Anda di halaman 1dari 26

JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT

AHLI KUMPULAN:

IFFA LIENA DIYA FARRA ADA

Definisi Ayat
Satu perkataan atau(lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud; kalimat. Beberapa kalimat yang merupakan kesatuan maksud (dalam al-Quran dll)

JENIS AYAT
- Ayat Perintah - Ayat Tanya - Ayat Seruan - Ayat Penyata

DEFINISI AYAT PERINTAH

Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk memberi arahan atau menimbulkan sesuatu tindakan.
Ia ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan.

Ayat larangan

Ayat silaan

Ayat suruhan

JENIS-JENIS AYAT PERINTAH

Ayat permintaan

Ayat suruhan
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. contoh:
a) keluar dari bilik ini b) pergi dari sini c) tengok barang-barang ini.

Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan. Contoh:
a) awak siapkan kerja itu sekarang b) engkau tunggu dia di sini.

Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya disamping menegaskan predikat.

Seperti dengan konstituen yang menerima kah, konstituen yang menerima lah pun mengalami proses pendepanan. Contoh:
a) keluarlah dari bilik ini b) pergilah dari sini c) engkau tunggulah dia di sini

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini.

Contoh:
a) Jagalah barang-barang ini b) pujuklah budak yang menangis itu

Dalam konstuksi ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima jenis awalan Men-. Awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contoh:
a) menangislah sepuas-puas hati b) menjeritlah sedayamu

Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang itu melakukan sesuatu. Contoh:
a) Jangan ambil harta orang b) Usah dikenang lagi perkara itu c) Tak usahlah kau ambil berat akan hal aku lagi

Ayat-ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah seperti berikut:
a) Janganlah ambil harta orang. b) Usahlah dikenang peristiwa yang sudah berlalu.

Ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima lah. Contoh:
a) Dilarang merokok. b) Ditegah meludah di sini.

Ayat-ayat larangan boleh dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapan. Contoh:
a) Harap jangan merokok. b) Harap jangan bising.

Ayat silaan
Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja. Tujuannya adalah untuk menjemput atau menpersilakan seseorang. Lazimnya digunakan pada permulaan ayat. Contoh:
a) Sila datang ke rumah saya. b) Jemput masuk.

Ayat ini boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas lah. Contoh:
a) b) c) d) Silalah datang kerumah saya. Silalah buat laporan di sini. Jemputlah masuk. Jemputlah minum teh yang terhidang itu.

Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong. Contoh:
a) b) c) d) Minta kamu semua jelaskan yuran persatuan. Minta tuan benarkan kami masuk. Tolong tutup pintu depan itu. Tolong selesaikan pergaduhan ini.

AYAT TANYA

Ayat untuk mengemukakan sesuatu pertanyaan. Contohnya :


1) Anda sudah melabur dalam syarikat? 2) Siapakah gurunya? 3) Who lives in this house?

AYAT SERUAN
Ayat seru ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan,seperti takut,marah,takjub,geram dan sakit. Ayat seru boleh disertai kata seru atau tidak dan biasanya diakhiri dengan tanda seru (!).Contohnya: a)Wah,besarnya rumah awak! b)Ya Allah, ampunilah dosaku! c)Cantiknya lukisan kamu!

AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat jenis ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.

Yang berikut ialah contoh-contoh ayatnya =


Nadiah jurutaip . Dia wartawan. Abdullah sedang tidur .

Guru sedang mengajar.

RAGAM AYAT -AYAT AKTIF


-AYAT PASIF

Definisi
Merangkumi ayat aktif dan ayat pasif Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakann subjek, manakala ayat pasif mengutamakan objek dan perbuatan.
Ayat aktif Saya telah selesai membaca buku itu Mak cik saya menjual kuih-muih yang sedap itu Ayat pasif Buku itu telah selesai saya baca Kuih-muih yang sedap itu dijual oleh mak cik saya

Kamu mesti menghantar tugasan itu

Tugasan itu mesti kamu hantar.

AYAT AKTIF
Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif


Mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek atau unsur penyambut. Contoh ayat aktif trannsitif: (a) Haikal memasang pukat itu pada petang tadi (b) Budayawan itu mengajar tarian tradisonal kepada pelajar-pelajar

itu. (c) Mereka mengusahakan ternakan ikan air tawar itu.

Ayat aktif tak transitif


Mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut.Ayat ini tidak boleh dipastikan. Terbahagi kepada dua, iaitu: (a) unsur keterangan boleh digugurkan. Contoh: Asyraf sedang mandi di bilik air Asyraf sedang mandi. (di bilik air ialah unsur keterangan yang boleh digugurkan) (b) unsur keterangan tidak boleh digugurkan. Contoh: Dia ingin menjadi seorang jurutera seorang jurutera ialah unsur keterangan yang tidak boleh digugurkan kerana frasa tersebut bergungsi melengkapkan ayat. Tanpa frasa tersebut ayat tidak lengkap iaitu: Dia ingin

menjadi.

AYAT PASIF
Terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: bunga disiram oleh Lai Kwan. (mengutamakan objek asal atau subjek terbitan bunga) Ayat pasif terbahagi kepada beberapa jenis. a)Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif,contohnya: Ikan-ikan itu disiang oleh Fadli dan kakaknya. Ahli gusti yang sasa itu terangkat oleh lawannya. Neela sudah beberapa kali ketinggalan bas. Semua pakaian saya belum berbilas.

b)Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua,misalnya: Pemalsuan logo halal itu telah saya laporkan kepada pihak Jakim. Para jemputan kami iring ke tempat duduk masing-masing. Filem Sepet sesuai awak tonton. c)Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena,contohnya: Kesemua adik saya kena marah. Saya kena tampar oleh orang kurang siuman.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai