Anda di halaman 1dari 17

Latihan Sejarah Tahun tahun Lepas

Nama : Tingkatan :

Soalan-soalan SPM 2005 -2007

2011

Form 4
1) (a) Huraikan sumbangan tamadun Rom kepada kehidupan hari ini. [10 m] Sistem republic Rom menjadi asas kepada system republic yang diamalkan kini. Republik ini dikuasai oleh dua orang konsul dan dibantu oleh Dewan Senat. Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom. Sistem ini diamalkan di Amerika Syarikat, India, Afrika Selatan, dan Perancis. Sistem republic mengandungi unsur demokrasi kerana rakyatnya terlibat dalam pemilihan ketua negara atau presiden. Teknologi pembinaan Rom, seperti yang digunakan dalam pembinaan Aqueduct, Colloseum, Pantheon, merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Bahasa Latin juga bahasa penting yang berkaitan dengan agama dan kesusasteraan. Bahasa ini masih dipakai dalam hal keagamaan, contohnya, bahasa Latin untuk agama Kristian. Seterusnya, sumbangan daripada tamadun Rom yang dapat kita lihat ialah Sukan Olimpik terus diadakan pada 4 tahun sekali hingga kini bertujuan menghormati Tuhan Zeus. Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda.

(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam dalam tamadun China. [10 m] Peperiksaan awam China merupakan system peperiksaan tertua di dunia. Ia dijalankan dalam keadaan yang ketat. Hukuman mati dikenakan ke atas mereka yang meniru dan pemeriksa dikurung sebelum hari peperiksaan. Mereka yang mengambil peperiksaan, ditempatkan dan dikurung di dalam bilik selama tiga hari untuk menulis jawapan mereka. Makanan disediakaan di bilik tersebut. Perepiksaan ini terbahagi kepada tiga tahap. Tahap pertama, (Hsiu Tai) setaraf dengan ijazah pertama dan dijalankan di daerah. Ia diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun dan mereka yang lulus berpeluang menjadi pegawai kerajaan. Tahap kedua (Chun-Jen) pula setaraf ijazah sarjana dan dijalankan di ibu kota daerah. Ia diadakan tiga tahun sekali. Tahap ketiga, (Chin Shih) setaraf doctor falsafah dan dijalankan di ibu kota empayar, bertempat di istana di hadapan maharaja. Ia diadakan tiga tahun sekali dan mereka yang lulus layak menjadi pendidik.

2) (a) Bagaimanakah tamadun Islam berkembang ke seluruh dunia.[12 m]

Islam disebarkan pada awalnya menerusi perdagangan di Asia Tenggara oleh pedagang dariArab, China dan India yang beragama Islam. Jalinan hubungan perdagangan dengan pelabuhanutama di Asia Tenggara menyenangkan penyebaran agama Islam

dilakukan. Pelabuhan inimenjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan. Kepercayaandan amalan selalunya menjadi topik perbualan serta ikutan mereka yang berada di tempat ini.Penduduk tempatan dan pedagang tertarik dengan Islam disebabkan oleh kejujuran dankemurniaan sikap serta tingkah laku pedagan dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India.Perkampungan pedagang Islam ini juga telah menjadi pusat perbincangan tentang agama Islamdi kalangan pedagang yang tinggal di situ. Selain berdakwah, pedagang dari Arab, China danIndia juga membawa ulama untuk menyebarkan Islam. Islam lebih cepat tersebar apabila pedagang mengamalkan sifat berhemah
dan lemah-lembut semasa menyampaikan ajaran Islam.Sifat mahmudah yang ada pada pedagang ini juga telah dapat menarik lebih ramai penduduktempatan memeluk Islam. Hal yang demikian menyebabkan ramai para pedagang Islam inimendapat jawatan syahbandar. Melalui jawatan tersebut Islam dapat tersebar ke seluruh AsiaTenggara. Perkahwinan Selain itu, Islam juga tersebar menerusi perkahwinan. Sultan Melaka, Sultan Mansur Syah danSultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar,Inderagiri di Sumatera Utara, raja Pahang, dan raja Kedah. Melalui perkahwinan ini, negeri-negeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya. Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagangdengan penduduk tempatan. Dengan ini, Islam akan tersebar kepada keluarga orang yangdikahwini dan seterusnya Islam akan tersebar pula kepada masyarakat sekeliling. Pengislaman raja dan golongan bangsawan Islam juga tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat Asia Tenggarakhususnya masyarakat Melayu, amat mentaati golongan pemerintah. Oleh sebab itu, golonganpemerintah mempunyai pengaruh besar terhadap rakyat. Apabila golongan pemerintah memelukIslam, amalan ini diikuti oleh rakyatnya. Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuatmelalui pemerintahnya yang memeluk Islam. Kelahiran kerajaan Islam Antara kerajaan awal Asia Tenggara termasuklah kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka,Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao. Kesemua kerajaan ini telah meluaskan Islammenerusi penguasaan terhadap kawasan baru. Tun Perak yang berasal dari Melaka merupakantokoh yang memainkan penting dalam penyebaran Islam.

(b) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kesan perkembangan tamadun Islam dalam bidang kesenian. [8 m] Tema seni Islam menonjolkan unsure-unsur alam keprcayaan tauhid dan akidah. Antara bangunan yang Berjaya menonjolkan seni bina dan seni ukir islam ialah Masjid Cordova dan Istana Alhambra, Granada di Sepanyol dan Masjid biru (Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul. 3) (a) Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan (i) Islam menurut Islam, tamadun merujuk kepada kemajuan lahiriah dan rohaniah.Perkara-perkara yang menjadi asas pembinaan tamadun ialah akidah, akhlak, ilmu, keadilan , semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama. Syed Naquib al-Attas mennyatakan bahawa tamadun ialah tahap tatasusila dan kebudayaan yang tinggi luhur oleh masyarakat. Ibn Khaldun dalam karya Muqadimah menggunakan istillah umran dan hadarah untuk menjelaskan konsep tamadun. Umran membawa maksud tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju. Hadarah pula bermaksud kehidupan di bandar yang melibatkan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi. Sarjana Barat seperti Richard Sullivan juga menyokong pandangan Islam ini.

(ii)

Barat Gordon Childe menyatakan bahawa pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun. Beliau menegaskan bahawa aspek revolusi urban merupakan tanda wujudnya sesebuah masyarakat yang bertamadun. Beliau juga menyatakan bahawa tamadun wujud apabila manusia menetap dalam kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan kerja. Darcy Reberio dan R.A.Buchanan dalam menjelaskan proses perkembangan tamadun member penekanan terhadap perkembangan aspek lahiriah sahaja. Mereka menolak sama sekali unsur rohani.

(b) Terangkan empat ciri yang membawa kepada proses kehidupan yang lebih bertamadun.

Petempatan Kekal. Mulai zaman neolitik, manusia mula nenjalankan aktiviti petanian dan penternakan. Inovasi manusia selanjutnya membawa kepada penciptaan peralatan baru seperti cangkul. Teknologi sepeti system pengairan yang baik juga diperkenalkan. Peralatan dan teknologi baru ini membolehkan lebihan pengeluaran. Meningkatnya lebihan pengeluaran dan penciptaan kaeddah penyimpanan mkanan yang berlebihan membolehkan manusia menukar barangan lebihan mereka. Ini selanjutnya membawa kepada bermulanya aktiviti perdagangan menggunakan system barter. Petempatan kekal perlu diwujudkan untuk membolehkan kelangsungan bekalan makanan daripada kegiatan pertanian. Wujudnya petempatan kekal juga memudahkan kegiatan perdagangan dijalankan.

