Anda di halaman 1dari 9

Sektor pertanian menghadapi cabaran untuk berkembang pesat kerana pelibatan generasi

muda masih rendah walaupun pelbagai usaha telah dijalankan. Jelaskan usaha-usaha yang
perlu diambil untuk menangani cabaran tersebut bagi melahirkan generasi muda yang cinta
akan pertanian.

Strategi: Isi
Tajuk : Sektor Pertanian 1. Menawarkan mata pelajaran sains
Kata Kunci: Usaha-usaha Pertanian pada peringkat menegah
Format: Umum atas.
2. Melahirkan lebih banyak guru
pertanian di negara kita.
3. Anggota masyarakat sewajarnya
mengubah persepsi dengan mengikis
imej pertanian yang negatif.
4. Pihak kerajaan harus
memperuntukkan tanah pertanian
dan sumber kewangan kepada
golongan muda yang berminat
menceburi industri pertanian.

Sektor pertanian penting bagi memastikan negara mempunyai simpanan makanan yang
mencukupi untuk tahun-tahun yang mendatang. Namun kini, sumbangan sektor pertanian
sudah berkurangan dalam pertumbuhan ekonomi negara kerana pekerja dalam sektor
pertanian semakin kurang. Tidak banyak anak muda pada hari ini yang terlibat dalam sektor
pertanian, justeru mereka lebih rela berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki di kilang-
kilang, di sektor peruncitan dan sektor perkhidmatan lain. Pengusaha-pengusaha pertanian di
luar bandar sudah mencecah umur 50-an dan sudah kehilangan daya saing dalam lapangan
pertanian yang semakin maju. Keadaan ini akan menyebabkan negara kita terpaksa berdepan
dengan krisis kekurangan bekalan makanan yang serius kelak berikutan dengan pertumbuhan
populasi yang berlipat ganda di negara kita. Kerajaan pernah mengadakan kempen supaya
anak muda menyertai sektor pertanian dengan menggunakan slogan, Pertanian adalah
Perniagaan. Malangnya, inisiatif-inisiatif kerajaan ini tidak menampakkan hasil yang
diharapkan untuk merancakkan sektor pertanian. Oleh itu, usaha-usaha menangani cabaran

1
untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan pertanian perlu dikaji semula dan ditambah
baik demi masa hadapan negara.

Prakarsa penting untuk melahirkan generasi pelapis yang cinta akan pertanian haruslah
bermula dari sekolah dengan menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian pada peringkat
menengah atas. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan sekolah tidak menawarkan
mata pelajaran tersebut. Warga pendidik harus memahami masalah ini secara mendalam dan
sedar bahawa subjek Sains Pertanian merupakan satu bidang yang penuh dengan aplikasi
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik(STEM). Bagi sekolah di bandar yang
menghadapi masalah kawasan untuk berkebun,pihak sekolah boleh memperkenalkan masalah
kawasan untuk berkebun, pihak sekolah boleh memperkenalkan pertanian bandaran secara
hidroponik atau secara sistem fertigasi. Sebagai contohnya, pihak sekolah perlu menawarkan
murid-murid tanpa mengira kemampuan akademik sebagai titik permulaan untuk
menggalakkan golongan murid cinta akan pertanian kerana tak kenal maka tak cinta. Jika
pihak sekolah masih mengubah tanggapan negatif terhadap bidang pertanian, graduan yang
berkelulusan pertanian tidak dapat dijanakan untuk memajukan sektor pertanian negara.
Ringkasnya, sekolah yang merupakan tapak semaian peranan yang signifikan untuk meyemai
bibit-bibit cinta akan pertanian golongan muda.

Bertitik tolak dari situ, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengambil pendekatan
yang berterusan dengan melahirkan lebih banyak guru Sains Pertanian di negara kita. Pihak
kerajaan perlu mengambil berat tentang isu ini kerana kebanyakan sekolah mengalami
masalah kekurangan tenaga pengajar dalam bidang Sains Pertanian. Pada hari ini, Universiti
Putra Malaysia (UPM) hanya menghasilkan lebih kurang 35 hingga 40 orang guru Sains
Pertanian setiap tahun. Keadaan ini memang tidak cukup untuk menampung keperluan
sekiranya sekolah-sekolah ingin menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian kepada murid-
murid di seluruh negara. Sebagai Contohnya, setiap insititusi pendidikan guru (IPG) atau
universiti hendaklah mengambil guru pelatih pertanian yang banyak supaya masalah
kekurangan guru dapat diatasi. Kementerian Pendidikan Tinggi harus memantau dan
memastikan universiti, kolej dan politeknik senitasa menawarkan Program Perguruan Sains
Pertanian untuk menambahkan bilangan tenaga pengajar yang profesional dan berkualiti
dalam bidang berkenaan untuk menampung keperluan sekolah. Sekiranya, Kementerian
Pendidikan Tinggi memandang enteng tentang isu ini, kemelut ini mampu mengekang hasrat
kerajaan untuk memajukan sektor pertanian. Selain itu, mereka yang bakal menjadi guru
Sains Pertanian haruslah didedahkan dengan pelbagai teknologi baharu yang diperkenalkan

2
oleh saintis pertanian seperti bioteknologi, kejuruteraan genetik, kultur tisu dan pertanian
persis supaya tidak ketinggalan zaman. Dengan adanya komitmen daripada pihak kerajaan,
usaha untuk melestarikan sektor pertanian akan dapat direalisasikan.

Selain itu, anggota masyarakat sewajarnya mengubah persepsi dengan mengikis imej
pertanian yang negatif. Perubahan ini perlu dilakukan kerana kebanyakan orang menganggap
bahawa bidang pertanian hanya untuk mereka yang benar-benar hampa dan kecewa kerana
gagal mengejar kerjayaan atau profesion yang lain. Stigma dan pandangan buruk yang
menyelebungi masyarakat ini perlu direvolusikan dengan bantuan media massa supaya
anggota masyarakat lebih optimis untuk menceburi bidang pertanian. Pelibatan dan kejaayan
laporan media supaya kerjaya dalam pertanian boleh dipaparkan dengan cara yang menarik
.Jika masyarakat tidak mengambil inisiatif untuk mempromosikan sektor pertanian, orang
muda atau belia akan memandang sektor ini sebagai sektor yang tidak diminati. Sebagai
contohnya, masyarakat perlu mendapatkan maklumat yang betul daripada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani atau agensinya tentang kejayaan individu dalam industri ini
dan memanfaatkan media sosial dengan menyebarkan maklumat tentang pertanian dan
berkongsi kisah-kisah kejaayaan rakyat Malaysai dalam industri ini. Dalam hal ini juga,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memanifestasikan peranan sebagai
landasan dengan mengadakan jerayawara untuk memupuk minat orang ramai terhadap sektor
pertanian. Pendek kata, revolusi minda rakyat mampu memberikan nafas baharu kepada
sektor pertanian negara.

Dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang cinta akan pertanian, pihak kerajaan
harus memperuntukkan tanah pertanian dan sumber kewangan kepada golongan muda yang
berminat menceburkan diri dalam industri pertanian. Langkah ini penting kerana graduan
yang baru menjejakkan kaki di alam pertanian dan bantuan kewangan untuk memulakan
penerokaan mereka dalam bidang ini. Kementerian perlu ada dasar yang berfokus pada belia
dengan menyediakan persekitaraan yang baik untuk orang muda menyertai sektor pertanian.
Akses kepada tanah dan sumber kewangan tidak haruslah dijadikan halangan untuk menarik
lebih banyak belia untuk menceburi bidang pertanian. Sselaras dengan matlamat itu,
kementerian juga perlu mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti
tanah-tanah terbiar dan merangka penggunaannya sebagai tanah pertanian dalam usaha
meningkatkan hasil pertanian yang sesuai untuk diperuntukkan kepada golongan muda,
manakala Bank Agro perlu melonggarkan syarat kelayakan bagai golongan muda untuk
mendapatkan skim pinjaman bagi tujuan pertanian. Dengan adanya, bantuan dan sokongan

3
kerajaan, sudah pasti banyak usahawan muda berjaya dalam bidang pertanian dapat
dilahirkan. Tegasnya, pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan boleh
menyemarakkan semangat cinta akan pertanian dalam kalangan generasi muda.

Sebagai kesimpulannya. Cabaran untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan
pertanian tidak seyogianya menjadi penghalang untuk berjaya dalam sektor pertanian. Semua
pihak patut menggembleng tenaga dan mempamerkan kesungguhan yang kuat untuk
menjayakan hasrat ini kerana menurut William J.Siegel, “Manusia tidak merancang untuk
gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang.” Kerjasama antara Kementerian Pendidkan
Malaysia dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani amat diperlukan kerana
masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Sekiranya usaha yang dijalankan
sebelum ini seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi. Peribahasa ada menyatakan, perahu
sudah di air, dayung sudah di tangan, maka sudah sampai masanya untuk rakyat bangkit
dan memperkasakan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai sumber
pendapatan kita.

[987 patah perkataan]

Kategori Makna
(a) Signifikan (a) Penting
(b) Bibit-bibit (b) Tanda-tanda permulaan
(c) Kemelut (c) Masalah
(d) Melestarikan (d) Mengekalkan
(e) Persepsi (e) Pandangan
(f) Stigma (f) Kecelaan
(g) Menyelebungi (g) Menutup sesuatu
(h) Direvolusikan (h) Dibawa perubahan kepada sesuatu
(i) Jerayawara (i) Pameran atau ceramah yang
(j) Nafa baharu diadakan
(k) Akses (j) Semangat
(k) Proses atau cara untuk memperoleh
Peribahasa
(a) Tak kenal maka tak cinta (a) Jika kita tidak kenal sesuatu
(b) Melepaskan batuk di tangga bagaiman mungkin kita dapat
(c) Mencurahkan air ke daun keladi mezahrian perasaan cinta
(d) Perahu sudah di air, dayung sudah di terhadapnya

4
tangan (b) Melakukan sesuatu pekerjaan
dengan tidak bersunguh-sunguh
(c) Tidak memberi kesan
(d) Segala yang dikhendaki sudah
diperoleh
Slogan
(a) Pertanian adalah perniagaan

Tahukah anda ?

Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi
pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan
w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan
kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar
memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi
“penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”

Kesalahan Ejaan dan imbuhan

(i) Gadis manis yang berpakai baju berwarna merah dan berambut kerinting itu berasal
dari pedalaman Sabah.
(ii) Dukun itu membaca beberapa mentera kepada pesakitnya sebelum mencerita punca
sebenar penyakit tersebut.
(iii) Satay merupakan makanan yang semakin popular di negara ini berbandingkan
dengan makanan tradisional yang lain.

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

Salah Betul Salah Betul

5
Kesalahan tatabahasa dan Istilah
(i) Semua murid perlu sedar yang setiap kejayaan akan diperoleh jika ada kemahuan,
kesungguhan dan tidak mengenal putus harap.
(ii) Kertas rujukan untuk kelas sains telah disiapkan oleh saya pada pagi tadi.
(iii) Berdasarkan pada laporan guru disiplin, kebanyakan aktiviti keluar sekolah
disebabkan pengaruh rakan sebaya.

