Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH TINGKATAN 4

STRUKTUR
Arahan : Jawab semua soalan.

1Kaji gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

(a) Apakah nama binaan dalam gambar di atas?


Piramid
[2 markah]

(b) Siapakah yang mengilhamkan binaan tersebut?


Imhotep
[2 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?


Masyarakat Mesir Purba memiliki kreativiti dalam bidang pembinaan
[2 markah]

(d) Nyatakan dua pencapaian lain dalam tamadun Mesir Purba.


(i) Penggunaan kertas
(ii) Kemajuan pendidikan
[2 markah]

(e) Nyatakan dua bentuk sistem tulisan yang terdapat dalam tamadun Mesir Purba.
(i) Hieroglif
(ii) Hieratik
[2 markah]

2 Kod Undang-Undang Hammurabi merupakan sumbangan besar daripada tamadun Mesopotamia.


(a) Siapakah raja yang memerintah semasa Kod Undang-Undang Hammurabi ini digubal?
Raja Hammurabi
[1 markah]

(b) Di manakah kod undang-undang ini dipahat?


Tembok dan tiang besar
[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?


(i) Mengandungi kira-kira 282 undang-undang
(ii) Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut
susun lapis masyarakat
(iii) Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia
[3 markah]

(d)Nyatakan kepentingan kod undang-undang ini.


(i) Mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
(ii) Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi kehidupan
bermasyarakat
(iii) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang iaitu dari
tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.
[3 markah]

(e) Nyatakan dua sumbangan lain tamadun Mesopotamia.


(i) Perkembangan ilmu astronomi
(ii) Perkembangan ilmu perubatan
[2 markah]

4 (a) Apakah definisi tamadun menurut pandangan Barat?


Tamadun berkaitan dengan pembangunan lahiriah dalam hal kebudayaan seperti
penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri utama tamadun.


(i) Petempatan kekal
(ii) Pengkhususan pekerjaan
(iii) Bahasa dan sistem tulisan
[3 markah]

(c) Senaraikan dua tamadun yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


(i) Tamadun Mesopotamia
(ii) Tamadun Hwang Ho
[2 markah]

(d) Nyatakan tiga contoh sistem tulisan awal.


(i) Cuneiform
(ii) Hieroglif
(iii) Ideogram
[3 markah]

6 Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Petempatan kekal yang wujud di
lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
(a) Apakah ilmu yang digunakan oleh masyarakat Indus untuk merancang pembinaan kotanya?
(i) Geometri
(ii) Matematik
(iii) Kesenian
(iv) Sumbangan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba
[4 markah]

(b) Apakah usaha yang dijalankan oleh masyarakat tamadun Indus untuk meningkatkan mutu
bahan binaan?
Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
[2 markah]

(c) Bagaimanakah petempatan kekal wujud di sini?


Sungai Indus yang menyediakan kemudahan air dan tanah yang subur
[2 markah]

(d) Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa?
Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan
hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
[2 markah]
8 Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain.
(a) Berikan maksud perkataan Arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun.
(i) Tinggi budi bahasa
(ii) Pembukaan bandar
[2 markah]

(b) Nyatakan pandangan Barat tentang konsep tamadun.


Pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,
undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]

(c) Apakah unsur yang ditentukan oleh Islam dalam mengukur tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat?
(i) Lahiriah
(ii) Rohaniah
[2 markah]

(d) Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang tamadun?


Tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur
oleh sesebuah masyarakat
[2 markah]

(e) Senaraikan dua ciri tamadun.


(i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan berorganisasi
[2 markah]
9 Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.
(a) Nyatakan maksud Mesopotamia dalam bahasa Yunani.
Tanah di antara dua sungai
[1 markah]

(b) Tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, iaitu


(i) Sungai Tigris
(ii) Sungai Euphrates
[2 markah]

(c) Berikan tiga contoh kerajaan dalam tamadun Mesopotamia.


(i) Sumeria
(ii) Akkad
(iii) Ur
[3 markah]

(d) Senaraikan tiga negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.
(i) Kish
(ii) Nippur
(iii) Lagash
[3 markah]

(e) Apakah peranan rumah ibadat dalam tamadun Mesopotamia?


Pusat sesebuah kota
[1 markah]

10 (a) Berikan perkataan-perkataan Arab yang berkaitan dengan tamadun.


(i) Mudun
(ii) Madain
(iii) Madana
[3 markah]

(b) Apakah yang dikaitkan oleh masyarakat Barat tentang tamadun dengan hal-hal kebudayaan?
(i) Penulisan
(ii) Undang-undang
(iii) Kesenian
(iv) Pembandaran
[4 markah]

(c) Namakan sarjana Barat yang menekankan pembangunan lahiriah dalam mengukur kemajuan
tamadun.
Gordon Childe
[1 markah]

(d) Berikan maksud tamadun menurut pandangan Syed Naquib al-Attas.


Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat.
[2 markah]
11 Sistem sosial masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun lapis. Lapisan pertama
terdiri daripada raja, lapisan kedua ialah pembesar, diikuti oleh rakyat biasa dan lapisan paling
bawah ialah golongan hamba.
(a) Senaraikan tiga golongan masyarakat yang terdapat dalam lapisan kedua.
(i) Golongan yang menguasai upacara agama
(ii) Ahli pakar dalam bidang kesenian
(iii) Kumpulan pentadbir dan ilmuan
[3 markah]

(b) Apakah kesan aktiviti perdagangan dalam masyarakat tamadun awal?


(i) Berlaku pertukaran budaya antara masyarakat
(ii) Berlaku pertukaran ilmu pengetahuan
[2 markah]

(c) Sebutkan tiga peranan bandar dalam proses pembentukan tamadun.


(i) Pusat bandar
(ii) Pusat pertemuan masyarakat
(iii) Pusat aktiviti ekonomi
[3 markah]

(d) Berikan dua contoh sistem tulisan pada zaman tamadun awal.
(i) Hieroglif
(ii) Ideogram
[2 markah]
12 (a) Nyatakan dua bandar terancang dalam tamadun Indus.
(i) Mohenjo-Daro
(ii) Harappa
[2 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri pembinaan bandar terancang tersebut.


(i) Disusun berasaskan blok-blok yang berbentuk segi empat
(ii) Setiap blok dipisah oleh rangkaian jalan raya yang lurus
(iii) Mempunyai sistem kumbahan
[3 markah]

(c) Mengapakah masyarakat tamadun Indus mampu membina bandar yang terancang?
(i) Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik
(ii) Mengetahui teknologi pembakaran batu bata
[2 markah]

(d) Nyatakan tiga dewa yang dilambang oleh patung Proto-Siva.


(i) Dewa Vishnu
(ii) Dewa Brahma
(iii) Dewa Siva
[3 markah]
13 Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai Nil ke daratan
menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang mengagumkan.
(a) Apakah sebab kehidupan di bandar menjadi ciri penting dalam tamadun Mesir Purba?
(i) Pusat pemerintahan dan pentadbiran
(ii) Tempat kediaman Firaun
(iii) Pusat pelabuhan
[3 markah]

(b) Nyatakan tiga buah bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran tamadun Mesir Purba.
(i) Thinis
(ii) Memphis
(iii) Thebes
[3 markah]

(c) Apakah peranan firaun dalam sistem pemerintahan Mesir Purba?


(i) Raja
(ii) Ketua pendeta
[2 markah]

(d) Seorang wanita telah dilantik sebagai firaun iaitu Firaun Hatshepsut. Apakah sumbangannya?
(i) Membina terusan
(ii) Menjadikan padang pasir sebagai tanah yang subur
[2 markah]
14 Masyarakat tamadun Indus berjaya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti pembuatan,
pertukangan, perdagangan dan pertanian. Kejayaan tersebut melambangkan kerajinan,
kebijaksanaan dan kerjasama masyarakat.
(a) Berikan dua faktor masyarakat Indus berupaya membina bandar terancang.
(i) Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik
(ii) Mengetahui teknologi pembakaran batu bata
[2 markah]

(b) Sebutkan tiga hasil perdagangan dalam tamadun Indus.


(i) Emas
(ii) Manik
(iii) Gading gajah
[3 markah]

(c) Nyatakan dua sumbangan besar tamadun Indus kepada perkembangan ketamadunan
manusia.
(i) Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus
(ii) Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
[2 markah]

(d) Berdasarkan tamadun Indus, nyatakan aspek-aspek utama yang perlu ditekankan oleh
sesebuah masyarakat untuk membina tamadun yang unggul.
(i) Sikap keterbukaan
(ii) Mementingkan keamanan dan kedamaian
(iii) Menjalin hubungan dengan masyarakat luar
[3 markah]

15

Penyesuaian diri manusia Pembentukan tamadun


dengan alam sekitar manusia

Petempatan kekal di lembah sungai

(a) Nyatakan ciri-ciri masyarakat bertamadun.


(i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan berorganisasi
(iii) Pengkhususan pekerjaan
(iv) Sistem pemerintahan
[4 markah]

(b) Berikan sebab sungai dianggap penting dalam tamadun awal.


Mendapatkan bekalan air untuk minuman dan keperluan asas serta
kemudahan perhubungan
[2 markah]

(c) Jelaskan maksud tamadun pada pandangan Barat.


Pembangunan lahiriah yang berkaitan dengan kebudayaan seperti penulisan,
undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]

(d) Berikan dua maksud tamadun dalam bahasa Arab.


(i) Tinggi budi bahasa
(ii) Pembukaan bandar
[2 markah]
16 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan.
(a) Apakah nama bangunan di atas?
Colloseum
[2 markah]

(b) Terangkan fungsi bangunan tersebut.


(i) Menjadi tempat pahlawan Rom bertarung
(ii) Menjadi tempat teater
[2 markah]

(c) Namakan empat binaan lain yang turut dihasilkan dalam tamadun awal.
(i) Aqueduct
(ii) Acropolis
(iii) Pantheon
(iv) Tembok Besar China
[4 markah]

(d) Pada pendapat anda, apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan bangunan yang
dihasilkan dalam gambar di atas?
Peningkatan dalam bidang seni bina
[2 markah]
17 Dalam tamadun Rom, sistem pemerintahannya bermula dengan sistem beraja dan kemudian
bertukar kepada sistem republik.

(a) Siapakah yang memerintah Rom sebelum sistem republik diperkenalkan?


Raja-raja berketurunan Etruscan
[2 markah]

(b) Mengapakah golongan bangsawan (patrician) bangun memberontak?


Kerana raja-raja Etruscan menjalankan pemerintahan secara mutlak
[2 markah]

(c) Mengapakah terdapat dua orang konsul bagi tempoh yang sama dalam sistem republik Rom?
Supaya sesama mereka tidak ada yang lebih berkuasa
[2 markah]

(d) Apakah tugas Dewan Senat?


(i) Membincangkan hal-hal pentadbiran negara
(ii) Merangka undang-undang
[4 markah]
18 (a) Nyatakan bentuk sistem pemerintahan di Rom selepas pemberontakan patrician.
Sistem republik
[1 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan di atas.


(i) Tidak ada pemerintahan berkuasa mutlak
(ii) Kuasa tertinggi terletak pada dua konsul
(iii) Negara ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
[3 markah]

(c) Apakah sumbangan Julius Caesar semasa pemerintahannya?


(i) Meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain)
dan beberapa kawasan di Jerman
(ii) Pembentukan sistem pentadbiran berpusat
[2 markah]

(d) Senaraikan empat prinsip dalam Kod Undang-Udang Rom.


(i) Keadilan terhadap setiap individu
(ii) Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
(iii) Hukuman berasaskan bukti yang sahih
(iv) Semua manusia sama di sisi undang-undang
[4 markah]
19 Sistem perundangan dan pendidikan dalam tamadun China amat dititikberatkan oleh pemerintah
dan menjadi amalan masyarakat.
(a) Nyatakan dua prinsip utama dalam perundangan zaman Dinasti Chin.
(i) Hukuman berat
(ii) Bercorak kolektif
[2 markah]

(b) Senaraikan peringkat-peringkat pendidikan yang terdapat tamadun China.


(i) Pendidikan tinggi
(ii) Pendidikan menengah
(iii) Pendidikan rendah
[3 markah]

(c) Apakah ajaran Confucius?


Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik
dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat
[2 markah]

(d) Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam di China.


(i) Tahap pertama : Hsiu Tai (Ijazah pertama)
(ii) Tahap kedua : Chun-Jen (Sarjana)
(iii) Tahap ketiga : Chin Shih (Doktor falsafah)
[3 markah]
20 Tamadun Yunani yang berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang
dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean telah menunjukkan peningkatan dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran.
(a) Selain sistem demokrasi, nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan oleh
negara kota tamadun Yunani.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]

(b) Sebelum sistem demokrasi, negara kota Athens mengamalkan sistem beraja. Berikan dua
peranan raja.
(i) Ketua hakim
(ii) Ketua tentera
[2 markah]

(c) Nyatakan peranan Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi Athens.


(i) Bersidang tiga kali dalam sebulan
(ii) Setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
(iii) Melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
(iv) Mempunyai kuasa penuh terhadap ahli Majlis, Majistret dan Juri
[4 markah]

(d) Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara kota Sparta?
Pemerintahan ketenteraan
[1 markah]

21

Agama

Islam Buddha Hindu

(a) Apakah yang anda faham tentang agama?


Pegangan kepercayaan kepada satu-satu tuhan atau dewa
[2 markah]

(b) Dua teras dalam agama Islam ialah akidah dan syariah. Apakah maksud akidah?
Kepercayaan seluruh jiwa terhadap Allah yang Maha Esa
[2 markah]

(c) Apakah kandungan kitab suci agama Buddha yang dikenal sebagai Tripitaka?
(i) Sutta Pitaka
(ii) Vinaya Pitaka
(iii) Abhidhamma Pitaka
[3 markah]

(d) Nyatakan tiga fungsi tuhan mengikut agama Hindu.


(i) Mencipta (Brahman)
(ii) Memelihara (Vishnu)
(iii) Membinasa (Siva)
[3 markah]
22 (a) Nyatakan tiga aspek utama kemajuan tamadun yang dapat diukur melalui pencapaian
manusia.
(i) Sosial
(ii) Politik
(iii) Ekonomi
[3 markah]

(b) Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan di Athens.


(i) Monarki
(ii) Oligarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]

(c) Senaraikan dua ahli falsafah Yunani.


(i) Herodotus
(ii) Plato
[2 markah]

(d) Nyatakan dua isu utama yang menjadi persoalan ahli falsafah Yunani.
(i) Nilai individualisme
(ii) Kehidupan manusia
[2 markah]

23 Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah
negara kota.
(a) Nyatakan dua jenis sistem pemerintahan yang pernah diamalkan di Athens sebelum sistem
demokrasi diperkenalkan.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
[2 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri Dewan Perhimpunan di Athens.


(i) Bersidang tiga kali sebulan
(ii) Melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
[2 markah]

(c) Nyatakan kesan pengamalan sistem pemerintahan tentera di Athens.


(i) Sistem pertahanan diutamakan
(ii) Berjaya melahirkan tentera yang handal dan mempunyai semangat patriotik
yang tinggi
[2 markah]
(d) Senaraikan empat perbezaan antara sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi di
Malaysia.
(i) Di Athens, warganegara lelaki terlibat dalam pembentukan kerajaan melalui
undian dan berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan
(ii) Di Malaysia, rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil
ini menganggotai Dewan Rakyat
(iii) Di Athens, ahli Dewan Perhimpunan diberi peluang menjadi anggota antara
enam bulan hingga setahun
(iv) Di Malaysia, ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun
[4 markah]
24 (a) Nyatakan tiga kepentingan sistem undang-undang dalam sesebuah tamadun.
(i) Mengawal tingkah laku manusia
(ii) Menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat
(iii) Mewujudkan kehidupan yang aman
[3 markah]

(b) Senaraikan cabang-cabang utama Undang-Undang Rom.


(i) Undang-undang sivil
(ii) Undang-undang rakyat
(iii) Undang-undang natural
[3 markah]

(c) Senaraikan prinsip-prinsip Undang-Undang Rom.


(i) Semua manusia sama di sisi undang-undang
(ii) Keadilan terhadap setiap individu
(iii) Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
(iv) Hukuman berasaskan bukti yang sahih
[4 markah]

25

● Tamadun Rom
● Tamadun India
Peningkatan tamadun manusia  Tamadun China
 Tamadun Yunani

(a) Berikan maksud peningkatan tamadun.


Usaha-usaha yang dilakukan oleh manusia bagi melahirkan idea-idea baru
untuk meningkatkan kehidupan sesebuah masyarakat
[2 markah]

(b) Apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan tamadun?


(i) Kestabilan dan keamanan dalam sesebuah tamadun
(ii) Kepimpinan yang dinamik dan berwibawa
[2 markah]

(c) Nyatakan empat binaan dalam tamadun awal yang menunjukkan peningkatan dalam seni
bina.
(i) Acropolis
(ii) Aqueduct
(iii) Parthenon
(iv) Colloseum
[4 markah]

(d) Senaraikan dua prinsip utama sistem perundangan tamadun China.


(i) Hukuman berat
(ii) Bercorak kolektif
[2 markah]
26

Tamadun Rom

Didiami oleh Majlis perbandaran Pembinaan bandar


masyarakat Latin di setiap bandar yang terancang

(a) Di manakah tamadun Rom diasaskan?


Di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di
Lembah Latium
[2 markah]

(b) Apakah kesan kewujudan majlis perbandaran di setiap bandar dalam tamadun Rom?
Membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di bandar
[2 markah]

(c) Nyatakan tiga kemudahan yang terdapat di bandar Pompei.


(i) Mahkamah
(ii) Perpustakaan
(iii) Dewan orang ramai
[3 markah]

(d) Senaraikan kegunaan saliran air bawah tanah yang terdapat di bandar Pompei.
(i) Bekalan pada waktu aman
(ii) Bekalan semasa peperangan
(iii) Tujuan perindustrian dan pengangkutan
[3 markah]
27 Athens ialah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang mengasaskan pemerintahan
demokrasi.
(a) Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun Yunani sebelum sistem
demokrasi.
(i) Oligarki
(ii) Monarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri sistem demokrasi yang diamalkan di Athens.


(i) Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
(ii) Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
(iii) Setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
(iv) Ahlinya terdiri daripada Ahli Majlis, Majistret dan Juri
[4 markah]

(c) Senaraikan ahli yang terdapat di dalam Majlis yang mengendalikan keputusan Dewan
Perhimpunan.
(i) Ahli Majlis
(ii) Majistret
(iii) Juri
[3 markah]
28

● Tamadun India  Empayar


Maurya
● Tamadun China  Dinasti Chin

Pembinaan negara
yang kuat dan stabil

(a) Namakan dua kerajaan besar dalam tamadun India antara 600 – 320 S.M.
(i) Kashi
(ii) Kosala
[2 markah]

(b) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh raja dalam tamadun India untuk memperkukuhkan
kedudukan mereka.
(i) Mengadakan pelbagai bentuk upacara ritual
(ii) Melantik golongan Brahmin sebagai penasihat
[2 markah]

(c) Apakah sumbangan utama Maharaja Asoka kepada tamadun India?


(i) Menamatkan perang saudara selepas kematian Bindusara
(ii) Menakluk negeri Kalinga yang padat penduduk
(iii) Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
[3 markah]

(d) Terangkan kesan perubahan konsep raja kepada maharaja dalam tamadun China.
(i) Pembentukan birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja
(ii) Pelantikan pegawai yang terdiri daripada rakyat dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam
(iii) Pelantikan pegawai adalah berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam

Anda mungkin juga menyukai