Anda di halaman 1dari 64

JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau
menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
3. Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya
dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?
(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa,
siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?
3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan
diletakkan di hadapan ayat.
4. Ayat contoh:

a) Apakah barang itu?


b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?
Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan
Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.
Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.
Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.
Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut,
marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan

sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!
SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan
susunan songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula
terletak di belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.
Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)
Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih
daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua
ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
f sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini di
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
Contoh:
lalu mengambil bajunya.
1. Dia membuka almari
. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
2 Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Ayat utama

Ayat Kecil

1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]


2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan

ialah jenis kata hubung

yang menyambung klausa-klausa tak setara atau ahagi kepada tiga jenis, iaitu:
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan ter
b1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata hubung pancangan
relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan
satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung, pancangan
komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada
satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung pancangan
keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.
Contoh kata keterangan adalah seperti; "kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya,
apabila" (

Kata Pemeri
pemeri ialah unsur yang menjadi
pemeri hal / perangkal dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di
hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri
menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata

Kata pemeri "ialah" menghubungkan subjek dengan frasa nama. Contohnya,

1. Binatang yang paling Abu suka ialah kucing


2. Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Telekom.
Kata pemeri "adalah" menghubungkan subjek dengan frasa adjektif atau frasa sendi nama

contohnya,
Kata pemeri "adalah" menghubungkan subjek dengan frasa adjektif atau frasa sendi nama
contohnya,
1. Bunga anggerik ini adalah daripada murid-murid Tingkatan Dua A1 .
2. Baju ini adalah nipisl tetapi mahal.
3. Bungkusan ini adalah untuk anak-anak di rumah yatim.
PERBEZAAN IALAH DAN ADALAH
Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata
pemeri ialah .
1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah
Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama seperti berikut:
2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.

Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
4. Keputusan penyertaan adalah bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)
Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.
Contohnya:
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

Frasa
FRASA ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu
perkataan ataudua yang berpontensi diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.terdapat empat jenis frasa
iaitu Frasa Nama(FN),Frasa Kerja(FK),Frasa Adjektif(FA) dan Frasa Sendi Nama(FS)
a) Frasa nama + frasa nama
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek)

FN (predikat)

Kakak Jun Kit doktor


Ramaiamy

pelajar

Pemuda itu

mahasiswa

b) Frasa nama + frasa kerja


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek)

FK (kerja)

Abang Ali

membasuh kereta

Nyonya Tan

membeli daging ayam

Murid-murid itu berlari


c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek)

FK (adjektif)

Bunga ini

wangi

Kapak ini

tajam

Bangunan itu tinggi


d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek)

FK (sendi)

Ayah

di kebun

Mereka

dari Perak

Cenderamata untuk guru besar


Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk
Kata nama kebun, Terengganu, guru besar

Kata Yang Hampir Sama Maknanya.


Kata
1. besar
2. lebar
3. longgar

Maknanya
1. tidak kecil ukurannya
2. ukuran lintang sesuatu bidang
3. tidak sempit (pakaian)

4. luas

4. tidak sempit, lapang (halaman)

1. basi
2. busuk
3. hangit
4. tengik

1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar


2. buruk atau rosak (buah)
3. nasi yang hampir hangus dan berbau
4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)

1. beku
2. kaku
3. kejur
4. tegang

1. keras kerana sejuk (cecair)


2. kejang
3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)
4. keras dan liat (urat, otot)

1. belah
2. hancur
3. patah
4. retak

1. pecah menjadi dua bahagian


2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat
3. hampir putus
4. menunjukkan akan pecah

1. bengkok
2. bongkok
3. condong
4. serong

1. tidak lurus
2. melengkung, tidak lurus
3. senget
4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)

1. empuk
2. lemau
3. lembik
4. lembut

1. lembut dan mudah dikunyah


2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)
3. tidak keras, lembut
4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan

1. gembur
2. rangup
3. rapuh
4. retas

1. tidak keras padat (tanah)


2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)
3. mudah patah atau mudah pecah
4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)

1. muncul
2. tampil
3. terbit
4. timbul

1. keluar dengan tiba-tiba


2. datang ke depan
3. keluar dari tempat yang terlindung
4. naik ke atas dari dalam air

1. berbuai
2. bergegar
3. bergoyang
4. berkocak

1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun


2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang
3. bergerak terayun-ayun
4. bergoncang (air dalam bekas)

1. berkeliaran
2. berhamburan
3. berserakan
4. bertempiaran

1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat


2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini
3. tidak tersusun atau tidak kemas
4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan

1. nencolok
2. mencucuk
3. menjolok
4. merodok

1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)


2. menikam atau menusuk dengan benda tajam
3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur
4. menusuk, menikam senjata tajam

1. mengambil
2. menyambar
3. merampas
4. merenggut

1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu


membawa
2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat
3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut
4. menarik dengan cepat

1. mencuit
2. meraba
3. menyentuh
4. menyinggung

1. menyentuh dengan hujung jari


2. hendak mencari sesuatu
3. melanggar sedikit
4. menyentuh dengan siku

1. menanak
2. menjerang
3. mengukus
4. merebus

1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)


2. meletakkan cerek di atas api, memasak
3. memanaskan sesuatu dengan wap air
4. memasak sesuatu dalam air mendidih

1. menatang
2. mengelek
3. menjinjing

1. membawa sesuatu di atas tapak tangan


2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak
3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah

4. menjunjung

4. membawa sesuatu di atas kepala

1. memangkas
2. mencencang
3. mengerat
4. menghiris

1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting


(rambut)
2. memotong sesuatu sehingga halus-halus
3. memotong, memenggal, memancung
4. memotong, mengerat tipis-tipis

1. memagut
2.menggerit
3. menggigit
4. mengunyah

1. menggigit
2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan
3. memotong dengan gigi
4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan

1. mengelap
2. menggosok
3. menggilap
4. menyapu

1. mengeringkan
2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih
3. menggosok supaya berkilat
4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu

1. mencium
2. menghirup
3. menghisap
4. mengucup

1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu


2. menghisap dan menelan benda cair
3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan
nafas
4. menyentuh dengan bibir.

1. melihat
2. meneliti
3. mengintai
4. menonton

1. memandang, menengok
2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh
3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang
4. menengok sesuatu pertunjukkan

1. menyimbah
2. menyiram
3. merendam
4. merenjis

1. menyiram dengan air sehingga basah


2. mencurahkan air pada sesuatu
3. menaruh sesuatu di dalam air
4. memercik air pada seseorang atau sesuatu

1. menganyam
2. memilih
3. menenun
4. menyulam

1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin


2. memintal tali / berjalin
3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera
4. menjahit perhiasan pada kain

1. melulur
2. meneguk
3. menelan
4. menghisap

1. menelan bulat-bulat
2. menelan sesuatu benda cair
3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong
4. menyedut sesuatu ke dalam perut

1. terjelopok
2. terperosok
3. tersungkut
4. terjunam

1. jatuh terduduk
2. jatuh ke dalam lubang
3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah
4. jatuh kepala dahulu

1. bolak-balik
2. lalu -lalang
3. mundarmandir
4. pindah-randah

1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik


2. banyak kali lalu (keluar masuk)
3. berjalan pergi balik, berulang-alik
4. selalu bertukar tempat

SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan
susunan songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula
terletak di belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.
Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek.
Ayat Aktif --Ayat Pasif
1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)
1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)
2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)
2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)

3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF)


3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)

4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)


4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)

5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)


5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

AYAT AKTIF
Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif
(a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama
sebagai objek atau unsur penyambutnya.
1. Saya mengelap tingkap.
2. Ibu menggoreng ikan.
3. Kami menghormati guru.
4. Beliau merasmikan majlis itu.
5. Merokok membahayakan kesihatan.
6. Bersukan menyihatkan badan.
7. Adik bermain bola.
(b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh
objek sebagai penyambutnya.
1. Adik menangis.
2. Kakak tidur.
3. Amran melukis.
4. Lydia bernyanyi.
5. Kami berehat.
6. Emak memasak.
7. Adik mandi.
*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.
AYAT PASIF
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.
3. Ayat contoh:
(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.
(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.
(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.
(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.
(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh
menerima imbuhan kata kerja pasif di-.
2. Ayat contoh:

(i) Masalah itu akan saya selesaikan.


