Anda di halaman 1dari 3

Kata Seru

 Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram, hairan, marah,sakit, sedih, takut,
terperanjat, dan sebagainya.

 Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau nada menurun.
 Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
 Tanda '!" harus digunakan pada setiap akhir ayat yang mengandungi kata seru.
 Yang berikut ialah contoh-contoh kata seru berserta penggunaannya dan ayat contoh.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh


1.aduh untuk menyatakan perasaan hairan atau sakit Aduh, sakitnya perutku ini!
2.aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malangnya nasibku hari ini!
3.ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu Ah, kata-katamu itu dusta belaka!
Wah, tingginya pokok itu!
4.amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

5.cis/cih untuk menyatakan perasaan marah atau benci


Cih, kurang ajar betul budak itu!
6.eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut Eh, cepatnya kamu sampai ke sini!
7.hai untuk menyapa seseorang atau menarik perhatian Hai, lama kita tidak bertemu!
8.nah untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu Nah, ambillah buku kamu ini semula!
9.oh untuk menyatakan perasaan kecewa, hairan dan terkejut Oh, saya tidak tahu akan hal itu!
10.wahai untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian Wahai anakku, usahlah bersedih!

Latihan :
Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :
__________________________________________________________________________________
Aduh Aduhai Amboi wahai Cis Wah Nah Syabas Hai Oh Eh

1.)______________, sudah lama kita tidak berjumpa !


2.) ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !
3.) ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan
Bahasa Melayu.
4.) ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya
itu.
5.) ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!
6.) ______________, merahnya baju awak !
7.) ______________, cubalah kek yang saya buat ini !
8.) ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !
9.) ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana
bumi seperti tsunami dan gempa bumi.
10.) _____________, sakitnya gigi aku !

11.) _____________, cantiknya bunga ini !

12.) _____________, berani kamu menggangu adikku !

13.) _____________, ambillah wang ini !

14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu !

15.) _____________, peningnya kepala aku ini !

16.) _____________, sakitnya perut aku ini !

17.) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Anda mungkin juga menyukai