Anda di halaman 1dari 45

TATABAHASA

BAHASA MELAYU

Oleh

Khairudin bin Ismail


Munsyi Dewan

KANDUNGAN
PENGENALAN
GOLONGAN KATA
POLA AYAT DASAR
KESALAHAN UMUM OLEH
PENGGUNA BAHASA MELAYU

1. EJAAN
2. IMBUHAN
3. BINAAN AYAT

GOLONGAN KATA DALAM


BAHASA MELAYU

DALAM BAHASA MELAYU TERDAPAT EMPAT


GOLONGAN KATA, IAITU :

KATA NAMA
Contoh: baju,sekolah
KATA KERJA
Contoh: tidur,menari
KATA ADJEKTIF
Contoh: cantik, kurus
KATA TUGAS
Contoh: akan,dari,sudah

DARI KATA KE AYAT


Jenis ayat

(ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,


ayat seruan)

Golongan ayat

(ayat tunggal dan ayat majmuk)

Susunan ayat

(ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang)

Ragam ayat

(ayat aktif dan ayat pasif)

BINAAN AYAT DALAM


BAHASA MELAYU.
1.
2.

AYAT DASAR
AYAT MAJMUK
i. Ayat majmuk gabungan
AYAT MAJMUK PANCANGAN

ii. Ayat majmuk relatif


iii. Ayat majmuk komplemen
iv. Ayat majmuk keterangan

KONSEP AYAT DASAR


Ayat

yang menjadi dasar atau


sumber bagi pembentukan semua
ayat lain.

Terdapat

empat pola ayat dasar


dalam Bahasa Melayu.

EMPAT POLA AYAT DASAR


SUBJEK

PREDIKAT

Frasa Nama

Frasa Nama

Frasa Nama

Frasa Kerja

Frasa Nama

Frasa Adjektif

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama

Frasa Nama + Frasa Nama


Contoh:
1. Saya guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara.
2. Dia kawan saya.
3. Puan Zam pengetua sekolah.

Frasa Nama + Frasa Kerja


Contoh:

1. Ammar menendang bola.


2. Ibu sedang menidurkan adik.
3. Burung itu terbang tinggi.

Frasa Nama + Frasa Adjektif


Contoh:

1. Bangunan itu sangat cantik.


2. Malam ini dingin sekali.
3. Buah durian itu enak rasanya.

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama


Contoh:

1. Kakak ke rumah nenek.


2. Bas itu dari Melaka.
3. Bunga itu untuk ibu.

AYAT MAJMUK
Ayat

Majmuk Gabungan

Contoh: Saya dan adik ke kedai.


Ayat

Majmuk Campuran

Contoh: Ayah dan emak akan


menziarahi nenek yang kurang
sihat.

AYAT MAJMUK
Ayat

Majmuk Pancangan

1. Ayat Majmuk Relatif

Contoh : Saya membeli baju yang berwarna


merah.

2. Ayat Majmuk Komplemen

Contoh : Cikgu Ramli ingin memastikan bahawa


kesemua muridnya faham akan
pengajarannya.

3. Ayat Majmuk Keterangan

Contoh : Adik itu menangis kerana ia lapar.

KESALAHAN UMUM DALAM


TATABAHASA
KESALAHAN

EJAAN

KESALAHAN

AYAT

KESALAHAN EJAAN KATA


PINJAMAN BAHASA JAWA
SALAH

Pamir
Trampil
Calun
Lakun
Lapuran
Perihatin

BETUL
pamer
terampil
calon
lakon
laporan
prihatin

KESALAHAN EJAAN KATA


PINJAMAN ARAB

EJAAN LAMA

Ibadah
Ramadhan
Fardhu
Redha
Zohor
Hajjah

EJAAN BAHARU

Ibadat
Ramadan
Fardu
Reda
Zuhur
Hajah

KESALAHAN EJAAN
SALAH

Catit
maksima
efisyen
ampangan
analisa
andai pun
sekaligus
keretapi

BETUL
catat
maksimum
efisien
empangan
analisis
andaipun
sekali gus
kereta api

KESALAHAN EJAAN KATA


PINJAMAN INGGERIS
SALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Nasionalisma
Dailog
Komersil
Kontingen
Ekspot
Fak
Bowling
Febuari
Emel
Insuran

BETUL

nasionalisme
dialog
komersial
kontinjen
eksport
faks
boling
februari
e-mel
insurans

Kekeliruan menggunakan
imbuhan pinjaman.
SALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Anti agama
Anti dadah
Pra-syarat
Dwi tahunan
Tata susila
Tata tertib

BETUL
antiagama
antidadah
prasyarat
dwitahunan
tatasusila
tatatertib

KESALAHAN PENGGUNAAN
SEMPANG
SALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

BETUL

ambil-alih
ambil alih
anak beranak
anak-beranak
gotong royong
gotong-royong
pingganmangkuk
pinggan mangkuk
kasih-sayang
kasih sayang
1980an
1980-an
Yang Dipertuan Agong Yang Di-Pertuan
Agong

KESALAHAN IMBUHAN

MEMPER + KATA ADJEKTIF

SALAH
Memperhebohkan

Memperindahkan
Memperkayakan
Memperkemaskan
Memperkukuhkan
Memperlajukan
Memperlambatkan
Memperlebarkan
Memperlengkapkan
Memperkasakan ???