Kehidupan berorganisasi. Akibat revolusi pertanian pada zaman neolitik, jumlah penduduk bertambah. Masyarakat yang lebih kompleks mula muncul dan kehidupan berorganisasi dalam aspek sama ada social, ekonomi dan politik, mula diwujudkan bagi membolehkan kehidupan yang lebih stabil dan makmur. Sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan perlu dibentuk untuk mengendalikan masyarakat yang lebih besar dan menjalankan pentadbiran. Untuk memudahkan pentadbiran masyarakat yang semakin kompleks, seorang pemimpin ataupun raja biasanya menggunakan unsure magis dan mula mendakwa diri mereka memiliki sifat ketuhanan. Sistem perundangan juga diwujudkan untuk menjadi panduan kepada masyarakat. Ia membantu mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Pengkhususan pekarjaan. Wujudnya organisasi social dan politik selajutnya membawa kepada pengkhususan kerja. Barangan atau perkhidmatan tertentu dibekalkan golongan tertentu melalui pengkhususan kepakaran mereka. Ini mempercepatkan aktiviti ekonomi dan perdaganan. Agama dan kepercayaan. Sistem kepercayaan wujud kerana masyarakat agraria yang bergantung kepada pertanian amat dipengaruhi alam. Unsur alam seperti banjir dan kemarau boleh memusnahkan hasil tanaman mereka. Oleh demikian, masyarakat mula mempercayaai semangat, tuhan dan kuasa ghaib. Kepercayaan ini dikenali sebagai animisme. Seterusnya, kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama tamadun awal dikenali sebagai politeisme. (c) Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun awal manusia. Terangkan pernyataan di atas berdasarkan bidang ilmu dan ciptaan. Tamadun Mesopotamia member sumbangan dalam bidang ilmu menerusi system tulisan yang membawa kepada wujudnya system pendidikan yang bertujuan melahirkan jurutulis. Jurutulis berperanan merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan. Dari rekod-rekod tersebut, jelas bahawa dalam bidang perdagangan di Mesopotamia, urus niaga disertakan dengan resit, nota urusniaga serta surat kredit. Sistem tulisan ini juga membolehkan masyarakat Mesopotamia menghsilkan kesusasteraan mereka yang mencerminkan falsafah dan cara hidup mereka. Epik Gilgamesh yang dihasilkan mereka merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia. Orang Mesopotamia mahir dalam bidang astronomi yang membolehkan mereka mencipta calendar berasaskan system solar. Ilmu ini juga digunakan dalam penjelajahan laut. Mereka turut mencipta ilmu matematik seperti system perpuluhan, seta konsep tolak, tambah, darab, bahagi. Selain itu, ubat-ubatan herba dan ramuan perrubatan serta cara mengubati penyakit telah dijumpai dan direkodkan semasa kerajaan Assyria. Kapal Layar dicipta untuk mempercepatkan pelayaran dan ini membolehkan perdagangan antara Mesopotamia dengan dunia luar dimajukan sehingga ke wilayah di India dan Lautan Mediterranien. Keadaan persekitaran Mesopotamia yang sering dilanda banjir membawa kepada ciptaan system pengairan di kawasan kering dan tandus. Orang Mesopotamia juga mencipta roda sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir dalam system pengairan, menarik pedati semasa perang dan roda kereta lembu . Mereka juga memulakan penggunaan arca dan tiang batu. 4) (a) Bagaimanakah kedatangan Islam memantapkan bahasa Melayu dari segi pertuturan dan penulisan ? Kedatangan Islam telah menambahkan perbendaharaan kata bahasa melayu. Istilah baru daripada bahasa arab atau bahasa al-Quran telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu.

Islam membantu perkembangan kesusasteraan Melayu. Sebelum kedatangan islam, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan kepada rakyat. Antaranya, cerita asal usul, cerita dengan binatang sebagai watak utama, cerita jenaka , dongeng dan juga kesusasteraan dalam bentuk puisi pantun seperti teka-teki, gurindam dan seloka. (b) Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni khat, seni bina, dan seni ukir. Jelaskan lapan pengaruh kesenian Islam dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara. c) Bagaimanakah nilai-nilai Islam mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat Melayu tradisional?

Islam adalah agama yang cintakan keamanan. Di Asia Tenggara, pendakwah Islam telah menyebarkan ajaran Islam dengan aman tanpa pertumpahan darah.

5) (a)Terangkan empat cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. [8 m] Agama Islam di Asia Tenggara telah berkembang melalui perdagangan. Pedagang Islam dari Arab, India dan China giat menjalankan aktiviti dakwah islamiah. Mereka juga membawa masuk ulama untuk menyebarkan islam. Islam juga tersebar melalui proses perkahwinan sama ada perkahwinan siahsah mahupun perkahwinan biasa. Perkahwinan siahsah merupakan perkahwinan politik yang melibatkan golongan kerabat diraja. Perkahwinan biasa pula berlaku diantara pedagang Islam dari India dan arab dengan penduduk tempatan. Seterusnya, melalui pengislaman raja dan golongan bangsawan. Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya. Selain itu, islam tersebar melalui peranan pusat kebudayaan seperti Perlak, Samudera-Pasai, Melaka , Acheh dan Riau. Pusat-pusat ini memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan pusat keilmuan serta pusat penyebaran islam. Disitu terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai. (b) Penerimaan Islam oleh masyarakat Asia Tenggara telah mengubah kehidupan mereka. Huraikan tiga perubahan tersebut dari segi politik dan ekonomi. [9 m] Institusi pemerintahan beraja telah wujud sebelum kedatangan Islam dan pengubahsuaian dilakukan dengan kedatangan Islam. Pengubahsuaian yang terbesar ialah system pemerintahan berasaskan Islam, iaitu institusi kesultanan telah diperkenalkan. System pentadbiran telah meletakkan sultan sebagai ketua Negara.islam juga dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara dan unsur-unsur Islam telah diterapkan pada nama . tambahan pula, pemimpin kerajaan Islam telah memperkenalkan udang-undang syariah untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri. Kedatangan Islam juga menggerakkan semangat jihad dalam kalangan rakyat dan semangat ini digunakan untuk menentang penjajahan Barat. Di Asia Tenggara, Islam telah mempengaruhi system ekonomi dalam masyarakatnya. Wujudnya institusi seperti baitulmal yang berperanan sebagai

perbendaharaan Negara. Perdagangan digalakkan oleh Islam dan pedagang mesti berpegang kepada unsur yang halal semasa berurus niaga. Amalan riba, penindasan, dan penipuan dilarang serta nilai-nilai murni dalam ekonomi digalakkan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

(c ) Ajaran Islam menanamkan sikap mementingkan ilmu dalam jiwa semua golongan masyarakat. Jelaskan tiga bukti untuk menyokong pernyataan di atas dengan merujuk kepada perkembangan pendidikan di Asia Tenggara. Kedatangan Islam member penekanan terhadap kepentingan ilmu yang ditanamkam ke dalam jiwa masyarakat. Hal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan muncul institusi pendidikan formal di Asia Tenggara. Pusat pendidikan terawal di Asia Tenggara muncul di Perlak,Sumatera Utara. Pusat pendidikan tersebut dikenali sebagai pondok atau dayah. Pusat penterjemahan karya agama muncul juga di Samudera-Pasai dan menjadi rujukan kerajaan Islam yang lain seperti kerajaan Melayu Melaka. Acheh yang menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Terdapat beberapa peringkat dalam system pendidikannya iaitu peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan university ( Jamiah Bait al-Rahman).

Revolusi pertanian

Revolusi perindustrian

Imperialisme

6) (a) Jelaskan lima perkaitan antara Revolusi Pertanian dengan Revolusi Perindustrian. [5 m] Antara perkaitannya ialah pertanian berfungsi sebagai punca ekonomi. Wujudnya pertanian komersial seperti gandum dan jagung. Peladang menjadi pedagang antarabangsa dengan mengeksport hasil lebiham ke luar negara. Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industry. Kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi buruh kilang dan pengusaha kilang menjadi tokoh ekonomi menggantikan pengusaha ladang. Seterusnya, peningkatan perdagangan antarabangsa. Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana negara mereka negara penjajah. Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah, dan bijih timah. Britain juga mengeksport modal ke seberang laut. Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang. Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil. Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian, para buruh tidak dilayan dengan baik. (b) Terangkan lima kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian kepada masyarakat Eropah

Revolusi pertanian dan perindustrian membawa perubahan yang besar terhadap masyarakat Eropah, khususnya masyarakat Britain sendiri. Kepesatan bidang pertanian membolehkannya menjadi punca ekonomi negara. Kemajuan dalam aspek perindustrian telah menyebabkan peningkatan perdagangan antarabangsa, kemajuan dan perubahan yang besar dalam aspek pengangkutan, kemunculan golongan buruh dan majikan serta kuasa Eropah menjadi kuat dan kaya. Selain itu, peningkatan perdagangan antarabangsa juga antara kesan Revolusi Pertanian dan Perindustrian. Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana mereka negara penjajah. Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah dan bijih timah. Britain turut mengembangkan kapal laut untuk berdagang serta mengeksport modal ke seberang laut. Seterusnya, kemajuan pengankutan juga merupakan kesan kedua revolusi ini. Pada mulanya Britain menggunakan kereta kuda dan baj. Kemudian jalan raya dibina dan kereta api diperkenalkan. Pada mulanya rel kereta api diperbuat daripada kayu kemudian daripada besi dan keluli. Pengangkutan laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap. Di samping itu, kesan kedua revolusi ini juga melibatkan kemunculan golongan buruh dan majikan. Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang. Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil. Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian, para buruh tidak dilayan dengan baik. Kemahiran mereka pula tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan mesin membuat stoking, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan lagi.

