Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

Jawab Semua Soalan


1. Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.
(a) Nyatakan maksud Mesopotamia dalam bahasa Yunani.
Tanah di antara dua sungai
[1 markah
(b) Tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, iaitu
(i) Sungai Tigris
(ii) Sungai Euphrates
[2 markah
(c) Berikan tiga contoh kerajaan dalam tamadun Mesopotamia.
(i) Sumeria
(ii) Akkad
(iii) Ur
[3 markah
(d) Senaraikan tiga negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.
(i) Kish
(ii) Nippur
(iii) Lagash
[3 markah
(e) Apakah peranan rumah ibadat dalam tamadun Mesopotamia?
Pusat sesebuah kota
[1 markah

2. Selepas dilantik menjadi pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w. mula merancang untuk
mengubah akidah dan kehidupan masyarakat Arab Quraisy.
(a) Nyatakan peringkat penyebaran Islam di Makkah.
(i) Secara rahsia
(ii) Secara terbuka
[2 markah
(b) Golongan manakah yang terlibat dalam penyebaran Islam pada peringkat pertama?
(i) Ahli keluarga
(ii) Sahabat-sahabat rapat
(iii) Kaum kerabat baginda
[3 markah
(c) Di manakah dakwah Islamiah peringkat kedua diadakan?
Bukit Safa
[1 markah
(d) Siapakah orang Islam yang menerima seksaan daripada orang Arab Quraisy?
(i) Bilal bin Rabah
(ii) Zunainah
(iii) Amir bin Fuhairah
(iv) Yassir dan keluarganya
[4 markah

3. Terdapat dua jenis undang-undang yang diamalkan oleh negeri-negeri Melayu iaitu
undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.
(a) Nyatakan jenis undang-undang tidak bertulis.
(i) Adat Perpatih
(ii) Adat Temenggung
[2 markah
(b) Terangkan tentang sistem pelantikan yang diamalkan dalam Adat Perpatih.
(i) Anak Buah melantik Buapak
(ii) Buapak melantik Lembaga
(iii) Lembaga melantik Undang
(iv) Undang melantik Yamtuan atau Yang Dipertuan Besar
[4 markah
(c) Nyatakan dua prinsip asas yang terkandung dalam Adat Temenggung.
(i) Anak lelaki lebih diutamakan dalam pembahagian harta
(ii) Seseorang individu bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja pasangan yang
dibenarkan oleh Islam
[2 markah
(d) Berikan dua contoh undang-undang bertulis.
(i) Hukum Kanun Melaka
(ii) Undang-undang Laut Melaka
[2 markah

4. Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.
(a) Nyatakan tiga kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.
(i) Melombong
(ii) Bercucuk tanam
(iii) Memungut hasil hutan
[3 markah
(b) Senaraikan tiga tindakan masyarakat Melayu terhadap lebihan pengeluaran.
(i) Menukar barangan
(ii) Kenduri-kendara
(iii) Membayar zakat
[3 markah
(c) Bagaimanakah masyarakat Melayu menggerakkan teknologi pertanian?
(i) Tenaga binatang
(ii) Tenaga manusia
[2 markah
(d) Mengapakah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tidak melibatkan pengkhususan
kerja?
Dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga
[2 markah

BAHAGIAN B
Jawab TIGA soalan sahaja
1.
Kerajaan Agraria
Kerajaan Awal di Asia Tenggara
Kerajaan Maritim
a) Huraikan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan agraria.
[8 markah]
b) Terangkan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor.
[6 markah]
c) Jelaskan hubungan saling bergantung antara kerajaan Agraria dengan kerajaan
maritim.
[6 markah]
2. Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman kemunduran yang
dikenali sebagai Zaman Gelap.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?
b) Jelaskan ciri-ciri Zaman Gelap.

[4 markah]
[10 markah]

c) Sekiranya anda seorang pemimpin Malaysia, apakah tindakan anda bagi menghindari
kemunduran dalam negara kita ?
[6 markah]
3. Mengikut ajaran Islam peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan untuk
mempertahankan maruah diri, agama dan Negara.
a) Jelaskan keadaan-keadaan yang membenarkan umat Islam berperang
[6 markah]
b) Terangkan prinsip-prinsip peperangan yang telah digariskan oleh Islam.
[8 markah]
c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan
bahawa Islam berkembang bukannya melalui peperangan.
[6 markah]
4. Perkembangan aktiviti ekonomi sebelum dan semasa pemerintahan British.
a) Huraikan ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.
[10 markah]
b) Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai industri perlombongan bijih timah
di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?
[4 markah]
c) Apakah persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing
dengan cabaran di peringkat global ?

[6 markah]
5. Tamadun Hwang Ho Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur.
a) Terangkan ciri tamadun Hwang Ho yang disebutkan di atas.
[8 markah]
b) Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho yang masih
digunakan dalam masyarakat pada hari ini.
[ 6 markah]
c) Apakah nilai-nilai yang boleh kita teladani daripada masyarakat dalam tamadun
Hwang Ho ?
[ 6 markah]
6. Tamadun awal asia tenggara mempunyai beberapa bentuk kerajaan.
a) Nyatakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat dalam kerajaan Angkor.
[6 markah]
b) Terangkan faktor yang membantu kerajaan Srivijaya muncul sebagai sebuah kuasa
maritim utama di Asia Tenggara dari abad ke-7 Masihi hingga ke abad ke-13 Masihi.
[8 markah]
c) Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi kerajaan Srivijaya dengan
mengamalkan sikap berbaik-baik dengan kerajaan agraria di sekitarnya ?
[6 markah]
7. Terdapat beberapa pandangan terhadap maksud Tamadun
a) Apakah maksud tamadun ?
[4 markah]
b) Huraikan ciri-ciri tamadun awal manusia.
[10 markah]
c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sumbangan tamadun awal terhadap
ketamadunan manusia pada hari ini ?
[6 markah]

Disediakan oleh,
(...........................)
Mr.Kannadhass
(Guru Matapelajaran)

Disahkan oleh,
(.................................)
Pn.Rohana Abdul Hamid
(Ketua Bidang Kemanusiaan)

Diluluskan oleh,
(..............................)
Pn. Tan SeeMiin
(Pengetua SM Sri UCSI)

Anda mungkin juga menyukai