Anda di halaman 1dari 8

Pantun Dua Kerat

(Nasihat)

Pantun Maksud
Berapa jauh wujud dengan sifat, Setiap perbuatan dan tindakan yang
Sejauh lutut dengan pelipat. dilakukan berkait rapay dengan sifat
seseorang itu sendiri.
Sarang semut dalam gelap, Orang yang asyik berselimut akan menjadi
Orang selimut selalu lelap. orang yang kuat tidur.
Hitam-hitam pucuk kawa, Walaupun diri seseorang itu mempunyai
Sungguh hitam dipandang lawa. kekurangan, tetapi dia tetap mempunyai
keistimewaan atau kelebihan sendiri.
Emas , perak tembaga suasa, Seseorang yang tidak mahu berusaha atau
Malas bergerak tidak merasa. berikhtiar akan menghadapi kegagalan
Buah sinatang buah senikul, Kesungguhan dan kecekalan dalam
Satu memegang satu memikul. melakukan pelbagai tugas dan kerja.

Tema
Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik dan berkualiti dalam diri. oleh itu,
setiap aktiviti yang dilakukan itu tentunya akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Persoalan
(a) Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya.
(b) Orang yang kuat tidur tidak aktif dan kurang produktif.
(c) Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang
berfaedah.
(d) Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya untuk memperoleh sesuatu.
(e) Setiap inisiatif untuk melakukan pekerjaan dilakukan dengan penuh kesungguhan.

Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada lima rangkap
(b) Bilangan baris pada etiap rangkap adalah sama. Contohnya,
 Rangkap 1 :dua baris
 Rangkap 2: dua baris
 Rangkap 3: dua baris
 Rangkap 4: dua baris
 Rangkap 5 : dua baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya,
hitam-hitam pucuk kawa (3 patah kata)
berapa jauh wujud dengan sifat ( 5 patah kata)

1
Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata . Contohnya,
Sarang semut dalam gelap (8 suku kata)
Berapa jauh wujud dengan sifat (11 suku kata)
Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur bunyi
(a) Asonansi : malas bergerak tidak berasa (pengulangan vokal a)
Emas, perak, tembaga suasa (pengulangan vokal e)
Sejauh lutut dengan pelipat (pengulangan vokal u)
(b) Aliterasi
Sarang semut dalam gelap (pengulangan konsanan s)

(c) Rima akhir terikat contohnya : aa

Gaya bahasa :
(a) Imej Alam. Contohnya, pucuk kawa; buah sinatang; buah senikul
(b) Replitisi : Buah sinatang buah senikul; satu memagang satu memikul

Nilai Pengajaran Bukti


Kerajinan Kita haruslah rajin dalam Contohnya orang yang
kehidupan suka tidur atau banyak
tidur merupakan orang
yang bersifat malas dan
tidak produktif.
Keredaan Kita perlu reda terima Contohnya, sifat reda
segala perkara dalam dengan diri sendiri sangat
kehidupan penting bagi menjadikan
diri tidak mudah berputus
asa.
Kesungguhan Kita perlu bersungguh- Contohnya, sesuatu
sungguh dalam kehidupan matlamat hanya tercapai
sekiranya kita berusaha dan
beriktihar dengan
bersungguh-sungguh.
Kecekalan Kita perlu cekal dalam Contohnya, seseorang
kehidupan perlu cekal dan tabah
menghadapi cabaran untuk
memperoleh sesuatu
matlamat.

2
1 Apakah faedah yang diperoleh jika kita mendengar nasihat berdasarkan “Pantun Dua
Kerat (Nasihat)” ?
A Kita akan mudah didampingi oleh orang ramai
B Kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat sekililing
C Kita akan lebih prihatin dan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan
D Kita akan mudah dibantu oleh orang lain dalam melaksanakan tugasan

2 Sarang semut dalam gelap,


Orang selimut selalu lelap.
Baris pantun di atas membawa pengertian bahawa manusia
A Nyenyek tidur apabila berselimut
B Yang tidak mendapat selimut sukar untuk tidur lena
C Yang mendapat kesenangan dalam kehidupannya mudah leka
D Yang sentiasa sibuk tidak dapat menikmati keseronokan

3 Buah sinatang buah senikul


Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam baris pantun diatas?
A Anafora
B Repitisi
C Asonansi
D Responsi

4 Pernyataan yang berikut merupakan pengajaran dalam pantun, kecuali


A Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama.
B Kita haruslah berushaa dengan gigih untuk mencapai cita-cita.
C Kita haruslah melakukan sesuatu kerja mengikut kemampuan diri
D Kiota haruslah bersyukur kepada Tuhan dengan kesenangan hidup.

5 Tema “ Pantun Dua Kerat (Nasihat)” ialah


A Kerjasama antara manusia demi kehidupan berkualiti
B Kepentingan mengamalkan adat resam dalam kehidupan
C Kegagalan membuat perancangan boleh mengundang musibah dalam hidup
D Kebaikan amalan positif dalam membentuk hidup berkualiti.

3
1. Pasangan pengantin itu diarak menuju ke pelamin sambi diiringi ____________
kompang.
A Tiupan
B Paluan
C Ketukan
D Pukulan

2. Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika setiap pengguna jalan raya memandu
kenderaan secara ____________
A Berbaik
B Bersatu
C Berhemat
D Berhemah

3. Berdasarkan gambar di bawah

Pak Cik Dean menembak seekor arnab di dusun dengan menggunakan se


___________
Senapang.
A Laras
B Bentuk
C Batang
D Jambak

4. Doktor menasihati ayah agar makan makanan yang _______ sebaik-baik sahaja
selesai mencabut gigi.
A Paling
B Sekali
C Benar
D Agak

5. Murid Baharu itu _________ ramah dengan kami di dalam kelas.


A Paling
B Sekali
C Benar
D Agak

6. Setiap hari Puan Myra akan menyiram pokok-pokok bunganya __________ sentiasa
segar dan berbunga lebat.
A Lalu
B Agar

4
C Untuk
D Keran

7. Berdasrkan gambar di bawah

Posmen itu lari ________________ apabila dikejar oleh seekor anjing liar
A Bolak-balik
B Susup-sasap
C Lintang-pukang
D Tunggang-langgang
Cari kesalahan dalam ayat tersebut.
8. Para pengguna dinasihatkan agar meneliti maklumat pada produk makanan yang
dijual.
A B C
Tiada kesalahan.
D

9. Ayat yang perkataan condong


I. Tugas seorang wanita bekerja di samping menguruskan rumah tangga bukanlah
sesuatu tugas yang senang.
II. Kabi G senang hati melihat kucing kesayangannya yang hilang dua hari lalu telah
ditemukan.
III. Kerja sekolah matematik senang dan tidak memerlukan jalan kerja yang panjang.
IV. Puan Mala tidak dapat tidur dengan senang kerana jirannya berbual-bual dengan
suara yang kuat.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

10. Bahagian dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak . Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Tugasan cuti sekolah kami masih belum siapkan oleh sebab terlibat dalam kursus
kepimpinan di peringkat daerah selama empat hari.
A Belum masih kami siapkan

5
B Masih belum siapakan kami
C Masih belum kami siapkan
D Kami masih belum siapkan.

Soalan 11
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
11. Kecacatan yang dialami oleh Syamsul akibat kemalangan tidak mematahkan
semangatnya untuk mendaki Gunung Kinabalu.
A Semangat Syamsul untuk mendaki Gunung Kinabalu tidak pernah lemah setelah
dia cacat dalam kemalangan jalan raya.
B Kemalangan jalan raya membuatkan semangat Syamsul untuk mendaki Gunung
Kinabalu tidak pernah patah.
C Syasmul patah semangat selepas kemalangan jalan raya kerana dia cacat dan tidak
dapat mendaki Gunung Kinabalu.
D Akibat kemalangan jalan raya syamsul mengalami kecacatan tetapi itu tidak
melemahkan semangatnya untuk mendaki Gunung Kinabalu.

12. Pilih ayat yang betul


I. Suzana dan Hui Lin berjanji akan ke perpustakaan di hari ahad.
II. Encik Abu membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.
III. Pak Cik Saleh sanggup membanting tulang empat kerat demi menyara kaum
keluarganya.
IV. Beberapa orang guru sedang menghias pentas bersempena dengan sambutan
Bulan Kemerdekaan.
A I dan II
B III dan IV
C I,II dan III
D II,III dan IV

13. Pilih ayat yang betul


I. Pada hari raya,kanak-kanak sangat gembira kerana mereka dapat menimbun wang.
II. Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu terlalu enak sekali
III. Aini duduk di anatara Nafesaa dengan Adam sewaktu mendengar taklimat PT3
IV. Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.
A I dan II
B III dan IV
C I,II dan III
D II,III dan IV

14. Anak-anak jutawan itu mendapat harta yang sangat banyak setelah kematian ayah
mereka.
Pernyataan tersebut sesuai dengan peribahasa.
A Garam jatuh di air.

6
B Enggang lalu ranting patah.
C Gajah mati,tulang setimbun.
D Burung terbang dipipiskan lada.

15. Adam tidak hendak mengupah hamzar yang tidak amanah menjaga kebun buah-
buahan miliknya.
A Sekali air bah, sekali pantai berubah.
B Harpkan sokong,sokong membawa rebah.
C Dibakar tidak hangus,diramdam tidak basah.
D Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Bahan 1

Tenang-tenang air di laut, Anak beruk di tepi pantai,


Sampan kolek mudik ke tanjung; Pandai melompat pandai menari;
Hat terkenang mulut menyebut, Biar buruk kain dipakai,
Budi yang baik rasa nak junjung. Asal hidup pandai berbudi.

Yang kurik kundi, Tingkap papan kayu bersegi,


Yang merah saga; Sampan sakat di Pulau Angsa;
Yang baik budi, lndah tampan kerana budi,
Yang indah bahasa. Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Padang Temu Padang baiduri,


Bunga seroja di tepi kali; Tempat raja membangun kota;
Hina besi kerana karat, Bijak bertemu dengan jauhari,
Hina manusia tidak berbudi. Bagai cincin dengan permata.

Bunga cina di atas batu, (Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah
Jatuh daunnya ke dalam ruang; Bahasa,
Adat dunia memang begitu, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Sebab emas budi terbuang.

Bahan 2

7
(a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua kesan jika seseorang individu tidak
mengamalkan sikap berbudi bahasa. [3Markah]
(b) Mengapakah amalan berbudi bahasa sangat penting dalam kehidupan
bermasyarakat? [3M]
(c) Pembentukan sikap berbudi bahasa dalam diri anak-anak bergantung didikan ibu
bapa.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menyemai sikap berbudi
bahasa dalam diri anak-anak.[4Markah]

Anda mungkin juga menyukai