Anda di halaman 1dari 4

1.

Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru
aduh

Penggunaannya

Ayat Contoh

untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku! perasaan sakit dan kagum 2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai

untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku

eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini!

hai

untuk menegur seseorang atau 1. Hai, diamlah sikit! menarik perhatian 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Anda mungkin juga menyukai