BETUL
Memperheboh/
menghebohkan

KEKELIRUAN EJAAN
BERCANTUM ATAU TIDAK
SALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

BETUL

Sekaligus
sekali gus
Temubual
temu bual
Keretapi
kereta api
Suratkhabar surat khabar
Ubahsuai
ubah suai
Aturcara
atur cara
Urusetia
urus setia
Walaubagaimanapun
walau
bagaimanapun

15 KATA MAJMUK YANG TELAH


MANTAP DAN DIEJA
BERCANTUM

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
matahari
olahraga

pesuruhjaya
setiausaha
suruhanjaya
sukarela
tandatangan
tanggungjawab
warganegara

PADANAN ISTILAH DALAM BAHASA


MELAYU BAGI ISTILAH DALAM BAHASA
INGGERIS
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Bungee jumping
terjun lelabah
Role model
suri teladan
Canopy walkway
denai kanopi
Clearance sale
jualan perabis
Coffee garden
ujana kopi
Homestay
pelancongan desa
Resort
penginapan/persantaian

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA


GANDA
Contoh:
1.*Panel-panel hakim sedang berbincang.
Panel hakim sedang berbincang.
2. *Setengah orang tidak dapat
dipercayai.
Sesetengah orang tidak dapat dipercayai.
3. *Tiap kejadian ada penciptanya.
Tiap-tiap kejadian ada penciptanya.
4. *Kedua sekolah itu baru dibuka.
Kedua-dua sekolah itu baru dibuka.
5. *Berbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan kampung ini.
*Berbagai-bagai usaha telah dijalankan untuk memajukan
kampung ini.

KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA JAMAK
1. beberapa buah negara-negara ( seharusnya
beberapa buah negara)
2. mereka-mereka (seharusnya mereka)
3. para guru-guru (seharusnya para guru)
4. setiap murid-murid (seharusnya setiap murid)
5. segala sifat-sifat (seharusnya segala sifat)
6. semua tempat-tempat (seharusnya semua tempat)
7. banyak faktor-faktor (seharusnya banyak

faktor)

HUKUM D - M

D = Unsur yang diterangkan


(kata inti/head)
M = Unsur yang menerangkan
(penerang/modifier)

Contoh:

Goreng pisang atau pisang goreng?


Pisang goreng
Manila kad
Kad manila
Penghawa dingin
Pendingin hawa

KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA PEMERI
Kata

pemeri IALAH
Hanya boleh diikuti oleh kata nama
atau frasa nama yang bersifat
persamaan sahaja.
Kata pemeri ADALAH
Hanya boleh diikuti oleh kata sendi
nama dan kata adjektif yang
berbentuk huraian sahaja.

CONTOH PENGGUNAAN KATA


PEMERI YANG BETUL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Islam ialah agama rasmi negara ini.(FN)


Bahasa ialah anugerah Allah kepada
manusia.(FN)
Beliau ialah Rektor kita.(FN)
Ilmu adalah penting.(FA)
Tafsiran ulamak itu adalah tepat.(FA)
Bungkusan ini adalah untuk anda.(FSN)
Rezeki adalah daripada Allah.(FSN)

KESILAPAN PENGGUNAAN KATA


ADALAH PADA AWAL AYAT.
SALAH
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa
BETUL

Dengan ini dimaklumkan bahawa


Selain itu pengguna bahasa Melayu cenderung untuk
menggunakan ungkapan adalah +kata kerja seperti ayat di
bawah:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan
Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah
kerana tanpa kata adalah,ayat atau frasa berikut sudah
mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa
Sepatutnya:-

Keputusan ini diambil berdasarkan

KATA PENGUAT

Penguat hadapan (terletak di hadapan Kata


adjektif)

Contoh:Harga batu permata itu paling


mahal.
Penguat belakang (kata penguat ini terletak di
belakang kata adjektif)

Contoh: Cantik nian


Penguat Bebas (Kata penguat boleh hadir di
hadapan atau selepas kata adjektif)

Contoh: amat kemas


nyaman sungguh

KATA PENGUAT
Penguat

+ KA + Penguat
Contoh: amat berat sekali
Dua unsur penguat boleh hadir
berderetan
Amat,sungguh,sangat +KA + sekali.
Contoh: sungguh amat nyaman
: Suaranya sangat merdu sekali

PENGGUNAAN teR-, sekali dan


paling
Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali
dan paling menunjukkan darjah penghabisan. Suatu kata
adjektif itu boleh menggunakan teR- atau sekali atau
paling. Namun kata penguat paling dan imbuhan teR- tidak
boleh digunakan serentak. Misalnya,apabila suatu kata
adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-,maka kata
penguat paling tidak perlu lagi.Begitu juga sebaliknya.
Contoh: paling cantik
: tercantik
: cantik sekali
Teramat cantik sekali
Paling cantik sekali (x) ?
tercantik sekali (x) ?