(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.
(iii) Titah tuanku akan patik junjung.
(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.
(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
2. Ayat contoh:
(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.
(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.
(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.
(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

AYAT DASAR
POLA AYAT DASAR DAN FRASA
Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu.
Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar
berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:

FN+FN ; FN+FK ; FN+FA ; FN+FS


Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua
perkataan atau lebih.
Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan
kepada klausa.
Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang
paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak pramugari
Di sini kakak dan pramugari adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.
Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

1)

Frasa Nama (FN)


Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan
antara perkatan-perkataan ini :

a)

inti & penerang


Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru inti ; sekolah menengah itu penerang

b)

inti & inti.


Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
Ibu inti ; bapa inti.
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama
ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M,
penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.
Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama,
unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada
kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.
Contoh : Guru bahasa ; Guru inti / (D)
bahasa penerang /(M)
Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang
biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden
(sepatutnya presiden naib).

2)

Frasa Kerja (FK)


Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif)
atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi
kepada dua :

a)

Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai
penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik menangis (FN+FK)

b)

Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata
kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama.
Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini :
burung gagak objek
di hutan penerang

3)

Frasa Adjektif (FA)


Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat
atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata
kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram,
dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :

a)

Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:

keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah

makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar

keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

b)

Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai
penerang. Ia membawa dua maksud

keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun

kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala


Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:

a)

Di hadapan : paling degil, amat bijak

b)

Di belakang : murah sekali, cepat benar

c)

Secara bebas : amat cantik, cantik amat.

d)

Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi


Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan
selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif
boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali Amat besar sekali rumah Ani

4)

Frasa Sendi Nama (FS)


Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa
nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi
nama menjadi predikat dalam ayat.

Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :


a)

Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar

b)

Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar

c)

Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk
menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen
merupakan unsur pilihan)

d)

Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri
China pada tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

Peka Bahasa:telor dan telur

Gunakanlah bahasa kebangsaan dengan betul.


PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu
kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.
Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.
Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendirisendiri.
4.
Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku
mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk
digunakan apabila diperlukan.
5.
Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza
tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita,
hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.
Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.
Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak
ada yang bersempang.

8.
Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda
yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan
sebagainya.
9.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah
pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.
Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas
kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita
rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua
ratus lima puluh.
14.
Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik
jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.
Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.
Kata
kerja
majmuk
ada
juga
yang
terikat.
Contohnya:
mengadu
domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah,
membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri,
menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan
sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,
demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata
lemah lembut (kata adjektif)
adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata
keterangan tanya)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)

apabila (kata nama)


alim utama (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik pandai (kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)


lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.
Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat
diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada
buah yang bernama anggur.
23.
Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna
yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena
dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

24.

adat istiadat
gunung api
kongsi gelap
alih bahasa
hancurlebur
lampu duduk
bahasa pasar
harga borong
lipat ganda
bakul sampah
hitam manis
lubang hidung
batang hidung
ikan parang
mabuk taut
cakera padat
inti sari
merah jambu
cantik jelita
isi perut
minyak makan
daya cipta
juling air
naik takhta
dengki hati
kaca mata
nenek moyang
emas putih
kerak bumi
orang gaji
esok hari
otak depan
tuan rumah
gagah berani
olah raga
udang galah
galah canggah
pagar duri
uji kaji
rendah hati
pindah tangan
wang saku
sabun mandi
rabun jauh
warta berita
sihat akal
tahan lasak
zat air
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
darah daging
hajat besar
anak angkat
datang bulan
harga diri
anak baju
daun pintu
ibu ayam
anak emas
emas kahwin
isi hati
anak kunci
embun jantan
jalan bahasa
batu loncatan
filem bisu
jauh hati
banyak mulut
gaji buta
kaki tangan
buah mulut
gantung kemudi
karat hati
bulan madu
gatal mulut
kata dua
cahaya mata
gunung payung
kecil hati
cakap angin
habis akal
kereta api
campur tangan
lalat hijau
papas hati
cekak musang
lebar mulut
panjang tangan
dapur susu
lemah semangat
pasar gelap
mata hari
lepas tangan
patah hati
naik darah
main angin
rendah hati
nyawa ikan
malam buta
sagu hati
otak udang
sampai hati
sakit hati
tangan besi
tali barut
tumbuk rusuk
timbang rasa
tanah air

