Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.r.t, saya Nik Mohamad Azrul bin Nik Mohd Azmi.

Saya berumur 29
tahun dan berasal dari Kota Bharu Kelantan. Pengajian awal saya bermula di Sekolah
Rendah Islam Aman dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lil Banin. Seterusnya
saya melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang syariah fiqh wa usuluh di
University Al-albayt, Jordan. Setelah itu saya mengambil diploma pendidikan di IPG Tun
Abdul Razak Kampus Kota Samarahan, sarawak.

Bagi pengalaman pekerjaan, alhamdulillah saya telah mendapat tawaran sebagai Guru
Interim Pendidikan Islam di sekolah Sk Ulu Engkari, Lubok Antu, Sarawak. Sk Ulu Engkari
merupakan sekolah pedalaman 3 yang hanya dapat ke sekolah dengan melalui jalan
sungai dan jalan balak. Sk Ulu Engkari merupakan sekolah kurang murid dan juaga guru,
ianya memberi kelebihan kepada saya untuk melibatkan diri dengan program-program
kokurikulum dan juga tugas-tugas khas di sekolah.

Tidak hanya menghadkan diri dalam bidang akademik, saya juga aktif melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum. Saya telah mewakili bahagian Sri Aman dalam PSKPP
peringkat Negeri Sarawak untuk 3 tahun berturut-turut. alhamdulillah pada tahun 2019
saya dan kumpulan saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan perbarisan.
Saya juga berjaya membawa pasukan sekolah gabungan pedalaman menjadi johan
pertandingan bola sepak peringkat Daerah Lubok Antu.

Selain berbahasa melayu dan inggeris, saya juga mahir berbahasa arab. Setelah
ditempatkan di Sk Ulu Engkari, kini saya boleh bertutur dalam bahasa iban iaitu bahasa
ibunda masyarakat setempat.

Walaupun mejoriti masyarakat di perkampungan tersebut berbangsa iban, tetapi tiada


masalah bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Ini merupakan
kelebihan yang ada pada diri saya yang mana saya mampu untuk beradabtasi dengan
suasana sekeliling. Saya juga boleh menggunakan perisian komputer dengan baik dan
mahir dalam perisian animasi 2D dan 3D. Saya dijadikan tempat rujukan kawan sekerja
dan masyarakat disana.

Anda mungkin juga menyukai