Anda di halaman 1dari 29

2.

FOKUS KAJIAN

Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), pemilihan fokus kajian adalah
penting supaya tiada fokus yang tidak signifikan atau tidak boleh diselidiki. Dalam tajuk
ini, beberapa isu iaitu tinjauan awal dan analisis tinjauan awal dinyatakan secara
terperinci. Pengkaji turut menyatakan beberapa ciri kaedah yang digunakan. Kriteria
pemilihan fokus kajian juga dinyatakan berkenaan dengan pemilihan tajuk dan tujuan
kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

2.1

Isu Kajian

Kajian ini memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran menulis, mengecam dan
membaca. Namun, kemahiran yang diberi perhatian adalah kemahiran menulis.
Kemahiran menulis merupakan asas yang penting kerana melalui kemahiran menulis,
banyak manfaat yang boleh diperolehi. Penguasaan kemahiran menulis dapat memberi
murid untuk menyalurkan idea dan pertukaran maklumat di samping dapat menguatkan
otot-otot tangan, lebih-lebih lagi kepada murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran.

Masalah kesilapan menulis abjad ini pernah dikaji oleh beberapa orang yang
terlibat dalam bidang pendidikan. Ai Hong Chen dan Noor Suriani Mohamad (2002)
telah membuat kajian tentang kekeliruan mengecam huruf dalam kalangan murid pra
sekolah. Seterusnya, Sumiyati binti Abdul Halim Jikem (2009), seorang guru pelatih di
Institut Perguruan Kampus Batu Lintang juga telah melakukan kajian terhadap nombor
dan abjad dengan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan untuk mengatasi
masalah tersebut. Merujuk kepada kajian-kajian di atas, pengkaji yakin bahawa masalah
penulisan abjad secara terbalik ini merupakan masalah yang pernah berlaku dalam
13

kalangan murid sekolah rendah. Namun begitu, teknik dan pendekatan yang diguna
pakai untuk mengatasi masalah tersebut berlainan antara pengkaji.

Kekeliruan dalam menulis huruf kecil b dan d tidak boleh dipandang remeh,
kerana kedua-dua huruf ini membawa maksud dan bunyi yang berbeza. Contohnya,
perkataan bubu dieja dudu, perkataan ada dieja aba. Kesannya, perkataan asal
yang membawa makna akhirnya merubah makna perkataan tersebut kepada perkataan
yang tiada makna. Kekeliruan ini perlu diatasi kerana jika tidak diatasi dikhuatiri murid
akan terus melakukan kesilapan dan terkeliru. Contoh yang paling dekat berada di
sepanjang kehidupan sehariannya seperti membaca nama jalan, membaca papan tanda,
membuat karangan dan sebagainya. Kesalahan ini jika tidak diperbetulkan akan
merumitkan kehidupan murid tersebut. Contohnya, semasa hendak mencari nama jalan
di sesuatu tempat, murid ini mungkin boleh tersesat kerana kekeliruan yang dialami. Hal
ini sama dengan penulisan karangan, sistem pesanan ringkas dan aplikasi komunikasi
yang lain kerana kekeliruan huruf b dan d akan menjejaskan makna dan tidak
difahami oleh orang lain lalu menjadikannya satu komunikasi yang sia-sia.

Walaupun symptom kekeliruan ini terdapat pada murid disleksia, namun murid
yang hendak dikaji ini tidak mempunyai masalah pembelajaran tersebut. Hal ini telah
dibuktikan melalui rekod kesihatan murid, temu bual bersama guru, dan pelbagai rekod
yang telah disahkan oleh doktor. Murid ini merupakan murid slow learner dan sering
terkeliru di antara huruf b dan d. Kekeliruan ini boleh mendatangkan banyak kesan
yang negatif jika tidak diatasi. Tuntasnya, pengkaji cuba mencari satu kelainan namun

14

masih lagi berpandukan kajian-kajian lepas sebagai panduan

untuk mencipta satu

kaedah yang dapat mengatasi masalah kesilapan menulis abjad ini.

2.1.1

Tinjauan Awal

Bagi meninjau sama ada masalah yang ingin dikaji berada pada tahap serius ataupun
tidak, pengkaji mengumpul maklumat menggunakan beberapa instrumen seperti Ujian
Diagnostik, analisis dokumen dan temubual bersama guru.

i.

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik merupakan satu ujian yang dibina untuk mengetahui daerah-daerah
kelemahan murid sebelum beransur ke pembelajaran seharian. Pengkaji telah membina
sendiri ujian diagnostik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C.
Bahagian A ialah bahagian yang melibatkan kemahiran pra tulisan di mana markah yang
diperuntukkan untuk bahagian ini ialah sebanyak 20 markah, bahagian B melibatkan
kemahiran mekanis dan markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah sebanyak
50 markah dan bahagian C melibatkan kemahiran membaca memperuntukkan sebanyak
30 markah. Ketiga-tiga kemahiran ini diuji kerana kemahiran ini merupakan kemahiran
yang terpenting dalam seseorang itu menguasai kemahiran berbahasa. Ujian diagnostik
yang ditadbir telah diberikan kepada semua murid di dalam kelas Uranus iaitu seramai
tiga orang murid. Hasil keputusan ujian yang telah dijalankan akan diterangkan pada
analisis tinjauan awal.

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.
Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah
15

untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang
membaca apa yang ditulisnya. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk membuat
ujian diagnostik yang melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca untuk
mengesan kelemahan murid.

ii.

Analisis Dokumen

Pengkaji telah menjalankan sesi analisis dokumen di dalam kelas. Pengkaji telah
membuat analisis dokumen daripada buku latihan murid, lembaran kerja serta ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa menjalankan analisis dokumen di
dalam kelas, pengkaji dapati latihan kerja penulisan tidak dapat dijawab dengan baik.
Penulisan murid ini tidak kemas dan bercampur diantara huruf kecil dan besar. Murid ini
juga membuat kesalahan dalam menulis huruf b menjadi d dan begitulah sebaliknya.
Analisis dokumen ini telah dilaksanakan terhadap seorang murid yang didapati
bermasalah sahaja hasil daripada temu bual dan ujian diagnostik yang telah dijalankan
terdahulu.

Berdasarkan analisis dokumen yang telah dibuat ini, pengkaji membuat rumusan
bahawa sesuatu perlu dilakukan terhadap seorang murid di kelas Uranus ini untuk
membantunya daripada terus terkeliru dan tertukar di antara huruf kecil b dan huruf
kecil d.

16

iii.

Temubual

Temubual berstruktur telah dijalankan antara guru dengan pengkaji. Temubual telah
dijalankan pada minggu kedua praktikum berlangsung bertempat di kelas Uranus sekitar
pukul 2.00 hingga 2.30 petang. Semasa menemubual, pengkaji telah memulakan
pertanyaan dengan keadaan dan murid-murid yang terdapat di dalam kelas Uranus.
Kemudian, kesemua kemahiran telah ditanya oleh pengkaji. Antara kemahiran yang
telah ditanya adalah kemahiran menulis, kemahiran membaca dan kemahiran bertutur.
Semua jawapan telah direkod dan akan ditunjukkan di dalam analisis tinjauan awal.
Berikut merupakan soalan-soalan yang telah ditanya semasa sesi temubual berlangsung :

Jadual 1 : Soalan-Soalan Temubual


1.

2.

Permulaan
i.

Bagaimanakan keadaan di dalam kelas Uranus ?

ii.

Siapakah murid yang paling lemah dan paling pandai ?

Kemahiran Menulis
i.

Adakah murid mengalami masalah motor halus ?

ii.

Adakah murid mengalami masalah dalam mengecam huruf dan menulis huruf dari huruf A
Z ?

iii.

Sejauh manakah murid-murid di dalam kelas Uranus dapat menguasai kemahiran menulis dan
apakah masalah yang dihadapi semasa menulis ?

3.

Kemahiran Membaca
i.

Adakah murid dapat mengenal dan membunyikan huruf dengan betul ?

ii.

Sejauh manakah murid di dalam kelas Uranus dapat menguasai kemahiran membaca ?

iii.

Pada pendapat cikgu, adakah sukar untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid kelas
Uranus

4.

Kemahiran Bertutur
i.

Adakah murid mengalami masalah dalam bertutur ?

ii.

Apakah masalah utama yang dihadapi oleh murid ketika bertutur ?

iii.

Pada pendapat cikgu, sejauh manakah murid di kelas Uranus menguasai kemahiran bertutur ?

17

2.1.2

i.

Analisis Tinjauan Awal

Ujian Diagnostik

Berdasarkan ujian diagnostik yang telah ditadbir, pengkaji dapati bahawa murid di
dalam kelas Uranus merupakan murid yang pandai dan tidak banyak menghadapi
masalah dalam melengkapkan ujian diagnostik yang ditadbir. Untuk mendapatkan
jumlah peratusan, pengkaji telah menambah keseluruhan markah yang diperoleh
daripada setiap orang murid daripada jumlah markah bahagian A, bahagian B dan
bahagian C. Berikut merupakan analisis keputusan ujian diagnostik yang telah
dijalankan dan jumlah markah yang diperolehi daripada setiap orang murid.

Jadual 2 : Analisis Ujian Diagnostik


Murid

Bahagian A

Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Murid A

20 / 20

36.5 / 50

20 / 30

76.5 %

Murid B

20 / 20

50 / 50

30 / 30

100 %

Murid C

20 / 20

47.5 / 50

24 / 30

91.5 %

Ujian Diagnostik
Murid A
Murid B
Murid C

Rajah 1 : Peratusan Markah Ujian Diagnostik

18

Berdasarkan analisis ujian diagnostik di dalam jadual di atas, hanya seorang murid
yang mendapat keputusan markah penuh 100 % iaitu murid B, diikuti murid C sebanyak
91.5 % dan murid A sebanyak 76.5 %. Namun, penekanan diberi kepada murid C kerana
kesalahan yang dilakukan oleh murid C ialah kesalahan pertukaran huruf di antara huruf
b dan d. Lembu dieja lemdu dan semasa ujian membaca murid C mengeja dengan
salah dan tertukar huruf b dan d. Contoh kesalahan yang dilakukan semasa membaca
sangat ketara iaitu ada dieja aba, berenang dieja derenang dan Abu dieja Adu.
Murid A pula memperoleh keputusan yang rendah kerana murid A belum boleh
membaca dan mengeja dengan baik.

ii.

Analisis Dokumen

Berdasarkan analisis dokumen melalui buku latihan murid serta lembaran kerja yang
diberi di bilik darjah, pengkaji dapati murid ini sering melakukan kesalahan pertukaran
huruf. Pertukaran huruf yang berlaku melibatkan huruf b dan d. Berikut merupakan
beberapa contoh kesalahan yang diambil daripada buku latihan murid.

Rajah 2 : Kesalahan murid

19

Rajah 3 : Kesalahan murid


Berdasarkan rajah 1, jelas menunjukkan bahawa murid ini mengalami masalah
kekeliruan di antara huruf kecil b dan d. Contohnya, rambut dieja ramdut dan
bulu kening dieja dulu kening. Rajah 2 pula menunjukkan bahawa murid mengeja
jambatan menjadi jamdatan.

iii.

Temubual

Sesi temu bual bersama guru Bahasa Melayu kelas Uranus telah dilaksanakan selama 9
minit. Contoh soalan boleh didapati pada tinjauan awal. Temubual ini dijalankan untuk
mengenalpasti masalah murid yang ingin dikaji. Pelbagai maklumat tentang kelebihan
dan kekurangan murid yang ingin dikaji dinyatakan melalui transkrip temubual yang
berikut :

20

Jadual 3 : Transkrip Temubual


Permulaan
Kelas Uranus ada empat orang murid..Hazimi, Irffan, Hou Khai Zhu dalam surat

i.

beranak,,kat sini kita panggil Esther..pastu Chin Wai Hong..


Budak kelas ni semua ok..pastu tahap empat paling tinggi dan kelas paling pandai. Hazimi

ii.

paling pandai..Wai Hong kurang sikit.

Menulis
i.

Motor halus semua ok..

ii.

Ermmm..dia 4 orang semua kan, semua ok, cuma Irffan tu, dia jenis tertukar b dengan
d..kira dia mengeja kadang-kadang eja buku jadi duku.. kita tanya betul ke tak?..baru
dia tengok balik sebab dia rasa dia salah.. murid lain semua ok.
Bila menulis semua boleh menulis..kalu dekat white board semua boleh menyalin..tulisan

iii.

bercampur huruf besar dan kecik..cuma Wai Hong dia jenis tertinggal huruf sama ada satu
atau dua huruf.

Membaca
i.

Semua murid boleh kuasai huruf-huruf ni..

ii.

Macam Irffan dengan Wai Hong, dia hanya boleh eja suku kata je sebab dua-dua ni tak
berapa boleh membaca lagi..Irffan dengan Wai Hong membaca susah sebab dia mengeja
lambat, eja betul kuar perkataan lain..Esther dengan Hazimi boleh baca..
Untuk mengajar kelas ni tak susah sangat..cuma dua orang nilah..hari ni ajar pastu tak

iii.

ingat..slow

Bertutur
i.

Dalam kelas ni..Hazimi sorang jelah..Hazimi dia pelat pastu sebutan tak betul..

ii.

Murid kelas ni tahap tinggi..faham arahan..baleh bagi respon..semua senang..Irffan bacaan


dia tetap sama dari dulu sampai sekarang..Wai Hong masalah mengeja

iii.

Berdasarkan transkrip temubual ini, jelas menunjukkan bahawa setiap murid


mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun murid yang ingin dikaji
ini sememangnya mengalami masalah kekeliruan huruf kecil b dan d. Hal ini telah
diperakui oleh guru kelas itu sendiri yang telah mengajar murid itu dari tahun-tahun
sebelumnya lagi.

21

2.1.3

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian yang ingin diselidiki, adalah wajar
untuk mempertimbangkan semula fokus kajian supaya tindakan penambahbaikan yang
akan dijalankan benar-benar dapat menangani isu atau masalah yang dihadapi. Enam
kriteria utama yang harus diberikan tumpuan ialah kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif dan kerelevanan kepada sekolah.

A. Kebolehtadbiran
Kajian yang dilaksanakan adalah bersifat mudah ditadbir dan mudah diuruskan.
Tambahan lagi, pelaksanaan kajian juga adalah mudah untuk dilaksanakan oleh pengkaji
mahupun oleh subjek kajian. Hal ini kerana kajian yang dijalankan hanya melibatkan
jumlah kumpulan sasaran yang kecil, triangulasi pengumpulan data, penggunaan
prosedur intervensi yang mudah, peralatan dan kemudahan yang lengkap. Pengkaji
mampu untuk menyelesaikan masalah kekeliruan huruf kecil b dan d. Kebolehan
pengkaji dalam mengumpul maklumat dengan cepat dan teratur akan membantu
pengkaji untuk mentadbir permasalahan ini. Banyak persiapan yang harus dilakukan
lebih-lebih lagi ketika hendak melakukan intervensi.

B. Kepentingan
Kekeliruan huruf kecil b dan d boleh mendatangkan masalah yang serius jika tidak
diperbetulkan. Bagi jangka masa pendek, kekeliruan ini akan menyebabkan murid terus
terkeliru lebih-lebih lagi dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kedua-dua
aspek ini penting dalam sesi persekolahan sekarang agar murid ini tidak ketinggalan
jauh dengan murid-murid lain. Bagi jangka masa panjang pula, kekeliruan ini akan
22

menyebabkan murid ini dalam dilemma. Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan akan
mewujudkan satu persekitaran dimana pada suatu tahap, murid ini tidak faham dengan
apa yang dieja dan dibacanya. Kesannya, kehidupannya seharian murid akan terjejas
dalam berkomunikasi, membaca papan tanda, nama jalan, perubatan dan sebagainya.
Hal ini akan terus-menerus mendatangkan tekanan kepada murid dan mungkin akan
lebih terpengaruh untuk tidak terus belajar.

C. Kebolehgunaan
Kaedah terapi doh beraroma yang ingin dilaksanakan merupakan suatu kaedah yang
bersifat universal. Bagi guru-guru yang ingin mengajar murid dalam mengenal huruf,
mengatasi kekeliruan huruf dan perkembangan motor halus murid, maka, kaedah ini
amatlah bersesuaian. Bahan yang digunakan juga bersesuaian dengan setiap individu
lebih-lebih lagi murid Pendidikan Khas kerana bahan yang digunakan bersifat natural
dan semulajadi. Kaedah ini boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang
mempunyai masalah untuk diatasi kerana ianya melibatkan sensori manusia iaitu bau,
visual, serta sentuhan.

D. Kawalan
Untuk memastikan keberkesanan kajian dan kelancaran aktiviti, aspek kawalan adalah
sangat penting. Kajian tindakan yang dijalankan ini bersifat mudah dikawal khususnya
subjek kajian, bahan dan kawasan pelaksanaan. Pengkaji telah memilih subjek kajian
dari kelas yang diajar supaya mudah untuk pengkaji melaksanakan aktiviti intervensi
terhadap subjek kajian secara sistematik. Dari segi bahan yang digunakan pula, pengkaji
menggunakan sepenuhnya bahan yang bersifat semulajadi dan tidak mendatangkan
23

kemudaratan. Tempat pelaksanaan kajian juga memainkan peranan penting terutama


untuk mengawal pergerakan subjek. Pengkaji telah memilih kelas murid itu sendiri iaitu
kelas Uranus untuk menjalankan intervensi.

Sememangnya masalah ini wujud di dalam kelas pengkaji sendiri iaitu kelas Uranus.
Seperti yang diketahui, pada semester ini, pengkaji mengajar bahasa Melayu. Oleh itu,
mudahlah untuk pengkaji bagi mendekati murid ini dan melakukan intervensi ke
atasnya. Intervensi ini hanya akan dijalankan oleh pengkaji sendiri dan pengkaji amat
berkemampuan untuk menjalankan intervensi ke atasnya kerana ia hanya melibatkan
seorang murid.

E. Kolaboratif
Bagi melaksanakan kajian, pengkaji telah membuat kolaborasi dengan pelbagai pihak
terutamanya dengan meningkatkan kerjasama daripada pihak sekolah dan ibu bapa
untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan kajian. Tambahan lagi, pengkaji juga
melaksanakan kolaborasi dengan guru-guru sekolah serta pensyarah bagi mendapat
bimbingan dan tunjuk ajar bagi melaksanakan kajian.

Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku ini, pengkaji juga boleh mendapatkan
bantuan rakan sebaya. Rakan yang pengkaji maksudkan ialah rakan praktikum pengkaji.
Bantuan yang dimaksudkan mungkin bantuan dari segi merekod dan merakam
perjalanan intervensi, pertukaran idea mahupun pendapat.

24

F. Kerelevanan Kepada Sekolah


Masalah yang berlaku ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran
seharian bukan sahaja kepada murid bahkan kepada guru itu juga. Merujuk kembali
kepada masalah kekeliruan dalam menulis huruf kecil b dan d yang dihadapi,
kekeliruan yang berlaku boleh menjejaskan murid. Banyak kesan yang negatif
mendampingi murid tersebut. Oleh itu, kaedah yang ingin diterapkan boleh membantu
pihak sekolah dalam membantu murid di sekolah itu mengatasi masalah yang
dihadapinya, sekaligus, pihak sekolah boleh menjimatkan kos perbelanjaan, kos tenaga
guru dan kos-kos sampingan yang lain.

25

2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

2.2.1

Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Gagne


Kajian-kajian awal Gagne pada tahun 1968 yang berkait dengan pengajaran berkesan
telah menghasilkan Hierarki Pembelajaran Gagne. Menurut Teori Pembelajaran Gagne,
teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi
pembelajaran kemahiran yang kompleks.

Gagne menganjurkan tugas pembelajaran bagi kemahiran intelektual disusun


dalam bentuk hierarki. Hierarki pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran
isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran bahasa,
pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian
masalah. Menurut Gagne (1985), pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu
pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks. Pembelajaran aras
rendah perlu dikuasai terlebih dahulu untuk mempelajari pembelajaran peringkat
seterusnya. Bagi menjayakan penyelesaian masalah, aplikasi pengetahuan prinsip,
konsep, diskriminasi dan pengetahuan bahasa diperlukan. Hal ini jelas bahawa
pemeringkatan pembelajaran susunan Gagne bermula dengan pelaziman klasik hingga
kepada pembelajaran kognitif aras tinggi iaitu penyelesaian masalah.

Pembelajaran paling asas serta yang melibatkan rangsangan yang ada dalam
persekitaran. Rangsangan yang kerap dihadapi. Contohnya, emak susu, loceng rehat
26

makan, bola main. Apabila melihat sahaja ibu, tanda isyaratnya yang dikaitkan ialah
susu. Di sekolah, murid telah biasa dengan bunyi loceng yang tanda isyaratnya adalah
tukar jadual belajar, waktu rehat dan waktu sekolah atau sekolah tamat. Pembelajaran
peringkat kedua ini merujuk kepada gerak balas yang diterima positif, maka hubungan
antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi lebih kukuh. Perlakuan akan
diulangi jika gerak balas memuaskan dan begitulah sebaliknya. Pelajar akan kekal
menghasilkan tugasan dengan baik jika hasil kerjanya mendapat pujian, dipaparkan atau
diberikan bintang.

Pembelajaran pembelajaran motor bermanfaat dalam pembelajaran melibatkan


kemahiran. Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. Contohnya,
dalam pendidikan jasmani, guru menunjuk cara menggelecek bola. Rangkaian motor
yang terlibat termasuk berlari, menendang, menyeret dan sebagainya. Begitu juga dalam
pembelajaran kemahiran yang lain seperti belajar bermain alat muzik, alat elektronik,
motor jentera dan sebagainya. Semua bentuk pembelajaran memerlukan kemahiran
berbahasa. Pembelajaran pertalian bahasa melibatkan pembelajaran bahasa secara
konkrit yang seterusnya berkembang. Contohnya, apabila kanak-kanak melihat kucing
dan mendengar kucing mengiau, dia akan mengikut dan menamakan kucing sebagai
miau. Ibu kanak-kanak tersebut membetulkan dan menyatakan kucing. Jadi, kanakkanak belajar bahasa melalui peniruan pada peringkat awal dan seterusnya berkembang
secara abstrak. Melalui bahasa, individu dapat menjelaskan pelbagai fakta dan
fikirannya.

27

Melalui penggunaan bahasa, individu dapat mengaitkan pelbagai perkara, fakta,


fikiran, serta membuat perbandingan. Pembelajaran diskriminasi melibatkan perhatian
dan keupayaan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Justeru, individu dapat
membuatkan diskriminasi atau pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diperhatikan. Begitu
juga dengan membuat pilihan berasaskan kepentingan. Apabila maklumat hendak
disimpan dalam struktur kognitif, diskriminasi juga perlu dipraktikkan memandangkan
struktur kognitif mengandungi bahagian-bahagian khusus untuk maklumat yang berbeza.
Pembentukan konsep sama ada secara deduktif atau induktif memerlukan keupayaan
individu membuat diskriminasi dan keupayaan berbahasa, selain aras kemahiran yang
lebih rendah. Pelajar perlu dapat melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk
membuat kategori maklumat yang diperhatikan. Apabila konsep telah dikuasai,
pembelajaran aras tinggi akan dapat dipelajari.

Pembelajaran prinsip atau hukum memerlukan individu mengaplikasikan


konsep-konsep yang telah dikuasai. Pemahaman konsep dan pertalian konsep yang
berkaitan perlu digunakan untuk membentuk prinsip, hukum dan rumus. Oleh itu, untuk
menguasai pembelajaran prinsip, pelajar perlu menguasai pembelajaran aras lebih
rendah termasuk pembelajaran konsep. Penyelesaian masalah merupakan aras
pembelajaran paling tinggi menurut pandangan Gagne. Pembelajaran penyelesaian
masalah melibatkan proses mental aras tinggi yang memerlukan keupayaan
mengaplikasi pembelajaran terdahulu seperti aplikasi rumus, konsep, hukum, prinsip,
dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Pembelajaran
penyelesaian masalah mengandungi lima langkah asas, iaitu mengenal pasti masalah,

28

mencari

maklumat

untuk

mengesahkan

masalah,

membina

hipotesis

untuk

menyelesaikan masalah, menguji hipotesis, membuat pilihan dan rumusan.

Teori Pembelajaran Behavioris Thorndike


Thorndike (1927) berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial
and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cubaralat ini juga dikenali sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulangulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan
semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan
semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang
berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak
balas yang dihasilkan daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik.

Beliau menggunakan kotak ajaib dalam eksperimennya yang berfungsi


berasaskan prinsip pelaziman instrumental. Maksudnya di sini ialah apabila ganjaran
diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses
pembelajaran. Tetapi, jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang
secara perlahan-lahan. Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu
hukum kesediaan, hukum latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat menyarankan
bahawa ketiga-tiga hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia
kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan
menjadi mudah dan berkesan.

29

Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang
paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang
murid hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan
berkesan jika murid mahu menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak
semestinya berkesan untuk memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi
kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani
aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja
berkesan malahan mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses pembelajaran
tersebut.

Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike (1927),
persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep
pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan
dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat
kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh
ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang
murid diberi latihan matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut
menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat.

Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah
sekiranya seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada
gerak balas yang dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan semakin
30

kukuh. Namun begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang
menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh
dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang
dihasilkan.

2.2.2

Kajian Lepas

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh individu dan kumpulan-kumpulan tertentu tentang
kesilapan penulisan abjad ini. Pelbagai kaedah ditemui dan pelbagai cadangan telah
dikemukakan oleh kumpulan pengkaji terdahulu. Berikut merupakan kajian-kajian yang
telah dijalankan dan pengenalan di sebalik terapi doh beraroma sensori yang telah
dijadikan sebagai tinjauan literatur bagi kajian tindakan ini. Main doh dipilih sebagai
teknik kajian kerana main doh merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikaitkan
dengan kaedah belajar melalui bermain. Di samping itu, pengkaji turut membuat
tinjauan literatur berkenaan dengan permasalahan kesilapan menulis abjad ini dengan
membuat rujukan kajian-kajian lepas sebagai panduan.

a. Kesalahan menulis abjad dengan betul.


Hashim Othman (1996) telah mengkaji isu dalam penulisan abjad ini. Tajuk kajian
beliau ialah Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu
Murid Sekolah Kebangsaan. Beliau telah membina satu instrumen penilaian dan
memperoleh dapatan dalam penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid
sekolah rendah.

31

Gibson & Lewin dalam Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002), telah
mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan mengenali ciri-ciri spatial tertentu.
Dalam konteks ini, guru merupakan insan paling bertanggungjawab dan berperanan pada
peringkat awal membaca kanak-kanak bagi membezakan huruf-huruf secara visual
dengan menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik.

Rajesvari a/p Ramasamy (2008) juga telah melakukan kajian terhadap tatacara
penulisan huruf atau abjad secara betul, namun begitu beliau lebih menjurus kepada
kanak-kanak pemulihan. Masalah disleksia dan dysgraphia telah dibanding beza dalam
kajian beliau. Kertas kerja beliau yang bertajuk Masalah Disleksia dalam Kalangan
Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah Pulau Pinang mengupas permasalahan
murid berkenaan dengan penulisan abjad.

Menulis abjad dan nombor terbalik juga menjadi kajian Sumiyati binti Abdul
Halim Jikem (2009). Beliau telah menulis satu kertas kerja kajian bertajuk Nombor dan
Abjad Terbalik. Beliau mengkhususkan kajian beliau kepada kanak-kanak pemulihan
khas yang menghadapi masalah menulis nombor dan abjad secara betul. Secara
kesimpulannya, beliau telah menggunakan beberapa pendekatan dan teknik bagi
mengatasi masalah yang dihadapi beliau. Pendekatan yang telah digunakan beliau ialah
teknik tracing, latih tubi, teknik menulis di udara dan pendekatan bermain sebagai
metodologi penyelesaian masalah kajian beliau. Sebagai hasilnya, dalam tempoh dua
bulan, beliau berjaya mengatasi masalah tersebut.

32

Setelah meneliti sumber ini, satu kesimpulan awal dapat dibuat dengan
menyatakan bahawa kesalahan menulis sentiasa wujud di setiap sekolah. Hal ini
membuktikan bahawa permasalahan yang pengkaji alami bukanlah masalah asing di
sekolah.

b. Cara memegang pensel


Norhadi Bin Sarponen (2009), menyatakan bahawa cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan koordinasi dalam
motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel sekali
gus dikategorikan sebagai mereka yang mempunya masalah dyspraxia motor halus.
Berdasarkan kajian ini, pemerhatian kepada tatacara memegang pensel turut
mempengaruhi kemahiran menulis murid.

c. Bermain sambil belajar


Kaedah bermain ini telah dipelopori oleh Friederich Wilhelm Frobel (1782-1952).
Strategi pengajaran dan pembelajaran Frobel menekankan kaedah bermain dan belajar
melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan merupakan
tahap tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua kerja yang dilakukan
oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri main. Melaluinya kanak-kanak dapat
melahirkan keunikan mereka. Frobel juga menerima prinsip yang di kemukakan oleh
Pestalozzi tentang penggunaan alat atau objek dalam pengajaran untuk menimbulkan
minat dalam pembelajaran Wardle, F. (2008).

33

Laman sesawang Encyclopedia on early childhood development bertarikh 08


September, 2009 memaparkan petikan atau artikel, yang bertajuk Plays potential in
early literacy development. Artikel ini membincangkan kepentingan bermain bagi
kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Pelbagai alat bantu mengajar dibentuk bagi
memberikan suasana bermain smabil belajar bagi kanak-kanak. Salah satu alat dan
bahan yang digunakan dalam artikel ini adalah penggunaan doh bagi membentuk abjad
berdasarkan warna yang berlainan. Tambahan lagi, melalui Jurnal Akademik Jild X1V
tahun 2003/2004 terbitan Maktab Perguruan Kuala Terengganu oleh Haji Zainal Haji
Sirat melalui tulisannya bertajuk menjana akal kanak-kanak melalui main. Bermain
ialah sesuatu yang penting kepada kanak-kanak. Mereka banyak belajar melalui bermain
berbanding cara lain. Menerusi bermain mereka mendapat pengetahuan yang berguna
daripada pengalaman yang dialami.

Oleh itu, jelaslah main doh merupakan salah satu pendekatan belajar melalui
bermain yang jarang diaplikasikan dengan sebaik mungkin sedangkan pendekatan ini
mempunyai banyak kelebihan kepada kanak-kanak dalam membantu pembelajaran
mereka. Main doh ini dikategorikan dalam main membina. Melalui permainan doh,
murid-murid dapat membina dan membentuk sesuatu yang bermakna. Oleh yang
demikian, kaedah sebegini mampu menarik minat kanak-kanak ini untuk mempelajari
sesuatu walaupun dalam keadaan bermain.

d. Terapi aroma
Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri daripada dua patah perkataan iaitu
Aroma

bermaksud

bau

atau

haruman,

dan

Teraphy

yang

bermaksud
34

rawatan. Terapi aroma merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan
yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan
memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental. Terapi
aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun
yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang
menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani
juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi.

Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bungabungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi.
Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenali di India 3000
tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangiwangian dalam ritualnya. Seorang ahli kimia Perancis, Rene Maurice Gattefosse,
melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937,
beliau memperkenalkan penggunaan istilah aroma terapi, dalam buku yang
membahaskan hasil penelitiannya. Teknik ini dapat meningkatkan kemahiran
pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma
seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau
bau-bauan. Hal ini dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan
aktiviti dalam suasana yang tenang, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri,
membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru
atau ibu bapa bagi meningkatkan keupayaan mental dan emosi.

35

Pengkaji telah menggabungkan dua aroma dalam penciptaan kaedah ini iaitu
dengan menerapkan aroma daun pandan dan buah strawberi. Daun pandan dan buah
strawberi mempunyai dua aroma yang berbeza, justeru pelajar dapat membezakan abjad
yang ditulis salah dan dapat membetulkan cara penulisan abjad tersebut dengan segera.
Pengkaji memilih aroma daun pandan dan buah strawberi kerana kedua-dua aroma ini
turut mempunyai perbezaan dari aspek jenis buah-buahan dan sayur-sayuran malah
murid dapat mengecam dan mengenali aroma ini dengan cepat walaupun telah digaul
dan dicampur bersama-sama dengan doh. Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak
memberikan manfaat dan kebaikan kepada murid-murid bagi mengubah kualiti hidup
dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu,
guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan murid-murid dengan
terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mahupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.

e. Penggunaan doh
Pengkaji memilih menggunakan doh untuk menyelesaikan masalah kesilapan
menulis abjad b dan d kerana murid berpeluang untuk menguli, menggentel,
mencubit, meramas, menggulung dan membentuk serta dapat membantu mereka untuk
mengingati huruf berkenaan. Menurut Bustam Kamri (2010), pengajaran abjad atau
huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua jenis pengajaran formal
kepada kanak-kanak tidak membantu dalam pembelajaran kanak-kanak. Montessori
yang dinyatakan dalam Nor Hashimah & Yahya (2009), percaya bahawa pengalaman
sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut Froebel, dinyatakan dalam Nor
Hashimah & Yahya (2009), permainan konstruktif yang melibatkan pergerakan motor
36

halus seperti menggentel dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar sesuatu
dan dapat melibatkan kemahiran manipulatif.

Menurut National Association For The Education Of Young Children (2005) yang
dinyatakan dalam Swartz (2005) penggunaan doh dapat membantu kanak-kanak
membina kemahiran literasi iaitu dapat pengalaman bernilai. Menurut Swartz (2005),
penggunaan doh menyediakan aktiviti yang menarik dan pengalaman yang berharga
kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dengan cepat melalui
manipulasi bahan, mereka boleh melihat kesan tersebut di hadapan mereka. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa gabungan pelbagai terapi khususnya terapi aroma dan
penggunaan doh dalam kajian tindakan ini dapat membantu responden mengatasi
masalah yang dihadapi dengan kadar segera.

f. Pendidikan seni visual


Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2007), menyatakan bahawa seni mampu
menjadi elemen keempat dalam asas pendidikan selepas membaca, menulis dan
mengira. Seni pendidikan seperti yang berikut:
i.

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.

ii.

Memupuk nilai kerjasama.

iii.

Memenuhi keperluan sosial yang asas.

iv.

Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

v.

Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi.

37

Semua elemen yang terkandung dalam Seni dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik
dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan
peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuh dan memantapkan
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar oleh guru.

Artikel Art Teaches Children Critical Skills yang diakses melalui laman web
http://www.artsz.org/art-teaches-critical-skills, menyatakan bahawa mata pelajaran
Pendidikan Seni mengajar kanak-kanak pelbagai kemahiran yang tidak wujud pada
sesuatu bilik darjah tradisional. Melalui seni, kanak-kanak belajar bagaimana untuk
meneroka daya kreativiti mereka untuk membuat sesuatu. Mereka juga belajar
meningkatkan koordinasi dan kemahiran motor halus mereka. Selain itu, seni juga
mempengaruhi koordinasi antara tangan dengan mata mereka. Perkara ini membuktikan
bahawa seni mampu mengajar kemahiran-kemahiran tertentu yang sukar untuk diperoleh
di dalam kelas biasa.

g. Kemahiran menulis
Menulis merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis juga merupakan
proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan
berperanan sebagai asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan
idea. Di samping itu, tulisan juga berperanan melahirkan fikiran serta perasaan dengan
baik, pantas dan cekap. Melalui tulisan, kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi
suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
38

Selain itu, menulis juga dapat menyemai, mengasah serta memperkukuh minat serta
bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca,
menulis dan mengira merupakan sebahagian daripada keperluan manusia.

Menurut Sassoon (1993), menyatakan guru-guru kurang memberikan perhatian


yang sewajarnya dalam proses pengajaran kemahiran menulis. Kaedah pengajaran yang
tidak sesuai boleh membantutkan keupayaan pelajar untuk menulis dan seterusnya guru
tidak menyedari akan tabiat buruk pelajar semasa menulis. Masalah ini perlu diatasi
pada peringkat sekolah rendah lagi semasa proses pengejaan. Kemungkinan yang
berlaku, guru tidak menggunakan teknik atau kaedah pengajaran yang sesuai bagi proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Edward M. Anthony (1963) yang
dipetik daripada Kamarudin Hj. Husin (1988) memberikan tafsiran; A technique is
implementational that which actually takes place in a classroom. It is a particular
trick, stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective.

Berdasarkan Ujian Penapisan K1A2M pada bulan Januari 2008, peratusan dan
bilangan murid-murid Tahun 1 sekolah kebangsaan yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca, menulis atau mengira dalam program K1A2M di Sabah adalah
sebanyak 65.5% atau 28,700 orang. Sehingga bulan Februari 2010, Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendedahkan 60% orang murid tahap satu di
sekolah rendah seluruh Negara masih belum menguasai kemahiran asas iaitu membaca
dan menulis. Fakta-fakta yang dipaparkan menunjukkan masalah penguasaan membaca
dan menulis murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia masih lagi
pada tahap membimbangkan.
39

2.3

Istilah Kajian

Keliru, Definisi Slow Learner, Definisi Terapi Doh Beraroma Sensori.

2.3.1 Keliru
Keliru membawa makna yang banyak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
keliru boleh diertikan sebagai salah anggap atau membuat keputusan. Keliru melalui
konteks kajian ini ialah murid atau pun subjek kajian terkeliru di antara huruf b dan
d. Subjek kajian menyalah anggap huruf b sebagai d dan huruf d sebagai b.

2.3.2 Definisi Slow Learner


Slow learners are children who are doing poorly in school, yet are not eligible for
special education; their intelligence test scores are too high for consideration as a child
with mental retardation (MacMillan, Gresham, Bocian, & Lambros, 1998). Although
slow learners may have special educational needs, they do not fit neatly into the special
education system (MacMillan, Gresham, Bocian, & Lambros, 1998).

Kesimpulannya, murid slow learner atau murid lembam merupakan murid yang
mempunyai IQ di bawah paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100.
Skor ujian IQ bagi Slow learner berada antara 70 dan 90. Jika skor IQ kurang daripada
70, murid tersebut dikategorikan sebagai terencat akal.

40

2.3.3 Definisi Terapi Doh Beraroma Sensori


Terapi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dari istilah perubatan bermaksud
rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan
ubat atau pembedahan. Contohnya di sini ialah pekerjaan aktiviti fizikal atau mental
yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalahmasalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Aroma yang
dimaksudkan pula ialah bau. Bau yang dinyatakan ialah bau yang menyenangkan, sedap
atau harum daripada rempah, pokok dan sebagainya. Sensori pula melibatkan deria
manusia seperti deria bau, rasa, sentuh dan visual dan sebagainya.

Kesimpulannya, terapi doh beraroma sensori yang ingin diterapkan adalah suatu
terapi yang melibatkan penggunaan doh yang mempunyai bau, warna, dan aplikasi
sentuhan yang berbeza agar murid dapat mengenal perbezaan di antara huruf b dan d.

41

Anda mungkin juga menyukai