Anda di halaman 1dari 6

Skema jawapan

(a) Nyatakan maksud monumen.


Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama atau peristiwa penting
(1 markah)
(b) Senaraikan tiga kepentingan candi dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
i.Sebagai rumah ibadat
ii.Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
iii.Tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebua kerajaan awal
iv.Menjadi lambang keagungan seseorang pemerintah
v.Melambangkan orde kosmos
vi.Melambangkan kehebatan ahli seni agama
(3 markah)
(c) Berikan contoh-contoh candi yang terkenal di Asia Tenggara.
i.Candi Borobudur
ii.Angkor Wat
iii.Candi Dieng
iv.Candi Prambanan
(2 markah)
(d) Mengapakah kedua-dua candi di atas pernah menjadi antara tujuh benda ajaib di dunia?
i.Tinggi Angkor Wat 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
ii.Candi Borobudur terdiri daripada sembilan tingkat dan terdpat pagar langkann dengann
relief lukisan Buddha
(2 markah)
(e) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan sebagai langkah pemuliharaan
tinggalan seni pada kedua-dua candi tersebut?
i.Mewartakan candi tersebut sebagai khazanah negara yang dipelihara
ii.Meletakkan candi tersebut di bawah penyeliaan warisan dunia
(2 markah)

JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?

Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam

Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama


Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.
[2 markah]
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.

Lelaki yang merdeka


Beragama Islam
Memilki pengetahuan tentang Islam
Mematuhi perintah Allah / warak
Sanggup melaksanakan hukum Allah
Bersifat adil
Mempunyai akhlak yang baik

Tubuh yang sihat dan sempurna


Berfikiran cerdas
Pandai mentadbir kerajaan
[2 markah]
(c) Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.

Melalui musyawarah / syura


Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
Pemilihan daripada beberapa orang calon
Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
Diperkukuhkan dengan baiah
[2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan
pemimpin sesebuah negara ?

Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan


Menjamin pentadbiran lebih lancar
Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang
Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh
pemimpin negara Islam ?

Memelihara kedudukan agama Islam


Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan najaran Allah
Mengekalkan perpaduan ummah
Memantapkan sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

5 (a) Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya


sistem demokrasi.

Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja


Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.
Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarki
Kuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.

Raja mempunyai kuasa yang terhad.


Pemerintahan dijalankan oleh konsul.
Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasi
Daripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.
Mereka memiliki kuasa yang besar.
Mereka menguasai pentadbiran.
Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tirani
Rakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.
Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.
Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasi
Golongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator
Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.
[6 markah]
(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?

Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak.


Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul.
Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan.
Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan.
Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat.
Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom.
Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
[6 markah]
(c) (i)
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani
dengan demokrasi di Malaysia ?

Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung.


Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan
Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung.
Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat.
Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.
[4 markah]
(ii)

Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?

Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan


Melicinkan pentadbiran negara
Menjamin pemerintahan yang ada
Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap
Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat
Melancarkan pembangunan negara
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

7 Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perniagaan.


(MS 104-105)
Baginda pernah menjalankan perniagaan semasa berusia 20 tahun
Baginda giat berdagang.secara perseorangan dan berkongsi dengan teman
Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan
Bersama bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam.
Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah memperoleh
keuntungan yang berlipat ganda.
Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur dan tutur kata
yang baik
Kepandaian baginda mengambil hati semasa berurusniaga
Memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.
Seorang pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat

7b Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda sebagai


tokoh pemimpin unggul sebelum dilantik menjadi rasul. (MS 105-106)
Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraisy
Peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya
Hajar Aswad terjatuh semasa banjir melanda Kota Makkah

Ketua keluarga yang patut dicontohi


Sifat pengasih dan timbangrasanya
Contoh membantu isteri memasak / menampal pakaian koyak / melayan anak /
membersihkan rumah
Anak-anak diberi pendidikan agama secukupnya
Menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak
Mengamalkan cara hidup yang sederhana
Sentiasa merendah diri
Pergaulan dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin
Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak
Menunjukkan sifat pemaaf semasa pembukaan semula kota Makkah
Contoh orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan
dibebaskan
Bijaksana dalam menyelesaikan masaalah

8 (a) Terangkan kandungan Piagam Madinah dari segi politik,

ekonomi dan sosial.

Politik
Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

Ekonomi
Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi yang sama rata.
Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan negara.

Sosial
Masyarakat Madinah adalah satu ummah.
Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
Masyarakat Madinah bebas beragama
Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
[8 markah]

(b) Pada pandangan anda, apakah kepentingan Piagam


pembentukan sebuah negara Islam

Madinah dalam

Kerajaan Madinah sebagai model kerajaan Islam.


Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Islam.
Menjelaskan tentang kaedah mendirikan kerajaan menyusun perlembagaan dahulu
sebelum mengasaskan kerajaan.
Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
Piagam Madinah dapat diterima oleh semua golongan.
Membuktikan bahawa Islam boleh dipraktikkan dalam negara berbilang kaum.
Mengandungi peraturan yang merangkumi dunia dan akh
Ekonomi Islam dapat dipraktikkan mementingkan keadilan dan ketelusan.
Melarang amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi
Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat.
Berjaya membentuk masyarakat bersatu padu dan aman
Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah
Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah
Semua bangsa harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Negara Madinah menjadi kuat dan disegani.
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah ciri Piagam Madinah yang sesuai dilaksanakan di
negara Malaysia ?

Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.

Wajib mempertahankan negara daripada ancaman luar.


Peluang ekonomi yang sama rata.
Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
Semua masyarakat bekerjasama memajukan negara.
Semua kaum dianggap sebagai satu ummah.
Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Bebas mengamalkan agama masing-masing.
Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
Jaminan keselamatan selagi mematuhi peraturan negara.
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai