Anda di halaman 1dari 8

PANTUN

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu
tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh
Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Zaba), Wilkinson,
Winsteadt dan Van Ophuijsen.

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan
kepada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan
cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun
nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.

Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan,


dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b
yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud.
Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya
mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan
normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun
mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali
pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna.

oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti pantun kanak-
kanak, pantun kasih-sayang, pantun budi dan sebagainya bukanlah tergolong
sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah
menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di
dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang
pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik
semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan
mesej. Contohnya:

Pantun Budi

Bunga Cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Tanam lenggundi tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,


Tempat pipit membuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

GURINDAM
Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal
daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil,
tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Zaba: 1965). Ia
merupakan pinjaman dari segi istilah saja.
Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu
bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri
daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau
tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris;
dan mempunyai rima atau tidak.
Puisi jenis gurindam dirujuk kepada Gurindam Dua Belas karya Raja Ali
Haji. Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak
ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih
banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama
dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat
timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang
terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah
gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan
pengajaran. Contohnya:

Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,


Bukannya manusia iaitulah syaitan.

Kejahatan seorang perempuan tua,


Itulah iblis punya penggawa.

Kepala keada hamba-hamba raja,


Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat berkuda.

Perkumpulan lelaki dengan perempuan,


Di situlah syaitan punya jamuan.

Adapun orang tua yang hemat,


Syaitan tak suka membuat sahabat.

Jika orang muda kuat berguru,


Dengan syaitan jadi berseteru.

Sumber: dipetik daripada Harun Aminurrashid, (penye.), 1990 dalam Kajian Puisi
Melayu. Singaura: Pustaka Melayu.

SYAIR
Walaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada
tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli
masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989).

Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di
alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-
Luma, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama
Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan
Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai.

Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau
prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat
penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam
perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh
ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair
dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya.
Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan
tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab
yang menjadi tiruannya.

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima
a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun
terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain.

Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa
variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:

a. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)


b. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
c. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.
d. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
e. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
f. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya.
g. Empat baris seirama (monorhyme).
h. Empat baris berkait.

Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan bahawa syair
tidak terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris serangkap,
dengan rima a/a/a/a lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu
mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan naratif) iaitu syair romantis,
syair panji, syair sejarah, syair keagamaan, dan syair kiasan. Manakala syair bukan
cerita ialah syair agama, syair nasihat dan tema-tema lain yang berasingan.
Contohnya:

Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup

Berkata ilmu akulah sultan,


Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru akulah syaitan,
Ikutlah aku merata hutan.

Ilmu itu gemala sakti,


Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didaati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat ternilaikan,


Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya bersukat digunakan,
Di laut, di darat, di rimba dan pekan.

Jasa seorang ialah taulan,


Teman berbeka suluh berjalan,
Jasa berhimun ialah pengenalan,
Hiasan penyata polan si polan

NAZAM
Nazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi yang
terikat. Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan
pertimbangan puisi Arab. Temanya selalu berhubung dengan keagamaan,
pendidikan, dan keilmuan.
Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris serangkap dengan
jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12 suku kata. Yang
kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima (monorhyme) dan seterusnya.
Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak sempurna dalam dua
baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara berlagu seperti nasyid dan
qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan persoalan
keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan nasihat, akhlak
dan sebagainya.
Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang
tersendiri antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar
dengan perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan
pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nesihat dan pendidikan.
Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah
seluas pantun dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan
ajaran Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad s.a.w., pelajaran tauhid, fikah,
dan rukun iman. Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan
biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti sambutan awal
Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan sebagainya. Contohnya:

Nazam Ajal

Kalau sungguh kamu yakin,


Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,


Puas hati tidak sesalkan dirimu.

Ingat-ingat hai saudara masa itu,


Nyawa sampai batang leher baru tentu.

Kita ini akan matilah sudahnya,


Tidak tahu bila samaikan ajalnya.

Pahit mati itu bukan macam jadam,


Bukan pula macam api boleh padam.

Oleh itu mari kita sama-sama,


Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,


Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.
SELOKA

Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis
puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap
satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam
kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi
rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu
barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka
juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak.
Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).

Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam,
talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara
satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek,
sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau
perasaan yang asyik dan berkhayal.

Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah
menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya
disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang
seloka sama dengan peribahasa berirama.

Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa
olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran
yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir
terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa
yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara
keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali
dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang
dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat
yang berperangai seperti watak-watak tersebut.

Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,


sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak,
dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.

Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan


masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan
keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu,
puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota
masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak
digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat
bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang,
melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran
dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
MANTERA
Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre
ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat
Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana
mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang
dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib
atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit
(Harun Mat Piah, 1989).

Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada
dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya.
Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar
difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika
ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera
sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-
wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu.

Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan
kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam
bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang
perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan
kesan kepada kehidupan masyarakat.

Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat
bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan
tamadun sekarang, mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair
yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah
tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam
telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau
istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam.

Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut
diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.

Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama


dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan
menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang
mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan
pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam
upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera


masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan
sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi
masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi
masyarakatnya.
Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera
pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat
atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal
dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap
usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat
istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera
haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu
sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang.

Anda mungkin juga menyukai