Cuti Sekolah 2015 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan


Cuti Sekolah 2015 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan

Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan
perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015
MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti
untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga
dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi
tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti
sekolah tahun 2015, MYsumber cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi
berkaitan alam sekitar atau pertanian
Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuhtumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk
simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu
memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Berikut MYsumber sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2014 di seluruh negeri.
Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu

Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu


Cuti Pertengahan Penggal 1

13 Mac hingga 21 Mac

Cuti Pertengahan Tahun

29 Mei hingga 13 Jun

Cuti Pertengahan Penggal 2

18 September hingga 26 September

Cuti Akhir tahun

20 November hingga 2 Januari 2016


Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang,
Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 1

14 Mac hingga 22 Mac

Cuti Pertengahan Tahun

30 Mei hingga 14 Jun

Cuti Pertengahan Penggal 2

19 September hingga 27 September

Cuti Akhir tahun

21 November hingga 3 Januari 2016

Jumlah Hari Cuti Penggal : 85


INFO Panduan Percutian
Bincang destinasi pilihan bersama ahli keluarga
Pilih pakaian sesuai dan mencukupi
Rujuk cuaca tempatan sekiranya bercuti di negara empat musim
Bawa bekalan perubatan mencukupi
Kamera penting untuk merakam perjalanan anda
Sekiranya perlu, bawa buku catatan
Simpan semua resit pembelian dan tiket percutian
Jangan bawa barang yang menyalahi undang-undang seperti benda tajam dan peralatan lain yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling
Minum banyak air bagi menjamin kesihatan yang baik
Sebaik-baiknya gunakan kasut yang boleh menutup kaki anda daripada habuk dan debu ketika
melancong atau bercuti
BAB 11 SABAH

AYAT INTI
Ayat inat selapis atau ayat tunggal.

Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu
yang dikenali sebagai ayat terbitaN

Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.

Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :

(a )Frasa nama + frasa nama


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat)
Kakak Arif Doctor

Mutusamy pelajar
Pemuda itu mahasiswa
b) Frasa nama + frasa kerja
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FK (kerja)
FN (subjek)
Abang
membasuh kereta
Nyonya Tan
membeli ikan
Murid-murid itu Berlari
c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek) FK (adjektif)
Bunga ini
Wangi
Kapak ini
Tumpul
Bangunan itu tinggi
d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FK (sendi)
FN (subjek)
Ayah
di kebun
Mereka
dari Terengganu
Cenderamata untuk guru besar
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat

Kata sendi di, dari, untuk


Kata nama kebun, Terengganu, guru besar
KATA HUBUNGkata hubung berpasangan.
Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaanperti yang
beriku
Kata Hubung/Pancangan
Contoh

Ayat Contoh

agar

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila

Mukanya pucat apabila disoal.

atau

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa

Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan

Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga

Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika

Saya berpayung jika hujan.

Jikalau

Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali

Semua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana

Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu

Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakala

Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil

Zalifah bernyanyi sambil menari.

serta

Zahid serta abangnya menonton wayang.

semenjak

Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementara

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.


supaya

Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.

walaupun

Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

tetapi

Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan


Contoh

Ayat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong


royong

membersihkan balai raya itu.

Baik- baik

Baik Daud baik adiknya samasama pintar.

bukan sahaja malah

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

entah

Jangan pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid


hadir ke Sekolah.

sedangkan...inikan pula

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula


Bukit Larut.

semakin...semakin

Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha


Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan

hingga

lalu

ketika

Dengan

yang

tetapi

jika

Kerana

serta

kalau

kemudian

demikian

walhal

walau

agar

atau

demi

supaya

Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan

semasa

sementara

seharusnya

andaikata

semoga

seketika

sebaliknya

sedangkan

setelah

sesungguhnya

walaupun

itupun

sewaktu

seandainya

meskipun

sekali[un

mudah-mudahan

moga-moga

jikalau

bagaimanapun

padahal
contoh ayat
1.

menggabungkan dua ayat

Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
2.

Menggabungkan dua rangkai kata

Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.


3.

Menggabungkan ayat-ayat

Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

KATA GANTI NAMA


Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
Gantinama Di Gantinama Umum

1.
3. Gantinama Pertanyaan
4. Gantinama Petunjuk

5. Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama ora
Kata Ganti Diri Pertama
1.

Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

2.

Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri

Penggunaannya

Pertama
aku (tunggal)
saya (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan


digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau
dalam suasana rasmi

hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu


patik (tunggal)

digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal)

digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat


digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua

kami (jamak)
kita (jamak)

digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak


Bentuk

contoh kata nama diri pertama

tunggal

beta, patik, aku, saya

jamak

kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti
berikut :
Bentuk

contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal

tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak

kalian

Kata Ganti Diri

Penggunaannya

anda (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal)

dan
dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal)
kalian (jamak)
kamu
(tunggal

digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja


digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
dan digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

jamak)
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
Bentuk

Contoh kata ganti diri ketiga

tunggal

ia, dia, beliau, baginda

jamak

mereka

Kata Ganti Diri Ketiga


baginda (tunggal)
beliau (tunggal

Penggunaannya
digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal)

digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak)

digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.


1. Dia pegawai ndiaikan
2. Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri

Tunggal

Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama

aku

kami

( Orang yang bercakap )

saya

kita

patik
hamba
Diri Kedua

awak

awak semua

( Orang yang dilawan bercakap )

kamu

kamu semua

engkau

saudara sekalian

encik

saudari sekalian

cik

encik-encik

saudara

cik-cik

saudari

tuan-tuan

tuan

puan-puan

puan

anda semua

anda

kalian

tuanku
Diri Ketiga

dia

( Orang yang diceritakan halnya)

ia
nya

mereka

beliau
baginda
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
apakah

Orang
siapakah

Tempat
manakah

Masa
bilakah

Hal
bagaimanakah

Bilangan
berapakah

kenapakah
mengapakah

Contoh ayat
1. Bilakah engkau . Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
sana
sini
situ

Penggunaannya
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana

Benda, orang, Binatang ini, itu


Tempat

sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan


penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaan

begini, begitu, demikian

contoh ayat
au seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Ayat-ayat contoh

apa-apa

1. Entah apa-apa yang dibawanya


2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.

Siapa-siapa

1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.


2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana

1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.


2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu

Penggunaannya

sapa-sapa

digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu

mana-mana, masing-masing,

digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu

seseorang,dan sesuatu

digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

siapa-siapa atau sesiapa

Resepi Talam Seri Muka Pandan


Oleh:Nur Rabiatul Adawiyah
Bahan2 Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus
Cara2nya:Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas
plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.
Bahan2 Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)
Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.

BAB 10 SARAWAK

BAB 9 WARISAN KESULTANAN MELAYU

>Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang
lalu.

3. Nyatakan karya penulis Sejarah awal Negara (B.Teks m/s: 4)

1. Tun Sri Lanang


2. Raja Ali Haji
3. Abdul Hadi Hassan

_______________________
_______________________
_______________________

4. Berikan 3 ciri Sejarah (B.Teks m/s: 4-8)

1. _________________________________
2. _________________________________
3. _________________________________

5. Lengkapkan jadual di bawah

Sumber Sejarah
Sumber pertama/primer i.

Ciri

(B.Teks m/s 9)

Contoh
i.
ii.

ii.

iii
iv.

iii.

v.
vi.
vii.

Sumber Kedua/Sekunder i.

i.
ii.
iii.

ii.

iv.
v.
vi.
vii.

6. Berikan tiga kaedah pengkajian Sejarah (B.Teks m/s: 10-12)

1. _________________________
2. _________________________
3. _________________________

7. Apakah kelemahan kaedah lisan (B.Teks m/s: 10)

_____________________________________________________________________________________
_______________________________________________

Anda mungkin juga menyukai