(c) Mengapakah Revolusi Pertanian membawa kepada imperialism Barat di Asia dan Afrika?

Revolusi perindustrian yang berlaku di eropah mengubah dasar imperialism Barat di Timur. Asalnya, kegiatan imperialism hanya bertujuan menguasai perdagangan rempahdan teh. Namun perkembangan sector perindustrian di barat membolehkan kuasa-kuasa barat mengeluarkan pelbagai jenis barangan perkilangan. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan untuk menjamin kejayaan perindustrian di negara mereka. Disamping itu mereka memerlukan kawasan pasaran baru untuk barangan mereka.

Form 5

1) (a) Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke 20 ? [10 m]

Antara faktor imperialisme Barat menjajah negara-negara di asia Tenggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke 20 ialah pertama kedudukan Asia Tenggara yang strategik. Contohnya pasaran yang luas. Kedua, Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, Tanah Melayu-bijih timah, Burma-kayu jati, Indonesia bijih timah, Thailand-bijih timah dan kayu jati, Filipina-tebu dan kelapa. Ketiga, Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-17. Contohnya, keperluan bahan mentah secara konsisten. Keperluan kawasan pasaran baru. Mendorong perluasan imperialisme yang lebih pesat di timur terutamanya di India, China dan Asia Tenggara. Keempat, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. Contohnya, pembukaanTerusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf telah membawa kepada perhubungan antara Barat dengan Timur. Kuasa-kuasa imperialis Barat dapat memberikan arahan kepada pegawai pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli perniagaan di Barat juga dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa berkembang dengan lebih pesat. Kelima, persaingan antara kuasa Barat untuk meluaskan tanah jajahan memandangkan keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan. Contohnya, slogan imperialisme Barat dalam usaha perluasan kuasa adalah seperti british dan belanda menggunakan slogan beban orang putih. Perancis pula menggunakn slogantugas menyebarkan tamadun. Sementara mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

(b) Terangkan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara. [10 m] Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara digantikan dengan system birokrasi barat. Kerajaan pusat ditubuhkan dan Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran. Pegawai-pegawai barat dilantik untuk mengetuai biro-biro untuk menjalankan pentadbiran di tanah jajahan. Pentadbiran dilaksanakan menerusi biri-biro. 2) Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah menimbulkan reaksi beberapa Negara di Asia Tenggara. (a) Jelaskan reaksi di negeri-negeri berikut terhadap pembentukan Malaysia (i) Singapura

Lee Kuen Yew dan parti PAP menyokong penubuhan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau ingin mempertahankan kedudukannya. Majlis undangan negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini . Idea ini ditentang barisan sosialis dengan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baharu . Pemimpin Buruh, David Marshall dan parti rakyat bersatu oleh United Peoples Party pimpinan Ong Eng Guan telah menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat. Satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 Disember 1962. Menurut referendum itu, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti dipersetujui dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu November 1991. (ii) Sabah

Di Sabah parti-parti politik belum ditubuhkan sebelum pengumuman penubuhan gagasan Malaysia. Selepas pengumuman gagasan Malaysia, lahir beberapa parti politik yang mengemukakan pandangan serta menyokong penubuhan Malaysia.Antara parti-parti tersebut, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu di bawah pimpinan Donalds Stephens. USNO di bawah pimpinan Datu Mustapha datu Harun mewakili orang Islam di Sabah. Parti Kaum Dusun atau Kadazan,iaitu Parti Pasok Momogun di bawah pimpinan G.S.Sundang. Wujud dua buah parti berasaskan orang Cina, iaitu Parti Bersatu di bawah pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin. Parti UNKO, USNO, Parti Pasok Momogun, Parti Perikatan Sabah. Kesemua, parti di sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia. Parti perikatan Sabah telah mengemukakan Perkara 20 yang merupakan tuntutan yang mengandungi 20 perkara untuk dimasukkan ke dalam Perlembangan Malaysia oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan. Tuntutan ini akhirnya menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia. Tuntutan ini melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak. Terdapat perbezaan dalam pembahagian kuasa antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai hak wilayah asingan. Kemudian, pemimpin dan rakyat Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia. Perubahan sikap ini didorong oleh pihak British dan Persekutuan Tanah Melayu yang menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah. (iii) Sarawak