IMBUHAN KATA NAMA

Empat jenis imbuhan kata nama yang boleh


berganding dengan lima jenis kata dasar
untuk menghasilkan kata nama terbitan
ialah:i) awalan
Contoh : Ke- , peii) akhiran
Contoh : -an
iii) apitan
Contoh : Ke- -an , PeN--an, PeR-an
iv) sisipan
Contoh : -el-. er- , -em-

APITAN KATA NAMA

Apitan-apitan yang membentuk kata nama


terbitan dalam bahasa Melayu ialah:(i) peN-an
Contoh:pembekalan,penyatuan
(ii) pe--an
Contoh : peperiksaan, peperangan
(iii) peR--an
Contoh : perkampungan,perumahan
(iv) ke--an
Contoh : kemasukan, kependudukan

PERBEZAAN PENGGUNAAN
peN-an dengan peR-an
Kekeliruan menggunakan imbuhan per- atau peContoh kekeliruan.
Perlaksanaan atau pelaksanaan??
Cara mudah ialah dengan melihat imbuhan kata kerja.Kata nama
terbitan yang menggunakan imbuhan peR- berasal daripada
kata kerja yang menggunakan awalan beR- manakala kata
nama terbitan yang menggunakan peN- berasal daripada kata
kerja yang menggunakan imbuhan imbuhan meN-i/kan.

Berlaksana tidak wujud maka tidak boleh


perlaksanaan. Sebaliknya melaksanakan wujud,
maka imbuhan kata nama terbitan yang betul ialah
pelaksanaan.

PENGGUNAAN EJAAN KATA


DENGAN K DAN KK
Kekeliruan ejaan kata dengan k dan kk.
Keseronokkan atau keseronokan?
Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat
membezakan antara imbuhan kan dan meN-kan
dengan imbuhan an, peNan dan ke-an akibat
pengaruh sebutan. Imbuhan kan dan an tidak akan
berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
berakhir dengan konsonan k.
Contoh:
Kata seronok menerima imbuhan kata kerja meN-kan
menjadi menyeronokkan dan sekiranya menerima
imbuhan kata nama terbitan ke-an akan menjadi
keseronokan.

KESALAHAN AYAT PASIF


MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA
DIRI PERTAMA DAN KEDUA.
KATA GANTI NAMA DIRI
GANTI NAMA DIRI PERTAMA
saya,aku,beta,patik,kami,kita
GANTI NAMA DIRI KEDUA
anda,engkau,awak,kamu
GANTI NAMA DIRI KETIGA
ia,dia,mereka,-nya

KESALAHAN AYAT PASIF DIRI PERTAMA


CONTOH:
Ayat aktif
1.Saya akan menendang bola sekuat hati.
Kesalahan yang kerap dilakukan

Ayat pasif
1.Bola akan ditendang oleh saya sekuat hati.
Sepatutnya:
1.Bola akan saya tendang sekuat hati.

KESALAHAN AYAT PASIF DIRI


KEDUA
CONTOH:
Ayat aktif
1.Kamu hendaklah menyiapkan kerja itu
sekarang..
Kesalahan yang kerap dilakukan

Ayat pasif
1.Kerja itu hendaklah disiapkan oleh kamu
sekarang.
Sepatutnya:
1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan
sekarang.

Hukum Aneksi Persona


pelaku
= Ikatan
kata kerja pasif

1. Orang itu

akan
belum
sudah
ingin

saya temui

HUKUM ANEKSI PERSONA


1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan
sekarang.
Tidak boleh ditulis seperti di bawah:
1. Kerja itu kamu hendaklah siapkan
sekarang.
2. Bola itu saya akan tendang sekuat
hati.

Kata Sendi Nama OLEH


KESILAPAN UMUM
KESILAPAN UMUM PENGGUNAAN OLEH YANG DIIKUTI
DENGAN KERANA DALAM UNGKAPAN OLEH
KERANA MERUPAKAN PENGGUNAAN YANG TIDAK
GRAMATIS. INI DISEBABKAN OLEH MERUPAKAN
KATA SENDI NAMA YANG MESTI DIIKUTI OLEH KATA
NAMA ATAU FRASA NAMA, SEDANGKAN KERANA
BUKAN KATA NAMA TETAPI KATA HUBUNG
KETERANGAN. YANG TEPAT IALAH, OLEH SEBAB.

Oleh kerana kesiangan, dia ketinggalan bas.


(seharusnya: Oleh sebab kesiangan... )
Penswastaan hospital ditangguhkan oleh kerana
bantahan daripada rakyat.
(seharusnya: ... ditangguhkan oleh sebab bantahan...
)

SEKADAR RENUNGAN KITA


BERSAMA
Tingkap papan kayu bersegi,
Beli suasa di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana
bahasa.

Sekian,
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai