Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk “Cara-cara

Memulihara Alam Sekitar”. Tulis syarahan itu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Mukah, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari ini saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Memulihara Alam Sekitar”.

Hadirin yang saya hormati,

Kita hendaklah memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan


alam. Hutan yang ditebang mestilah dipulihkan segera dengan menanam semula
pokok-pokok. Pembalakan juga mestilah dikurangkan bagi memelihara alam
sekeliling.

Pihak berkuasa pula mestilah menguatkuasakan undang-undang yang telah


sedia ada. Sesiapa yang mencemarkan alam sekitar hendaklah dikenakan tindakan
sewajarnya. Tindakan seperti hukuman denda atau penjara perlu dilaksanakan
dengan lebih tegas.

Hadirin yang saya kasihi,

Jabatan Alam Sekitar juga perlu lebih aktif mengadakan kempen untuk
menyedarkan orang ramai peri pentingnya menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan
pernah melancarkan kempen “Cintai Alam Sekitar” dan kempen “Cintai Sungai
Kita”. Kini skop kempen mestilah diperluas supaya melibatkan semua bidang
kehidupan.

Selain itu, nilai murni seperti menjaga alam sekitar harus diterapkan di
dalam jiwa murid-murid melalui kurikulum sekolah. Murid-murid patut diajar
tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kesan-kesan negatif akan wujud
sekiranya tanggungjawab ini diabaikan.

Untuk mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa kita


hendaklah menjaga alam sekitar daripada terjejas. Jika alam sekitar terjejas,
kehidupan kita akan lebih terancam. Jika bukan kita yang menjaga alam sekitar
kita, siapa lagi? Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai