Anda di halaman 1dari 3

Kata seru, Kata tanya, Kata Perintah

Kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan,
sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau
menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh 1. Aduh, sakitnya tanganku!
untuk menyatakan 2. Aduh, besarnya rumahmu!
perasaan sakit dan kagum
aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku!
perasaan sedih
ah untuk menyatakan tidak 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
setuju atau menolak 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
sesuatu
amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
perasaan hairan atau 2. Wah, berani betul budak itu!
kagum
cis/cih untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku!
perasaan marah dan benci 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai!
perasaan hairan atau 2. Eh, tadi dia ads di sini!
terkejut
hai untuk menegur seseorang 1. Hai, diamlah sikit!
atau menarik perhatian 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat


Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan Wahai adik ku sayang !
perasaan sayang
atau merayu
amboi menunjukkan Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
perasaan kagum
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, Oh, itu rupanya rumah kamu !
gembira atau Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
mengharap
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
memuji atau ucap
tahniah
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh
ditambah partikel –lah di belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta

Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Kata Tanya

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.


2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?

Anda mungkin juga menyukai