Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca gejala

sosial gagal ditangani dan keburukannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Rakyat Negara ini harus sama-sama menggiatkan usaha untuk mengekang penularan gejala
sosial dalam kalangan masyarakat kerana penglibatan masyarakat diyakini dapat menangani gejala
tersebut secara berkesan. Selama ini, rakyat negara ini meletakkan tanggungjawab tersebut di atas
bahu pihak kerajaan dan agensi-agensinya. Kita mengakui bahawa kerajaan dan agensi yang
bertanggungjawab dalam hal ini mempunyai peranan khusus dalam mempelopori usaha
membanteras gejala sosial. Usaha kerajaan sahaja kurang berkesan tanpa wujudnya kerjasama orang
ramai, khususnya pada peringkat unit terpenting masyarakat, iaitu institusi keluarga.
Program-program seperti Karnival Keluarga Bahagia dan Rumahku, Syurgaku termasuk
dalam usaha kerajaan menangani gejala sosial. Walau bagaimanapun, program kemasyarakatan
hanya berperanan sebagai pendorong kerana keberhasilannya bertitik tolak daripada usaha orang
ramai terutama di peringkat keluarga yang komponen pentingnya ialah ibu bapa. Dalam hubungan
ini, bapa memikul tanggungjawab yang lebih utama kerana secara tradisi, kedudukannya sebagai
ketua keluarga berperanan memastikan lecemerlangan institusi penting ini. Namun begitu, pada
masa ini peranan bapa sebagai pemutus kata dalam keluarga semakin longgar. Dalam banyak hal,
dapat kita saksikan sebahagian program motivasi keibubapaan lebih banyak disertai oleh pihak ibu
daripada pihak bapa. Sesungguhnya, mentality bapa harus berubah demi kejayaan masa depan
keluarganya. Pada perspektif yang lain pula, apa-apa yang diistilahkan sebagai gejala sosial
memerlukan definisi yang jelas supaya dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya.
Soal penyalahgunaan dadah misalnya, jika sudah terkesan bahawa anak-anak terdorong
untuk terlibat dengannya, sedangkan anggota keluarga, khususnya ibu bapa kurang mengambil
perhatian terhadapnya, maka mudahlah ahli keluarga terlibat secara lebih serius dalam gejala
tersebut. Dalam soal penyalahgunaan dadah ini terdapat faktor di luar keluarga yang menyumbang
penularan masalah tersebut. Antaranya termasuklah pengedaran dadah secara berleluasa disebabkan
oleh pengaruh rakan-rakan sebaya yang mengamalkan hidup secara negatif. Oleh sebab itulah,
usaha membanteras pengedaran dadah memerlukan pasukan penguat kuasa yang lebih berkesan.
Selain itu, kita perlu tahu dengan jelas tentang perubahan nilai dalam masyarakat berhubung dengan
budaya hiburan yang berleluasa dan bersifat global. Perubahan nilai ini bukan sahaja mempengaruhi
generasi muda tetapi juga mempengaruhi ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka dalam
keluarga termasuklah nilai-nilai baru sama ada positif atau negatif. Pengaruh ini disalurkan
menerusi media massa yang sumber ambilannya ialah masyarakat dan budaya Barat. Pengaruh
nilai-nilai baru ini perlu kita lihat secara kritikal tetapi lebih terbuka.
Sehubungan dengan itu, peranan ibu bapa pada zaman yang cepat berubah akan menghadapi
cabaran besar untuk menilai pengaruh baru ini. Mereka memerlukan bantuan daripada pihak-pihak
yang berkelayakan, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada badan-badan bukan
kerajaan.
Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya. [2 markah]
2. Nyatakan peranan bapa yang kian terhakis fungsinya. [3 markah]
3. Pada pendapat anda, mengapakah ada pihak beranggapan bahawa media massa berperanan
menyebarkan gejala sosial? [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai