Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Kemudian, hasilkan ringkasan tentang kepentingan


penglibatan remaja dalam aktiviti tarian dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Panjang ringkasan anda tidak boleh melebihi 80 patah perkataan.

Kegiatan kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam


mewujudkan perpaduan dan sosialis di Malaysia. Persefahaman budaya ini menjadikan
rakyat Malaysia saling menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menimbulkan
konflik. Bagi merealisasikan impian ini, golongan remaja memainkan peranan yang besar
dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan, terutamanya bidang tari.

Penglibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi
diri mereka secara keseluruhannya. Hal ini dapat mengimbangi otak kanan dan otak kiri
remaja untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar. Seterusnya, remaja dapat
membina keyakinan dan keberanian untuk tampil ke hadapan.

Melalui penglibatan ini, remaja juga dapat mengetahui susur galur keturunan dan
sejarah di Malaysia. Hal ini dapat menyerap perasaan cinta akan negara dan membimbing
remaja untuk menjadi rakyat yang setia. Pertandingan tarian mampu menyatupadukan
remaja berbilang bangsa. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada remaja untuk
berinteraksi dan mengenali antara saru sama lain. Secara tidak langsung dapat
mengeratkan perpaduan dan persahabatan antara remaja.

Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang
berdisiplin tinggi. Komitmen yang baik sebelum mengadakan persembahan, semasa
persembahan berlangsung ataupun selepas persembahan diperlukan bagi menghasilkan
pasukan yang berjaya. Dengan adanya tarian, remaja akan lebih berdikari dalam
pengurusan diri. Remaja akan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran dan
aktiviti sampingan dengan sendirinya.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Tarian Sebagai Medium Perkembangan Remaja”,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Mac 2016)

Anda mungkin juga menyukai