Anda di halaman 1dari 4

Kata Seru Latihan

Keterangan :

Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada gembira, geram, marah,
hairan, sakit , takut dan sebagainya.

Contoh:

Ah menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju.

Aduh menyatakan perasaan sakit.

Aduhai menyatakan perasaan sedih atau rintihan.

Am boi menyatakan rasa kagum atau hairan

Cis - untuk menyatakan perasaan marah , mencemuh atau marah bercampur jijik.

Eh perasaan hairan atau terkejut

Hai menyapa atau menarik perhatian

Nah untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu

Oh menyatakan perasaan terkejut, hairan, sedih atau kecewa

Wah menyatakan perasaan kagum

Wahai perasaan sedih atau untuk menarik perhatian

Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan
bukannya selepas kata seru.
Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru ( ! )
Dalam binaan ayat atau penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan
penggunaan kata seru seperti yang berikut:

1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau yang tidak menggambarkan
perasaan yang dinyatakan.

Contoh:

1. a) Aduhai, cantiknya pemandangan di sini! (X)


1

Latihan Tatabahasa Ayat Seruan dan Ayat Perintah


b) Wah, cantiknya pemandangan di sini! ()

2. a) Cis, malang sekali nasib Si buta itu! (X)

b) Aduhai, malang sekali nasib Si buta itu! ()

2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat.

Contoh:

1. a) Aduh! sakitnya telingaku ini. (X)

b) Aduh, sakitnya telingaku ini! ()

2. a) Eh! cikgu kita pun ada di sini. (X)

b) Eh, cikgu kita pun ada di sini! ()

Latihan Tatabahasa Ayat Seruan dan Ayat Perintah


Latihan :

Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :

Aduh Aduhai Amboi wahai Cis Wah Nah Syabas


Hai Oh Eh

1.) ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !

2.) ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !

3.) ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa
Melayu.

4.) ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya itu.

5.) ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!

6.) ______________, merahnya baju awak !

7.) ______________, cubalah kek yang saya buat ini !

8.) ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !

9.) ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana bumi


seperti tsunami dan gempa bumi.

10.) _____________, sakitnya gigi aku !

11.) _____________, cantiknya bunga ini !

12.) _____________, berani kamu menggangu adikku !

13.) _____________, ambillah wang ini !

14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu !

15.) _____________, peningnya kepala aku ini !

16.) _____________, sakitnya perut aku ini !

17.) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Latihan Tatabahasa Ayat Seruan dan Ayat Perintah


Padankan.

Cis , : : ini wang kamu !

Wah , : : berani engkau menumbuk aku !

Nah , : : baru saya teringat !

Aduh , : : indahnya pantai di Malaysia !

Oh , : : lama kita tidak berjumpa !

Syabas , : : sengalnya kakiku ini !

Hai , : : malang sungguh nasibku !

Aduhai , : : kamu telah berjaya !

Latihan Tatabahasa Ayat Seruan dan Ayat Perintah

Anda mungkin juga menyukai