Anda di halaman 1dari 2

Bahagian B: Soalan Esei 1. Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.

(a) Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan di Athens sebelum pengenalan sistem demokrasi. [6 markah] (b) Huraikan cirri-ciri sistem demokrasi yang diamalkan di Athens. [8 markah] (c) Sebagai rakyat Malaysia, mengapakah anda berasa bangga dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia? [6 markah]

2.

Sejarawan telah mengemukakan beberapa pendapat mengenai kedatangan pengaruh HinduBuddha ke Asia Tenggara. (a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha disebarkan ke Asia Tenggara? [4 markah] (b) Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara? [10 markah]
(c) Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah kita dapat mengekalkan keharmonian masyarakat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama? [6 markah]

3.

Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah. (a) Apakah yang anda faham dengan konsep Jahiliah? [5 markah] (b) Terangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dari segi ekonomi, sosial dan keagamaan. [10 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah wujudnya semangat assabiah dalam masyarakat Arab

Jahiliah? [5 markah]

4.

Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah boleh dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada 661Masihi hingga tahun 750 Masihi. Tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang berlangsung dari tahun 756 Masihi hingga tahun 1031 Masihi. (a) Terangkan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang berikut:

(i) Pentadbiran

[6 markah] [4 markah]

(ii) Ketenteraan

(b) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dari segi pendidikan.

[6 markah]
(c) Cadangkan empat sumbangan yang boleh dilakukan oleh warga Malaysia untuk

membangunkan negara. [4 markah]

5.

Secara umumnya, sejarawan telah mengemukakan tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara, iaitu dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India.
(a) Jelaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.

[8 markah] (b) Bagaimanakah golongan mubaligh memainkan peranan mereka dalam penyebaran agama Islam di Asia Tenggra? [6 markah] (c) Nyatakan enam keistimewaan dalam ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara menganutinya. [6 markah]

6.

Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah boleh dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada 661Masihi hingga tahun 750 Masihi. Tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang berlangsung dari tahun 756 Masihi hingga tahun 1031 Masihi. (d) Terangkan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang berikut:
(iii) Pentadbiran

[6 markah] [4 markah]

(iv) Ketenteraan

(e) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dari segi pendidikan. [6 markah]
(f) Cadangkan empat sumbangan yang boleh dilakukan oleh warga Malaysia untuk

membangunkan negara. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai