Anda di halaman 1dari 36

AHLI KUMPULAN : FARA AFIZA LOO FOONG FERN SITI NUR AMARLINA AZINUDDIN MUHAMMAD

ANTARA TAJUK-TAJUK YANG AKAN DIBENTANG :


RAGAM AYAT JENIS AYAT SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN KONSTITUEN FRASA NAMA

RAGAM AYAT
AYAT PASIF

RAGAM AYAT
AYAT AKTIF

AYAT AKTIF
kata kerja mengutamakan subjek asal sebagai judul

AYAT PASIF
mengutamakan subjek terbitan sebagai judul

AYAT PASIF & AYAT AKTIF (dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris )
perpindahan tempat frasa nama yang menjadikan subjek dan objek ayat berkenaan.

AYAT PASIF & AYAT AKTIF ( bahasa Latin dan Rusia)


hubungan dilakukan melalui penandaan kasus yang berbeza pada frasa nama yang berbeza.

Ayat Aktif Ali membaca buku itu.

Ayat Pasif Buku itu dibaca oleh Ali.

Ibu memasak nasi lemak.

Nasi lemak dimasak oleh ibu.

Kita mesti mendengar nasihat guru kita.

Nasihat guru kita, mesti kita dengar.

Salmah memukul adiknya dengan Adiknya dipukul dengan kuat oleh

kuat. Yusof membawa kerusi patah.

Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof.

JENIS-JENIS AYAT

JENIS AYAT
AYAT PENYATA

AYAT SERUAN

JENIS AYAT

AYAT TANYA

AYAT PERINTAH

JENIS-JENIS AYAT
AYAT PENYATA
melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.

AYAT PERINTAH
AYAT TANYA AYAT SERUAN

Memberikan arahan atau menimbulkan suatu tindakan. Diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan.

Mengemukakan sesuatu pertanyaan

Dicapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan Dalam tulisan berakhir dengan tanda seru (!)

Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. Contoh ayat : 1) Mereka berkumpul di padang sekolah. 2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu 3) Bangunan sekolah sudah tua. 4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

Ayat perintah. Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Contoh ayat:

1) Berdiri di atas kerusi itu. 2) Ikat tali kasut anda dengan betul. 3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. 4) Tolong angkat baju itu.

Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Contoh ayat : 1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. 2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Ayat Silaan.
- Ayat silaan ialah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. - Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. - Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh ayat : 1) Sila jawap surat ini sekarang 2) Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

Ayat permintaan. - Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta. - Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat. Contoh ayat : 1) Tolong bersihkan bilik darjah ini. 2) Tolonglah aku kali ini.

Ayat Tanya. Digunakan untuk bertanya atau menyoal. Contoh ayat : 1) Tetamu sudah tiba?

2) Buah itu sudah masak?


3) Mereka hendak menolong kita? 4) Sudah tibakah tetamu?

5) Sudah masakkah buah itu?


6) Hendak menolong kitakah mereka?

Ayat Seruan. Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Contoh ayat : 1) Amboi, cantiknya baju kamu! 2) Aduh, sakitnya perut aku! 3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN


(muka surat 352)

APA ITU SINTAKSIS?


Bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga : 599)

Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein: sun = dengan, tattein = menempatkan Menempatkan kata menjadi kelompok kata/ayat Dalam bahasa Inggeris disebut syntax, dan dalam bahasa Belanda disebut syntaxis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang membicarakan selok belok ayat, klausa, dan frasa. Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan struktural, formal, dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini akan menentukan ketepatan sintaksis.

UNSUR PEMBINAAN AYAT


UNSUR-UNSUR PEMBINAAN AYAT

Subjek

Predikat

Penanda tatabahasa Unsur ketaksaan ayat

Penanda kasus

Penanda kala

Unsur keserasian

Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Contoh : Subjek + Predikat = Ayat Biasa Predikat + Subjek = Ayat Songsang Subjek benda atau perkara yang ingin diterangkan. Predikat

cerita atau perihal yang menerangkan subjek.

Contoh :
Ayat biasa Subjek Anak bongsu Adli Predikat nakal sungguh

Ayat songsang
Predikat Nakal sungguh Subjek anak bongsu Adli

PENANDA TATABAHASA
Terdiri daripada beberapa penanda, antaranya:
Unsur ketaksaan ayat Unsur keserasian Penanda kasus

Penanda kala

Sebelum kita teruskan perbentangan, anda diminta buka buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, muka surat 46.

PENANDA KASUS
Kasus atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai case ialah kategori tatabahasa bagi kata nama atau kata berfleksi sepertinya yang menunjukkan hubungannya dengan kata-kata lain dalam sesuatu ayat. Antaranya termasuklah
kasus akusatif kasus nominatif kasus genitif

(Kamus Linguistik, 1997: 106)

Kasus adalah sangat penting kerana kasus menentukan kegramatisan atau tidak sesuatu ayat. Teori kasus dan Tapisan Kasus ini telah diperkenalkan oleh Chomsky (1982) yang berkait rapat dengan penandaan kasus secara abstrak, iaitu setiap FN nyata yang direalisasikan secara fonetik atau tidak mempunyai kasus. Bahasa melayu tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia dan bahasa Turki.

Contoh
Dalam Bahasa Inggeris : I kicked the ball
Kasus nominatif Tak boleh ditukar kepada kepada me kerana ianya kasus akusatif

PENANDA KALA
Penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian sama ada akan, sedang atau sudah berlaku. Contohnya :
a) I will see the dentist tomorrow b) I see the dentist today c) I saw the dentist yesterday

UNSUR KESERASIAN
Dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting. Unsur ini juga penting dalam mewujudkan ayat yang gramatis. Contoh
a) b) c) d) e) He helps the old man They help the old man The boys help the old man *He help the old man *The boys helps the old man

UNSUR KETAKSAAN AYAT


Ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya. Daya pengetahuan dan kecekapan berbahasa pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.

Contoh
Careless soldier and politicians are dangerous

Terdapat 2 kemungkinan di dalam ayat ini :


a) Careless soldier dan careless politicians adalah dangerous b) Careless soldier dan politicians adalah dangerous

Konstituen Frasa Nama


Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga M/S 361-362

KONSTITUEN FRASA NAMA


Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu boleh saling mengganti dengan unsurunsur nama. Misalnya:
(i) Senaman menyihatkan badan. Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut:

(ii) Bersenam menyihatkan badan.

Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli. FK seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap. KA seperti putih.

Misalnya seperti contoh ayat di bawah:


a) Berolahraga menjadi kegemaran remaja

b) Merokok amalan yang tidak digalakkan.


c) Perli-memerli boleh mengakibatkan pergaduhan. d) Putih melambangkan kesucian.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.
Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna. Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.

Anda mungkin juga menyukai