembuskan udara
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru
dan meresap oksigen ke dalam darah
Udara yang disedut hanya ada 21%
oksigen, selebihnya kompisisi gas
nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen
untuk melakukan proses respi

BILANGAN PERNAFASAN
SESEORANG
PERINGKAT
Dewasa

BILANGAN SEMINIT
15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali


Bayi

35-40 kali

BILANGAN NADI
SESEORANG
PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa

70-80 kali

Kanak-kanak

90-100 kali

Bayi

100-140 kali

CARA MEMERIKSA NADI

SISTEM PEREDARAN
DARAH
Berfungsi menylurkan dan mengagihkan

Berfungsi menylurkan dan mengagihkan


bahan makanan dan oksigen ke segenap
sel-sel di dalam badan dan membawa
bahan buangan keluar
Dalam badan seseorang dewasa
terdapat sekitar 4-6 liter darah
Setiap 7kg berat badan mengandungi
0.5 liter darah

FUNGSI DARAH
Membawa oksigen dan bahan makanan
ke tisu
Membawa bahan buangan ke organ
pembuangan
Melawan penyakit
Membawa enzim dan hormone ke organ
sasaran
Mengawal suhu badan
Menghentikan pendarahan

RESUSITASI
KARDIOPULIMONARI
Adalah bantuan(CPR)
kecemasan yang diberikan

kepada mangsa kecederaan yang tidak


mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan
bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu jantung
mengepam udara yang dihembus ke seluruh
anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada nadi

PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu
dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan
CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)

A - AIRWAY

(Airway )Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama


yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan
adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan
adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan
mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu
mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari
arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut
mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang
bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

B - BREATHING

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya


yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan
keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut
membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas
dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat
pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa,
Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
Contohnya mulut ke mulut.

C - CIRCULATION

Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.


Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi
mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda
hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga
mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan
memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan
tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk
melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan
sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

RAWATAN MANGSA
TERCEKIK TIDAK SEDAR

Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.


Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buang sebarang benda asing dari mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka.
Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat
dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan
dilakukan.
Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama
sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa.
Letakkan pangkal tapak tangan di
tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara
pusat dan prnghujung hulu hati.
Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke
hulu hati sebanyak lima kali.
Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau
masih tercekik.
Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit

PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
pendarahan eksternal (dibahagian luar)

luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau


luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

pendarahan internal (dibahagian dalam)

perut muntah berdarah

paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah

tali usus darah pada dubur

rahim tumpah darah

buah pinggang kencing berdarah

tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung


pendarahan internal tanpa kesan

limpa dan hati pecah

pendarahan dalam otak

JENIS-JENIS LUKA

PRINSIP RAWATAN
SECARA AM

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :


Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang
mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan
yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang
cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup
dengan kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan
belat (splin), anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan
jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat.

Anda mungkin juga menyukai