Anda di halaman 1dari 17

Tatabahasa

KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian,
setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan,
ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya Berapa



Jenis Kata Bilangan contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta,
berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian
setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu
jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan
melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang
hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah
dengan segera.

KATA TANYA
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel kah tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?



kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam
ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan
buku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah
?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa
orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?


KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan
rangkai kata dengan rangkai kata
ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
(a) (a) kata hubung gabungan,
(b) (b) kata hubung pancangan,
(c) (c) kata hubung berpasangan.
(d)
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang
berikut:

Kata Hubung Tunggal


Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.


Kata Hubung Berpasangan


Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempUan lama-sama bergotong- r0y0ng
membersihkan balai rays itu.
Baik- baik Baik Daud balk adiknya sama-sama pintar.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan
pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar


Dan hingga Lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya



3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekali[un
mudah-
mudahan
moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal


contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

KATA SERU
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih,
takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh untuk menyatakan perasaan
sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan perasaan
sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah untuk menyatakan tidak setuju
atau menolak sesuatu
1. Ah, says tetap tidak mengaku
bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat
kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan
hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan
marsh dan bend
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa Ad
eh untuk menyatakan perasaan
hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai untuk menegur seseorang
atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak
bertemu!



Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan
perasaan sayang atau
merayu
Wahai adik ku sayang !
amboi menunjukkan
perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai

Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah

Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh

Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan,
gembira atau
mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas,
memuji atau ucap
tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan
biadap itu !


KATA GANDA

1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan
tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, Jan kata keterangan.
2.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat


alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat,
kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.


1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
samaada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

1 Kata Ganda Seluruh

1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat,
awal-awal,
benar-benar,
besar-besar,
budak-budak,
cacing--cacing , dan lain-lain



2 Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi
tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata Ganda Semu
kuda-kuda,
kupu-kupu,
kura-kura,
labah-labah,
layang-layang,
oleh-oleh,
onde-onde, dan lain-lain



3 Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjur u rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga


4 Kata Ganda Bersajak/Berima


1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi
(rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Separa Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :

lelaki bebola lelabah Pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu Dedaun kekisi


Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :

lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita


Gandaan Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :

tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan


KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena
oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan
contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan
mendengar radio.
- mendengar ialah kata kerja
transitif
- radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-, men ...i, men ...kan, memper-, memper...i, dan memper...kan.
Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda
yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena
buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri,
tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek
lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-, men-, ter-, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau I
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men-.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja
pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi,
kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan,
kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat,
dipelajari, dan dipersilakan



Murid-murid Tahun 4 Mutiara,
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.

NOTA: PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.

Penjodoh Bilangan Penggunaan
baris Untuk benda yang bersusun
atau orang yang beratur seperti
kedai, pokok, orang dan
sebagainya
batang Untuk benda yang panjang
seperti kayu, pokok, sungai,
pen, dan sebagainya
biji Untuk benda yang kecil-kecil
seperti telur, manik, buah-
buahan, dan sebagainya
cucuk Untuk benda-benda yang
dicucuk seperti sate, buah-
buahan, dan sebagainya
das Untuk bunyi tembakan
senapang atau meriam
ekor Untuk haiwan sepeti kucing,
monyet, lembu, dan sebagainya
gugus Untuk pulau atau buah-buahan
seperti anggur, rambutan, dan
sebagainya
ikat Untuk benda-benda yang diikat
seperti kayau, buah-buahan,
sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak Untuk benda yang dalam bentuk
karangan atau berangkai-
rangkai seperi bunga, anak
kunci, buah-buahan, dan
sebagainya
keping Untuk benda yang nipis dan
pipih seperti roti, papan,
gambar, dan sebagainya
ketul Untuk benda-benda yang
berketul dan padu seperti batu,
ais, arang, dan sebagainya
laras Untuk senjata api seperti
senapang, meriam, dan
sebagainya
lembar Untuk benda yang panjang dan
halus seperti benang, tali, dan
sebagainya
pasang Untuk benda-benda yang
berpasangan seperti baju,
anting-anting, kasut, dan
sebagainya
sikat Untuk pisang
ulas Untuk isi buah seperti durian,
cempedak, nangka, dan
sebagainya
utas Untuk benda yang panjang dan
dapat digulung seperti rantai,
dawai, tali, dan sebagainya


Tip

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. (betul)

Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.


3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di
rambutnya. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan
bersesuaian dengan konteks ayat.



Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.




Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun


Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2




Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan
ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada
pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang
merah.
A sepotong .. biji
B sehiris .. ulas
C seketul .. biji
D sekeping .. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan
serta beberapa __________ kelapa.
A ulas .. sikat
B biji .. tandan
C ikat .. tandan
D ikat .. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur .. pintu
B kaki .. baris
C batang .. deret
D baris .. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih.
A seketul .. sekeping
B segenggam .. sehelai
C sepotong .. selembar
D sekepal .. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang .. gelung
B sebuah .. gelung
C sekerat .. lembar
D sebilah .. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan
perbelanjaannya.
A baris .. pucuk
B deret .. kelompok
C batas .. rumpun
D ikat .. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3




Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan

Anda mungkin juga menyukai