Anda di halaman 1dari 3

SYAIR BIDASARI

syair maksud
Dengarkan tuan suatu riwayat Pengenalan kisah seorang raja yang
Raja di desa Negeri Kembayat memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya
Dikarang fakir dijadikan hikayat hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda
Supaya menjadi tamsil ibarat merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
contoh dan perbandingan kepada pembaca

Ada raja suatu negeri, Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah,


Sultan halifah akas bestari, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Asalnya baginda raja yang bahari, Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada
Melimpah ngadil dagang senteri. peringkat awal sebelum dilanggar geroda).
Keadilan baginda telah menggamit kedatangan
para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu
agama yang merantau).

Hairan orang empunya temasya, Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan


Baginda itulah raja perkasa, baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun
Sangat tiada merasai susah, baginda tidak mengalami kesusahan. Namun,
Entah pada esok dan lusa tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu
akan berkekalan atau sebaliknya.

Seri sultan raja bestari, Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila
Setelah ia sudah beristeri, menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa
Beberapa bulan beberapa hari, bulan, permaisuri pun hamil.
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Setelah beberapa tahun memerintah negara


Baginda duduk bersuka-sukaan, dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala
Datanglah beroleh kedukaan, petaka datang melanda. Baginda terpaksa
Baginda meninggalkan takhta berundur dari istana.
kerajaan.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung
Datanglah kepada suatu masa, raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Melayanglah unggas dari angkasa, Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti
Unggas gurda sangat perkasa, dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja
Menjadi negeri rosak binasa. sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan
Datanglah menyambar suaranya bahana, Geroda melakukan serangan dengan suara yang
Gemparlah sekalian mulia dan hina, bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Seisi negeri gundah-gelana, Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan
Membawa diri ke mana-mana. kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan
lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Baginda pun sedang dihadap orang, Ketika itu baginda sedang bersemayam di
Mendengar gempar seperti perang, singgahsana sambil menerima menghadap
Bertitah baginda raja yang garang, pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara
"Gempar ini apakah kurang." bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran.
Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang
perkara cemas apa pula yang berlaku.
1 Persoalan
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)

2 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan
amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

3 Perwatakan
a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang

SOALAN PEMAHAMAN:SYAIR BIDASARI

i. Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang
berakhlak mulia dan berhemah tinggi ? [KBAT] [ 4 markah]
iii. Jelaskan persoalan yang terkandung dalam syair ini[3 markah ]

Peribahasa – Latihan 1

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis
peribahasa yang berkenaan sahaja.
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja
.

Morfologi-Tulis satu ayat bag setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunanaanya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sabagai peribahasa atau
nama khas
i. Menebang
ii. Mencantas
iii. Menebas
iv. Memotong
v. Menghiris
vi. Memenggal
Peribahasa - Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan
rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak
boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku
tidak mempercayainya lagi.

Anda mungkin juga menyukai