Anda di halaman 1dari 13

Bahagian 1

Apa yang akan dipelajari?


Frasa Nama (FN)
Frasa Nama Jamak
FRASA?
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya satu perkataan yang terdapat dalam ayat.
Terdapat empat frasa iaitu:
1. Frasa Nama (FN)
2. Frasa Kerja (FK)
3. Frasa Adjektif (FA) dan
4. Frasa Sendi Nama (FS)
Mengenal Pasti Frasa
Kepala Frasa hanya kata nama, kata kerja atau kata
adjektif sahaja yang boleh menjadi kepala frasa.

Jika kata kerja mendahului frasa tersebut, maka frasa itu
dikenali sebagai frasa kerja
Contoh: - berbicara tentang perkara itu
- mengadakan kursus
- tinggal di kampung
Mengenal Pasti Frasa
Jika kata nama mendahului frasa tersebut, maka frasa
itu dikenali sebagai frasa nama
Contoh: - anak mereka
- lelaki yang tampan itu
- mereka

Jika kata sendi nama mendahului frasa tersebut, maka
frasa itu dikenali sebagai frasa sendi nama
Contoh: - untuk abang
- di Kuala Lumpur

Mengenal Pasti Frasa
Jika kata adjektif mendahului frasa tersebut, maka frasa
itu dikenali sebagai frasa adjektif
Contoh: - enak sekali
- besar daripada
Ingat: Frasa boleh terdiri daripada
satu perkataan atau lebih.
Frasa nama
Perkataan utamanya terdiri daripada kata
nama, kata nama terbitan dan kata ganti nama.
Contoh frasa nama:
Orang itu
Mereka
Lukisan tersebut
Dia
senaman
Kekeliruan penggunaan frasa
nama
Frasa Nama yang Berkaitan dengan Hukum D-M
Hukum D-M bermaksud unsur yang diterangkan
merupakan unsur inti yang terletak pada
kedudukan pertama dan unsur menerangkan
merupakan unsur penerang yang terletak pada
kedudukan kedua.
Bentuk Yang Betul Bentuk Yang Salah
Jentera pendingin Pendingin jentera
Lampu gas Gas lampu
Klinik bola sepak Bola sepak Klinik
Polis militari Militari polis
Salun kerinting rambut Rambut kerinting salun
KEKECUALIAN HUKUM D-M
Terdapat beberapa frasa yang dikecualikan
daripada Hukum D-M.
Bentuk Yang Betul Bentuk Yang Salah
Perdana Menteri Menteri Perdana
Timbalan Menteri Menteri Timbalan
Naib Presiden Presiden Naib
Naib Canselor Canselor Naib
Pembantu Penyelidik Penyelidik Pembantu
Ibu Pejabat Pejabat Ibu
Pejabat Besar Pos Kuala Lumpur Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur
Frasa nama jamak
Frasa yang melibatkan konsep tunggal dan jamak.
Jika perkataan yang pertama sudah membawa maksud
jamak, perkataan yang mengikutinya mesti membawa
maksud tunggal.
Bentuk Yang Betul Bentuk Yang Salah
Semua murid Semua murid-murid
Susunan buku Susunan buku-buku
Gugusan pulau Gugusan pulau-pulau
Rakyat malaysia Rakyat-rakyat Malaysia
Ibu bapa Ibu-bu bapa
Mengenalpasti kesalahan
Kenalpasti kesalahan yang terdapat di bawah. Jika
terdapat kesalahan, betulkan kesalahan tersebut.
1. Gabungan persatuan-persatuan akademik universiti
itu akan menganjurkan seminar pendidikan. Tiada
kesalahan
2. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering
menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar negara
itu. Tiada kesalahan
3. Koleksi lagu-lagu persembahan Siti Nurhaliza semasa
Konsert Jelajah Siti mendapat sambutan hebat
daripada pembeli. Tiada kesalahan.
4. Di bazar Ramadan itu, terdapat pelbagai kuih-muih
yang dijual oleh peniaga. Tiada kesalahan
5. Sebahagian daripada pembeli-pembeli rumah itu
terdiri daripada mereka yang berpendapatan
sederhana. Tiada kesalahan
Ujian pengukuhan frasa
Tentukan samada ayat berikut menggunakan frasa yang
betul atau salah.
1. Beberapa orang peminat-peminat Kilauan Emas telah
menyerbu pentas tempat berlangsungnya konsert itu
malam tadi.
2. Pelbagai isu-isu telah dibincangkan dalam
perjumpaan antara penduduk dengan wakil rakyat
itu.
3. Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat
sambutan yang hangat daripada peminatnya.
4. Segala bukti-bukti itu akan dikemukakan oleh pihak
pendakwa di mahkamah nanti.
5. Mereka-mereka yang mengambil bahagian dalam
pertandingan itu mestilah bersiap sedia lebih awal.


Ujian pengukuhan frasa
Tentukan samada ayat berikut menggunakan frasa yang
betul atau salah.
6. Dalam persembahan itu nanti, beberapa orang murid
sekolah itu akan mengambil bahagian.
7. Murid yang seimbang perlu mempunyai keempat-
empat unsur-unsur yang berikut iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
8. Pekerja syarikat itu kebanyakannya terdiri daripada
pesara perkhidmatan awam.
9. Penambahan jumlah barang-barang keluaran syarikat
itu pada bulan ini disebabkan mendapat permintaan
tinggi.
10. Masalah sosial dalam kalangan remaja ada antara isu-
isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti.

Anda mungkin juga menyukai