Anda di halaman 1dari 6

Pola Keselerasan Vokal

Huraian : Terdapat sebanyak 18 pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu,
iaitu:
Bil Pola Contoh
1. a-a asal,basah,pakai
2. a-i asing,baik,sakit
3. a-u asuh,datu,karut
4. e pepet – a emak,kelar,tembeleng
5. e pepet – i benih,lebih,sembelih
6. e pepet – u belum,teluir,temenggung
7. e taling – a elak,dewa,temberang
8. e taling – e taling gelek,heret,selekeh
9. e taling – o elok,esok,selekoh
10. i – a ikan,minat,selinap
11. i-i bilik,pilih,sisik
12. i-u cium,riuh,tiup
13. o-a olah,otak,sekolah
14. o-e taling boleh,korek,celoteh
15. o-o botol,kotor,kelompok
16. u-a ubat,kulat,ketupat
17. u-i usik,pulih,tulis
18. u-u ukur,buluh,tengkujuh

Salah Betul
Gadis itu berasal dari Syria berdasarkan Gadis itu berasal dari Syria berdasarkan
telur percekapannya. telor percekapannya.
Amira bolih ke tandas setelah dia Amira boleh ke tandas setelah dia
menyaipkan kuiz yang diberikan oleh Cikgu menyaipkan kuiz yang diberikan oleh Cikgu
Zulaikha. Zulaikha
Amin berjaya menyelesaikan soalan yang Amin berjaya menyelesaikan soalan yang
sukar itu dalam tempuh yang sangat singkat. sukar itu dalam tempoh yang sangat singkat.
Baju Pak Engku sudah lusoh kerana dia Baju Pak Engku sudah lusuh kerana dia
gemar memakai baju tersebut. gemar memakai baju tersebut.
Nenek mencalit sehelai sireh dengan kapur Nenek mencalit sehelai sirih dengan kapur
untuk dikunyah. untuk dikunyah
Latihan
Ayat Betul/Salah
Kerajaan akan menyediakan pelabagai kemudahan untuk rakyat,
khususnya penduduk di luar bandar.
Orang yang melakukan perkara yang menyalahi undang-undang
dianggap tidak celek minda
Penunjuk perasaan te;ah merusoh lalu menyebabkan keadaan menjadi
tegang.
Hari ini warong Pak Dolah ditutup
Para Pemandu perlu berhati-hati ketika menghampiri lencungan itu
kerana kerap berlaku kemalangan di situ.

1
Syamsila mebeli jerok pauh di gerai Pak Ali.
Telur itu berbau busuk kerana tidak digunakan dalam tempoh masa yang
dihadkan.
Ibu memasakkan adik bubor ayam kerana adik tidak berselera untuk
makan.

Kata Tugas – Golongan kata


Kata tugas ialah perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung
tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa atau frasa. Kata tugas terdiri daripada empat
kelompok yang pecahan semuanya berjumlah 17 jenis:
Kelompok kata tunggal

Kata Penyambung Kata prafrasa dan


Kata Praklausa Kata pascakata
ayat kata pascafrasa

↓ ↓ ↓ ↓
 Kata seru  Kata bantu  Kata
Kata hubung
 kata tanya  kata nafi penekan
 kata  kata pemeri  Kata
perintah  kata sendi pembenda
 kata nama
pembenar  kata
 kata pangkal bilangan
ayat  kata arah
 kata penguat
 kata penegas
 kata adverba

Kata hubung Gabungan dan Pancangan


Hurain : Kata hubung perlu digunakan berdasarkan tugasnya sebagai kata hubung atau kata
hubung pancangan.
KH Penggunaan Formula
Gabungan Menghubungakan kata, frasa atau ayat A¹ + KHG + A2
yang sama sifat atay ayat yang
berlawanan.
Pancangan Memancangkan klausa tak setara pada A¹ + KHP + A2
klausa utama

2
Salah Betul
Rohaizat kuat makan dan badannya kurus Rohaizat kuat makan tetapi badannya kurus
Datin Nuraisyah bukan sahaja anggun dan Datin Nuraisyah bukan sahaja anggun tetapi
berbudi orangnya berbudi orangnya
Khairy merenung mata isterinya tetapi Khairy merenung mata isterinya sambil
mengucapkan kata-kata yang romantik. mengucapkan kata-kata yang romantik.
Ketika Pak Rahmat mudik ke hulu, buaya Semasa Pak Rahmat mudik ke hulu, buaya
itu mengekorinya secara perlahan-lahan itu mengekorinya secara perlahan-lahan
Kerana tidak dapat hadir hari ini, Jika tidak dapat hadir hari ini,
bertahukanlah perkara ini kepada Tok Imam bertahukanlah perkara ini kepada Tok Imam
Junus. Junus.