Setelah cadangan pembentukan Malaysia diumumkan , pada mulanya rakyat Sarawak menolak cadangan pembentukan Malaysia kerana ingin kekal di bawah pemerintahan British. Negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan kerajaan British dan belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri kerana kekurangan peluang dalam bidang politik. Kesemua parti politik di Sarawak menyertai Malaysia. Namun, pada awalnya parti politik ini menentang penyertaan tersebut kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Akhirnya, parti politik menyokong cadangan tersebut tetapi hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang terus menentang. Pemimpinnya Ong Kee Hui dan dibentuk pada tahun 1959. Majoritinya orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.pada bulan Oktober 1962, lima buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan PERKASA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Gabungan ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak dan menyertai Malaysia serta berusaha menyekat pengaruh SUPP. (iv) Brunei Pada peringkat awal, Slutan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia dan membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei. Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana bermatlamat untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. Anggota PRB juga menganggap Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme A.M.Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasionalisme Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah, dan Brunei. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. A.M.Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina. Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh tentera British, tetapi

A.M.Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap dan mendapat perlindungan politik di Indonesia. (b) Huraikan cara penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Indonesia membantah pembentukan Malaysia. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) dan kemudiannya mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia diumumkan. Pada peringkat permulaan, berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan pencerobohan udara, tetapi Kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan. Apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada kerana Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. Tunku Abdul Rahaman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan Malaysia di negara AfroAsia dan negara Dunia Ketiga. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Malaysia. Presiden Soekarno yang menjadi presiden baharu Indonesia telah menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihara hubungan diplomatik Malaysia Indonesia,maka berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

Kuasa dunia

Blok komunis

Blok kapitalis

3) (a) Merujuk rajah di atas, mengapakah terbentuknya dua blok kuasa tersebut ? Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1989 apabila sistem komunis Soviet Union jatuh. Perang Dingin berlaku disebabkan ideology dan fahaman politik yang berbeza iaitu persaingan kuasa antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Kedua-dua pihak cuba menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia melalui propaganda dan bantuan ekonomi dan ketenteraan. Negara-negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali dalam hal ini. Kesan Perang Dingin selain pembentukan blok dunia ialah pembentukan NATO(North Atlantic Treaty Organisation), pakatan Warswaw, South-East Asia Treaty Organisation(SEATO) atau Pertubuhan Perjanjian Antarabangsa dan perlumbaan senjata.

4)

(a) Jelaskan enam sebab British mengisytiharkan Malayan Union ? [6 m] Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Selain itu, British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos pentadbiran contohnya seperti sebelum perang dunia kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar sehingga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang. Seterusnya, British berhasrat membentuk sebuah negara Malayan Union yang bertujuan supaya golongan pendatang melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Di samping itu, British juga ingin memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu supaya tidak terbantut. British juga dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu. Akhir sekali, British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

(b) Mengapakah kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang menyokong Malayan Union? Kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang yang menyokong Malayan Union kerana mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebagai unit politik yang melicinkan pentadbiran. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masingmasing. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksanakan. Janji ini juga merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.

5)

(a) Ceritakan peristiwa yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua ?

Perang Dunia Kedua juga tercetus disebabkan oleh faktor politik, iaitu kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama dan juga perubahan politik yang berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun. Dari segi ekonomi pula perang ini disebabkan oleh kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930-an. Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Seterusnya, pihak Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada bulan September 1942.

(b) Jelaskan enam kesan Perang Dunia Kedua ? [6 m]

Perang dunia telah menyebabkan negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Tamatnya Perang Dunia Kedua memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Indonesia pula mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negara-negara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing. Dari segi sosial, peperangan ini menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia. Ini membawa kepada pembentukan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.

(c ) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah Negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan ? [6 m] Pada pendapat saya sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan dengan menguatkuasakan undang-undang supaya rakyat dapat menghormati dan taat kepada peraturan yang telah disediakan. Selain itu, perpaduan sesama sendiri juga penting untuk mengelakkan peperangan. Kerana dengan adanya perpaduan, pentadbiran akan berjalan dengan lancar dan negara akan semakin maju. Di samping itu, perhubungan antara sesebuah negara dengan negara lain juga memainkan peranan penting dalam mengelakkan peperangan. Dengan adanya hubungan yang baik antara kedua negara ini dapat meningkatkan prestasi dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Negara

Bangsa Ciri-ciri Negara dan Bangsa Kerajaan

Perlembagaan

6) (a) Berdasarkan rajah di atas, terangkan keempat-empat ciri negara dan bangsa. Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan, dan pemerintah yang beribawa. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan, dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Pelaksana dan kehakiman. Perlembagaan ialah peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan mentadbir dan memerintah negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara. (b) Jelaskan pembentukan negara bangsa oleh tokoh-tokoh di bawah: a. Count Camillo Benso di Cavour (Itali) Itali pada asalnya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau Austria dari bumi Itali. Mereka menggunakan amaln realpolitik, Camillo berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria. Hasil bantuan tentera Napoleon, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui pungutan suara rakyat, beliau memperoleh majoriti untuk menyatukan Itali. Kesan kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali. Apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Camillo meyatukan pula Rom dan Itali dan membentuk bangsa Itali. Amaln realpolitik di Itali ini dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince. Amalan ini menawarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik. b. Otto Eduard von Bismarck (Jerman) Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman. Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan perang. Matlamatnya untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia. Bismarck pernah menjadi peguam, berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan duta Prussia di Rusia dan Perancis serta pernah menjadi Perdana Menteri.

(c) Negara kita Malaysia dibentuk tanpa pertumpahan darah. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. Negara kita dibentuk tanpa pertumpahan darah kerana persefahaman yang terdapat antara pemimpin dan rakyatnya. Selain itu, kebijaksanaan pemimpin dalam berjuang untuk mendapatkan kerajaan sendiri. Seterusnya, pertumpahan darah tidak berlaku di negara kita kerana kekuatan undang- undang yang telah dilaksanakan masih ditaati semua rakyat tempatan.Di samping itu, kerjasama yang diberikan oleh sesebuah negara terhadap negara lain membantu menyemarakkan lagi semangat untuk memerintah negara sendiri.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963, mengandungi 183 perkara.

7) (a) Terangkan lima kepentingan perlembagaan di atas kepada negara kita. [10 m] Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan juga membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Contohnya Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Selain itu, perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang diPertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Di samping itu, Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubahan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

Bukan itu sahaja, Perlembagaan Malaysia juga menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.

(b) Jelaskan lima maksud keluhuran perlembagaan, prinsip Rukun Negara yang ketiga. [5 m] Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan juga menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung, dan mempertahankannya juga mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undangundang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran Perlembagaan Malaysia. c) Berikan lima sebab perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa. [5 m] Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan ini juga perlu sentiasa dipinda agar relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Selain itu, antara sebab perlembagaan perlu dipinda ialah dapat melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Contohnya seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Tujuannya adalah untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. Pada 8 Ogos 1976, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan berikutan termetrainya Deklarasi Bangkok.

8) (a) Nyatakan lima matlamat penubuhan persatuan tersebut. [5 m] Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Selain itu, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan. Seterusnya, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui

kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, dan perindustrian. Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan juga matlamat penubuhan ASEAN. Akhir sekali mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. (b) Jelaskan sembilan kejayaan yang telah dicapai oleh ASEAN. [9 m] Antara kejayaan yang telah dicapai oleh ASEAN ialah mengisytiharkan negaranegara ASEAN sebagai zon aman, Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utamanya adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. Selain itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Di samping itu, negara-negara ASEAN juga telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kejayaan ASEAN juga dapat kita lihat melalui penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura. Kewujudan konsep ASEAN + 3 ini juga antara kejayaan yang telah dicapai oleh ASEAN. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan kea rah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN juga merupakan kejayaan ASEAN. Sukan Sea juga terus dilaksanakan sehingga kini untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan. c) Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberi kebaikan kepada negara kita. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. [6 m] Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia. Antaranya ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai