Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Salam


sejahtera dan selamat pag. Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk "NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT".

Hadirin sekalian,

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di
negara yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada di bawah pemerintahan
seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada
segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti
seluruh penduduk sesebuah negeri. Akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap
sebarang penyakit.

Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang
sihat daripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai
rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih,
pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih
dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang
diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang.

Pembentukan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk
membentuk rakyat sihat.

Langkah Dominan yang perlu dititik beratkan dalam merealisasikan “Negeri


Bersih Rakyat Sihat” ialah kesedaran individu itu sendiri tentang kebersihan
dan kesihatan. Amalan kebersihan ini wajar bermula dari rumah masing-masing.
Individu itu haruslah memastikan dia sentiasa bersih dan sihat melalui amalan-
amalan harian yang dilakukan. Sekiranya kita sendiri mengamalkan
kebersihan dan menjaga kesihatan, kita sudah tentu mampu mengajak saudara-
saudara kita di sekeliling mengamalkan amalan yang baik ini melalui nasihat dan
contoh teladan. Nah! Lihatlah. Secara tidak langsung kita sudah memberi
sumbangan yang besar dalam mewujudkan “Negeri Bersih Rakyat Sihat”.

Langkah seterusnya dalam menghidupkan suasana Negeri Bersih Rakyat Sihat


ialah peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita patut bersyukur
dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana tidak memandang
mudah terhadap isu kebersihan dan kesihatan. Hal Ini demikian kerana kerajaan
negeri memperuntukkan lebih kurang RM40 juta setiap tahun bagi
memastikan negeri Terengganu dalam keadaan cukup bersih dan indah.
Peruntukan tersebut haruslah digunakan semaksimum mungkin dalam
menggerakkan usaha kea rah negeri bersih seperti mengadakan
pertandingan kebersihan di peringkat akar umbi, penyediaan kemudahan
atau prasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang wajar dititik
berat ialah penyediaan tong sampah dan system memungut sampah berkala,
landskap yang indah dan penyediaan tandas yang bersih dan berkualiti.
Tindakan Undang-undang juga harus diperketat bagi mengurangkan aktiviti
yang boleh merosakkan dan menjadi halangan dalam mewujudkan Negeri
Bersih Rakyat Sihat.

Peribahasa Melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah dari


rebungnya. Aspek pendidikan tidak harus dipandang ringan. Pendidikan
kebersihan dan kesihatan wajar diterapkan dari awal persekolahan. Pendekatan ini
harus disemai kepada para pelajar sejak di bangku sekolah dan langkah
kerajaan dalam melaksanakan pertandingan kebersihan tau pertandingan 3K
antara sekolah di negeri ini merupakan langkah yang bijak. Guru merupakan model
dan juga pembentuk generasi akan datang yang mementingkan aspek kebersihan
dan kesihatan dalam kehidupannya. Kata orang anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Oleh itu, pendidikan awal
kanak-kanak yang menekankan aspek cinta terhadap kebersihan dan peka
terhadap kesihatan penting sebagai landasan untuk menjayakan Negeri bersih
Rakyat Sihat.

Hadirin Sekalian, Sebagai pengakhir bicara, penyimpulan kata, hayati gurindam


penggulung hujah saya: Marilah kita sama muafakat, Sama bersatu membawa
berkat, Menghayati slogan penuh khidmat, Negeri Bersih Rakyatnya sihat. Sebagai
rakyat negeri tercinta, Marilah kita menyalakan cita, Bersama kita gembleng
tenaga, Memacu wawasan Terengganu sejahtera. Sekian, Terima Kasih…

Anda mungkin juga menyukai