Nyatakan kata hubung yang sesuai berdasarkan ayat yang salah.


1. Mungkin mereka melancong ke Korea dan ke China. ____________
2. Gopalan lulus ujian itu dan adiknya gagal._____________
3. Bungkusan kecil itu dipungutnya supaya dimasukkan ke dalam tong biru
itu.___________
4. Danial lulus dalam pemilihan pasukan bola sepak Jaguar Merah dan kawannya pula
gagal.___________
5. Amir berdoa untuk roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang
beriman.__________
6. Sambil menanti ibu selesai membeli-belah, kumaresan membaca surat khabar
itu.________
7. Baskaran bukan sahaja pandai berkata-kata dan aktif berpidato dalam bahasa
Melayu.__________
8. Nasi lemak dia atas meja itu basi supaya lama terdedah pada udara.__________

3
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
usaha-usaha memupuk perpaduan kaum dan kebaikan perpaduan kaum.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan Teras


Kejayaan membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu padu dapat
menjanakan kecemerlangan negara. Sehubungan dengan itu, perpaduan dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat diwujudkan sekiranya rakyat bergaul
dan memupuk persefahaman antara kaum. Selain itu, ibu bapa perlulah
menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Mereka
seharusnya menjadi suri teladan kepada anak-anak agar dapat menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab


menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
Antara langkah yang diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan
yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum dalam melaksanakan projek-projek
sekolah. Dalam proses menjayakan inisiatif tersebut, guru tidak boleh
mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar . Di samping itu, pelajar-pelajar
perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti
perpaduan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan telah mewajibkan pelajar-pelajar agar
lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Selanjutnya, pelaksanaan aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk dan
mengeratkan hubungan kaum dalam kalangan pelajar dan juga antara sekolah
dengan masyarakat. Sesungguhnya, aktiviti–aktiviti kokurikulum membantu
pelajar menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang


tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini demikian kerana
tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman akan mengakibatkan
pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara.
Masyarakat setempat juga sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum. Antara aktiviti yang dapat
dianjurkan seperti bergotong-royong dan menyertai Program Rukun Tetangga.
Selain itu, masyarakat juga boleh turut serta menjayakan aktiviti-aktiviti yang
diadakan semasa perayaan Bulan Kemerdekaan. Sebagai jentera pentadbiran
negara pula, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam
kalangan rakyat.
Gagasan ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang terangkum
persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Oleh itu,
4
usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan
sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak.

Dipetik dan diubah


suai daripada
`Perpaduan Asas
Kejayaan’,
Wadah Siswa,
Bil 08/2013

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud pelbagai kaum. [2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang dapat


mengeratkan perhubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

Nyatakan aktiviti-aktiviti tersebut.


[3 markah]

(iii) Sebagai seorang pemimpin pelajar, apakah usaha-usaha yang boleh anda lakukan
untuk menerapkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di sekolah anda.
[4 markah]

5
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Pengendali makanan di restaurant perlu menjaga kebersihan diri dan


peralatan memasak untuk mengelakan keracunan makanan.
(ii) Kerajaan mengwartakan hutan simpan di setiap negeri bagi
mengekalkan keindahan alam semulajadi di kawasan tersebut.

(iii) Setiap pekerja yang cermelang perlu berusaha menambah ilmu


pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceburkan dari
semasa ke semasa.

[
6
m
a
r
k
a
h
]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis Anugerah Kualiti itu diadakan untuk memberi penarafan dan
penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya meningkatkan
sekolah prestasi.

(ii) Antara fungsi hutan adalah untuk memantau kualiti air serta alirannya,
di samping menahan tanah dari terhakis dan runtuh.

(iii) Perpustakaan sekolah merupakan kemudahan yang disediakan untuk


semua murid-murid mengulang kaji pelajaran kerana perpustakaan
terhindar daripada kekecohan.

[
6
m
a

Anda mungkin juga menyukai