Anda di halaman 1dari 5

KATA PRAKLAUSA

 Kata praklausa ialah perkataan yang terletak di hadapan klausa yang berfungsi


untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan atau sebagai penerang
pangkal kepada klausa.
 Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:

Contoh Kata Praklausa


1. kata tanya
2. kata seru
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat
1. KATA TANYA
 Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal, iaitu yang berupa
permintaan, keterangan dan penjelasan.
 Kata tanya terdiri daripada kata ganti tanya dan kata keterangan tanya.
 Berikut adalah panduan menggunakan kata tanya :

KATA TANYA

Kata Ganti Nama Tanya Kata Keterangan Tanya

Untuk menanyakan manusia, binatang, Untuk menanyakan sebab, jumlah, masa,cara


benda, tempat dan bilangan dan suasana

apa man siapa bagaimana bila mengapa


a

kenapa berapa

Kata Tanya Penggunaan Ayat Contoh


siapa menanyakan orang Siapakah pemilik kereta mewah itu?
bila menanyakan masa Bilakah kita dapat bertemu lagi?
mengapa menanyakan sebab Mengapakah mereka berkerumun di situ?
bagaimana menanyakan cara Bagaimanakah kemalangan itu terjadi?
mana menanyakan tempat Adik berasal dari mana?
berapa menanyakan jumlah atau Berapakah jumlah barang yang awak beli tadi?
harga
apa bertanya tentang benda, Apakah matlamat penubuhan Rukun Tetangga?
haiwan atau perkara

Info Ekstra :

1. Dalam bentuk tulisan, jika kata tanya hadir di depan ayat, maka pertikel –kah hendaklah
disertakan. Contohnya :
 Siapakah guru pengawas itu?
 Mengapakah dia marah?
2. Sebaliknya jika kata tanya hadir pada akhir ayat, maka partikel –kah tidak diperlukan.
Contohnya :
 Kamu tinggal di mana?
 Dia marah kenapa?

2. KATA SERU
 Kata yang berfungsi untuk menyatakan berbagai-bagai perasaan atau emosi sama ada
marah, gembira, sakit, hairan, kesal, kecewa, geram, sedih dan sebagainya.
 Biasanya digunakan dalam ayat seruan.
 Ayat-ayat yang menggunakan kata seru ditanda dengan penggunaan tanda seru (!) di
akhir ayat.
 Berikut adalah panduan menggunakan kata seru :

Kata Seru Penggunaan Ayat Contoh


amboi hairan dan kagum Amboi, cantiknya rumah awak!
aduhai sedih Aduhai, malangnya nasib dia!
aduh sakit Aduh, sakitnya hatiku!
cis / cih benci, marah, mencemuh Cis, engkau yang mencuri barang aku!
hai menarik perhatian, melahirkan Hai, awak! Siapakah nama awak?
rintihan dan kurang percaya
nah menarik perhatian dan pelbagai Nah, ambil balik barang awak!
maksud lain
syabas gembira Syabas, anda telah berjaya!
wah kagum Wah, kacaknya awak sekarang!
ah untuk menyatakan tidak setuju Ah, saya tidak mahu mendengar apa-apa
atau untuk menyatakan alasan lagi!
penolakan
eh untuk menyatakan perasaan Eh, awak pun ada di situ!
terkejut
oh untuk menyatakan perasaan, Oh, awak hendak mempermainkan saya ya!
terkejut, kecewa, hairan dan
sebagainya
wahai untuk menyatakan perasaan Wahai adik-adikku, insaflah muda hanya
sedih atau untuk menarik sekali sahaja!
perhatian

Info Ekstra :

Kata seru “wah” dan “amboi” boleh bertukar ganti jika maksud dan tujuannya berbeza.
Contoh :
Ayat 1 : Wah, cantik sungguh kamu hari ini!
(Ayat ini betul jika bertujuan melahirkan perasaan)
Ayat 2 : Amboi, cantik sungguh kamu hari ini!
(Ayat ini betul jika bertujuan untuk menyindir atau mengusik)
Justeru, jelaslah bahawa kata seru “wah” dan “amboi” mempunyai makna hampir sama,
namun perbezaan dapat dilihat dari segi maksud dan tujuan penggunaannya.

3. KATA PERINTAH
 Kata yang digunakan untuk menimbulkan suatu tindak balas terhadap perintah, arahan,
larangan, silaan atau permintaan.
 Kata perintah boleh disertai partikel –lah untuk menjadikan ayat perintah lebih lembut.
 Berikut adalah panduan menggunakan kata perintah :

Kata Perintah Penggunaan Ayat Contoh


harap Untuk tujuan permintaan Harap semua pelajar dapat menyiapkan
kerja rumah awak.
jangan / usah Untuk tujuan larangan atau Jangan merayu kepada saya lagi.
tidak boleh melakukan
sesuatu
jemput / sila Untuk tujuan silaan atau Jemputlah datang ke rumah saya pada Hari
meminta seseorang Raya Aidilfitri ini.
melakukan sesuatu dengan
cara hormat dan beradab
minta Untuk tujuan permintaan Minta ibu awak datang berjumpa saya esok.
tolong Untuk tujuan permintaan Tolong bersihkan kelas kamu sekarang.
atau arahan

Info Ekstra :

1. Kata perintah boleh ditambah dengan partikel –lah untuk melembutkan intonasi
dalam ayat.
2. Kata perintah tidak boleh digabungkan secara berturutan dalam satu ayat.
 Tolong jangan buang sampah di sini. (X)
 Jangan buang sampah di sini. (√)

4. KATA PEMBENAR
 Kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu penyataan.
 Berikut adalah panduan menggunakan kata pembenar :

Kata Pembenar Ayat Contoh


ya Ya, saya yang mengambil buku awak.
Ya, saya sudah membaca buku itu.
benar Benar, dia abang saya.
Benar, dia bersekolah dengan saya.
betul Betul, sayalah yang menjawab soalan itu.

5. KATA PANGKAL AYAT


 Kata pangkal ayat hadir di depan atau pangkal ayat sebagai penanda kesinambungan
ayat dalam wacana.
 Perkataan-perkataan ini selalunya digunakan dalam bahasa Melayu lama.
 Berikut adalah panduan menggunakan kata pangkal ayat :

Kata Pangkal Ayat Ayat Contoh


adapun Adapun Panglima Inderaputera itu amat perkasa orangnya.
alkisah Alkisah diceritakan orang tentang kehebatan Badang sangatlah
menakjubkan.
arakian Arakian dibantunlah oleh Merah Gajah akan rambut emas Puteri
Betung.
hatta Hatta hilanglah Puteri Raja Sriwangsa di dalam hutan tebal itu.
kalakian Kelakian dibawanya seluruh barang perhiasan pulang ke rumah.
maka Maka berkumpullah seluruh penduduk kampung di istana untuk
mendengar titah raja.
sebermula Sebermula berpindahlah Puteri Sari Kencana ke Istana Kota Lama.
syahadan Syahadan bayan itu menukarkan dirinya menjadi nuri.

Info Ekstra :

Hanya satu kata pangkal ayat yang produktif, iaitu “maka” yang membawa maksud
oleh sebab itu. Contoh :
 Maka hari pun gelaplah. (klasik – bermaksud seterusnya)
 Dia berjaya dalam peperiksaan maka saya berasa tercabar. (moden – bermaksud
oleh sebab itu)

Anda mungkin juga menyukai