Anda di halaman 1dari 4

Pemahaman Petikan

Bahan 1

YOUTUBER, S. Pavithra, 28 tahun mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya semasa


mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu mendapat keputusan
cemerlang 5A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek kegemarannya. Namun
begitu, Pavithra tidak berpeluang menghabiskan persekolahannya di sekolah menengah.
Pavithra belajar setakat tingkatan empat disebabkan kesusahan jidup yang dialaminya dan
menamatkan pengajian lebih awal kerana terpaksa menambahkan pendapatan keluarga dengan
bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana
kefasihan komunikasinya dalam bahasa Melayu ketika erkongsi resipi dan tutorial masakan bersama-
sama suaminya, M.Sugu, 29 tahun.
Kisahnya menjadi tular berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan tampak realistik dan tidak
dibuat-buat. Saluran YouTuber yang menggunakan nama @ Sugu Pavithra kini diikuti melebihi 600
ribu pelanggan. Sekiranya beliau bersungguh-sungguh dalam bidang baharunya ini tidak mutahil
suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian sebagai orang yang hebat dan berjaya.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Selepas Kegagalan ada Kejayaan yang Menanti”
Oleh Suria
Pelita Bahasa, 07/2020)

Bahan 2

PEPERIKSAAN sering kali dijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaan dan kemampuan
seseorang dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana ataupun gagal.
Selalunya, masyarakat berandaian bahawa sekiranya seseorang itu berjaya dalam peperiksaan
dengan mengumpulkan banyak “A” dalam keputusannya, maka dirinya akan berjaya dalam
kehidupan dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik menikmati
kehidupan yang selesa dan bahagia. Lantaran itu, berluma-lumbalah kalangan ibu bapa mencari guru
pakar yang menguasai ilmu dan mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk
membimbing dan mengajar anak mereka. Gambaran sedemikian dilihat agak berkontradiksi dengan
agenda kerajaan yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan yang seimbang dan
menyeluruh.
Pernahkah anda berasa kegagalan dalam peperiksaan? Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
gagal membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya, iaitu tidak mencapai matlamat diperlukan.
Kegagalan dalam peperiksaan kerana tidak mendapat keputusan “A” seperti sering kali menghantui
setiap individu yang mengambil peperiksaan. Setiap inidividu yang mengambil peperiksaan. Setiap
individu menerima kegagalan dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang memilih untuk terus positif
dengan ujian kegagalan dalam kehidupan mereka. Pengalaman gagal memburu kejayaan akan
memotivasikan dirinya untuk bangkit daripada belenggu kegagalan, namun demikian, tidak sedikit
individu yang apabila dirundung kekecewaan, mengalami kemurungan, tertekan serta mengasingkan
diri kerana mereka berasa kegagalan tersebut mampu menyentap impian indahnya dan memusnahkan
kehidupan bahagia yang dicita-citakannya.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Daripada kegagalan Munculnya Kejaayan”
Oleh Mohd. Rosle Said)
1 Berdasarkan Bahan 1. Berikan maksud tampak realistik ? [2M]

2 Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang kejayaan dalam
pencapaian akademik. [3Markah]

3 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin menggambarkan kepentingan


laman sosial dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan seorang menjadi
Youtuber? [3M]

4 Kegagalan seseorang untuk memburu kejayaan boleh menyebabkan mereka hilang hala tuju
dalam kehidupan. Jika anda mempunyai seorang rakan yang gagal memburu kejayaan,
bagaimanakah anda dapat memotivasikan rakan tersebut agar mereka tidak dirundung
kekecewaan sehingga menyebabkan masalah kemurungan? [4M]
Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan majmuk dengan tepat mengikut konteks.
DSKP 5.1.1

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
pemajmukan atau penggandaan.

Contoh :
1 Ru
2 Cat
3 Gred
4 Emas
5 Keluarga

Kata Tunggal ada dua jenis iaitu kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih.

Dalam bahasa Melayu jumlah kata yang terdiri daripada satu suku kata agak terhad. Antaranya
merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Perkataan seperti ku (daripada aku) dan itu (daripada itu0 tidak dianggap kata tunggal satu suku kata
kerana sebenarnya merupakan kependekan kepada perkataan dua suku kata. Terdapat tujuh pola
gabungan konsanan-vokal dalam kata tunggal, seperti yang berikut.

Jenis Contoh perkataan


KV Yu
VK Am
KVK Cat , roh, tin
KKVK Draf, stor , dril,gred
KVKK Golf, teks, bank
KKKV Skru
KKKVK Skrip,straw, spring

Kata tunggal dua suku kata


Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Pola
konsanan-vokal dengan kata tunggal dua suku kata ialah:

Jenis Contoh perkataan


V+KV Aku
V+VK Aib, ais
V+KVK Adik,emas, ubat, izin
VK+KV Abdi, undi, inti erti
VK+KVK Empat, undang
KV+V Dia, tua, doa
KV+VK Giat, buih, buah
KV+KV Jala, buku, beta
KV+KVK Kapal, pasung, pukul, jarum
KVK+KV Lampu, binti, tunggu, sunti
KVK+KVK Sunting, bangsal, sandar, bintang
baca petikan di bawah dengan telitinya, tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

(1) Kebanyakan ibu bapa suka mendedahkan anak-anak mereka di media sosial. Ada segelintir ibu bapa
yang membuka akaun media sosial untuk anak mereka seawal usia. (2) Mereka memuat naik gambar
atau video aksi anak mereka. Secara sedar atau tidak, ibu bapa cuba meraih populariti di media sosial
melalui anak mereka. (3) Namun begitu, tindakan itu sebenarnya mengundang bahaya.

(Dipetik dan diubah suai


Daripada Peranan Ibu Bapa dalam Komunikasi Era Digital
Oleh Haryati Ariffin Dewan Bahasa Bil. 11 2019)
[6M]

Anda mungkin juga menyukai