Kesalahan tatabahasa Kesalahan istilah

Salah Betul Salah Betul

Kemahiran Rumusan

Dewasa ini, tekanan jiwa merupakan penyakit yang sangat berbahaya kerana boleh
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang lebih serius bahkan menyebabkan
kematian. Profesor Dr.Bruse McEwen, ahli sains dari Amerika Syarikat mengkaji kaitan
antara hormon dengan tekanan jiwa dalam tempoh lebih empat dekad. Beliau mengatakan
bahawa tekanan menyebabkan kerosakan struktur saraf otak yang mengawal daya ingatan
pembelajaran dan emosi. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati individu yang gagal
mengurus tekanan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi badan disebabkan oleh
ketidakseimbangan hormon.

Selain itu, tekanan mental, fizikal atau emosi melampau menyebabkan seseorang itu
menghidap penyakit kardiovaskular, krosakan neuron dan sistem imun serta kecaluruan
mental. Mekanisme tindak balas tingkah laku dan fisiologi bermula apabila otak menerima
bebanan tekanan secara berterusan. Pendedahan melampau terhadap perantara sistem
neoroendokrin mengaktifkan sistem imunisasi badan. Akhirnya, tindak balas pataologi lain
seperti keradangan pada tisu badan berlaku. Penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis,
penuaan dan kanser ialah contoh penyakit yang berkaitan dengan tindak balas imun.

Tekanan di tempat kerja biasanya disebabkan oleh pelbagai punca. Berdasarkan kajian
yang dilakukan di hospital dan pusat keshatan di Itali, pekerja yang melahirkan rasa tidak
puas hati akibat tekanan akan mengalami peratusan kemurungan yang tinggi di samping
penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan seperti hipertensi. Kemurungan akan

6
menyebabkan pekerja kurang bermotivasi dan bersikap acuh tak acuh dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Kemurungan akibat daripada tekanan psikologi di tempat kerja juga
dianggap sebagai penyabab utama kegumukan abdominal. Pekerja yang berada dalam
keadaaan tertekan yang berterusan seterusnya menyebabkan kegemukan.

Selain itu, tekan jiwa boleh menyumbang kepada risiko kanser payudara dalam kalangan
wanita dan keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang lebih muda. Malahan
tekanan jiwa boleh menyebabkan sesorang itu mengalami gangguan tidur yang berulang
dalam tempoh 24 jam atau dikenali sebagai ritma sirkadian. Gangguan sirkadian yang kronik
menyebabkan fisiologi otak dan tingkah laku menjadi tidak teratur, hormon metabolik
berubah dan berat badan mula bertambah. Tekanan emosi juga boleh mengubah proses kawal
atur tenaga antara sistem imun, sistem saraf dan tisu adipos yang menggalakan lagi
penyusupan makrofaj (monosit yang ada pada dinding pembuluh darah dan tisu perantara,
terutamanya di kawasanyang mengalami jangkitan) dan menyebabkan keadaan radang
semakin serius. Individu yang menghadapi tekanan mengalami penyahrencatan yang lebih
tinggi dan makan lebih banyak terutamanya snek serta mempunyai kualiti diet yang rendah.
Hal ini berdasarkan kajian tentang kaitan antara tekanan dengan tabiat pemakanan yang tidak
sihat bagi wanita yang berpendapatan rendah.

Konkulsinya, tekanan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang. Oleh itu,
usaha-usaha untuk mnegatasi masalah tekanan perlu dipandang serius oleh setiap orang ajar
dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Tekanan Punca Penyakit’
Oleh Nurul Shazini Ramli, Dewan Kosmik, Mac 2018.

Pemhaman (Petikan Umum)

(i) Berikan maksud rangkai kata dipandang serius.[2Markah]

(ii) Berdasarkan petikan, pengarang menjelaskan beberapa implikasi kemurungan akibat

tekanan di tempat kerja.

Nytakan implikasi-implikasi tersebut. [3 Markah]

(iii) Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya tekanan [4 Markah]

7
___________________________________________________________________________

_______________________________________

_________________________________________________________________________________

8

Anda mungkin juga menyukai