Anda di halaman 1dari 1

Latihan Karangan Syarahan.

Yang Berusaha Puan Pengetua, barisan panel hakim, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati
sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan
syarahan pada hari ini. Tajuk syarahan saya ialah ‘Langkah-langkah Memelihara Alam Sekitar’.
Antara langkah memelihara alam sekitar ialah menyemai kecintaan terhadap alam sekitar dari peringkat
sekolah. Pendidikan alam sekitar wajib bermula di sekolah rendah. Contohnya, Guru-guru sekolah perlu prihatin
terhadap alam sekitar dengan mengadakan pertandingan kelas terbersih di antara kelas. Ini dapat menyemai
perasaan tanggungjawab dalam diri pelajar.Pendidikan oleh guru yang betul dan berterusan akan memupuk rasa
cinta terhadap alam sekitar.
Seterusnya, Kempen Cintai Alam Sekitar perlu diadakan secara besar-besaran. Media massa perlulah
memastikan kempen ini sampai kepada masyarakat. Contohnya ialah Kempen Cintailah Sungai Kita, Kempen Kitar
Semula dan Sahabat Alam. Masyarakat akan terkesan dengan kempen ini dan akan mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk memelihara alam sekitar.
Selain itu semua rakyat perlu mengamalkan kitar semula barang terpakai. Rakyat berperanan penting dalam
pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan. Misalnya, kertas dapat dikitar semula dan ia
mengurangkan jumlah tan sampah sehari. Kitar semula bukan sahaja menyelamatkan alam sekitar dan
mengurangkan kos sumber tenaga, tetapi juga menambahkan pendapatan keluarga.
Akhir sekali mana-Mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam patut dihukum
Hukuman yang tegas perlu untuk menginsafkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127] khusus untuk mencegah dan mengawalpencemaran alam sekitar penguatkuasaan yang
tegas terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab melakukan sebarang kegiatan yang boleh membawa
kepada pencemaran dibawa ke muka pengadilan
Kita perlu mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar kerana alam sekitar milik kita
bersama.
Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Dengan ucapan terima kasih dan lafaz assalamualaikum, saya
sudahi syarahan pada hari ini

Anda mungkin juga menyukai