Anda di halaman 1dari 2

TINGKATAN 5 (BAB 1)

LATIHAN SEJARAH

OLEH : CIKGU FAIZ AIZUDDIN

SOALAN STRUKTUR 1. Kedatangan kuasa imperialisme Barat ke Asia Tenggara menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem pentadbiran negara-negara di Asia Tenggara. (a) Berikan 3 ciri-ciri umum birokrasi Barat. [ 3 markah ] (b) Nyatakan 3 tugas yang dilaksanakan oleh Encomiendero di Filipina. [ 3 markah ] (c) Mengapakah Sistem Encomienda amat dibenci oleh rakyat Filipina? [ 2 markah ] (d) Pada pendapat anda, apakah sifat yang perlu ada pada seseorang pejuang nasionalis dalam usaha untuk menghalang kuasa penjajah? [ 2 markah ] 2. Kekayaan bahan mentah di negara-negara di Asia Tenggara telah menarik minat imperialis barat menguasai sistem politik. (a) Nyatakan bentuk pemerintahan tradisional yang diamalkan oleh negara-negara di Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah Barat [1 markah ] (b) Apakah tujuan utama penjajah Barat memperkenalkan sistem politik moden di Asia Tenggara? [ 1 markah ] (c) Siapakah yang menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan? [ 1 markah ] (d) Berikan empat ciri pentadbiran Belanda di Indonesia? [ 4 markah ] (e) Pada pendapat anda,mengapakah pemimpin tempatan menolak pembaharuan pentadbiran yang dibawa oleh penjajah ? [ 3 markah ]

Hluttaw (Majlis diraja) Raja Myothugyi (ketua bandar) Wun ( x) 3. Rajah diatas menunjukkan sistem pemerintahan beraja Burma sebelum kedatangan British. (a) Apakah X dan Y ? [ 2 markah ] (b) Siapakah yang mengamalkan sistem pemerintahan seperti rajah diatas? [ 1 markah ] (c) Senaraikan 2 fungsi raja dalam sistem pemerintahan di atas. [ 2 markah ] (d) Jelaskan kesan penjajahan British ke atas sistem politik di Burma selepas Perang InggerisBurma III [ 2 markah ] (e) Nyatakan 2 undang-undang yang diperkenalkan British di Burma pada 1889[ 2 markah ] (f) Bagaimanakah pengaruh golongan agama di Burma menjadi merosot? [ 1 markah ] Ahmudan (y) Athi (pembesar tradisional)

TINGKATAN 5 (BAB 1)

LATIHAN SEJARAH

OLEH : CIKGU FAIZ AIZUDDIN

4. British telah memperkenalkan pelbagai sistem pentadbiran di Tanah Melayu. (a) Namakan negeri-negeri yang mengamalkan sistem Residen. [ 2 markah ] (b) Nyatakan tugas utama Residen British. [ 2 markah ] (c) Apakah jenis pentadbiran yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ? [ 1 markah ] (d) Bagaimanakah pemerintah British mempengaruhi kedudukan golongan seperti Raja Perak dan Pembesar Perak ? [ 2 markah ] (e) Jelaskan ciri-ciri pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat? [ 3 markah ] 5. Melaka pertama kali dijajah oleh Barat ialah pada tahun 1511 oleh Portugis. (a) Apakah bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebelum tahun 1511? [ 1 markah ] (b) Apakah kesan penjajahan Barat ke atas Melaka ? [ 2 markah ] (c) Senaraikan 3 negeri yang menganggotai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [ 3 markah ] (d) Namakan jawatan pegawai British yang bertanggungjawab menegetuai pentadbiran di i-Negeri-negeri Melayu Bersekutu ii-Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu [2 markah ] (e) Sekiranya anda merupakan penduduk Melaka pada ketika itu,apakah tugas seorang Sultan yang anda lihat selepas perlaksanaan sistem birokrasi barat ini? [ 2 markah ] 6. Pemerintah Thailand berjaya mengekalkan kedaulatan negara daripada dijajah. (a) Namakan 2 tokoh yang berusaha mengekalkan kedaulatan Thailand [ 2 markah ] (b) Berikan 2 aspek birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Thailand [ 2 markah ] (c) Nyatakan peranan badan seperti Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri di Thailand. [ 2 markah ] (d) Nyatakan 3 kesan daripada pembaharuan di Thailand. [ 3 markah ] (e) Pada pendapat anda, apakah nilai murni yang dapat dicontohi daripada kejayaan Thailand yang berjaya mengekalkan kedaulatan tanah air mereka? [ 1 markah ] SOALAN ESEI 7. Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan apabila kuasa Barat menguasai Asia Tenggara. (a) Nyatakan 6 ciri umum pentadbiran Barat di negara-negara Asia Tenggara [ 6 markah ] (b) Jelaskan perubahan pentadbiran Filipina semasa penjajahan Sepanyol [ 7 markah ] (c) Terangkan perubahan pentadbiran yang telah berlaku ke atas Indonesia semasa penjajahan Belanda [ 7 markah ] 8. Perancis merupakan antara kuasa Barat yang menjajah IndoChina. (a) Huraikan ciri-ciri birokrasi Barat yang telah diperkenalkan di IndoChina [ 10 markah ] (b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradisional di Asia Tenggara? [ 10 markah ]

SELAMAT MENJAWAB

Anda mungkin juga menyukai