Anda di halaman 1dari 35

Ayat Tanya

Ayat Perintah

Ayat Penyata

Ayat Seruan

JENIS AYAT

Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.


Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

AYAT TANYA
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

Contoh: Dia menjeling? Fikri masih tidur?

Ayat tanya yang menggunakan kata tanya. Contoh: Apakah, Manakah, Siapakah

Terbahagi kepada dua: 1. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya 2. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya Apa, Siapa, Mana Contoh: Benda itu apa? kekasihnya siapa? Abang awak mana?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya Terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya. Di mana, Dari mana, Sejak bila, Bagaimana, Dengan siapa Contoh: Mereka mandi di mana? Mereka datang dari mana? Gosip ini tersebar sejak bila?

Ayat Perintah
Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. Ayat ini terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyeluruh melarang, mempelawa dan meminta. Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan , larangan, silaan atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan(perintah) yang digunakan

Ayat Suruhan (untuk memberi perintah atau arahan)

Ayat Larangan

(untuk menegah seseorang melakukan sesuatu)

AYAT PERINTAH

Ayat Permintaan
(untuk membuat permintaan atau meminta pertolongan)

Ayat Silaan
(untuk menjemput atau mempersilakan seseorang)

Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada pendengar. Terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Tetapi subjek kebiasaanya digugurkan

Contoh: Tutup pintu itu. Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut : Awak tutup pintu itu. Partikel lah turut boleh digunakan di bahagian predikat ayat suruhan. Contoh : Tutuplah pintu itu.

Ayat yang menggunakan kata larangan. Contoh : jangan usah usahlah janganlah tidak usah

Jangan duduk di sini. Janganlah menangis Usah kau pedulikan dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.

Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :Dilarang merokok. Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Digunakan pada permulaan ayat. Contoh: sila dan jemput. Boleh dilembutkan dengan menggunakan kata penegas -lah

Contoh Ayat: Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut Jemputlah duduk dibangku yang disediakan di ruang tamu.

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh-contoh: 1. Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. 2. Tolong tutup pintu depan itu.
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Contoh-contoh berikut tidak dianggap betul:


Sila jangan merokok. Tolong jangan bising. Minta jangan meludah.

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

Contoh ayat: 1. Amboi, garangnya kakak kamu itu! 2. Wah, besarnya rumah kamu! 3. Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu! 4. Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

SOALAN
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. 2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. 3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! 4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu. 5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. 6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. 7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. 8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! 9. Usah difikirkan perkara itu lagi. 10. Bilakah hari lahir kamu, Zaiton Sameon?

Intonasi
Nada suara naik turun yang wujud apabila kita bercakap

Sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi tatkala bercakap.

Contoh ayat
Nama saya Sarimah. Sila tanggalkan stoking.

Keluar!

Gadis itu sopan

AMBOI, CELUPARNYA MULUT DIA!

Kurus juga dia.

Tingkat nada dalam intonasi

Intonasi beberapa ayat Bahasa Melayu


Ayat penyata biasa Ayat tanya Ayat perintah Ayat terbalik atau songsang Ayat pasif

Ayat penyata biasa


Subjek predikat

Ayat tanya
Biasanya mempunyai tingkat nada 2-4-3-2, dengan nada 3 terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat.

Ayat tanya juga dapat dibentuk dengan partikel kah yang diletakkan pada predikat dan intonasi bagi ayat tersebut berubah menjadi 2-3-1-4.

Ayat perintah
Predikat lebih dipentingkan daripada subjek

Keluar! Kamu keluar!

Perkataan kamu (kata ganti nama diri kedua, digugurkan dan yang tinggal ialah predikat masuk dan diucapkan seperti berikut:

Ayat perintah tersebut dianggap agak keras: untuk melembutkan perintah itu maka partikel lah ditambah, lalu ayat tersebut menjadi seperti berikut; Keluarlah

Ayat terbalik/songsang
Predikat mendahului subjek Susunan biasa : Arnab itu comel Ayat songsang : comel arnab itu.

Ayat Pasif
Intonasi bagi ayat pasif Syukri belum membaca buku itu. biasa sama seperti ayat aktif biasa juga iaitu 24-2-3 Buku itu belum dibaca oleh Syukri

Intonasi berbeza jika ayat pasif itu merupakan ayat pasif songsang bagi orang pertama dan kedua.
Saya pohon jawatan itu

Jawatan itu saya pohon

Intonasi dalam ayat yang panjang


Nada intonasi tetap mempunyai pola yang sama walau panjang mana sekalipun.

Mahasiswa Universiti itu membaca buku di perpustakaan .

Ayat ini boleh dibahagi kepada 3 frasa intonasi utama iaitu frasa kerja dan frasa keterangan. Pola intonasi bagi ayat biasa seperti yang diterangkan ialah 2-4-2-3.

Rujukan
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008) Tatabahasa dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, Seri lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006) Sintaksis. PTS Professional,Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai