Anda di halaman 1dari 10

KOMSAS:

Novel Pesona Wira Avatari

Bab 1: Poster Misteri

Sinopsis

mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas,


Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah
bilik persalinan sementara yang dibina khas
bersempena dengan Pertandingan Avatari
Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di
kompleks beli-belah Anggun

Sinopsis

Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan


cabaran terakhir yang akan bermula pada jam
3.00 petang.

Adeen terpandang dua orang lelaki yang


mencurigakan di dalam bilik persalinan itu.

Sinopsis

Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi


lelaki India bernama Samy.

Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek


oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. .

Sinopsis

Mereka hendak berlari tetapi dihalang


oleh remaja berenam itu.

Suasana menjadi tegang dan cemas.

Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi


Adeen dan Anas dengan pantas
menyerang dan berjaya menahan Samy
dengan kemahiran silat mereka.

Sinopsis

Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh


Aina.

Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu


menembak Aina.

Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru


keluar dan melepaskan diri.

Sinopsis

Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan


di bahu Aina.

Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina


menjadi semakin lemah.

Fikiran Aina melayang-layang ke masa


lepas.

Sinopsis

Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya.

Aina merupakan seorang murid yang cekal dan


tekun.

Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada


di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja
sekolahnya.

Sinopsis

Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba.

Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang


baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin.

Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

Latihan Pengukuhan
1.

2.

3.

4.

Nyatakan nama enam sekawan dalam


novel Pesona Wira Avatari.
Siapakah dua orang yang cuba menyerang
Aina?
Apakah senjata yang digunakan oleh kedua
penyerang tersebut?
Nyatakan nilai murni dalam bab 1.

Anda mungkin juga menyukai