Anda di halaman 1dari 2

Dieja Rapat atau Jarak

Semua imbuhan pinjaman hendaklah dieja rapat atau bercantum dengan kata dasar kerana imbuhan
tersebut tidak dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Imbuhan pinjaman – rapat

Salah Betul
Pada zaman pra sejarah manusia tidak Pada zaman prasejarah, manusia tidak
mempunyai temadun yang hebat. mempunyai temadun yang hebat.
Murid pra sekolah perlu didedahkan oleh Murid prasekolah perlu didedahkan oleh
pembelajaran yang menghiburkan. pembelajaran yang menghiburkan.
Sub entri sesuatu perkataan selalunya berada di Subentri sesuatu perkataan selalunya berada di
bawah kata masukan utama bawah kata masukan utama
Murid yang tuna netra akan menggunakan Murid yang tunanetra akan menggunakan
Braille dalam peperiksaan khas itu. Braille dalam peperiksaan khas itu.
Tata cahaya dalam filem yang diarahkan oleh Tatacahaya dalam filem yang diarahkan oleh
pengarah popular itu sangat menarik. pengarah popular itu sangat menarik

Catatan : Perkataan maha yang merujuk kata penguat diikuti oleh kata adjektif hendaklah dieja jarak,
seperti maha luas dan maha indah.

Ayat Betul/Salah
Maharaja Syih Huang Ti bersemayam dengan maha rani yang
jelita itu.
Tata cahaya dalam filem baharu karya Adnan Fitri amat
menarik
Kebanyakan multi vitamin mengandungi vitamin C, B dan E,
serta Oemga-3
Filem Cinta Kita mempunyai sub tema, seperti perubahan
sejarah, sosial, kemanusiaan dan keagmaan.
Pasukan panca ragam sekolah itu memang hebat ketika
membuat persembahan.
Universiti Malaya menawarkan program pasca sarjana kepada
pelajar yang baru mendapat ijazah sarjana muda.
Alam yang mahaluas ini merupakan ciptaan Tuhan yang paling
hebat untuk makhluk-Nya
Kejohanan sukan itu diadakan dwi tahunan atas permintaan
Persatuan Ibu Bapa SK Dato’Hashim 2.
Dieja Rapat atau Jarak (2)
Kata sendi nama di hendaklah dieja jarak daripada perkataan yang mengikutinya manakala awalan
kata kerja di- dieja bercantum dengan kata dasar.

Rumus Konsep
KSN di jarak
Awalan di- rapat

Salah Betul
Cikgu Babathunde bertugas disekolah itu. Cikgu Babathunde bertugas di sekolah itu.
Kami tiba di-London semalam. Kami tiba di London semalam.
Baju didalam almari sudah berbau Baju di dalam almari sudah berbau
Bola itu di sepak oleh Ching Meng. Bola itu disepak oleh Ching Meng
Pintu itu di cat oleh ayah. Pintu itu dicat oleh ayah.

Catatan : Kata sendi nama di tidak perlu diletakkan tanda sempang, seperti di-sekolah.

Ayat Betul/Salah
Kita mesti tinggal disini kerana tempat ini tanah air kita.
Novel yang berjudul Cinta Pertamaku dikarang oleh Irda
Haleeda
Kursus tentang alam sekitar di adakan pada 15 Jun 2019
Pak Mat berjumpa dengan Pak Wok di kedai kopi.
Tiga orang perompak telah di tembak oleh polis pagi tadi
Gigi palsu nenek di perbuat daripada emas.
Pelukis itu akan berada diGaleri perdana dari pukul 8.00
pagi hingga 4.00 petang.
Sebelum bekerja diKuala Lumpur, tuan Stanfford pernah
menetap di-Perancis selama 10 tahun.

Anda mungkin juga menyukai